• review product,  scrub St.Ives

    St.Ives Radiant Skin Pink Lemon & Mandarin Orange Scrub terbaru

    St.Ives Radiant Skin Pink Lemon & Mandarin Orange Scrub terbaru | Masa sampai hari tu dalam parcel pun dah berbau harum pink lemon dan Mandarin Orange ni.Packaging sangat² umi suka.Siap simpan kotak dia buat perhiasan kat rumah tu..Cantik kot.Semestinya korang dah pernah dengar kan tentang produk dari St.Ives ni.Kalau dulu aku guna pencuci muka aprikot St.Ives ni.Memang best.Tapi tulah,bila dah banyak sangat keluaran produk di pasaran,mulalah rambang mata nak memilih.Tup² St.Ives ni jugak jadi pilihan.Memang bestlah bau St.Ives Radiant Skin Pink Lemon & Mandarin Orange Scrub  ni.Rasa nak scrub seluruh badan je.Dapatlah tanggalkan kotoran yang degil pada kulit di samping menghasilkan kulit yang sihat.Disamping melicinkan kulit kita yang kasar dan membuat kulit muka lebih cerah.

     

    St.Ives Radiant Skin Pink Lemon & Mandarin Orange Scrub dah berwajah baru.Kira 2 in 1 untuk mencuci dan scrub muka kita ni.Tak perlu dah guna banyak sangat jenis.Cukup satu ni je untuk penjagaan kulit muka yang berseri.Bila dapat scrub muka.memang bestlah sebab muka rasa licin dan soft je.

     

    Scrub muka dari ST.Ives ni sangat sesuai digunakan sekerap yang mungkin dalam seminggu kerana ianya diperbuat dari 100% bahan natural,tanpa Paraben dan telah diuji secara dermatologi.So tak perlu risau menggunakan produk dari St.Ives ni

    CARA GUNA  ST.IVES RADIAN SKIN PINK LEMON & MANDARIN ORANGE SCRUB

    • Picit sedikit Scrub dan sapukan pada kulit wajah
    • Basahkan muka dan Gosok perlahan bahagian muka dan biarkan ia beberapa minit sehingga kering.
    • Cuci bersih muka dan pastikan tiada sisa scrub yang tinggal.Dan korang akan rasakan kelembutan kulit muka korang

    Dah seminggu guna scrub ni,nampak kulit lebih segar dan whitehead pun dah berkurang tau..Memang best.So,korang yang nak dapatkan Scrub dari St.Ives ni boleh dapatkan di Watson dan Guardian atau mana-mana store yang  berdekatan.Cepat grab tau..Oh ya..bukan itu sahaja,Scrub dari St.Ives ni ada pelbagai antaranya

    • St.Ives Energizing
    • St.Ives Acne Control
    • St.Ives Blackhead Clearing
    • ST.Ives Radiant Skin
    • St.Ives Gentle Smoothing
    • St.Ives  Fresh Skin
    Oh Ya…sebelum aku terlupa…Korang boleh join contest dari ST.Ives ni tau.Mana tau dapat melancong ke Californea untuk 6D5N.Best tu..Apa yang korang perlu buat adalah beli apa juga jenis face scrub dari ST.Ives ni dari 26 June – 3 September 2018.Ambil gambar face scrub korang and letak # turnuptheglow.
    Untuk maklumat lanjut korang boleh dapatkan info di sini : bit.ly/GlowToCalifornia
    #StivesMY #GlowToCalifornia

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • BEAUTY,  review product

    Imanni Cattleya Lipmatte menjadi pilihan

    Assalamualaikum

    Imanni Cattleya Lipmatte menjadi pilihan | Aku diantara penggemar koleksi lipstick.Walau tak banyak,tapi aku suka nak kumpulkannya.Warna-warna yang aku pilih pun adalah warna-warna Nude yang aku rasa sesuai dengan tona kulit aku.Jenis aku,bila pakai lipstick,memang tak suka terlalu terang dan terlalu gelap..Just nice.Sebab tu bila ada Lipstick baru yang ada di pasaran sana tu,yang kena dengan taste aku,aku akan usha..Yang penting affordable..

    Imanni Cattleya Lipmatte menjadi pilihan

     Ni hah…Imanni Cattleya Lipmatte gadget baru di dalam beauty bag i…Best je pakai ni..Tapi kalau kulit bibir kering,make sure pakai pelembap dulu ye

    Imanni Cattleya Lipmatte menjadi pilihan

    Imanni Cattleya Lipmatte menjadi pilihan
     Warna yang just nice untuk tutup bibir yang sedikit kehitaman disitu.Nampak macam tak pakai lipstick kan..hahahah

    Kenapa perlu pilih Cattleya Lipmatte ni?

