• Semasa

    Senarai Menteri Kabinet Malaysia di bawah Kerajaan Baru

    Assalamualaikum



    Senarai Menteri Kabinet Malaysia di bawah Kerajaan Baru |
    Alhamdulillah…Kita dah ada kerajaan baru yang menerajui Malaysia.Semoga dengan tertubuhnya Kerajaan dan ahli kabinet baru,dapat merubah nasib rakyat yang semakin hari semakin tak tertanggung dek kerana kos kehidupan yang makin meningkat.

    Jom kita lihat senarai Menteri Kabinet Malaysia yang baru.

    Senarai Menteri Kabinet Malaysia di bawah Kerajaan Baru

    PERDANA MENTERI

    ~ TUN DR MAHATHIR MOHAMAD~

    TIMBALAN PERDANA MENTERI

    ~DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL~

    MENTERI KEWANGAN

    ~LIM GUAN ENG~

    MENTERI DALAM NEGERI

    ~TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN~

    MENTERI HAL EHWAL EKONOMI

    ~DATUK SERI MOHAMED AZMIN ALI~

    MENTERI PENGANGKUTAN

    ~ANTHONY LOKE SIEW FOOK~

    MENTERI PENDIDIKAN

    ~DR MASZLEE MALIK~


    MENTERI KOMUNIKASI & MULTIMEDIA

    ~GOBIND SINGH DEO~

    MENTERI PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI

    ~SALAHUDDIN AYUB~

    MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

    ~RINA HARUN~

    MENTERI PERUMAHAN & KERAJAAN TEMPATAN

    ~ZURAIDA KAMARUDDIN~

    MENTERI TENAGA MANUSIA

    ~M.KULASEGARAN~

    MENTERI KESIHATAN

    ~DR DZULKEFLY AHMAD~

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • INFO,  kisahsidairy.com,  Semasa,  Uncategorized

    Jubah Cotton

    Assalamualaikum
    Ramai wanita sekarang ni suka memakai Jubah
    cotton
    kerana ianya amat
    selesa untuk dipakai. Kini jubah semakin popular dalam kalangan wanita yang
    lebih muda setelah  mendapat sentuhan
    yang lebih segar dan moden. Pakaian tradisional yang mendapat inspirasi
    daripada Timur Tengah ini sentiasa menjadi pilihan wanita yang lebih berumur.
    Kerana faktornya yang sesuai untuk semua lapisan umur dan jenis bentuk badan,
    ianya dianggap sebagai antara dress Muslimah yang mendapat tempat dalam pasaran
    selain Baju Kurung Moden, Kaftan Moden dan lain-lain.
    Hasil sentuhan magis pereka-pereka fesyen
    terkenal, mereka sependapat iaitu dengan memberikan nafas baru kepada jubah
    dapat menaikkan nilainya. Ini terbukti apabila jubah wanita online pada masa
    kini tampak lebih stylish dan cantik. Anda boleh pakai jubah cotton untuk
    aktiviti kasual mahupun ke pejabat.
    Pasaran fesyen bagi wanita Muslim semakin mendapat
    tempat dan berkembang, bukan sahaja di peringkat nasional malah dunia. Nilai
    pasaran khusus bagi kategori ini juga semakin meningkat tinggi. Kemunculan
    golongan hijabista yang peka akan arus fesyen terkini juga penyumbang kepada
    popularity pakaian dan aksesori Muslimah yang lain seperti dress Muslimah,
    tudung, abaya dan macam-macam lagi.
    Mereka juga dilihat semakin demand dalam
    memilih persalinan yang sesuai dengan trend terkini. Idea untuk memodenkan
    pakaian tradisional online adalah sangat bijak kerana ternyata ianya mendapat
    sambutan yang cukup menggalakkan.

    Zalora Malaysia misalnya sebagai online shopping website
    terbesar di Malaysia mempunyai koleksi jubah cotton online yang cukup luas!
    Antara jenama yang terdapat di sana ialah Rizalman for Zalora, First Lady,
    Amnesia dan Luxe by Ethnic Chic. Semua produk di sana adalah terdiri daripada
    produk-produk yang berkualiti tinggi namun dengan harga yang cukup berpatutan!
    Apa tunggu lagi? Layari lawan web mereka atau Zalora
    LinkedIn
    untuk mendapatkan
    informasi yang lebih tepat akan koleksi jubah cotton wanita online di sana.
  • INFO,  Semasa,  Uncategorized

    Puting Beliung melanda Johor Bahru Petang Semalam

    Assalamualaikum
    Aku tak pasti ini kali keberapa puting beliung melanda Johor bahru.Semalam petang juga warga Johor telah menyaksikan keadaan itu di sekitar bandaraya Johor..
    Fenomena ini haruslah menakutkan untuk warga Johor..Risau perkara yang tidak diingini berlaku.Tetapi dikatakan pembentukkan Puting Beliung itu tidaklah lengkap kerana tidak mencecah ke bumi…Alhamdulillah…Yelah korang bayangkanlah kalau Puting beliung tu cecah bumi,pastinya banyak benda awam serta orang awam tercedera kan…nauzubillah..
    Beberapa gambar telah diambil orang awam untuk dikongsi di facebook .
    gambar yang dikongsikan di Facebook oleh persatuan bangsa johor
    credit to : tengoktvonline
    Harap tiada perkara buruk yang berlaku di Johor,insyallah..Hujan dah mula turun sejak petang semalam beserta angin yang kuat..Mungkinkah ada gelombang kedua nanti?
    Sama-samalah kita berdoa semoga kita sentiasa di dalam lindungannya…
  • artis,  INFO,  Semasa

