• sinopsis drama

    Lafazkan Kalimah Cintamu

    Assalamualaikum

    Lafazkan Kalimah Cintamu | Actually aku tak pernah pun layan cerita ni dulu.Di sebabkan kat rumah takde astro,maka tak terlayanlah aku cerita ni kan.

    Tapi masa waktu lunch tu,aku layan lah DFM2U.So,terlayanlah aku Lafazkan Kalimah Cintamu.Masa episode pertama pun dah sedih,Inikan masuk episode kedua.Dan terjatuh cinta dengan cerita ni.Kisah si Qilah tu memang menyedihkan bila mana seorang ayah tak pernah nak mengaku itu adalah anaknya.Dapat pulak kakak yang sentiasa tak boleh melihat adik dia lebih dari dia.

    Lama kelamaan cerita ni memang best,dengan lakonan bersahaja Nelydia Senrose tu..haha..memang kelakar tau.

    Lafazkan Kalimah Cintamu

    SINOPSIS LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU


    Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

    Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

    Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

    Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?
    Kalau tengok kesian dengan Aqilah tu kan…Takde sesiapa yang nak jaga dia.Nasib baiklah makcik tu jaga dia..
    Actually sekarang dah Episode 8.So kalau korang nak tengok live boleh je cari kat website..

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • Review Drama,  sinopsis drama,  sinopsis novel

    Terminat menonton Titian cinta Drama TV3

    Assalamualaikum

    Hai korang☺☺Aku tak tau sejak bila aku dah tak berapa nak minat dengan TV,bukan tak minat kot,lebih kepada takde masa nak tengok.Kalau bukak je tapi tak tengok tv,emmm…rasa membazir pulak tv tu cakap sorang-sorang

    Tapi bila tertengok cerita TITIAN CINTA ni di tv3 hari tu,itupun sebab MIL kata dia suka tengok tu,so aku join sekali tengok…uihh..best rupanya cerita ni.

    Sinopsis cerita Titian Cinta

    Mengisahkan tentang  percintaan antara Rahadatul Aish dan Umayr Harris.Aisy pulang ke tanah air setelah empat tahun berada di Kota London.Kepulangan Aisy memang ditunggu-tunggu oleh Haris.Disebabkan hatinya dikaburi oleh perasaan cemburu,Harris sanggup menghina dan menghalau isterinya sendiri pada empat tahun yang lalu.Dia menyesal dengan tindakannya akibat mempercayai fitnah serta hasutan Sodea dan ingin menebus segala kesalahannya.Aisy yang menyangkakan dirinya sudah diceraikan,,terkejut dengan perubahan suaminya yang dahulu bersifat panas baran,kini sangat penyayang.Harris sabar dengan karenah dan sikap Aisy terhadapnya.Dia juga langsung tidak berputus asa untuk memikat semula hati isterinya yang telah dilukai.Pelbagia perkara telah dilakukan oleh Harrris untuk melembutkan hati Isterinya.
    Lama kelamaan,hubungan antara Harris dan Aisy bertambah pulih.Aisy juga dapat menerima kembali suaminya itu.Dia menganggap jodohnya bersama Harris masih kuat lagi,Namun apa yang tidak diketahui Aisy ialah sifat cemburu Harris,sebenarnya masih belum hilang.Tatkala saat bahagia muncul kembali,dugaan baru melanda rumahtangga pasanngan ini sekali lagi.Kemunculan Rayyan iaitu bekas tunang Aisy yang pernah ditangkap khalwat dengan Sofea,mengubah kembali perangai Harris kepada asal.Sifat cemburunya juga semakin menjadi-jadi.Sofea pula berdendam dengan Aisy kerana mengahwini bekas tunangnya iaitu Harris.Dia ingin memporak-perandakan rumahtangga  Aisy dan Harris agar mereka berdua bercerai.Adakah kebahagiaan akan menjadi milik Aisy dan Harris? Mampukah titian cinta antara dua insan yang hampir retak ini boleh dicantum semula.

    Hah..Macam tulah cerita Titian Cinta ni.Aku pun dah baca novel ni ,baru baca sebab aku tak sabar nak tau apa lagi yang akan belaku kepada suami isteri ini.
    Korang jugak boleh je Tonton online drama Titian Cinta ni. Meh aku share Episode-episode yang telah di tayangkan,
    credit to :mytonton.net
    titian cinta
    Hah…nanti kalau korang nak tengok sambungan episode seterusnya boleh je ke blog Mytonton.net ni Nanti mytonton akan update episode terkini tau.So korang stay tune je kat blog tu.

