• selamat hari raya

    Hari terakhir kerja sebelum bercuti raya

    Assalamualaikum
    Hai korang ☺☺ ada ke yang masih bekerja…Or ada yang dah pun sampai ke kampung?Aku pasti hari ni je pun dah jammed di highway dan jalan kan.Maklumlah,kalau Johor,budak dah start cuti sekolah hari ini.Semalam last day diorang sekolah.Hari ni ramai lah parents yang ambil cuti kan.
    balik kampung
    source : google
    Aku masih bekerja hari ni.Walaupun husband dah start cuti,tapi wife dia masih bekerja.Ikut hati memang nak ambil cuti hari ni,Tapi memandangkan company bakal shutdown selama seminggu,so tak jadilah nak ambil cuti.Yelah..kalau aku cuti hari ni,dah banyak hari pulak kena potong gaji kan.So bertabahlah hari ni bekerja.Cuti banyak nanti kang,banyak pulak kena potong.Ini pun dah 3 hari bakal di potong.
    So,bertahanlah hari ni bekerja.,Insyallah,kalau takde apa aral melintang patah,balik kerja ni terus off to Melaka.Baju semua dah siap packing semalam,dah letak dekat tepi dah,balik kerja ni,ambil anak,mandi sementara husband boleh siapkan barang masuk dalam kereta,check itu ini.Baru lah balik.Plan sebenarnya nak balik lepas berbuka,tapi bila difikirkan,kalau perut tu dah penuh bagai nak rak,mesti dah rasa malas nak drive kan.
    At least bila gerak awal,boleh berbuka kat mana-mana nanti.Standby makanan dalam kereta je.Selalunya lah kan,bila turn raya Melaka,kami akan beraya di rumah sendiri dulu,Masak-masak dirumah bersama keluarga abang ipar.Hari pertama,kami akan ke kubur arwah abah mertua,jejak rumah mak aku,Hari raya kedua baru balik Melaka.Tapi tahun ni,ada kelainan sedikitlah sebab kami akan berkumpul sebelum raya di Melaka.Actually kat kampung tu tinggal kakak ipar je kat sana.Mil memang duduk dengan aku,so takde istilah beraya rumah mertua…hehehe..Cuma kat Melaka tu,kaum kerabat ramai dan dekat.
    Harapnya perjalanan kami petang ni berjalan lancar,Seriau pulak kalau dengar jammed sana sini.Kang pukul berapa pulak nak sampai.Memang orang kata tak jauh Melaka tu,tapi bila dah jammed,rasalah kejauhannya kan..hehehehe…
    Korang pulak beraya mana tahun ni.Persiapan macam mana,alhamdulillah lah…semua dah ready..tunggu nak raya jelah ni.
  • kisahsidairy.com,  selamat hari raya

    Selamat Hari Raya AidilAdha 2016

    Assalamualaikum
    Selamat Hari raya korang…Wah..meriahnya raya korang kan..Ada yang buat qurban tahun ni?
    Belum ada rezeki untuk buat qurban.Insya allah,niat tu ada,cuma belum ada rezeki lagi nak buat..Korang doa-doakan aku supaya rezeki tu sampai kat aku untuk aku lunaskan impian aku ni ye.
    Alhamdulillah,cuma entry autopublish je hari ni untuk memberi ucapan Hari raya kat korang.Mahunya pepagi ni aku sibuk menguruskan rumah dan juga memasak serta menyediakan menu hari raya.Persiapan untuk raya haji ni ala kadar je sebenarnya.Tiada baju raya pun,cuma hidangan hari raya seperti hari raya puasa tu adalah.
    Pada tahun ni merupakan hari raya yang pertama aku raikan di rumah baru.Adik beradik belah suami datang ke sini untuk menyambutnya dengan kami.So,dengan berbesar hati menerima kedatangan mereka.
    Moga korang jalani hari raya korang dengan bersederhana dan bersikap berjimat cermat dengan ekonomi negara sekarang.Cermat dalam pemanduan di mana sahaja korang berada.Elakkan sikap meninggi diri di jalan raya dan patuhi keselamatan jalan raya ye.
    Selamat menjamu selera ye korang..Jangan makan banyak-banyak tau..
  • kisahsidairy.com,  selamat hari raya