    • Ia dapat merawat masalah bibir kering jika digunakan secara konsisten
    • Terdapat Organik Habbatus Sauda
    • Tekstur yang lembut dan warnanya tahan lama
    • Senang di cuci dan tidak melekit
    • Campuran kandungan bahan-bahan yang telah disemak dan disahkan selamat

    Imanni Cattleya Lipmatte menjadi pilihan

    Warna-warna yang terdapat pada Lipmate Cattleya ini sangat cantik tau,antaranya

    • Bombastic
    • Desire
    • Charm
    • Romantic

    Untuk korang yang nak dapatkan Lipstick dan produk Imanni ni boleh refer di IG di bawah ni

    IG : Imanni Skinz

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • review product

    Kumpul 6 Koleksi Sukan Ria Carrie Junior terbaharu

    Assalamualaikum

    Hai korang☺☺ Kanak-kanak memang suka bermain dengan air.Apatah lagi dengan adanya sabun.Boleh jadi riuh rendah jadinya bilik air tu.

    Apa taknya,bermain dengan air merupakan aktiviti yang paling dinantikan kanak-kanak dan waktu mndi adalah merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan mereka.Walaupun mainan seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan,namun ia sebenarnya lebih dari itu.Mainan sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk simanja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri.Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka,menggilapa kemahiran sosial dan emosi,serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan.

    carrie junior sukan ria

    Dan disebabkan oleh itu,CARRIE JUNIOR Sukan Ria direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak.CARRIE JUNIOR  telah mereka 6 figura mainal comel “SUKAN RIA” bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka.CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokaan semasa mandi,malah ia juga turut menekankan amalan nilai murnin di dalam interkasi semasa bermainan dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif.

    carrie junior sukan ria
    setiap pembelian Carrie Junior SUKAN RIA terdapat 6 koleksi mainan setiap satu di dalam mandian ini
    Terdapat 6 figura mainan comel yang terdiri daripada iaitu :-
    CARRIE JUNIOR-Si gajah yang gemar bermain bola sepak
    SPEEDY TOMMY – Si Kura-kura yang terpantas di atas trek larian
    TUFFY TEDDY – Si Beruang yang paling kuat
    DRIBBLY MINKY – Si Racoon yang mahir dalam sukan hoki
    SMASHY MACKY – Si Monyet yang tangkas bermain pingpong dan juga trofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap produk CARRIE JUNIOR  bersaiz 700ml
    carrie junior sukan ria
    Sama seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR  sebelum ini,koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ruangan rahsia yang akan menempatkan figura mainan misteri dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka,merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokkan.Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu,masa mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana daapt menggunakan imaginasi mereka.
    Koleksi Figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh di dapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath,Carrie Junior baby shampoo,Carrie Junior Baby hair & Body wasg serta Carrie Junior kids shampoo bersaiz 700ml

    carrie junior sukan ria
    Suka Naura dapat mainan ni.

    image carrie junior

    TENTANG CARRIE JUNIOR

    CARRIE JUNIOR  merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan.Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.
    Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan  dengan Fruito-E ,kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur,melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja.Rangkaian CARRIE JUNIOR  memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari.Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.
    Diiktiraf Halal ,rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby bath,Baby Shampoo,Hair  & Body Wash,Baby Powder,Baby Lotion dan Baby Oil.Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • review product

    Tisu Lembab Anti Bakteria Aiken untuk rasa bersih dan segar

    Assalamualaikum


     Tisu Lembab Anti Bakteria Aiken untuk rasa bersih dan segar |
    Dalam kehidupan kita seharian kita memang tak boleh nak elak daripada bakteria.Walaupun ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar,namun ia sentiasa hidup didalam dan disekeliling kita.Bakteria dan kuman sangat cepat membiak sehingga ia mampu menyebarkan pelbagai penyakit.Salah satu cara yang berkesan adalah melalui penjagaan tangan agar ia sentiasa bersih.

    AIKEN adalah satu jenama yang dipercayai sebagai produk penjagaan antibakteria sejak 3 dekad yang lalu kini memperkenalkan tisu lembap antibakteria iaitu Tisu Lembap Antibakteria Aiken.Produk ini berupaya menyingkirkan 99.9%  bakteria merbahaya dengan berkesan dan memberikan haruman serta meninggalkan kelembapan pada kulit.

    Tisu antibakteria ini sungguh berguna ketika anda sedang sibuk dengan rutin harian.Mengelap trolley barangan serta pemegang bakul ataupun selepas memilih barangan runcit yang mudah rosak seperti daging,sayur-sayuran,buah-buahan mampu membantu mengurangkan penyebaran bakteria merbahaya  berkat manfaat antibakteria dari Tisu lembap Antibakteria Aiken

     Tisu Lembab Anti Bakteria Aiken untuk rasa bersih dan segar

    Tisu lembap Antibakteria Aiken menyediakan pembersihan serta merta kerana ia dapat di bawa ke mana-mana sama ada di dalam kenderaan ataupun tas tangan kerana ia dapat digunakan untuk aktiviti luar,mengembara,berkelah ,ke tandas awam,di kawasan taman dan lain-lain.Dalam keadaan seperti di pam petril yang tidak menyediakan kawasan membasuh tangan yang berdekatan,pek tisu antibakteria sesuai dijadikan alternatid untuk membersihkan tangan anda.