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • kisahsidairy.com,  sinopsis drama

    Patahnya Sebelah Sayap di TV3

    Assalamualaikum
    Sebenarnya aku dah ketinggalan beberapa episode…Memang masa cerita ni diiklankan,macam best je..macam nak tengok je..Tapi tak tertengok-tengok.Last² aku lupa gitu je cerita tu.Dah episode ke 9 kot baru aku tengok…Tetiba terjatuh cinta dengan cerita ni.
    Terus aku tengok online dari episode pertama hingga ke 9 tu..wah…jatuh cinta gitu..So,dengan gigihnya aku tunggu pukul 10 setiap hari untuk tengok cerita ni.Sebenarnya aku prefer tengok online je sebab takde iklan yang muncul.Tapi rasa macam tak syok pulak bila dapat tengok siaran langsung gitu..
    Korang ada ke yang follow cerita ni..Meh aku share sikit tentang Sinopsis Patahnya Sebelah sayap ni.
    Patahnya Sebelah Sayap di TV3

    SINOPSIS PATAHNYA SEBELAH SAYAP
    Mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

    Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.

    Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.

    Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar.

    Bagaimanakah hubungan Alisha, Kuzairi dan Amzar? Adakah masa depan buat gadis yang bergelar bekas banduan itu?
    Kita tengok pulak siapa pelakon Patahnya Sebelah sayap ni pulak
    WATAK PELAKON
    Ummi Nazeera sebagai Alisha
    Aeril Zafrel sebagai Kuzairi
    Izzue Islam sebagai Amzar
    Wawa Zainal sebagai Tania
    Normah Damansuri sebagai Salbiah
    Putra Amaris sebagai Rizal
    Syainie Shuhaimi sebagai Leen
    Zainab Othman sebagai Halimah
    Azhar Amir sebagai Datuk Farid
    Norzila Abu Samad sebagai Datin Sofea
    Iskandar Zulkarnaian sebagai Edmund
    Neera Azizi sebagai Mira
    Nur Amisah Abdullah sebagai Midah
    Mohd Syuk sebagai Ramli
    Helvera Susanti sebagai Seri
    Syamiera Farha sebagai Siti
    Siti Mili sebagai Habibah
    Aman Shah sebagai Dr Taslim
    Wan Nor Azlin sebagai Dr Zaleha
    Memang bestlah cerita ni,buat setakat ni lah yang aku tengok.Dalam cerita ni aku paling menyampah dengan Amzar dengan mak dia…eiii..geram sangat-sangat.
  • kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  sinopsis drama

    Dah Berkenan dengan Cerita Mr Boss Ms Stalker

    Assalamualaikum
    Alah..biasalah..kekadang tu bila tengok sesuatu cerita tu,bila tak start dari mula kekadang tu bila terjun je ke episode dah tengah-tengah,rasa macam tak best kan.Tapi bila dah tengok awal,macam dah best..haruslah kita akan ikut episode seterusnya kan.
    Tapi kekadang jugak,episode tengah-tengah tu pun boleh buat kita syok tengok,sampailah episode last.Sekarang ni kan dah menjadi trend cerita di tv diadaptasi dari novel-novel.Sebab tu tajuk cerita tu pun kekadang pelik.
    Tengok jelah tajuk cerita “Mr.Boss Ms Stalker” ni.Kan ke pelik..Tapi bila dah tengok tu macam syok,emm…memanglah aku akan ikut episode seterusnya..Tapi adakalanya tertinggal lah jugak kan.
    Mr boss miss stalker
    Sinopsis Mr.Boss Miss Stalker 
    Mengisahkan Sara Azreen (Mia Ahmad) diberikan tugasan oleh Encik Hamzah (Aman Shah) untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil, iaitu Hariz Zhafran (Ashraf Muslim), CEO kepada Mentari Angkasa Sdn Bhd. Bagi memudahkan kerja penyiasatannya, Sara perlu diterima sebagai jurutera di syarikat tersebut.

    Sara serbah salah. Namun, dia bersetuju untuk menolong bapa saudaranya demi membalas jasa. Encik Hamzah telah membiayai segala perbelanjaan Sara sewaktu belajar di Australia kerana bapanya mengalami masalah kewangan pada masa itu.

    Sara berjaya diterima sebagai jurutera di Syarikat Mentari Angkasa Sdn Bhd. Sikap Hariz yang garang dan tidak bertimbang rasa menguatkan lagi tanggapan Sara bahawa bosnya ialah seorang yang kejam dan mungkin bertanggungjawab atas kematian Tan Sri Jalil (Zulkifli Ismail). Malahan, Sara juga percaya Hariz ialah dalang kepada kehilangan anak perempuan Tan Sri Jalil, Liza (Nazeera Sardi).

