• review food

    Best Dim Sum Halal di Pasir Gudang

    Best Dim Sum Halal di Pasir Gudang | Lama betul tak makan dim sum ni.Kalau nak ikutkan memang ada je ramai yang dok jual dim sum.Tapi nak mencari dim sum halal tu payah la sikit.Kalau ikutkan dim sum ni orang chinese je suka jual.Jarang ler kan orang melayu yang jual.So, ragu-ragulah sikit nak makan.

    Restoran Best Dim Sum & Pau

     

    Tapi hari tu, lepas pada dua orang blogger JDT dok up pasal Dim sum ni, terus rasa nak pergi makan kat situ.Kedai dim sum halal ni terletak di Kipmart Home Pasir Gudang.Lama dah beroperasi, cuma kurang orang dok up status pasal dim sum yang di jual di Kipmart home ni.So , masa tu sementara menunggu nak ke bank, isi perut dulu di sini.

    Kedai ni bukan sahaja menjual Dim Sum, tetapi juga menjual pelbagai perasa Pau frozen dan yang siap di makan.Boleh je kalau korang nak tapau bawak balik.Tak de masalah pun.Nanti nak repeat pergi lagi dengan husband pulak.Sebab masa malam kami ke Morso, ada entry pasal makan di The Morso.Plan kami nak ke Restoran Dim Sum tu,tapi tak jadi sebab masa tu hujan lebat,jadi kira pergi yang dekat je lah kan.Jom tengok Menu yang kami order berdua hari tu.

    Menu yang kami order hari tu,Prawn Dumpling,Chicken Siew Mai,Salt Egg Siew Mai,Blackpepper,Seafood dan ada aku tak ingat namanya.Untuk 3 bekas tu dia kira RM10,so kami order 6 bekas tu RM20 lah.Kalau makan dim sum ni rasa tak cukup setakat 2-3 bekas,mesti repeat lagi.Kalau dulu nak makan dim sum, kena pergi ke Kilang Bateri.Sekarang dah tak perlu.Kat Pasir gudang ni pun dah boleh makan dim sum.Banyak lagi menu selain dari dim sum ni, ada antaranya Yong Tau fu, Meatball dan lain-lain.Cuma masa aku datang tu baru pukul 12 tengahari, jadi tak banyak lagi lah menu yang di sediakan.

    LOKASI

    U Sentral Masai Night Market, Serangkai 1, Taman Bukit Dahlia, 81700 Johor Baharu, Johor.

     

    ☎️ 012-7855328
    Waktu Operasi :
     Bermula dari 10.30 pg hingga 10.30 mlm

  • food hunter,  review food

    Birthday Treat Babah at My Kluang Seri Alam,Pasir Gudang

    Assalamualaikum

    Hai korang☺☺ hari sabtu yang lepas aku decide untuk belanja makan babah sempena birthday dia yang akan datang yang jatuh pada hari Isnin.So hari sabtu lepas,selepas settlekan urusan di Bank,Kami terus ke tempat makan di Seri Alam ni.Berdekatan juga dengan Bank.

    So,aku memilih MY KLUANG untuk belanja babah sempena hari jadi dia.My Kluang ni antara kedai makan yang sedap di Pasir Gudang.Ianya seakan-akan Kluang Rail Coffee jugaklah.Selalunya bila birthday kami berdua,kami pilih untuk makan Secret Recepi sahaja.Hah..korang tengok Entry Birthday kami..Semuanya di sana.Bukan sebab takde tempat lain,cuma ini je yang berdekatan dengan kami.