    Tisu lembap Antibakteria Aiken sesuai untuk digunakan oleh seluruh ahli keluarga dalam apa jua keadaan sekalipun.Pek Tisu lembap Antibakteria Aiken boleh di dalapati dalam dua variasi menarik untuk dipilih iaitu :

    TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN-PERLINDUNGAN EKSTRA

     Tisu Lembab Anti Bakteria Aiken untuk rasa bersih dan segar

    Dirumus khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih semulajadi untuk meningkatkan perlindungan.Ia menyegarkan serta membersihkan kulit  daripada kekotoran serta lebihan minyak dengan pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih bersih,lembut dan menyegarkan.Produk ini telah diuji secara dermatologi ,ia selamat digunakan oleh seisi keluarga dan adalah 100 % bebas alkohol.

    TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN-PELEMBAPAN EKSTRA

     Tisu Lembab Anti Bakteria Aiken untuk rasa bersih dan segar

    Diperkaya dengan Aloe Vera untuk kelembapan yang selesa pada kulit,Tisu lembap Antibakteria Aiken menyingkirkan 99.9%  bakteria berbahaya sambil mengekalkan kesegaran kelembapan,serta membersih tanpa sebarang ketidakselesaan.Ia menjadikan kulit anda berasa segar dengan bau yang menyenangkan.Tisu Lembap Antibakteria AIken adalah 100% bebas alkohol,telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan oleh seluruh ahli keluarga.






    Tisu lembap Antibakteria Aiken yang baharu boleh didapati pada harga RM6.50(semenanjung)/RM6.80(Sabah & Sarawak) untuk pek berkembar.Produk yang mengandungi 20 helaian di dalam setiap pek ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka,pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara.

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • lazada,  review product

    Himalaya Nourishing Skin Cream terbaik untuk penjagaan kulit

    Assalamualaikum

    Hai korang☺☺ happy November..Wah..dah masuk November kan..Sekejap je masa berlalu..Usia pun akan datang akan bertambah.Kulit pun makin tak tegang…eh…makin tua gitu..hahaha..

    Ada kena mengena ke…hahaha..Actually lama dah aku nak up entry ni..Gambar dah lama duduk dalam draft.Dek kerana ada je kerja yang nak dibuat,maka terpaksalah hold dulu entry ni.

    Hah ni ha…Sebenarnya bila dekat office ni,dah jadi satu tabiat aku datang office pakai lotion,keluar tandas pakai lotion,lepas solat pun pakai losyen.Hah…Tapi kat rumah takde pun buat macam tu kecuali nak keluar rumah.

    Sebenarnya bila cerita pasal krim kulit  ni,aku memang dah terjatuh cinta tau dengan satu krim keluaran Himalaya ni.Bukan sahaja lembut,malah ia menjaga kulit kita dengan menggunakan herba semulajadi sahaja.

    Wangi jangan cakaplah..Kulit aku ni memang jenis kulit kering,berbeza pulak dengan kulit muka ye.Kulit muka aku je jenis berminyak.Tapi kulit di badan tak berminyak.Lagi kering dibahagian kaki dan juga tangan.Sebab tu bila duduk dalam aircond ,aku mesti nak gunakan losyen.

    Habis je krim ni aku wajib topup.Dah masuk 3 bekas aku menggunakan Himalaya Nourishing skin Cream.

    Krim losyen ni bukan sahaja wangi,malah ia memberi kelembapan kepada kulit dan mencerahkan kulit tau.
    Krim Himalaya Nourishing Skin Cream ni sangat bagus tau untuk kulit kering.Krim ini telah diadun dengan ekstrak Aloe Vera,Winter Cherry,Indian Kino Tree dan Pennywoot India yang membantu melindungi kulit kita dari cuaca kering dan juga pencemaran.

    Boleh dapatkannya diSINI 

    Krim ini diadun dengan ekstrak Aloe Vera, Cherry Musim Sejuk, Pokok Kino India dan Pennywort India, yang melindungi kulit anda dari pencemaran dan cuaca kering, memberikan khasiat dan kelembapan.