    Raya Kami 2016

    Assalamualaikum
    Selamat pagi semua,walau dalam keadaan bersosek-sosek,beruhuk-uhuk,tetap jugak kakak mengagahkan diri menghupdate berita terkini tentang Hari raya akak pada tahun ni.Walaupun korang tak kisah,akak xkisah..Mana tau kan,anak-anak dah besar nanti,boleh la dia membaca kisah-kisah raya mereka di masa kecil nanti.
    Hari raya,ada kenangan yang sedih,dan ada kenangan yang gembira…Semuanya berkolabrasi di hari raya.Meh aku cerita yang menyedihkan dulu…BAJU RAYA TAK SIAP WEH!!!…Bagi korang itu berita sedih ke gembira..Padahal awal lagi aku dah hantar baju aku dan Naura kat Tailor.Sebelum puasa tau dah hantar.Lainlah aku hantar last minute..Tailor tu pun kira kawan aku masa sekolah jugak.Tak taulah nak marah ke nak apa..Tapi tak elok kan buat orang lagu tu.Kesian tau.Padahal aku selalu juga tanya dia,baju aku dah siap ke belum.Seminggu sebelum raya,aku WS dia lagi,dia kata hari selasa baru aku amik.Weh..esoknya nak raya,habis kalau tak fit kat baju,ada masa ke nak betulkan.Sadisnya,Hari selasa sebelum raya tu,tak siap lagi.Dia bagi tahu last minute selepas maghrib malam raya,baju tak dapat disiapkan..OMG!!!!!Mana nak cari baju raya ni..Baju tak banyak..Aku beli 2 helai je untuk tahun ni..Yang paling menyedihkan,Baju Naura langsung takde..Mana nak aku cari malam-malam buta ni.Nak ke bandar ,orang dah sibuk nak memasak.Aku kalau beraya turn rumah mak aku,memang ikut tema..Dah cantik beli kain anak beranak warna mustard,sama jenis kain semua,,Tapi tak sangka semua ni berlaku..Nasib baiklah rumah aku ada kedai SAKAN..Dapatlah beli jubah walaupun tak sama warna dengan adik beradik yang lain..Redha je Weh…Tapi tetap sedih sebab Naura tetap tak dapat baju..
    Kepada Tailor,aku nak nasihatkan sikitlah,ambil tempahan tu,ikutlah kemampuan,kesian pada mereka yang nak tempah tu,kalau tak siap,macam mana kan..
    Oklah dah habis cerita sedih..Alhamdulillah,walau ramai tak dapat berkumpul pada tahun ni,tetap bersyukur,kerana masih ada lagi adik beradik yang dapat beraya di kampung tahun ni,Yelah,kita cuma merancang,Allah swt juga yang menentukan.Walau kami tak semeriah adik beradik yang ramai,tetap juga kami berkumpul selepas raya.Meh selit sikit kegembiraan 

    Ada banyak lagi..Tapi malas lah aku nak share kat blog ni..ada je terperap dalam fb..hahaha..tak semua kita nak show off kan…cukuplah ni..Dapatlah luangkan masa lama untuk kakak dan adik..
  • kisahsidairy.com,  selamat hari raya

    Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Kisahsidairy.com

    Assalamualaikum
    Yeayy!! Nak raya dah..dah bercuti pun sekarang ni.Ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
    Sebenarnya entry ni dah di schedulekan untuk hari ni..Maklumlah,nak mengadap blog ,of courselah tak sempat.Nak masak itu dan ini,nak kemas-kemas rumah..Dengan anak-anak yang super ramai ni..uiiihh..Tak terlayan..Sebab tu schedulekan entry seboleh yang mungkin,
    Kad ucapan made by me..Ini je yang termampu..Tahun ni memang takde kad raya pun diedarkan untuk rakan-rakan blogger dan rakan-rakan yang lain.Emak anak dua ni,semuanya tak menyempat tahun ni..hahaha..
    Dah Prepare ke nak raya..siap dah semua..Dah agih-agihkan makanan untuk jiran tetangga?hehehe..
    Hari ni ada lagi yang tak complete..baju raya tak sempat nak amik lagi walhal esok dah raya..huwaaaa…Harap sesuai dengan apa yang dikehendakilah jawabnya..nervous mak bila fikir pasal baju ni kan..
    Oklah,dikesempatan ini,aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN.Mohon kemaafan jika ada salah dan silap,disepanjang perkenalan samada sengaja ataupun tidak.Mohon dimaafkan supaya hati ini tenang menyambut lebaran..insya allah.
    Mana yang dekat tu,jemputlah datang ke rumah di Felda Air Tawar 5…Roger-roger kita..Nak alamat boleh cari kita difb..nanti kita roger2 pulak no telefon ea..
  • kisahsidairy.com,  percutian,  selamat hari raya

    Dah Apply Cuti Hari Raya?

