• s26,  susu formula

    Brilliant Playschool untuk anak-anak dari Wyeth Nutrition

    Assalamualaikum

    Brilliant Playschool untuk anak-anak dari Wyeth Nutrition | Beberapa hari lepas Wyeth Nutrition telah mengadakan Brilliant Playschool di New Wing Centre court, Aeon Jusco Tebrau.Roadshow ini telah diadakan dari 25- 29 July 2018.So,aku tak lepaskan peluang untuk bawa Naura Auni untuk join aktiviti yang dijalankan di sana.Roadshow ini diadakan bagi memberitahu ibu bapa bahawa setiap kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk bersinar dan keupayaan mereka dapat di pupuk melalui Parental Love and S-26 Gold Progress & S-26 Gold Promise.

    Kanak-kanak yang berumur 3 tahun telah pun dijemput untuk Roadshow ini bagi menyertai aktviti yang direka khas untuk mereka.Dan disitu Naura berpeluang untuk melihat kecemerlangan yang dia dapat dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

    Tempat untuk Mendaftar 

    Bila masuk ke sini,korang perlu mendaftarkan anak korang.Kat sini anak korang akan scan muka,so kat mana-mana station aktviti,just scan kunci,maka akan terpaparlah muka dan nama anak korang..syok tau

    Datang je sini,terus daftar dan korang akan dapat satu kunci untuk join semua aktiviti yang dijalankan.Setiap satu station,korang kena scan kunci di situ.Last dari aktiviti ini,kanak-kanak akan diberikan sehelai baju mengikut tahap kebijaksanaan mereka.

    So,pepagi lagi umi dan Naura dah terpacak disini untuk sama-sama menyertai Brilliant Playschool ni.Ada pelbagai jenis aktiviti yang dijalankan disini iaitu : 

    NUMBER STATION

    Di Number station,kanak-kanak berpeluang menguji otak mereka dengan Find & match number.So dari sini kita boleh lihat kecekapan anak-anak untuk cari dan match nombor yang sama.Nanti kita tengok kat mana station yang membuktikan Naura ni Brilliance di tahap mana.Bukan dia je teruja,malah umi dia pun ikut sama teruja.
    WORD STATION
    Di Word Station ni,Naura kurang sikit brilliant nya sebab mungkin dia belum lagi mengenal huruf.,Tapi untuk objek tu,alhamdulillah,dia boleh buat.Dia memang teruja nak buat aktiviti macam tu.
    ART STATION
    Mommy yang hadir dalam aktiviti Brilliant Playschool
    Kanak-kanak yang dah bersekolah atau dah pandai untuk melukis,mesti sukakan Art station ni.Art station ni of courselah anak-anak akan diberikan drawing paper dan color.So disitu boleh tau kebolehan anak² dalam aktiviti ini.
    Bab ni,Naura memang failed sebab dia masih tak pandai nak mewarna.Tapi kalau bab menconteng tu,dia terror la.Tapi bagi aku kan,dari kecillah kita kena biasakan dia memegang pensil.Biarlah habiskan sikit duit untuk beli buku dan pensil atau pensil warna.Tak payah beli yang mahal,murah pun takpe.Janji untuk memupuk minat mereka untuk mewarna dan memegang pensil.

    PHSYICAL STATION

    Di Physical Station ni,bagi aku amat menyeronokkan kerana kanak-kanak diperlukan untuk mengutip point sebanyak mungkin mengikut physical yang ditunjukkan.Memang seronok.Bab ni Naura taknak buat.Tak tau kenapa dia tak nak,tapi umi tak boleh nak paksa dia untuk buat kan.So,tengok kak Aisyah je buat Teamwork Synergy ni.Dan ini adalah aktiviti yang last sekali sebelum penentuan Brilliant Naura tu.

    Untuk penentuan,mereka mesti memasuki gua otak ni tau.Hah..Akan keluar tahap brilliant Naura iaitu di Number Brilliant..yeayyy…Naura pandai dalam Find & match tadi.