    Bahan-bahan yang terdapat di dalam Himalaya Nourishing Skin Cream

    • Aloe Vera – Tumbuhan yang terkenal dengan sifat penyembuhan yang kaya dengan enzim dan nutrien.Ia mampu melindungi kulit dari Sinaran UV secara semulajadi,penghidaratan,kelembutan dan pelembab pada kulit.
    • Winter Cerry-Sangat berkesan sebagai anti-stress agent.Tumbuhan ini digunakan sebagai tindakan antioksidan yang membantu pertumbuhan semula sel kulit.
    • India Kino Tree – Tumbuhan ini mempunyai sifat astringent yang bekerja sebagai tonik kulit untuk meremajakan kulit wajah kita.
    • Indian Pennywort – Ianya baik untuk kulit bermasalah seperti luka yang sukar untuk sembuh dan mereka yang mengalami eczema.
    Sebenarnya apa yang menarik sangat dengan Krim ni adalah ia tidak berminyak dan terus masuk ke dalam kulit.Ia juga tidak melekit.So takdelah kita rimas menggunakan krim macam ni kan.
    Hah..bagi korang yang ingin mendapatkan Produk ni,boleh la ke HIMALAYA OFFICIAL STORE di Lazada Malaysia.Kat situ korang bukan sahaja boleh melihat harga krim ni,malah boleh melihat pelbagai jenis produk keluaran Himalaya.
    Cepat tau,jangan lambat-lambat sebab sekarang ni tengah Offer dengan setiap pembelian Himalaya Nourishing Skin Cream 150ml korang akan dapat satu lagi 50ml krim ni tau…hah.untung ke tak untung.

    HIMALAYA OFFICIAL STORE

     


    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com


  • review product

    Minyak ikan Omega 3 dari StemLabs

    Assalamualaikum

    Hai korang☺☺Baru order hari isnin,selasa dah dapat..Hah..ni hah..aku beli Omega 3 Fish  Oil ni kat Lazada..Aku ingatkan nak beli dari satu produk ni,tapi memandangkan harganya tak mencukupi budget aku,jadi penyelesaiannya cari yang masih di dalam budget la. kan.


    Omega 3 Fish oil Capsule StemLabs




    Actually hari isnin hari tu aku dah beli Omega 3 ni,memang ingat nak cari kat farmasi je,tapi disebabkan aku takde masa nak menyinggah ke farmasi,lagi satu takut aku laburkan banyak duit aku kat farmasi tu,baik aku beli online je.Bukan apa,bila dah masuk situ,nak-nak masuk ke Guardian or Watson..fuh…melilau tau biji mata ni.So..aku beli je online..senang sikit.

    Kesedaran aku tentang Omega ni berpunca dari start aku dapat tau yang doktor kata denyutan jantung aku ni tak normal..So,aku fikir,aku perlu menjaga kesihatan aku supaya ianya tidak lebih buruk dari yang ada.So,sebelum tu aku ada survey jugak manfaat Omega 3 ni untuk jantung dan tubuh badan.Jom aku share


    PERANAN OMEGA 3 UNTUK TUBUH BADAN DAN JANTUNG




    1.MENYOKONG KESIHATAN JANTUNG

    Peranan penting Asid Lemak Omega 3 dalam kesihatan jantung tidak dapat disangkal lagi.Menerusi satu kajian yang belum konklusif menunjukkan bahawa pengambilan EPA dan DHA didalam Asid Lemak Omega 3 mampu mengurangkan risiko penyakit jantung termasuk mengekalkan kolestrol baik dan tahap tekanan darah yang normal.

    2.MENGGALAKKAN FUNGSI OTAK YANG SIHAT

    Asid lemak Omega 3 merupakan struktur bagi komponen sel-sel pada sistem saraf pusat dan juga nutrien terpenting bagi perkembangan otak yang sihat.DHA pula merupakan asas Asid Lemak Omega 3 bagi perkembangan otak,sistem saraf dan mata,terutamanya kepada bayi.Bagi orang dewasa,terdapat kajian yang menyatakan minyak ikan boleh membantu dalam meningkatkan daya ingatan ,menginga kisah lampau dan daya tumpuan.

    3.MENYOKONG FUNGSI SENDI SIHAT

    Asid Lemak Omega 3 juga dapat menyokong kesihatan fungsi sendi dan pergerakan tubuh.Apabila sendi bergesel,asid lemak ini boleh diumpamakan sebagai minyak pelincir bagi membantu sendi bergerak secara bebas.

    Ada yang aku baca,selain dari yang atas ni,Omega 3 ni mampu mengurangkan kolestrol,baik untuk kesihatan mata,membantu mengurangkan stress.Banyak lagi sebenarnya khasiat untuk tubuh badan kita ni.So kita ikthiar je mana yang perlu kan.Hope berkekalanlah menggunakan Omega 3 dari StemLabs ni

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • review product

    Pentingnya pengambilan Vitamin C untuk badan dan kulit Wajah

    Assalamualaikum

    Pentingnya pengambilan Vitamin C untuk badan dan kulit Wajah | Hai korang☺☺Actually aku bukanlah sesiapa pun yang nak bercerita pasal kecantikkan,tapi apa yang aku tahu dan amalkan,itulah yang perlu aku share dengan korang.