    Azean irdawati -perginya seorang seniwati

    Assalamualaikum
    Dikejutkan dengan  berita kematian seorang seniwati berbakat iaitu Azean Irdawaty hari ni amat terkesan di hati peminat dan keluarga.
    Azean Irdawaty , 63 tahun telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 7.29 malam tadi di Hospital Universiti, Petaling jaya.
    Allahyarhamah Sebelum ini menghidap tumor dan lympadhema selama 5 tahun.
    Aku memang suka watak watak yang dilakonkan oleh allahyarhamah.Paling aku minati kalau beliau memgang watak watak lucu.Korang mesti ingat lakonan beliau dalam cerita 50 sen tu kan…
    Sesungguhnya, pasti kita merindui lakonan2 beliau…ucapan takziah untuk keluarga allahyarhamah azean Irdawaty.Moga di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan solehah.Dipeemudahkan segala urusannya di sana..insyallah..
    Marilah sama sama kita sedekahkan al fatihah untu beliau..
    ALfatihah…

    Sumber dari awani
  • INFO,  kecantikkan,  Semasa,  Uncategorized

    Tutorial Make up Acne??

    Assalamualaikum
    Lately nie suka sangat melayan youtube.Apa yang aku tengok kat youtube?
    Sebenarnya terpengaruh sangat dgn seseorang kerana mencari tutorial make up..Siapa kat sini yang suka make up??? Rasanya semua suka make up kan…Even budak sekolah pun kalau keluar ke mana mana pun bermake up…Ini yang aku nampak..Adik sendiri pun suka bermake up..Huh!! teruk.Zaman aku dulu pakai bedak 3A je tau..Dengan bedak sejuk..
    sumber: hani
    sumber :bluesriders
    sumber: sini
    Bedak bedak nielah yang aku guna dulu zaman sekolah..zaman sekarang bedak  compact mesti punya…paling murah pun pakai pixy.tu belum eyeliner bagai..
    And,ada satu youtube yang aku tengok,muka dia memang teruk dengan jerawat yang gelembung2 punya…tu pun sebab aku cari cara makeup untuk tidak menampakkan kesan jerawat..
    Tapi berani lagi dia memakai makeup yang tebal seperti itu..
    Sedangkan aku jerawat yang seketul dua nie pun,tak berani nak pakai makeup tebal-tebal…
    kalau korang nak tengok klik (Link)..Memang lah aku tak sanggup..Tapi ini bukan yang berlaku di malaysia la..
    Aku harap sesiapa yang mempunyai muka yang teruk dengan jerawat tu,hati hatilah bermakeup dan pastikan cuci muka sebersih-bersihnya selesai sahaja menggunakan make up..kulit muka kita nie terlalu sensitif,that’s why kena jaga betul betul..
    Nak mencari pencuci muka pun kenalah juga cari yang betul2 sesuai dan elakkan dari bahan-bahan kimia ye..
    kalau korang nak mencari product yang tidak sama sekali mempunyai chemical ,aku suggestkan korang lawati page nie…FCUMiracle
  • INFO,  Semasa,  undangan perkahwinan

    Pernikahan Che Ta dan Zain Saidin 11.12.13

    Assalamualaikum
    Aku pasti peminat peminat Che Ta atau Zain Saidin menunggu saat-saat ini untuk melihat pasangan ini bernikah..Terdengar tadi Di HotFm,Ramai yang mendoakan dan menujukan lagu khas buat Pasangan ini..
    waauuuu…kau HADO!!! heheh
    Perkahwinan yang dikatakan mencecah 1.21 Juta ini pastinya dinantikan oleh orang ramai dan juga aku nie..Nak tengok la bagaimana gahnya pernikahan dan persandingan mereka yang mendapat tajaan berjuta ringgit tu…Kalau orang biasa takdenya orang nak Taja kau Deknon..untung jadi artis kan..
    rozita che wan
    Zain Saidin & Che Ta Pilih Bali Untuk Foto Pra Perkahwinan
    Gambar pra perkahwinan(credit to BeautifulNara)
    Majlis persandingan dan resepsi akan diadakan pada 13 Disember di Setia City Convention Centre (SCCC) di Bandar Setia Alam. Agak-agak diorang nie jemput tak peminat peminat diorang ek??
    majlis berinai Che Ta dan Zain Saidin
    majlis berinai Che Ta dan Zain Saidin
    majlis berinai Che Ta dan Zain Saidin
    majlis berinai Che Ta dan Zain Saidin
    credti to Mstar
    Cantik dan comel mereka berdua nie…
    Memang ramai yang telah memperkatakan perkara yang buruk dan baik tentang perkahwinan mereka..
    Tapi bagi aku,Allah telah menentukan jodoh setiap pasangan tu..Apa yang penting kita sebagai umat islam,mendoakan yang terbaik untuk rumahtangga yang dibina.Cinta tidak mengenal Usia,pangkat dan darjat seseorang kalau itulah Ketentuan yang Allah beri untuk kehidupannya..betul tak…
  • Semasa,  Uncategorized

