• supplement

    Amalkan Pati delima Gulsan

    Assalamualaikum

    Hai korang☺☺ sebenarnya dah lama aku amalkan pati delima Gulsan ni.Start dari aku mengandung,sampailah sekarang.

    Lagi pulak sejak melahirkan Naura,memang aku akui,sakit yang aku alami satu ketika dahulu datng balik.Doktor pun tak dapat nak mendiagnos kan apa punca jantung sebelah kiri aku ni degupannya tidak normal.susah aku nak terangkan kat korang.Sebab aku sendiri pun tak pasti masalahnya tu.

    Cuma sejak melahirkan Naura memang berbeza sebelum mengandung.Tapi sejak-sejak mengandung tu pun dah mula timbul nak bernafas tu kadang-kadang sesak.Lepas tu cepat rasa penat.kadang tu pulak,tiba-tiba je jantung berdegup laju tau..Tak taulah apa puncanya.Nak kata mungkin stress,penat pun ada jugak..Sebab apa stress? biarlah rahsia..

    Source:google

    Oklah..bila dah dapat tahu ada penyakit macam ni,dan doktor pun takde nak bagi ubat apa-apa untuk penyakit aku ni,So aku kena jaga kesihatan aku dari segi pemakanan dan juga pengambilan supplement.Nak ambil supplement yang macam-macam memang aku takut.Tapi ada dua benda yang selalu aku amalkan sekarang untuk membantu menjaga jantung aku.Cuma kuranglah ber exercise tu.At least aku nak elakkan dari terkena kolestrol ke..emmm..macam tulah.Bukan aku takut mati.mati tu bila-bila je seperti yang Allah swt kehendaki.Cuma selagi kita hidup ni kita kena ikhtiar.Tu jelah.

    Dua benda yang aku ambil sebagai supplemen adalah Omega 3 dan Pati Delima Gulsan.Cerita pasal Omega 3 tu aku ada ceritakan di entry SINI

    Pastinya korang juga mengenali Pati Delima Gulsan ni.Rata-rata dah mencuba dan mengamalkan Pati delima ni.Sebenarnya Pati delima Gulsan ni banyak tau khasiatnya.Ia juga adalah makanan sunnah Nabi Muhammad saw.Selain dari mengamalkan Pati delima gulsan ni,kita boleh je campurkan madu dan minyak habatussauda di dalamnya.Memang bagus kerana kandungan antioksidan(Polifenal) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh daripada rosak dan ianya boleh meredakan ketagangan urat saraf.Tapi aku cuma amalkan Pati delima ni je.Apa kebaikkan yang ada di dalam Pati delima Gulsan ni..meh baca

    KHASIAT PATI DELIMA GULSAN

    • Ia berfungsi untuk menyihatkan jantung dan hati,melancarkan kerja-kerja mengepam darah untuk keperluan sel-sel badan.
    • Ia berfungsi untuk menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit.
    • Ia berfunsgi untuk melancarkan peredaran darah.
    • Ia berfungsi mengeluarkan angin dan asid dalam badan(mencegah gastrik dan kanser  usus).
    • Ia berfungsi melancarkan proses penghadalaman makanan,membersih usus dan mengeluarkan keracunan badan.
    • Ia berfunsgi membakar kalori dengan cepat,meningkatkan tenaga dan memulih keletihan.
    • Ia berfungsi membuang asih urik dalam sendi untuk meredakan penyakit gout.
    • Ia berfunsgi mengelakkan rasa mual(semasa hamil)melegakan masalah pening kepala.
    • Ia berfungsi memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid(mengelak kesakitan senggugut)
    • Ia berfugsi mencuci darah kotor,mencatikkan kulit muka dan badan dari dalam.
    • Ia berfungsi menurunkan paras glukosa dalam darah,membantu pesakit kencing manis.
    • Ia berfungsi menghapuskan kahak,meredakan penyakit batuk.
    • Ia dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
    • Ia membantu proses tumbesaran janin.
    • Ia boleh membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah.
    • Ia boleh menghilangkan kahak.
    • Ia mencegah ketidaksuburan/kemandulan dan meningkatkan kekuatan teanga batin.
    • Ia mencegah ketidaksuburan/kemandulan dan meningkatkan kekuatan tenaga batin
    • Ia mencegah Alzheimer dan nyanyuk di kalangan orang tua.
    Hah..banyakkan khasiat Pati delima Gulsan ni.Sebab tulah sehingga sekarang aku amalkannya.Kadang-kadang tu terskip jugak nak minum.Cara amalkannya,aku ambil waktu pagi dan sebelum tidur.Kadang-kadang aku ambil waktu pagi je.Tengok mood kekadang..heheheh…
    Korang pulak?

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • kisahsidairy.com,  nur naura,  parenting blogger,  supplement

    Seven Seas Multivitamin Syrup supplement Terbaru untuk Naura

    Assalamualaikum
    Hati ibu mana yang tak risau kan,bila anak tiap-tiap bulan akan ada demam,batuk dan selsema.Ubat jangan cakaplah,rasanya dua bulan sekali mesti jumpa doktor.Kekadang tu sebulan sekali pun ada.
    Baru je keluar hosital 2 minggu lepas.Aku ada ceritakan tentang Naura warded di hospital Kota Tinggi di Entry Naura Warded .Ubat pun tak habis lagi.Walaupun Naura breastfeeding,tapi antibodinya taklah sekuat mana.Kesian pulak bila dah batuk dan selsema tu.Yelah..Nak tido pun payah.Pulak tu time kena batuk dan selsema pada tengah malam.Tengah syok nak tidur,mulalah batuk dan selsema dia tu.Nak kata sejuk tu tak jugak sebab dia berpeluh.Takkan nak tutup terus kipas..Lagi la panas..Lagi la dia tak selesa.
    Kebanyakkan yang aku google tentang supplement ni,semuanya untuk 1 tahun ke atas.Risau pulak nak bagi.Nak jugak kan bagi Caliph ke,Qaseh ke,Tapi semua untuk setahun ke atas.So,ada lah officemate cadangkan kat aku supaya mengambil supplement dari Seaven Seas ni.Boleh bagi untuk bayi 1-12 bulan..
    Seven Seas Multivitamin Syrup
    Refer atas ni..
    Tu yang aku berani beli ni..Lagi satu ianya boleh dicampurkan dalam susu anak.
    Apa kelebihan yang terkandung di dalam Seven seas Multivitamin syrup ni
    • Vitamin A-Helps to maintain growth,vision and tissue development
    • Vitamin A,B1,B3-Help to maintain good helath and helps normal growth & development
    • Vitamin D-Helps in the normal development and maintenance of bones and teeth
    Seven seas Multivitamin syrup ini  juga mengandungi 8 vitamin,DHA,Yummy orange juice..Mestilah budak-budak suka kan..
    Bagi aku itu dah cukup complete untuk Naura.Asalkan dia memberikan result yang ok tentang kesihatan anak,oklah kan.
    Baru nak bagi hari ni,kita tengok perkembangannya nanti
    Seven Seas Multivitamin Syrup
    100ml dengan harga Rm23.30
    Ajak member makan sekali kat pusat bandar tadi,sempatlah ke watson.Tak sabar rasa nak bagi naura mencubanya.