    Vitamin C ni aku memang wajib ambil setiap hari untuk mengelakkan kulit muka aku terus berminyak dan kusam.Dalam Vitamin C ni  mempunyai anti oksidan yang dapat mencegah sel badan dari dirosakkan oleh radikal bebas dan ia banyak tau kelebihannya.So ,meh sini aku share  dengan korang apa pentingnya pengambilan Vitamin C untuk badan dan kulit muka.Vitamin juga dikatakan membantu tubuh berfungsi dengan normal.

    MANFAAT VITAMIN C UNTUK TUBUH BADAN DAN WAJAH

    1.ANTIOKSIDAN

    Vitamin C bertindak sebagai pelindung daripada molekul berbahaya yang dipanggil radikal bebas termasuk asap rokok dan pencemaran udara.Bila kita sedut molekul-molekul berbahaya ni lama kelamaan ia akan merosakkan DNA dan menukarkan  sel sihat kepada sel kanser.

    2.DEMAM DAN ASMA

    Pengambilan Vitamin C apabila kita selesema tidak akan cepat pulih,dan ianya mengambil masa untuk pulih,sebab tu kita kena konsisten untuk mengambil Vitamin C ni setiap hari.Menurut kajian,ia turut mengurangkan risiko untuk sakit yang lebih kronik seperti asma ,pneumonia dan jangkitan paru-paru.

    3.MEMBENTUK KOLAGEN

    Kolagen tidak dapat dihasilkan tanpa Vitamin C.Kolagen ini adalah sejenis protein antara beribu protein dalam tubuh kita.Ianya amat diperlukan dalam pembentukkan kulit,jantung,salur darah,tulang,gigi,gusi dan seluruh badan memerlukan kolagen.Bagi memastikan tubuh badan kita mendapat vitamin c yang cukup,harus konsisten pengambilannya.

    4.MENINGKATKAN IMUNITI

    Vitamin C diperlukan untuk meningkatkan sel darah putih.

    5.BAIK UNTUK KULIT
    Ia melindungi kulit kita daripada radikal bebas dan sinaran UV yang merosakkan sel kulit.Selain itu,ia membantuk mengurangkan kedutan dan menganjalkan kulit.

    6.BAIK UNTUK KULIT

    Mengikut kajian,Vitamin C diperlukan untuk memecah lemak yang tersimpan dan menukarkannya kepada tenaga.

    7.VITAMIN TAMBAHAN UNTUK PESAKIT KENCING MANIS

    Mengikut kajian juga pengambilan insulin bersama Vitamin C akan meningkatkan sensitiviti  terhadap insulin dan meningkatkan fungsi saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit yang lebih kronik akibat diabetes.

    Hah…Apa kata korang ambil Vitamin C dari Hakubi ni.Jadikan ianya suplement korang untuk setiap hari.Setiap botol HAKUBI WHITE C PLUS bukan sahaja mengandungi Vitamin C malah ia juga mengandungi B6 dan Panthothenic acid.

    HAKUBI WHITE C PLUS

    Cara Makannya
    2 biji 3 kali sehari
    saja nak tonyoh muka kat sini..hehehehe
    Pastikan korang minum air secukupnya ye bila makan supplemen macam ni.Oh ya..Aku suka hisap je sebab HAKUBI WHITE C PLUS ni ada dua rasa tau.pertama kali kalau ko hisap dia rasa manis dan lama kelamaan akan menjadi masam.Aku suka makan HAKUBI ni.
    Korang boleh dapatkan HAKUBI ni di WATSON berdekatan dan Lazada pun ada jual jugak tau.
    Harga : RM122.85
    Boleh check kat link watson –SINI
    So,selain dari makan  Hakubi White C plus ni,aku pakai juga  HAKUBI WHITE C GEL.
    Yelah,nak cantik kenalah pakai kan untuk protect muka kita yang selalu terdedah dengan persekitaran luar ni.Nak pulak kulit muka aku sunburn masa ke LEGOLAND hari tu.

    Kalau korang nak tahu,HAKUBI WHITE C GEL ni mengandungi campuran khas 6% derivatif Vitamin C ,Ekstrak Hyaluronic Acid dan Licorice.Ia membantu mencegah kerosakkan dan freckles yang disebabkan oleh selaran matahari.Kalau kulit muka sunburn,terasa panas tu,boleh lah sejukkan dengan HAKUBI WHITE C GEL ni.Ia boleh merawat kulit muka yang kering dan berjerawat dan mampu jugak untuk membantuk kulit muka yang berminyak.

    Cara menggunakannya

    Gunakan dengan jumlah yang sederhana kepada kulit 2 kali sehari.

     Selalunya sebelum aku make up,aku akan titiskan sikit dekat dagu,dahi dan pipi.lepas tu sapu sambil urut-urut sikit…Baru pakai moisturizer and foundation..