    Bagi aku kan,aktiviti yang dijalankan oleh S26 Brilliant Playschool dari Wheyth Nutrition ni sangat bagus. # NurturetheirBrilliance memang perlu dibuat dari masa ke semasa dan semestinya penggunaan susu yang terbaik seperti Susu S26 ni mampu memberikan si manja lebih aktif,bertenaga dan minda yang sihat.Menyediakan gabungan nutrien saintifik termasuk DHA,Choline dan lebih tinggi lutein membantu meningkatkan kebolehan pembelajaran mereka.So mommy di luar sana,jangan lupa berikan anak korang S-26 GOLD® PROGRESS® & S-26 GOLD® PROMISE®

    Di Roadshow ni,terdapat juga pembelian susu di booth yang disediakan untuk anak-anak dan ibu juga.So,untuk dapatkan harga murah tu,terus beli sekali dengan Voucher yang aku dapat sebelum ni..hah..senang kan..
    Untuk korang yang berada di Penang,Nantikan Roadshow mereka ke sana,korang boleh lihat Facebook Brilliant Playschool di Queensbay Mall,Pulau Pinang dari 16-19 Ogos 2018.Untuk maklumat lanjut korang boleh layari website ni dan di website ni pun,ibu bapa boleh menguji tahap untuk mengenalpasti potensi anak-anak di sini – www.wyethnutrition.com.my

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com


  • kisahsidairy.com,  motherhood,  nur awfiyah,  PARENTING,  susu formula

    Tukar Susu Punca Awfiyah berkahak

    Assalamualaikum
    Bila terbaca entry farah bubbly disini,baru teringat tentang penukaran susu awfiyah yang menyebabkan dia batu berkahak.
    Kononnya ummi si awfiyah nie nak ler cari susu yang lain untuk dia memandangkan dia dah terlalu sihat..heheh..Aku pun dok usha kat pasaraya susu untuk bayi berusia 3 bulan.Ternampak lactogen dan Dupro..tanpa berfikir panjang terus aku pilih Lactogen.
    Bagi dalam 2 hari gitu dah berbunyi dada si awfiyah..Rupanya kahak dah banyak dalam kerongkong dia tu.Dah nampak perubahan dari segi buang air besar,selalu cherry berry yang kerap.
    hasil ihsan google..
    Selepas dari terdengar kahak dia tu aku dah stop bagi dia susu lactogen.Memang menyesal tahap gaban sebab tukar susu dia.Ahad lepas aku terus beli semula susu yang sebelum nie Similac LF..memang lepas nie aku takkan tukar susu lagi la nampaknya..Biarlah sampai dia setahun pun tak pelah….petang semalam pun kuat jugak bunyi kat dada dia tu..Nak ke Hospital takut kena tahan pulak..korang pun maklum kan bila dah masuk hospital nie,macam -macam la yang dia buat..Mana kena cucuk,masuk gas,kena sedut kahak lagi…Takmo la berlaku kali kedua untuk awfiyah..bila aku cerita kat jiran semalam,dia kata lactogen memang tak sesuai dengan baby..HOH!!!…adeh…nyesal..

    Ni masa Nur awfiyah kena masuk gas…Babah dia terpaksa melayan dia,,kalau tak habis dia haruk gas tu sampai terpelanting…isk..iskk…dasyat anak aku nie..Dah ghupe allien je ummi tengok..,
    Nasib baik la berat badan awfiyah tak susut masa tu..
    Ada aku cerita kat officemate aku pasal nie,dia pun tak hantar anak dia pi hospital masa tu.Cari ubat kat farmasi..Tapi kenalah atas arahan ahli farmasi betul-betul kan..Nampaknya cerita anak dia,sama macam jalan cerita si awfiyah nie..
    Last-last malam semalam aku gagah mencari farmasi yang menjual ubat..Ubat tu pun atas saranan ahli farmasi kan..so taklah risau sangat..janji jangan terlebih dos yang dibenarkan..
    Inilah ubat yang aku beli semalam..Hari ni baru start bagi dia..Harap kahak dia akan pulih…Kesian la tengok dia batuk-batuk macam tu..
    Lepas ni nak kena hati-hati memilih susu untuk dia…Peringatan untuk aku..Mana tau ada rezeki untuk fiyah dapat adik..tak ler kelam kabut kan..