    Birthday Cake from him

    Makan-makan di Secret Recipes Aeon

    Birthday Celebration Untuk Nur Awfiyah

    Early Birthday Celebration di Secret Reipes

    Melayan Birthday Girl Hari Ini

    My Kluang ni terletak di Seri alam,berdekatan dengan Tesco dan Bank-bank seperti Maybank,Public Bank dan lain-lain lagi.Ia juga berdekatan dengan deretan Moonlight Cafe,Borneo Sugar Bun di Seri Alam..Memang senang lah nak jumpa.Dekat je dengan Roundabout Seri Alam.Tepi jalan je My Kluang ni..Kalau korang nak cari tempat makan best di Pasir Gudang ni,kira recommended jugak kat sini.Sebabnya makan kat sini,suasana sangat tenang,takdelah kedengaran bunyi bising sangat.
    Selfie sebentar sementara menunggu makanan sampai.Si kecik tu kalau dah mengadap handphone memang ler payah nak ajak selfie
    Hah..Nak tau apa menu yang kami order di My Kluang ni..
    Blueberry Cheesecake-RM8.50
    Ayam Penyet Sambal-RM10.90
    Ayam Bakal Sambal Hijau-Rm10.90
    Dimsum-rm3.90 setiap bekas
    Actually kami order 3 jenis dimsum tau,iaitu Chicken,Crab dan juga Salt Egg.Semuanya sedap belaka dan harga pun berpatutan.
    Kotlah korang nak try makan kat situ kan.Kat bawah ni ada aku letakkan Map untuk memudahkan korang mencari Cafe ni.

    My Kluang Cafe

    41, Jalan Suria 1, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  review food

    Pekena Hj Abu Soto Power yang mabless

    Assalamualaikum
    Dengar nama pun dah hebat kan..Gerai biasa-biasa je.Gerai kampung je.Tapi soto sangat masyuk ok!!
    Bila nak masuk tengahari ni,pakat whatssap dengan member-member nak makan mana.Dok pening kepala nak makan mana tu satu kemestian kami..haha..Tapi tengahari tu,aku rasa macam nak makan,makanan yang tak berat sangat..Contohnya,soto..Tapi aku tak taulah kalau tak dikategorikan sebagai berat..
    Hj Abu Soto Power
    Gerai Hj Abu Soto Power ni bukan sahaja di datangi orang melayu,tetapi Orang cina pun datang sini tau!! India aku tak tau lagi lah sebab belum nampak.Terletak di tengah-tengah perkampungan  Kampung Taman pasir putih.Sesungguhnya tengahari tu amat ramai.Nasib baiklah kami sampai awal.Dan bernasib baik lagi,kami rehat awal.Pukul 12 dah rehat…Kalau tak mau berpeluh dengan kepanasan menunggu ni.Dah lama pasang niat nak gi.Tapi setiap kali pergi sini,confirm tutup..Tulah..sape suruh pegi hari jumaat..
    Harga memang biasa-biasa je.Pekerja kat situ dah tak payah nak amik order catat kat kertas tau.Ingat kat kepala je.Walhal pekerja-pekerjanya dah meningkat usia.kiranya dah mak-mak ler…
    Kat situ bukan sahaja Soto,me rebus dan rojak tahu pun ada.harga memang mampu milik.Tapi bagi korang yang kuat makan tu,tak cukup kot kalau setakat semangkuk.Harga untuk semangkuk soto hanya rm4.50..yang bestnya dia tak guna sambal kicap yang biasa kita gunakan..ada samal istimewa yang tak sempat aku snap..
    Hj Abu Soto Power
    Ni ha…korang nampak mabless tak
    Harga,bagi aku oklah lagi..Ni pun rasa nak repeat pergi ke warung Hj Abu ni..Orang-orang yang terdekat,yang belum rasa lagi soto ni,pilah cepat…emmm…Nih.nak bagi tau,Jumaat tutup okeh!!
  • kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  review food