    Keadaan banjir Di Kota Tinggi Johor Semalam

    Assalamualaikum
    Teringat sekitar tahun 2007(kalau tak silap)Banjir teruk yang berlaku di Kota Tinggi johor yang menenggelamkan seluruh bandar kota tinggi..Tragedi yang sungguh menyayat hati bagi warga kota tinggi pada saat itu..

    Harapan aku kali ini,banjir tidaklah seteruk tahun yang 2007.Kawan aku ada postkan gambar keadaan banjir di kota Tinggi semalam.cuma tak sempat nak up entry je.

    harap hari nie keadaan akan kembali seperti biasa..Sebab hari nie aku nak balik kota Tinggi..Insyallah..aku nak tinjau keadaan di bandar kota.
  • INFO,  Semasa

    Ramalan cuaca empat negeri

    Assalamualaikum
    Dikatakan angin kencang Timur laut dengan kelajuan 60kms dengan ketinggian ombak setinggi 5.5 meter di perairan Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan sehingga isnin 9 Disember 2013.
    Harap pada masa nie Pekerjaan berkaitan dengan laut kalau boleh dielakkan la…risau juga angin kencang yang laju tu boleh memudaratkan mereka..
    Apa pun kat bawah nie aku share sikit dengan korang tentang ramalan cuaca untuk 4 buah Negeri nie.harap berguna untuk korang..Kurangkan aktiviti luaran untuk mengelak kejadian yang tak diingini mahupun untuk kesihatan diri.
    Maklumlah musim hujan macam nie,banyak penyakit yang datang..
    ramalan cuaca
    sumber dari harian metro
  • kisahsidairy.com,  Semasa

    Kalendar : Mana Satu Menjadi Pilihan

    Assalamualaikum
    Alhamdulillah..selesai santap untuk tengahari..Hanya berlaukkan Telur kicap yang dibekal dari rumah.
    Semestinya dah nak akhir tahun nie,yang tak berapa hari lagi nak masuk Tahun baru kan..Of course korang akan menerima banyak kalendar dari  customer atau Supplier korang..betul tak..Jadi kalendar yang bagaimanakah yang menjadi pilihan korang..Sebenarnya ada banyak jenis kalendar sekarang nie..Tetapi pilihan aku tetap satu..Kerana Kalendar yang satu nielah yang selalu di cari orang untuk melihat sejarah cuti yang berlaku sepanjang tahun tersebut secara detail..Betul tak??
    Banyak jenis kalendar sekarang nie ada,termasuk Kalendar meja,Poket Kalender,Kalender besar,kecil…semuanya ada.
    kalendar
    kalendar Meja
    calender
    Poket  Kalendar
    kalendar 2014
    Kalendar Dinding..
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    Siapa yang suka dengan Kalendar nie
    kalendar kuda
    Nie dinamakan Kalendar Kuda…hihi
    Satu yang aku suka dengan kalendar nie ,adalah kerana segala cuti am,atau tidak tercatat details di sini.
    bagilah aku kalendar secantik mana,tetapi Kalendar kuda ni jugak yang aku cari..
    Korang Pulak suka Kalendar yang mana satu??? cer komen kat sini sikit…

    Pic credit :google

  • kisahsidairy.com,  Semasa

    Cuaca yang Baik

    Assalamualaikum
    Alhamdulillah…nampaknya hari nie cuaca sangat baik…Keluar dari rumah tadi pun lambat..nampaklah sinaran cahaya pagi seperti biasa..
    Syukur alhamdulillah…Harap biar lah berpanjangan untuk dua tiga hari nie..Biarlah keadaan banjir reda buat seketika..Kesian mereka yang berada dalam keadaan itu..
    Sesungguhnya Allah swt tu mendengar segala rintihan umatnya…Teruslah berdoa untuk yang  terbaik.
    Sudahpun hari khamis hari nie…Masa juga berlalu begitu pantas meninggalkan kita..Tidak lama lagi muncul lah tahun baru.Tahun 2014..Apa akan jadi agaknya di tahun baru…Doa yang baik baik untuk kita sekalian umat..Semoga bumi yang dipijak ini sentiasa menjadi hak kita..
    Tercapaikah sudah apa yang korang impikan untuk tahun nie..atau masih lagi belum tertunai hasrat?..Insyallah…mungkin ada hikmah apa yang kita impikan tahun nie tidak berhasil..Mungkin tahun depan insyallah,Allah perkenankan apa yang kita hajati kan…Begitulah jugak aku yang senantiasa menyimpan angan angan dan cita cita yang satu tu..Insyallah…
    harap cuaca baik hari nie…tunggu next entry ea..selamat bekerja…