    Assalamualaikum
    Tinggal beberapa hari je lagi je kan Syawal akan tiba.Segala persiapan raya insya allah dah lebih dari 90%.So macam mana cuti korang?
    Ada yang tak dapat cuti ke?Aku…Dah apply pun..Kalau cuti-cuti macam ni kenalah apply awal kan..Untuk apa,untuk kita schedulekan cuti kita nanti..yelah,mana tau rancang nak bercuti kat kampung seminggu,last minit punya cuti,boss cancel..baginya kita dua hari je cuti..tak ke naya..Lagi pulak yang balik dengan bus atau flight..Mau burn gitu je tiket.
    Sebab tulah bila kita nak plan untuk bercuti sakan,kena make sure cuti dari kerja tu dah di approved oleh boss kita.Barulah boleh beli tiket kan…
    So far,tahun ni aku tak ambil banyak pun,Cukuplah dua hari setengah tu,Cuti dah tak banyak,sayang pulak nak ambil unpaid leave.Bila dah unpaid leave,banyaklah gaji yang akan dipotong..uihhh..Rugi weh!!Tahun ni pun raya belah aku,jadi tak kemana sangat..Tapi tak taulah kot lah husband aku nak balik Melaka..
    Surat cuti dah hantar,cuma tinggal di approved je.Kebiasannya,semua cuti diluluskan.Lagi pulak sekarang ni projek company aku tak banyak yang masuk,so diorang senang je nak luluskan..Even yang bukan beragama islam pun digalakkan untuk bercuti..Wah..seronok depa kan!
    Korang pulak macam mana..Ada ke yang amik seminggu terus bercuti?Wah..bercuti sakan la korang kan…
  • kisahsidairy.com,  nuffnang,  open house,  selamat hari raya

    Open House Nuffnang

    Assalamualaikum
    Sana-sini Open house…Sana sini lemak dah muncul dek kerana makanan yang lazat-lazat di Majlis Open House raya rakan-rakan…Memang tak boleh nak tolak buat masa ni…Balun je..Konon ler ambil sikit-sikit juadah yang disediakan..Tapi banyak jugak yang dimakan..hahaha.takpe…tu belakang kira..
    Occay..occay..saje nak bagitau korang,Jemputan Open House Nuffnang yang akan diadakan tak lama lagi..
    Sempena bulan syawal nie,Nuffnang menjemput para bloggers Ke rumah terbuka #NNRaya Open House 2014 Makan,minum,ketawa,bergumbira,games, di majlis Nuffnang tu nanti ye..
    Final-NNRaya2014 1
    Wah…blogger-blogger yang berdekatan boleh la join Rumah terbuka Aidilfitri Nuffnang nie..
    #NNRaya Open House 2014
    Date: 23 August 2014 (Saturday)
    Time: 3pm – 8pm
    Place: Wanaka the Bungalow, Damansara Heights


    Ingat….ada syarat-syarat yang perlu korang penuhi untuk memenuhi undangan Rumah terbuka Nuffnang nie..Info details korang boleh ke blog Nuffnang di SINI ye ..


  • kisahsidairy.com,  memories,  schoolmate,  selamat hari raya,  Uncategorized

    Tahun Beraya Dengan Ex-Schoolmate

    Assalamualaikum
    Aku rasa seronok sangat beraya tahun nie.Walaupun menyambut raya secara ala kadar,tetapi kemeriahannya apabila menyambut tetamu yang tak putus-putus beraya…alhamdulillah..
    Masih lagi dalam mood beraya..Syukur sangat bila tahun nie perjumpaan dengan Ex-schoolmate walaupun tidak serentak,tetapi sangat meriah bila mana banyak cerita yang dikongsikan..
    Kebanyakkan mereka,aku dah tak jumpa diorang start dari lepas spm lagi..Ada antara diaorang yang aku tak jumpa selama 16 tahun..Lama tak..hehehe..
    Syawal kali ni menemukan kami…Ada yang tak sempat aku nak snap gambar bila bersama mereka..
    Bila kami dah berjumpa ,terlalu banyak cerita yang ingin dikongsikan..Mengimbau kenangan masa sekolah,bercerita tentang tragedi pahit manis masa zaman persekolah,memang tak cukup masa nak berbual..Nasib baik la para suami kami nie sporting tak hengat…Layankan je sang isteri-isteri bercerita..Sunggu menyeronokkan…Aku abadikan beberapa gambar untuk kenang-kenangan…Mana tau ada anak2 antara kami mengenali…Memanjangkan lagi ukhwah yang dibina dari zaman persekolahan..Insyallah..
    bersama Lisa dan Ct Zakiah serta anak-anak kami
    Si awfiyah memang tak suka gaknya ambil gambar