    Izzudin (Riz Amin), pengurus kewangan di syarikat itu sering mencari peluang untuk mendekati Sara. Kehadiran Sara turut mengundang ketidakselesaan daripada teman wanita Hariz iaitu Ria Alisya (Miera Leyana), seorang pelakon popular yang bercita-cita mahu menjadi menantu kepada keluarga Hariz.

    Sara mula mengenali keperibadian Hariz yang sebenar dan mereka mula mencipta keserasian tidak kira dalam soal kerja ataupun hubungan peribadi. Sara diberikan tugasan baharu untuk berpura-pura menerima cinta Hariz. Lebih merumitkan keadaan apabila Hariz Zafran telah melamarnya. Adakah Sara Azreen akan berterus terang ataupun meneruskan rancangannya untuk memerangkap Hariz?
    WATAK PELAKON
    Ashraf Muslim sebagai Hariz Zhafran
    Mia Ahmad sebagai Sara Azreen
    Riz Amin sebagai Izzudin
    Miera Leyana sebagai Ria Alisya
    Nazeera Sardi sebagai Liza
    Shazmeer sebagai Khairul
    Aman Shah sebagai Encik Hamzah
    Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Jalil
    Bagi aku jalan cerita ni,oklah…Gandingan Mia ahmad dan Ashraf Muslim.Rasa lakonan Mia Ahmad lebih better dari lakonan-lakonan sebelumnya.Cuma watak Ashraf Muslim tu macam kaku sikit la..Mungkin watak dia memang tegas.tu mungkin lah kan..Apa pun best untuk ditonton…
  • kisahsidairy.com,  sinopsis drama

    Teman Lelaki Upahan

    Assalamualaikum
    Teman Lelaki Upahan
    Uisshhh…Minggu ni minggu air mata bila tengok EL dengan Kayra..Haipppp!! apahal EL tu serius sangat..Dah bertukar jadi kyra Lydia yang dulu..Berlagak!! Sombong!!…iskk..Benci mak
    Start dari hari isnin tu ari,selepas 3 bulan mereka terpisah,dan terjumpa kembali,EL adalah seorang yang berperwatakkan yang sungguh-sungguh dingin.
    Sakit hati pulak bila dengar dia cakap kat  Kyra masa dalam meeting tu kan..
    Kalau masa ni aku berada di tempat Kyra,mau dah menangis semahu mahunya dek kerana penangan kata-kata si EL tu kan..
    Apalah kesudahan cerita ni..Memang aku tak baca novel ni pun..By the way,aku memang suka watak yang dilakonkan oleh Siti Elizad ni..memang kena dengan cerita ni.begitu juga dengan Ungku Ismail tu,,

    Yang penting aku dah tak sabar nak tengok episode hari ni..Minggu ni episode last kan??alahai…
  • sinopsis drama

    Episode Akhir Ramadhan Jangan Pergi

    Assalamualaikum
    Pastinya ramai yang menunggu episode last cerita nie kan..Kalau korang ikuti cerita nie dari awal,banyak pengajaran yang kita dapat dari cerita nie.Memang sakit hati dengan jalan cerita nie yang dikarang  begitu baik sekali.
    Kita tengok,adakah farah dan johan akan kembali bersama semula selepas dugaan yang berat yang menimpa mereka.
    Sedikit sinopsis tentang cerita nie
    Farah berkahwin dengan Johan pada usia muda dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aidil. Hubungan mereka renggang sejak Johan berkawan rapat dengan Nadia. Tambahan pula, ibu Johan Mariana tidak menyukai Farah kerana menganggap Farah tidak sepadan dengan anaknya.

    Menjelang bulan  Ramadan, Farah terkejut apabila mendapat tahu Johan mahu melamar Nadia. Pada mulanya, Farah menyangka akan dimadukan, tetapi sebaliknya. Johan mahu menceraikannya. Farah sedar, mungkin ini balasannya kerana dia mengingkari ibunya Rohani. Rohani juga tidak merestui perkahwinan Farah dengan Johan kerana Johan biadap dengan orang tua.

    Pada suatu hari, Johan mencuri kad ATM Farah selepas mengusir Farah dari rumahnya. Apakah yang akan terjadi kepada Farah? Berjayakah Nadia mendesak Farah supaya bercerai dengan Johan? Adakah Johan dan Farah akan bercerai juga? Nantikan jawapannya dalam drama tersebut.
    Malam nie pukul 9 malam di tv3..insyallah