• kisahsidairy.com,  parenting blogger,  progress,  sel-sel otak berkembang

    Makanan..dia tak pernah tolak!

    Assalamualaikum
    Sejak dua menjak si Naura Auni ni dah ada gigi,apa juga makanan dia tak tolak..Tapi memang sifat kanak-kanak pun kan,tak menolak makanan yang diberikan pada dia.
    Kekadang sampai aku naik risau bila dia tak henti makan,yang bestnya orang sekeliling kekadang tak tengok samada makanan tu boleh diberikan pada dia ke tidak.Nak menghalang dari bagi makan,kekadang ada yang orang boleh terima dan ada jugak yang boleh terima.
    Sampai aku tak tau makanan yang dah masuk dalam perut dia tu.Yelah,tanpa kita ketahui,kita dah bagi makanan yang tak elok pada dia.Takut pulak terjadi apa-apa dengan kesihatan dan perkembangan diri dia.Seperti yang aku baca di majalah pama,bayi tidak memerlukan kalori,apa yang diperlukan oleh mereka adalah makanan yang ada nutrisi.Disini aku share artikel tentang jenis-jenis makanan yang masih dilarang untuk diberikan kepada mereka
    Jus
    Kalau kita ni,jus adalah minuman yang berkahsiat kan..Tetapi,tidak pulak bagi bayi.Jus adalah minuman tidak sihat kepada bayi.Walaupun dihasilkan daripada buah,namun proses pembuatannya membuatkan khasiat baik daripada buah telah tiada.Better bagi buah tu terus kepada mereka.So benda ni aku memang dah buat pun kat rumah.Since dia dah ada gigi,aku rajin bagi buah kat dia,terutama buah epal dan sunquick.
    Makanan Proses.
    Jangan kerana alasan tidak sempat atau sibuk,kita bagi anak kita makanan proses seperti daging burger proses,sosej atau nuget.Ini kerana makanan proses telah kehilangan segala khasiatnya semasa proses pembikinan.Lebih baik buat sendiri makanan olahan seperti nuget ayam yang dihasilkan daripada daging ayam yang dicincang dan dicampur dengan sayuran.Lebih sedap dan berkhasiat.Cuba untuk aku elakkan bagi dia makanan proses ni,walaupun ada jugak aku bagi,tapi takdelah sekerapnya.Aku pernah juga buat nugget sendiri untuk kakak fiyah dulu.Cuma sekarang ni je rajin tu berkurangan.

    Minuman berkarbonat.
    Kadang kala ada ayah atau ibu yang selamba memberikan bayi mereka merasa meinuman berkarbonat yang sedang diminum.Alasanna kerana kasihan dengan wajah comel yang melihat minuman tersebut.Hakikatnya, ia minuman terburuk jika diminum oleh bayi.Selain tidak berkhasiat,kandungan gula yang ada dalam minuman berkarbonat sangat tidak bagus untuk perkembangan gigi si manja.Memberikan minuman berkarbonat ni memang sangat-sangat aku elakkan..Sebab tu kalau pi mana-mana aku bekalkan dia dengan botol air masak.Walau dirumah pun aku pastikan aku letakkan botol air masak di atas meja,Bila dia penat bermain,dia akan mencapai botol air masak tu dan minum.Kalau boleh memang aku nak ajar dia untuk minum air masak berbanding air kotak atau air bikarbonat.
    Biskut.
    “alah,sikit je bagi baby rasa biskut ni,Mungkin bagi kita tidak mengapa bagi bayi merasa biskut yang kita makan.Tetapi sebenarnya ia tidak baik untuk kesihatan bayi kerana kandungan gula yang terlalu berlebihan dapat menganggu pertumbuhan gigi serta berisiko obesiti.lebik baik anda biasakan beri bayi potongan buah-buahan sebagai makanan selingan.Tapi dirumah memang aku bekalkan biskut.Cuma biskut yang aku bagi kat naura tu,bukan jenis biskut manis.Aku lebih suka kalau bagi dia biskut cracker.Cuma mungkin itu juga cadangan yang salah untuk aku berikan kepada dia.Insya allah,nak cari biskut yang sesuai untuk usia dia..kot korang ada cadangan biskut yang sesuai diberikan,boleh komen ye.
    Agar-agar
    Sememangnya ia kelihatan menarik dan berselera.Apatah lagi jika si kecil melihatnya.Tetapi awas,jangan bagi bayi makan puding atau agar-agar kerana banyak kandungan gula,perasa dan pewarna buatan.Jika mahu sediakan makanan pemanis mulut kepada bayi,buat daripada olahan buah-buahan tanpa menambah gula pewarna atau perasa.
    Di dunia zaman sekarang ni,banyak dah makanan yang tercemar dengan kandungan yang pelbagai yang boleh memudaratkan badan kita.Apatah lagi kalau diberikan kepada anak-anak kita.Sebagai ibu bapa,kita sentiasa nak memberikan yang terbaik untuk anak-anak.Sedikit demi sedikit ilmu untuk menyajikan yang terbaik untuk anak-anak.Kita juga kan yang mencorak kehidupan anak kita.So,selagi boleh dicari ilmu yang bermanfaat untuk diolah untuk anak-anak,why not kita mencarikan.
  • INFO,  kisahsidairy.com,  parenting blogger,  progress,  Tips