    Makanan Ready To eat Untuk Warga Johor Bahru

    Assalamualaikum
    Seronoknya aku nak bercerita pasal makanan ni.Apatah lagi makanan tu sedap untuk di makan dan tidak menghampakan.Alhamdulillah..
    Sekarang ni,kalau terasa nak makan apa-apa ataupun tak sempat untuk masak apa yang kita nak makan,amat mudah,just google sahaja perkhidmatan penghantaran makanan “Ready to Eat” atau yang frozen…Bukan cerita frozen tu ocayy!!
    Meh nak cerita,Masa tu teringin nak makan spaghetti carbonara.Nak memasak memang malas,nak ke pizza hut kang! banyak pulak yang aku order.Solution nya,aku just call owner ICEANDBOX untuk delivery spaghetti carbonara.Disamping tu alang-alang aku order la spaghetti bolognese,Laksa Johor,satay yang super sedap dan juga kek batik yang ohsem!!
    Yang bestnya lagi harga yang dijual amatlah berpatutan dan rasanya memang tidak menghampakan
    Nak tau harganya….Meh aku senaraikan untuk tatapan korang!
    Spaghetti bolognese(beef)-rm5/pack
    Spaghetti Carbonara cheese(beef)-rm5/pack
    Laksa Johor-rm5/pack
    Pecal-rm5/pack
    Sate(daging/ayam)-rm0.60/pcs
    Sate Frozen(daging/ayam)-rm0.50/pcs
    Kalau untuk penghantaran haruslah minimum order rm25 ye.
    Kalau korang ada buat majlis apa-apa dan memerlukan makanan yang ready to eat atau frozen,korang boleh la contact person ni.satgi aku bagi details 
    Memang recomended untuk gunakan perkhidmatan dia ni tau.Korang boleh COD and self-collet.Kot lah warga jb yang nakkan pendapatan sampingan tu,boleh la jadi agent mereka..
    Untuk warga jb yang nak mencuba tu boleh la contact person ni
    Ubaidah-0177353159
    Instagram : https://instagram.com/iceandbox/
    atau korang boleh like JB HOME FOOD DELIVERY untuk melihat penghantaran mereka mengikut kawasan..jadi korang boleh selit order…yummy sangat!!
    Korang cari kat instagram tau!!
  • foodporn,  INFO,  kisahsidairy.com,  review food

    Makan Lagi Di Makan Klimaks Chop & Grill

    Assalamualaikum
    Hari ni cerita pasal makan je sudahlah…Hari minggu lepas sebenarnya cerita makan-makan ni.Repeat lagi makan-makan disini.Kalau boleh nak try semua menu yang ada di kedai ni.
    Satu aku suka tempat ni,tak begitu sesak.Kalau nak pergi time tak ramai orang adalah sebelum maghrib..Sebab lepas maghrib orang dah berpusu-pusu masuk ke kedai makan ni.Alhamdulillah…Memang murah rezeki tuan kedai ni.Mungkin dari segi menu yang lain dari yang lain membuatkan ramai yang sentiasa bertandang di Kedai makan ni.
    Petang hari minggu,bawak anak manja pi berjalan-jalan..Tetiba husband bagi idea nak pi makan kat kedai Makan Klimaks Chop & Grill lagi..Bukan takat Nur awfiyah je teruja,melebih-lebih lagi ummi dia..Sebab dalam kepala nak try makan menu terbaru dari Makan Klimaks Chop & Grill ni.
    Seperti biasa,kami datang petang..Jadi tak ramai orang.ok-ok jerk..Bila pelayan datang,terus sebut nak menu terbaru dari Kedai tu..
    Apa yang kami order petang tu?
    Meh aku senaraikan satu persatu menu yang family kecil kami makan,.
    Gambar 1 >> Cheezy Fettuccine Carbonara Meatball (ni menu terbaru dan aku yang order)
    Gambar 2>>  Minuman terbaru iaitu Pandan Soda Float(minuman aku) dan belakang tu,coke Float(untuk husband)Teh o panas(tiada dalam gambar untuk MIL
    Gambar 3>> Nasi lemak Pandan Grilled Lamb(untuk husband) order satu lagi Grilled chicken untuk MIL
    Gambar 4>> Khas untuk Anakanda tersayang..Fries Smile..
    Minuman tu buat aku nak order lagi..Tapi disebabkan perut tak boleh lagi nak spend makanan..so terpaksalah abaikan jugak..
    Nur awfiyah suka sangat dengan air ni..Isk..budak dah pandai sedut straw,laju je minum..
    Meh belanja gambar sebijik
    Dah semakin membesar..Sekarang dah dapat kaki…
    Uih..Makin ligat praktis berjalan..Habislah ummi dia..hua..hua
    As usual..aku tak tau berapa kos damage untuk makan semua ni sebab husband yang bayar..
    Actually ada prop untuk customer selfie,tapi aku tak sempat nak selfie bagai..Bukan tak sempat..Tapi bila pregnant ni,memang tak suka nak bergambar..bahaha…
    Tunggulah nanti dah comel,baru boleh bergambar..takler nampak montel sangat..hahah
    Eh..dulu aku pernah tau cerita pasal Kedai makan  Klimaks Chop & Grill di Entry ni 