    Harga : RM97.40

    Boleh check kat link watson –SINI

    HAKUBI WHITE C PLUS &  HAKUBI WHITE C GEL




    Ini adalah produk Jepun tau.So kalau nak cantik macam kulit orang jepun boleh try ni..hehehehe..

    More details boleh tengok kat website Watson

    http://www.watsons.com.my








    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • review product

    Kleenso Loving Home Series yang wajib ada di dalam rumah

    Assalamualaikum

    Kleenso Loving Home Series  yang wajib ada di dalam rumah | yes,memang wajib ada di dalam rumah.Tak banyak pun tapi basic nya perlu ada.

    Sebab apa,sebab 4 produk ni sangat-sangat membantu aku membersihkan dalaman rumah dengan senang dan cepat sekali.Takdelah aku kena tunggu berjam-jam supaya semuanya nampak bersih.

    Jenama Kleenso ni kalau korang nak tahu bukanlah baru lagi di pasaran.Kat mana nak dapatkan produk ni? korang baca sampai habis ye.Kleenso Loving Home Series ni sangat selamat digunakan kerana produk ini bebas bahan kimia,organik,natural,mesra pengguna dan alam semulajadi.

    Apa produk yang aku sebut-sebutkan tu?

    kleenso

    • Kleenso Tile & Bathroom Cleaner.
    • Kleenso Serai Wangi  Liquid Wax Floor Cleaner
    • Kleenso Eco Cockroach Bait
    • Kleenso Eco Ant Bait
    • Kleenso Go Green Garbage
    Meh aku share satu persatu apa yang best tentang produk-produk di atas.

    KLEENSO TILE & BATHROOM CLEANER

    Kleenso Tile & Bathroom Cleaner
     Salah satu produk yang aku suka.Memang aku tak gemar kalau bilik air tu kotor dan rasa licin.Tapi dengan menggunakan Kleenso Tile & Bathroom cleaner ni,sebarang kekotoran yang ada pada dinding dan juga lantai bilik air,boleh dihilangkan.
    Cara nak guna senang je,Sebelum tu,korang jirus lah sikit kan,air di tempat yang korang nak bersihkan,dengan menggunakan Kleenso Tile & bathroom cleaner ni,aku just spray sahaja di tempat yang aku nak bersihkan.Korang tengok Tile bilik air aku ni.Kat celah-celah tu,kalau tak digosok dengan betul,mulalah berkerak.Aku just jirus dengan air dan spray je.Lepas tu aku biarkan beberapa minit.And aku just gosok manja-manja je gitu.Dah pun bersih berkilat.korang wajib beli ni tau.
    Hasil menggunakan Kleenso Tile & Bathroom cleaner 

    KLEENSO SERAI WANGI LIQUID WAX FLOOR CLEANER

    Salah satu produk yang aku suka sebab  ada  serai wangi di dalamnya dalam pada masa yang sama bila kita mop rumah,semut semua taknak dekat dah.Kalau korang nak tahulah kan,binatang-binatang seperti semut dan lipas ni memang tak suka bau serai.
    Bila dah ada Kleenso Serai wangi Liquid Wax floor cleaner,haruslah ia membantu aku.Just campurkan 2 tutup botol Kleenso serai wangi liquid wax floor cleaner ni di dalam suku baldi air,dan korang boleh mop.Bukan sahaja lantai korang licin bersinar,tetapi juga membasmi semut-semut yang bermaharajalela di dalam rumah tu.
    KLEENSO ECO COCKROACH BAIT & KLEENSO ECO ANT BAIT
    Dua produk yang aku rasa wajib ada di dalam rumah.Cuba bagitahu kat aku,rumah siapa yang takde langsung semut atau lipas..Cuba angkat tangan!! hah..kat rumah aku ni,lipas takde lah sangat,jarang sangat,tapi kalau semut tu,jangan cakaplah,jatuh sikit je makanan,atau pun di bakul sampah,emmm…memang cepatlah semut tu datang.
    Kleenso Eco Cockroach Bait

    Kleenso Eco Ant Bait
    Tapi bila ada Eco Ant Bait ni,hah..memang lah mudah.Just tarik je pita yang terkeluar dari paket tu,kemudian letakkan tempat yang korang rasa semut selalu berkurung.Insyallah,lama kelamaan berkurang semut yang ada tu.
    Sama jugak penggunaan Kleenso Eco Cockroach Bait ni,letaklah kat mana-mana yang lipas selalu keluar.