    Tumbuh Dah Gigi Sebatang Naura

    Assalamualaikum
    Naura dah ada gigi sebatang..Biasa budak kalau nak tumbuh gigi,mesti air liur dia meleleh je kan..Masa mula-mula Naura tumbuh gigi tu dia demam.Air lur jangan cakap lah..meleleh saja.
    Seperti yang aku baca dari babycenter,satu daripada 2,000 bayi dilahirkan dengan sebatang gigi atau dua.Tetapi majoriti bayi tumbuh gigi pertama mereka pada usia enam bulan atau tujuh bulan.
    Bagi bayi yang cepat tumbuh gigi,puncak gigi(biasanya gigi kacip atau insisor tengah yang terletak di rahang bawah) akan muncul seawal bulan ketiga,sementara bayi yang lambat pertumbuhan gigi mungkin perlu tunggu sehingga dia berusia hampir setahun,
    Nampak tak gigi nan sebatang tu
    Gigi yang terakhir(gigi geraham kedua,terdapat di bahagian dalam rahang atas dan bawah) biasanya sudah tumbuh menjelang tahun kedua.Pada usia tiga tahun,anak anda sepatutnya sudah memiliki set lengkap 20 gigi bayi..emmm..Macam Nur awfiyah,cuma tinggal gigi yang belakang-belakang je,Kalau dekat depan tu semua cukup..Tu yang sedap menggigit orang tu.
    carta pertumbuhan gigi bayi
    Ini adalah carta pertumbuhan gigi setiap bayi

    Apakah Tanda-tanda pertumbuhan gigi bayi
    • Pengeluaran air liur-ni dah sememangnya..Sejak sebelum keluar gigi lagi air liur naura meleleh..
    • Suka Menggigit-Memang pantang la,apa je objek yang dia jumpa mesti dia nak gigit termasuk badan mak dia ni ha!!
    • Demam rendah-Boleh dikatakan Naura demam tiap-tiap bulan.Tapi demamnya tidaklah teruk kerana dia still aktif kalau dia demam.
    • Menolak makanan-Tak sure pulak sebab naura tak tolak makan,cuma susu jelah yang dia kurang..

    Naura start tumbuh gigi pertama semasa dia berusia 8 bulan..Kira lambat jugak kan tumbuh..Tapi semua tu aku tak khuatir sangat selagi dia belum berumur setahun ke atas..betul tak..Sebab budak ni,bak kata orang tua-tua,Kalau dia berjalan dulu,tumbuh gigi lambat.Dan kalau dia tumbuh gigi dulu,berjalannya lambat pulak..wallahualam..Tapi dari pengalaman ibu-ibu kat malaysia ni,macam tulah kan..
    Ni pun tak taulah bila pula gigi kedua dia nak tumbuh…Kalau kena gigit pun sakit jugak tu..Biasalah gigi budak kan baru..Tajamnya lain macam dari kita yang dah tua ni.
    carta pertumbuhan gigi bayi
    Tooth arrival Chart
    Biasalah,jadi ibu bapa ni kita kena alert perkembangan anak-anak kan..Banyak ilmu kita nak kena cari untuk jadi ibu bapa ni.Budak sekarang tak boleh nak di bandingkan dengan budak dulu-dulu..masa kita ni mana ada internet bagai..Nak cari ilmu pun payah tau..Sekarang ni ,semuanya di hujung jari.Cuma kita je nak atau tak mencarinya..Takat ni sikit-sikitlah pengalaman.Dari anak pertama sampailah anak kedua ni..Semakin banyak ilmu dan juga pengalaman dalam membesarkan anak.
    sumber gambar : Hernee nazir
  • kisahsidairy.com,  nur naura,  parenting blogger,  progress,  Tips

