• memories,  my family,  parenting blogger,  parentingmoments,  riadah

    Ambil angin Petang di Teluk Sengat Kota Tinggi

    Assalamualaikum
    Apa lagi yang membuatkan hati ni gembira bila dapat berkumpul dengan adik beradik..Apa tah lagi dapat berjalan bersama-sama..Menikmati keindahan petang di tepi laut
    Sebenarnya memang dah lama tak menjengah di Teluk sengat ni..Teluk sengat ni antara tempat famous jugaklah di Kota Tinggi.Kalau korang tengok kampung Teluk Sengat ni biasa-biasa je..Tapi tidak kepada mereka yang minat memancing..Kerana dulu,setiap bulan mesti ada pertandingan memancing disini.Selain dari itu,ada jugak lah yang memancing.Yang bestnya di tepian Teluk Sengat tu,ada restaurant yang menyediakan makanan seafood dan bermacam lagi..So,sangat best bila korang and family spend time together kat sana..Sambil makan,sambil berbual,sambil menikmati pemandangan yang indah..
    Kalau korang ke Kota Tinggi,jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan dan kelazatan makanan seafood kat sini ye.Di Teluk Sengat ni pun,ada Taman Buaya tau,So sesambil tu boleh la korang ambil masa untuk ke sana.Aku syorkan korang pergi ke Teluk Sengat ni di waktu petang..Sangat Cantik Pemandangannya..Untuk Photoshoot pun aku rasa cantik tau.
    Lupa pulak nak ambil gambar di handphone husband aku tu..Kalau dah bawa anak-anak tu,memang tak sah lah kan kalau tak menyinggah di Playground berdekatan tempat makan tu..Jangan risau ye..Korang boleh lepaskan anak-anak kat situ untuk bermain..Tapi makesure korang pantaulah diorang..Ini kali pertama lah aku bawa naura ke sini.Dah setahun jugaklah aku tak bawa ke sini..nampak tak berapa lama aku tak datang sini.Kalau dari kampung aku tu,Tak sampai 15 minit pun.Sebab tu boleh datang selalu..
    teluk sengat
    Sempat bawa minah ni main jongkang jongkit..
    Bila dah naik,tak nak dia turun..Mungkin syok sangat kot.Masa ni kakak tak ikut..sedih..
  • kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  riadah

    Beriadah Lagi Di Tasik Layang-Layang

    Assalamualaikum
    Dari hari selasa malam lagi,mak dengan adik beradik aku berkampung di rumah,Alhamdulillah,bila dah duduk rumah baru ni,adik-adik dapat berkumpul dengan selesa.Eh..yang ni aku belum cerita kan..heheh..Next Entry aku cerita ea.Kalau dulu mungkin diorang tak selesa nak ber gathering kat rumah mak mentua,sekarang ni bila dah ada rumah sendiri tak delah diorang segan.
    Plan hari cuti semalam memang nak beriadah dekat Tasik Layang-layang.Kenapa asyik dekat Tasik Layang-layang tu je..hehehe..macam dah takde tempat lain kan.Bagi kami yang biasa-biasa ni,itulah tempat beriadah yang terbaik untuk bawa anak-anak.Kat situ boleh la lepas diorang bermain,lagipun takat cuti satu hari,nak jalan jauh-jauh memang penat kan.Lagi la bawak ramai anak-anak kecil.
    Nak ke laut,musim-musim macam ni rasa macam tak sesuai.Nasib baik jerebu berkurangan semalam,dapatlah beriadah.Pagi rabu tu,dah siap-siap bekalan untuk di bawa ke Tasik.Menu simple je pagi tu,Mee hoon,nugget,French fries dan air..tu jelah..lain-lain,kami beli je kat situ.
    Seronok tengok awfiyah dan cousin dia bermain-main kat situ.Moh layan mak-mak orang bergambar dari budak-budak
    Tak banyak gambar yang aku ambil kat situ..Sibuk berbual-bual dengan adik-adik ngan mak.
    Awfiyah dengan cousin Danish..
    Awfiyah dan Naura
    Kami terpaksa balik tengahari sebab dah nak hujan..Sebelum hujan kena bersiap sedia,yelah risau nanti anak-anak terkena hujan..Takut pulak kena demam nanti.