    Makan Makan Di Makan Klimaks Chop & Grill

    Siapa yang pi makan sekarng ni kat kedai makan  Klimaks Chop & Grill akan mendapat vaucher untuk bulan puasa nanti..Isk..rugi tu ari aku tak dapat ,sebabnya aku datang awal sangat..Tak sempat nak jumpa dengan owner kedai..hahah
    As usual,kepada sesiapa yang nak rasa keenakkan menu-menu dari makan  Klimaks Chop & Grill boleh la datang ke alamat bawah ni..Ni bukan Review berbayar ye..Just nak tunjukkan kepuasan bila kedai yang kita pi makan sedap dan menepati citarasa sahaja…
    Makan Klimaks Chop N Grill
    34,Jalan Helang 2,Taman Scientex
    Pasir Gudang 
    Johor

    Korang boleh jugak terjah Facebook mereka untuk meninjau juga lain-lain menu yang lazat 

  • kisahsidairy.com,  luncheon,  review food

    Luncheon Di SDS Hari Ini

    Assalamualaikum
    Petang baru dapat update blog.Pepagi tadi dah update.tu pun lambat atas sebab-sebab kerja office yang perlu disettlekan terlebih dahulu.
    Alhamdulillah..Kenyang sampai ke petang lagi.Sebab baru lepas minum petang..hahahaha..Kes makan kat SDS sebab ada seorang officemate ni yang mak buyung macam aku jugak.Nak sangat nak pekena chicken chop hari ni.
    Jarang makan kat situ sebenarnya.kalau makan pun kat kedai biasa jelah..Lebih murah..Tapi sesekali layan kan,apa salahnya.
    Sampai aku terlupa nak ambil gambar makanan officemate punya.Sebab dah kelaparan sangat-sangat.
    Sempat ambil gambar untuk menu pilihan aku je
     SDS Nasi goreng Ikan bilis 

    Minuman pula aku order Honey Lemon
    Tapi yang tak bestnya Honey Lemon ni,diorang pakai lemon yang tak asli.maksud aku bukan perahan lemon,sebaliknya jus lemon untuk masakkan tu..Korang boleh bezakan kan yang asli dan yang tak.Tu yang buat mood nak habiskan air tu failed.
    Tapi aku dah sindir kat pekerja dia tu..Tapi tak taulah samada dia dengar ke tak.Sebab sindiran aku tu kuat dan jelas sangat-sangat..hehehe…Next time guna buah lemon ye dik..baru umppphh rasa air tu..Bayar mahal kot untuk air..Takat pakai jus lemon untuk masakkan..baik tak payah.
    Saja nak membebel petang ni
  • craving,  kisahsidairy.com,  pregnancy,  review food