    Sikit je lagi,Dia dah pandai berjalan

    Assalamualaikum
    Umi yang terlebih excited bila anak dah mula pandai nak berjalan ni kan..Emmm..Nampaknya umi kena cergaskan lebih la fizikal.Kalau dulu,kakaknya dah tau macam mana agresifnya dia bila dah dapat kaki ni,Ini adik dia pulak.
    Sekarang ni,mesti nak cari tempat untuk dia berdiri..Bila dah berdiri,mulalah dia akan lepaskan tangan dari tempat berdiri tu contohnya almari dan katil.Mula-mula lepas sebelah tangan je,lepas tu barulah sebelah pulak.Kalau kakak dulu, dia boleh berjalan masa dia berumur setahun tiga bulan.Lambat sikit,mungkin dia tumbuh gigi dulu.Kata orang ,bila tumbuh gigi dulu,lambat jalannya..

    Tingkat baju umi dia pun jadilah dia nak pegang.Lepas tu bila nak turun,tak boleh..Selalunya aku akan biarkan je dahulu,bila dia dah mula menangis.Baru aku tolong.

    Sebenarnya ada beberapa tips yang aku ada baca di artikel ini,tentang amalan membantu bayi anda meningkatkan kemahiran berjalan.Jom kita ikuti tips ini.

    1.      Pastikan suasana rumah anda selamat bagi mengelakkan anak
     daripada mendapat kecederaan pada bucu hiasan dan perabot di rumah.

    2.      Sebaik bayi menguasai kemahiran merangkak, rangsang dia untuk
    belajar melangkah pula dengan memegang tangannya sehingga dia mampu
    untuk berdiri dengan betul tanpa jatuh.

    3.      Walaupun si kecil sudah boleh berdiri sendiri tanpa bantuan
    tetapi dia memerlukan bantuan untuk duduk. Ajarnya cara duduk yang betul
    supaya dia belajar daripada pengalaman.

    4.      Pastikan ada perabot untuk dia memegang supaya dapat bergerak sendiri dengan mudah.

    5.      Pegang tangannya kerana dia belajar untuk mengimbangi dirinya.
    Anda boleh menggalakkan bayi  berjalan sambil memegang kedua-dua
    tangannya

    6.      Sentiasa berada berdekatan dengannya. Dia mungkin akan berjalan
    satu atau dua langkah sebelum mencari sokongan. Selepas mencuba sahaja,
    dia akan lebih yakin untuk berjalan banyak lagi untuk
    langkah demi langkah.

    7.      Apabila anda mengajar anak berjalan, jangan menggunakan walker. Ia boleh mengundang risiko bahaya yang boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan

    8.      Elakkan membeli kasut sehinggalah anak anda boleh berjalan.
    Biarkan dia belajar berjalan di permukaan kasar, sejuk, berpasir atau
    berumput. Kerap berjalan berkaki ayam membantu mereka
    memperbaiki keseimbangan dan penyelarasan. Pastikan  kakinya di basuh
    segera untuk mengelak sebarang jangkitan kuman.

    Rasanya walker aku gunakan bila aku sibuk buat kerja je.Lepas tu aku biarkan dia kat luar.Di rumah pengasuh pun aku tak menggunakan walker.
    Nampaknya meriah lah nanti raya ni kan.boleh la dia berjalan berpimpin tangan dengan kakak dia..heee.Nampaknya umi sekali lagi rasa excited.
  • kisahsidairy.com,  motherhood,  nur awfiyah,  nur naura,  parenting blogger,  progress

    Naura Dah Meniarap!!