    KLEENSO BIO GO GREEN GARBAGE

    Kleenso Bio Go Green garbage-Paper

    Kleenso Bio Go Green Garbage
    Nampak sama kan,warna berbeza,dua plastik sampah ni ada perbezaan penggunaannya kerana yang berwarna hijau tu adalah dikhaskan untuk paper sahaja.Dan yang berwarna biru tu untuk sampah-sampah lain.
    Size untuk Plastik sampah ni besar sebenarnya,Muat untuk tong sampah yang besar kerana size keduanya adalah 1000mm x  760mm dan setiapnya mengandungi 10 helai plastik.Aku suka Plastik sampah ni sebab dia tebal,jadi kalau sampah berat takdelah bocor kan.
    Hah..kepada korang yang nak dapatkan keterangan lanjut tentang produk Kleenso ni,boleh layari  website dan fb Kleenso

    Web : Kleenso

    Contact : +603-80231668

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com


  • review product

    MINYAK YU YEE CAP LIMAU minyak yang dipercayai turun temurun

    Assalamualaikum
    Hai korang☺☺Pernah menjadi Kontroversi bila ramai yang mengatakan Produk Minyak YU Yee Cap Limau tidak HALAL.Tapi setelah kenyataan dari Jakim mengesahkan bahawa Minyak Yu Yee Cap limau ini adalah halal dan boleh digunakan oleh umat islam.
    Minyak Yu Yee Cap Limau ni dah lama bertapak di Malaysia ni.Setahu aku,minyak Yu Yee ini dah digunakan pada zaman aku baby lagi..Ko ghasee!! Of course dah lebih dari 30 tahun minyak ni kan.And aku sendiri adalah pengguna tegar Minyak ni tau!
    Dulu pernah aku stop kejap pakai minyak Yu yee ni,tapi telah disahkan JAKIM halal,aku guna balik minyak ni,sampailah ke anak-anak aku.Memang wajib ada di rumah,di dalam beg dan di mana-mana sahaja aku pergi kerana Minyak Yu Yee Cap Limau ini sangat bagus untuk melegakan kembung perut,sengal-sengal otot dan sebagainya.Bukan sahaja boleh digunakan untuk bayi,malah untuk kita orang dewasa pun boleh tau.
    Aku memang suka bauan dari Minyak ni,sebab bukan sahaja melegakan tapi memberi kesegaran saat ko menghidu bauan minyak ni.Ini kerana terdapat di dalamnya Peppermint oil yang memberikan rasa kesegerannya tau.
    Kalau dekat rumah,memang wajiblah ada minyak ni.Sekali beli berbotol-botol.Bukan apa,bila tetiba nak mencari tu takde,ada jugaklah kan extra yang lain.
    MINYAK YU YEE CAP LIMAU
    Stock untuk setahun.Memang akan ada di banyak tempat supaya senang nak mencari dan digunakan
    MINYAK YU YEE CAP LIMAU
    Dak Naura ni tau-tau je stock ni dia punya.Kemahin taknak bagi kat umi.
    Untuk Naura,selalunya aku akan sapu minyak YU YEE CAP LIMAU ni selepas mandi.Cuma sapukan di perut,dada,belakang dan juga betis.
    Kalau dia tak sihat,aku akan sapukan jugak extra di tapak kaki dan sedikit di hidung. dan belakang dada.
    Bila dah ada minyak ni,bukan sahaja untuk bayi korang tau,aku pun ada spare di beg makeup.
    MINYAK YU YEE CAP LIMAU
    Ni hah..ada satu kat beg makeup.Memang sentiasa ada di dalam beg,kemana sahaja

    MINYAK YU YEE CAP LIMAU
    Bila rasa mual,migrain,inilah ubatnya..

    MINYAK YU YEE CAP LIMAU
    Nak pergi mana-mana walaupun dalam kereta pun tetap WAJIB ada minyak ni.

    Kalau bukan anak meragam,mak-mak pulak yang meragamnya.

    Produk ini hanya untuk kegunaan luar sahaja.Perlu dijauhkan dari kanak-kanak.Ianya digunakan secara tradisional untuk melegakan sakit-sakit ringan pada otot dan sendi dan untuk melegakan simptom kembung perut dan selsema.Jika penyakit berterusan,terus dapatkan nasihat doktor.

    Minyak YU YEE CAP LIMAU ini terdapat 3 jenis botol yang mempunyai 10ml,22ml dan juga 48ml.
    And of course korang boleh miliki botol kecil ini serendah RM9 tau.Minyak  YU YEE CAP LIMAU ni tiada masalah kesan sampingan.Itu yang aku taulah kerana sepanjang pemakaian produk ni takdelah terkena kesan sampingan ke apa..Selamat je rasa.