    Si Pulut Mangga

    Assalamualaikum
    Uihh..Lama dah tak update blog..Start tak sihat tempohari sehinggalah Kenduri Doa selamat yang diadakan beberapa hari lepas.Dan hari ni baru start nak kecoh pasal Entry Si Pulut Mangga ni.
    Sape dah merasai Pulut Mangga ni sila angkat tangan ye..Aku baru start rasa semalam.Kekdahnya macam payah je nak jumpa kan..Tapi rasa yang ni berlainan sedikit dari yang aku imagine dan aku tengok kat google ni.
    Kelainan terletak pada warna dan juga mengandungi kuahnya tersendiri..Tulah sebabnya ai is nak mencuba.hehehe…
    Kebetulan My husband ajak pergi ke DIY berdekatan dengan rumah.Lepas tu,ajak pi makan pulak..Of course la tak lepaskan peluang nak makan..Selalu makan kat kedai yang selalu memang kitorang lepak kalau nak makan yang goreng-goreng ni.
    pulut mangga
    See….Lain kan dari yang aku expect..Aku ingat macam pulut durian tu.Tak de kuah bagai..And the taste tu oklah..Not bad..Tapi…aku lebih suka pulut durian..Tetap No.1..
    Hok ni,anak aku suka makan,nak-nak tang buah tu jelah..Ada ke Pulut mangga yang korang jumpa lebih kurang macam ni,atau lain dari yang lain..cer citer sikit..
  • kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  review food

    Marigold Peel Fresh Sedap untuk Dinikmati

    Assalamualaikum
    Entah kenapa dari semalam lagi dok teringin nak makan buah Orange ni.Tapi,Keteringinan itu tak boleh nak dilaksanakan kerana nak beli buah Orange ni,aku nak kena pi pasaraya.Macam malas pulak nak pergi.Inisiatif terdekat adalah terus beli juice ni.
    Pepagi,sebelum nak pi ke tempat kerja,sempatlah singgah 7-Eleven.Aku beli yang kecik je..Kang beli yang besar tak habis pulak.Lagipun aku terbaca di blog Dr.Zubaidi,Ibu mengandung tidak di galakkan untuk mengambil lebih dari 300ml Orange juice sehari.Ia kerana selain mengandungi vitamin,,jus buah-buahan juga mengandungi kadar gula yang banyak.
    Kandungan gula yang tinggi sangat memudaratkan gigi kerana wanita hamil mudah untuk mendapat kerosakkan gigi.Oleh itu dr.zubaidi mencadangkan agar tidak mencampurkan gula dalam minuman jus limau.Lagi baik kalau kita beli buah,dan buat sendiri just tanpa campur gula…ada faham!!..heheh
    marigold peel fresh
    Marigold Peel Fresh ni adalah minuman jus buah-buahan dan ia mengandungi 35% atau lebih jus buah.So untuk mengekalkan ianya fresh,korang letak la dalam peti sejuk untuk mengelakkan kerosakkan kepada jus tersebut.Kalau korang nak tau,setiap kotak Marigold Peel Fresh dipasteurkan untuk mengekalkan kesegaran semulajadinya.


    Minum Marigold Peel fresh ni sejuk-sejuk memang sedap..Rasa lega je kat tekak ni bila dapat minumkan…
    marigold Peel Fresh ni pelbagai perisa ada,salah satunya adalah orange la..yang lain korang boleh cuba Apple,Mangga,Anggur dan pelbagai lagi buahan campuran.
  • foodporn,  INFO,  kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  review food

    Makan Makan Di Makan Klimaks Chop & Grill

    Assalamualaikum
    Entry ni dah lama kot aku pendam.So,pepagi ni aku saja nak bukak selera korang.Bermula dengan hanya melihat menu-menu yang membuka selera mata pandangan aku ni,sehinggalah rasa keinginan tu meluap-luap untuk cuba makan di Makan Klimaks Chop & Grill.
    Akhirnya,En.husband menunaikan impian ibu mengandung ni supaya baby keluar nanti taklah meleleh air liur..hehehe…
    Petang Ahad yang lepas,aku and family merealisasikan impian untuk makan disitu.Menu yang dihidangkan memang la menepati citarasa tekak aku ni.So tak salah kalau aku war-warkan tempat makanan yang sedap kan.
    Warga Johor,atau yang berdekatan boleh la menyinggah ke Restauran ni.Menu kami pada hari itu adalah :-