    Bersama Hani dan Fidz,terselit MIL aku kat belakang tu…hehehe
    Semoga Ukhwah yang dibina harap berpanjangan hingga di hujung usia..insyallah
  • di pagi hari sabtu,  kisahsidairy.com,  open house,  selamat hari raya,  syawal

    Marhabban vs Beraya

    Assalamualaikum
    Sabtu sudah…Ada yang masih bekerja dan dahpun bercuti..AKu masih lagi di opis..Bekerja setengah hari,hari nie..Rutin setiap sabtu kan…Tak boleh nak lari melainkan berhenti kerja..hahaha..
    sumber:google
    Pastinya ramai yang akan menghadiri Jamuan Open house hari nie kan..Kalau korang perasan,tak banyak undangan Jamuan Open house tahun nie kan??.Mungkin menghormati pemergian MH370,MH17 dan juga peperangan di Gaza..Sebaiknya kita menyambutnya dengan secara sederhana pun dah mencukupi.
    Dari malam tadi menghabiskan beraya di rumah jiran-jiran tetangga..Itu memang dah menjadi kebiasaan kami setiap tahun di Taman aku tu.Minggu depan dah start Marhabban.Marhabban di tempat aku diadakan lambat sikit la.Yelah,bandar kan…takkanlah nak buat 1st day raya,confirm orang takde..
    Seperti kebiasaan setiap tahun,marhabban tempat aku akan diadakan dari rumah ke rumah,cumanya ada satu tempat yang akan menjadi tempat kami berkumpul untuk makan-makan..Bila pi masuk rumah orang,kami cuma bermarhabban je…takde pun sediakan apa-apa..
    Bezanya tahun nie,tak perlu datang rumah ke rumah untuk marhabban.Marhabban tahun nie diadakan di dalam cabin yang telah disediakan dikawasan rumah aku nie.Lagi senang dan menjimatkan masa.hehehe…
    Balik kejra nie pun masih lagi nak sambung beraya di rumah sepupu2 aku..Yelah…baru hari nie mereka ada kat rumah..Hari raya nie,kena buat appointment..Kalau tak sesaja je datang takde rumah..Yelah..orang sibuk beraya kan..Bila kita call bagitau nak datang, at least diorang tak lah ke mana-mana…
    Korang pulak macam mana hari nie..
  • selamat hari raya

    Minggu Beraya

    Assalamualaikum
    Musim beraya sekarang nie.sibuklah sana sini memenuhi jemputan Open House dan mengunjungi kawan-kawan dan saudara mara yang dekat..
    Sekarang nie,setiap malam ada saja tetamu yang datang beraya..Alhamdulillah…Tetamu tu orang kata rezeki..Rezeki untuk Nur awfiyah le tu…dapat duit raya la katakan…
    Disebabkan hari-hari menerima tetamu,haruslah buat persediaan awal kan..Bukan persediaan memasak bagai,hanya persediaan kuih raya dan juga air je..Untuk rakan-rakan yang berkumpulan dan sanak saudara je aku sediakan makanan berat..Tapi tak berat la sangat  setakat bihun goreng atau mee kuning je.Air pulak aku memang dah siap-siap buat air gula sirap pandan..Senang nanti kalau tetamu datang,tak payah la nak tunggu lelama sangat..Tinggal bancuh je kan.
    Semalam memang takde satu entry pun aku hasilkan sebab bercuti..Satu hari melayan Nur awfiyah…Dah pandai nak bergolek-golek si bambam tu…
    warm up entry ni…tetiba idea hilang dek kerana kuih raya ni..
    Si bambam yang nak masuk 4 bulan ni.
    si bambam umie