Assalamualaikum 3 Amalan Wajib Untuk 10 Hari Terakhir Ramadhan| Perkongsian ini aku ambil dari facebook sekadar renungan aku dan semua pembaca. Syukur kalau kita dapat melakukan 3 amalan ni di 10 hari terakhir ramadhan. 3 Amalan Wajib Untuk 10 Hari Terakhir Ramadhan 1. Sedekah RM1.00 setiap malam, kalau jatuh pada malam lailatur qadar, bermakna seolah-olah kita telah bersedekah setiap hari selama 84 tahun! 2. Solat sunat 2 rakaat setiap malam, kalau jatuh pada malam lailatur qadar, bermakna seolah-olah kita telah solat setiap hari selama 84 tahun! 3. Baca Surah Al-Ikhlas 3 kali sebelum tidur, kalau jatuh pada malam lailatur qadar, bermana seolah-olah kita telah membaca seluruh Al-Quran setiap hari selama…
-
-
Lafaz Niat Puasa Ramadhan 2018
Lafaz Niat Puasa Ramadhan 2018 |Alhamdulillah…Kalau korang tengok pengumuman tarikh puasa semalam,kita akan mula berpuasa pada hari esok iaitu 17 Mei 2018.So selamat berpuasa kepada korang.Dan sama-sama kita rebut kelebihan di dalam bulan puasa ni ye.Yang penting puasa jangan ponteng.Jangan pulak nanti ada alasan lupa lafaz niat puasa ye. Hah..meh aku nak ingatkan balik cara lafaz niat puasa.Kot ada yang lupa nanti.Boleh refer di bawah ni ye LAFAZ NIAT PUASA SEBULAN LAFAZ NIAT PUASA FARDHU RAMADHAN HARIAN DOA KETIKA BERBUKA PUASA Kalau takut terlupa,korang baca untuk sebulan tu hah..lagi senang kan. sumber :whatssap
-
Cara kira fidyah bagi yang lambat ganti puasa
Assalamualaikum Cara kira fidyah bagi yang lambat ganti puasa | Lagi beberapa hari lagi kan kita akan bertemu dengan Ramadhan.Sebelum menjelangnya ramadhan,perkara yang kita kena pastikan adalah menyempurnakan ganti puasa yang kita dah tinggalkan pada bulan puasa tahun sebelumnya.Dan bagaimana jika kita tidak sempat nak ganti puasa tersebut.Seharusnya kita perlu bayar fidyah untuk berapa hari yang kita dah tinggalkan.Di bawah ini sedikit perkongsian yang aku ambil dari facebook Jabatan kemajuan Islam Malaysia.Satu Perkara yang yang selalu memusykilkan kaum wanita adalah cara kiraan fidyah jika mereka tidak sempat nak ganti puasa. FIDYAH Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun…
-
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1435H
Assalamualaikum yeaayyyhh!! jumpa lagi…Dah pun siap-siap nak pi balik kampung..nak sambut puasa dengan family dan adik beradik kat kampung.. Alhamdulillah..malam semalam dah pun pengisytiharan puasa pada esok,iaitu ahad 29 June 2014. Di kesempatan ini aku memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersilap dalam perkataan dan tutur bicara sepanjang aku berblogging..Moga Di bulan ramadhan nie,memberikan kita ketenangan jiwa,kedamaian hati dan juga ketulusan dalam berpuasa.. Jauhi diri dari perbuatan yang membatalkan puasa.Jaga mulut dalam berbicara,Jaga mata dari pandangan yang jahat.Dan jaga semua perkara untuk mendapat keberkatan di bulan Ramadhan Yang mulia ni Untuk peringatan kita bersama sumber foto : google
-
Iftar yang Pertama di Bulan Ramadhan
Assalamualaikum Tahun ketiga bergelar isteri,dan tahun ketiga juga aku tidak pernah menyambut puasa bersama emak dan adik beradik yang lain.Apabila usia dan kehidupan meningkat,Segalanya telah berubah. Tak dapat nak dikongsi bersama sama mereka.Timbul rasa kesedihan pulak.Selalunya kami apabila bersama memang riuh rendah jika nak dibandingkan dengan keluarga suami.Ini kerana keluarga belah suami tak ramai adik beradik.Sedangkan aku mempunyai 10 orang adik beradik dan antaranya masih kecil. Keriuhan itu lah yang sangat aku rindui.Rindu untuk masak bersama,buat kuih bersama,pergi bazar bersama, Selagi tak penuh meja tu memang x sah untuk kami. Bersama ipar, adik dan anak saudara yang cukup kecoh Selepas itu kami adik beradik akan berkumpul ramai-ramai …Begitu juga dengan…
-
50 Pintu Kebaikan Di Bulan Ramadhan
Assalamualaikum Ramadhan adalah bulan untuk kita melipat gandakan pahala pada setiap amalan kita.Setiap perkara fardhu yang kita lakukan akan digandakan sehingga 70 kali ganda.Perkara sunat pula mendapat ganjaran seperti perkara fardhu sumber dari En.Google Di bawah merupakan 50 pintu kebaikan yang boleh kita laksanakan semasa bulan Ramadhan:- 1- Ikhlas dalam setiap perbuatan2- Bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benarnya3- Berdoa ketika melihat anak bulan4- Qiam semasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan5- Mendirikan qiam semasa malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan6- Bersungguh-sungguh beribadah dalam 10 malam terakhir7- Iktikaf di masjid8- Memberi makanan pada orang yang berbuka9- Membaca Al-Quran10-Banyakkan berzikir mengingati Allah11-Lazimi istighfar12-Mengambil wudu’ dan mengekalkannya13-Solat sunat 2 rakaat selepas berwuduk…