    Nasi Lemak Hijau Klimaks Beef Steak

    Ini adalah pilihan  my husband la…Disebabkan dia lapar nasi,so dia memilih set ni.Untuk aku pulak,yang ni memang aku dah aim kat page MK ni
    Cheese Burger Meatball Set

    Yang ni memang kena dengan tekak aku..Aku kongsi dengan Nur awfiyah..Dia makan kentang goreng tu je..
    Untuk MIL pulak,aku orderkan Chicken chop je..Risau pulak dia tak boleh nak terima makanan yang lain.
    Chicken Chop

    Memang sedap…Puas hati..Untuk minuman pulak aku order ni
    Orange Float + Cola Float
    My MIL just order milo je..hehehe..tak payah la nak snap kan. Yang bestnya restoran ni,ada menyediakan khidmat delivery di kawasan yang terdekat di area pasir gudang.So kalau malas nak keluar ke sini,boleh terus call untuk perkhidmatan delivery.Yang penting order mestilah rm30 ke atas ye..
    Oklah..Takmo cakap panjang-panjang..Aku bagi alamat untuk korang terjah
    Makan Klimaks Chop N Grill
    34,Jalan Helang 2,Taman Scientex
    Pasir Gudang 
    Johor
    Korang boleh jugak terjah Facebook mereka untuk meninjau juga lain-lain menu yang lazat 

    Waktu beroperasi adalah 4.30 petang sehingga 11.30 malam dan tutup pada hari Isnin
  • foodporn,  kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  review food

    ABC Kampung Melayu Yang Superb

    Assalamualaikum
    Hai korang…Semalam without any entries dalam blog ni..Uhuk…Kesekian kalinya bertapa di Hospital Sultanah Aminah Untuk Rawatan susulan Pregnancy aku ni.
    Alhamdulillah,Doktor sahkan baby dalam perut ok2 je..Sihat dengan degupan jantung yang normal dan terletak elok dalam perut Ummi dia.Hari Ahad tuari pun bertamu kat sini jugak,tapi untuk check Jantung baby samada ok or tak.lepas tu aku lupa apa lagi dia check.Oh ye..semalam aku sempat jugak masuk ceramah Penyusuan susu ibu selama 30 Minit(Update:adik manis sally yang tegur aku tulis 30 jam) ..Banyak juga lah input yang aku dapat dari ceramah tu..
    Selesai sahaja jumpa doktor,perut pun dah lapar.Selalunya aku just makan kat kantin hospital tu.Tapi disebabkan nak jugak cari ABC kampung Melayu yang dah bertahun aku tak jamah,so decide ngan husband nak ke sana..Selesai check up pun dah pukul 1 lebih..Nasib baik Nur awfiyah tak meragam.Elok tidur dalam stroller dia.
    Alhamdulillah..Sampai kat kedai ABC tu,taklah ramai orang.Cuma cuaca panas tu yang kurang selesa..Mungkin nak hujan..So order 2 abc,satu my husband and 1 lagi aku punya..Nenek cuma minum air sirap je.Makanan pulak kami order nasi ayam,nasi goreng ayam,and soto untuk nenek..Nampak satay mabless,so order 10 cucuk satay je..Takut kang tak habis lak order banyak-banyak kan..
    hehehe…Nampak badan sikit pun oklah ye..

    Nasi ayam ni memang ringkas..so,rasa pun ringkas jugak

    Slurppp….Ni yang best…Memang dah lama mengidam nak makan ni…Akhirnya dapat jugak..
    Siapa orang johor,pasti tau tempat ni kat mana..Oh ye..Just nak bagitau,kedai ni terletak di Kampung melayu Johor.Berdepan dengan Masjid
    ABC dia ni memang terkenal di sekitar Johor.So kalau korang datang jb,bolehla singgah kan.
    Memang syok ,lepas makan hujan turun dengan lebatnya..So terpaksa lah kitorang tunggu hujan redha baru balik.Ingat nak tapau satu lagi,tapi fikir nanti mesti ABC ni cair kan..So terpaksalah cancel tapau..heheh
    *** Abaikan wajah blog baru yang belum dikemas kini..