    Minyak YU YEE CAP LIMAU Disahkan Halal

    Sebelum ini telah terjadinya kekeliruan tentang produk ini samada halal untuk digunakan oleh orang islam atau tidak.Pihak Jakim telah sahkan bahawa Minyak YU YEE CAP LIMAU adalah Halal.So, korang tak perlu risau untuk mendapatkan Minyak YU YEE CAP LIMAU  ini keluaran Weng Seng Medical Factory Sdn Bhd  di mana-mana pasaraya dan kedai berdekatan korang.

    minyak yu ye halal
    Kalau ada yang was-was tentang produk ni,boleh terus ke website Jakim.Kat situ korang boleh check samada produk ni halal atau tidak.Bagi aku,takkanlah minyak macam ni nak masukkan khinzir pulak kan..Motif?emm…yelah..bila dah ada produk yang berzaman di gunakan ni,ada je netizen-netizen yang nak menjatuhkan produk yang diguna ramai ni kan..Hah..checklah..hehe

    Kandungan Minyak YU YEE CAP LIMAU

    Peppermint Oil…………… 36.0% w/v
    Clove Oil…………………….2.6% w/v
    Menthol……………………..1.6% w/v
    Borneol………………………1.0% w/v
    Cortex Cinnamoni………1.0% w/v
    Resina Calamus Draco….1.0% w/v
    Nutmeg Oil………………..0.6% w/v
    Light Liquid Paraffin…….q.s 100%

    Cara Penyimpanan Minyak YU YEE CAP LIMAU

    Simpan di  dalam suhu bilik (25-30 darjah c)
    Jauhkan dari kanak-kanak dan ikut label tarikh luput pada label Minyak YU YEE CAP LIMAU ini

    Kepada korang yang ingin dapatkan Minyak Yu Yee ni,korang boleh dapatkannya di pasaraya berdekatan dengan korang ye.

  • review product

    Mollus MySkinHope 5 in 1 Skincare

    Assalamualaikum
    Hai korang☺☺ Ada tak diantara korang yang ada masalah seperti jeragat,parut jerawat,sunburn ataupun tona tidak sekata? Ni aku ada nak memperkenalkan satu produk terbaru yang mempunyai 5 rangkaian dalam satu set produk ini iaitu Mollus MyskinHpe 5 in 1 Skincare.Uishhh bestkan.Produk ini dijamin tidak mempunyai Merkuri dan Bahan kimia terlarang dan ia adalah Natural Herba.

    Kelebihan yang terdapat pada MOLLUS MYSkinHope Skincare ini
    • Membantu mencerahkan kulit
    • Menyelesaikan masalah tona kulit tidak sekata
    • Menghilangkan jerawat dan parut jerawat
    • Kulit kelihatan GLOWING sepanjang hari.
    • Melembab dan mengecilkan liang pori
    • Mencegah jeragat dan whitehead
    • Anti penuaan-Menghilangkan kedutan dan menganjalkan kulit
    • Kulit lebih gebu dan mulus
    • Harga mampu milik

    Antara kandungan yang terdapat di dalam Mollus Skincare ini adalah
    • Alpha Arbutin
    • Coenzym Q10
    • Serbuk Mutiara
    • Vitamin C dan E
    • Gluthathione
    • Ekstrak kunyit,temulawak dan buah-buahan

    Di bawah ini aku sertakan kelebihan setiap satu produk di dalam set Mollus Skincare ini

    Sabun Kolagen 24k
    Sabun kolagen 24K
     – Dapat membersihkan wajah di samping membekalkan zat dan mineral pada kulit dengan campuran asli ekstrak buah-buahan ,gold 24k dan kolagen.Selain itu ia dapat menghilangkan jeragat,parut jerawat dan tona tidak sekata.
    Mollus Night Cream
    Mollus Night Cream
     – Krim kunyit berfungsi untuk menghilangkan jerawat,jeragat dan bintik hitam.Amat sesuai untuk kulit wajah kusan dan permukaan kulit yang kasar,Ia diperbuat daripada esktrak kunyit dan temulawak.
    Mollus Night Repair cream
    Mollus Night Repair Cream
     – Dapat menegangkan kulit wajah,menghilangkan garis-garis halus dan tanda penuaan.Ia juga dapat menghilangkan parut jerawat ,jeragat dan menggebukan kulit wajah.Diperbuat daripada ekstrak akar kayu dan herba.
    Mollus Day Pearl Cream
    Mollus Day Pearl Cream
     – Dipakai sebagai alas bedak dan sebagai pelindung UV SPF30 dan Q10.Ianya dapat mencerahkan kulit wajah dalam masa 3 hari dan juga dapat menghilangkan kesan parut penuaan.Diperbuat daripada ekstrak mutiara da vitaminc C.
    Mollus Moisturizer
    Mollus Moisturizer
     – Membantu menyeimbangkan PH kulit  dan memberi mineral untuk kulit.Kandungan terdiri daripada ekstrak buah-buahan dan AHA,vitamin C dan vitamin B3.Berfungsi juga sebagai pelindung sinar UV serta mengelak kesan pencemaran seperti asap dan bahan kimi dipakai waktu siang.


    Jom kita tengok pulak beberapa testimoni yang berpuas hati menggunakan Mollus MySkinHope 5 in 1 Skincare ini

    Harga 1 set – RM75 (tidak termasuk kos pengeposan)

    Untuk pembelian dan pertanyaan lanjut sila hubungi:
    Cik Azza – 019-660 0936
    Facebook – Mollus Cosmetics HQ