    Assalamualaikum
    Wah..Pepagi mengantuk sangat..Tak taulah kenapa lately ni badan memang cepat letih..Nak buat kerja rumah pun dah malas..Apatah lagi nak lipat baju.Lagi lah sekarang ni air on/off je adanya..Kena catuan ni,rasa penat pulak.Yelah..bila dah ada air ni,nak kena rushing pulak untuk simpan air,basuh segala baju.Kemas rumah,mop lantai,bilik air semua bersihkan.Kang dah takde air ,payah la nak buat kerja tu semua kan..
    Sebenarnya entry pagi ni bukan lah sebab nak cerita pasal catuan air,Nak bercerita pasal anakanda kedua dalam rumah kami.Bulan ni dah pun 3 bulan.Tapi dia punya progressive sangat la cepat..Itu yang aku rasa la..orang lain tak rasa..hehehe..Dah nak meniarap Oiii…Memanng dia dah start mengereng dari umur dia dua bulan lagi.Tapi pagi tadi terkesima jugak,bila keluar dari bilik air tengok Naura dah terlungkup..ayoyo!!!..Manyak takut.Takut dia lemas kalau ummi dia takde.Lupa nak letak bantal di kedua belah badan dia.Tapi kesian pulak kalau letak bantal,dia tak boleh nak gerak-gerak.Ini pun kalau tido,bantal entah ke mana.
    Masa dia terlungkup tu,tak sempat lak nak snap gambar…Selamatkan anak tu lebih penting dari semua tu..Lepas dah betulkan balik,aku tengok balik samada dia buat balik atau tidak..Yess…dia dah mula mengereng dengan jayanya sebelum berjaya menelungkupkan diri dia kembali…ececeh..Nak besar cepat nampaknya kan..Nak cepat gaduh dengan kak Fiyah la tu.
    See!!! dia berusaha untuk meniarap dah..wah..tak sangka anak ummi dah boleh buat semua tu..kipidap bebeh..
    Ummi pun tak sabar nak tunggu Naura besar macam kakak..sweet kan..Boleh beli baju sama,kasut sama,mainan main sama-sama lah..tak beli sorang satu pun…
  • kisahsidairy.com,  motherhood,  parenting blogger,  progress

    Permainan yang paling diminati Awfiyah bila ke Shopping Complex

    Assalamualaikum
    Memang seronok sebenarnya melayan anak dara sorang ni bermain.Niat hati dia nak main kereta yang pakai remote tu,memandangkan ia akan menyusahkan ummi dia dan dia pun tak lah memandai lagi nak main.so batalkan jelah niat tu ye nak!!
    Satu permainan yang paling awfiyah suka dan cari bila ke shopping complex atau di mana-mana sahaja ada.

    Apa bendalah pun aku tak tau nak cakap benda ni.Alah..yang masuk duit 50 sen tu..meh aku tunjuk gambar.

    Hah! nilah yang aku maksudkan..
    Cuma tak pandai nak sebut ape benda ni..hahaha…Kalau dia jumpa benda ni,confirm dalam 3-4 ringgit malaysia ummi kena spend kat sini.Duit syiling ummi sentiasa ada dalam beg duit.Kot la kat pasaraya dia terjumpa ni,ha!!meraung la ko nak cari duit syiling takde..So,kena simpan siap-siap..Jadi babah tukang layankan kat sini sementara ummi pi cari barang dengan Naura…hehehe…Jimat duit babah kan..Tak ler kena Pau ngan ummi.
    Jom Layan Video Si Driver cantik manis ni
  • kisahsidairy.com,  parenting blogger,  progress

    Permainan Yang Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak

    Assalamualaikum
    Dekat entry sebelum ni aku pernah bagi tau kan,aku nak cari aktiviti atau permainan macam mana yang boleh merangsang tumbesaran kanak-kanak ni.
    gambar ihsan cik google
    Puas dok menggoogle dan baca tentang tu,akhirnya aku berjumpa jugak.Then,aku nak sharelah jugak kat blog ni,mana tau di masa hadapan aku perlukan maklumat tentang ni lagi.
    Permainan dengan kanak-kanak ni memang tak boleh dipisahkan,takde kat dunia ni,kanak-kanak tidak bermain.betul tak..Alat permainan ni sebenarnya penting untuk Perkembangan otak dan sistem saraf khususnya bayi yang berumur 0 hingga 5 tahun.
    Bila anak kita bermain atau membuat sesuatu aktiviti,kita perlu pastikan faktor seperti fokus,pergerakkan,penyelesaian masalah dan kebolehan mengingat menjadi ukuran pertama alat permainan.Aktiviti seperti mengenal dan mengasingkan barang mengikut warna,saiz,bentuk,aktiviti melibatkan pergerakan tangan dan kaki secara terperinci seperti tarik,tolak,picit,genggam,cubit,tekan,pijak dan sebagainya.
    Pakar Psikologi di jabatan Psikologi Perkembangan pendidikan dan kaunseling Universiti Malaya(UM).Prof.Madya Dr.Mariani Mohd Nor berkata,perkembangan kanka-kanak boleh dibahagikan kepada tiga fasa.
    Fasa Pertama : Satu setengah sehingga 3 tahun

    Pada usia ini mereka mula mengenali sisi sebenar dunia menerusi lima deria mereka iaitu bau,sentuhan,rasa,dengar dan lihat.Beliau menyarankan supaya anak-anak ini diperkenalkan dengan permainan yang merangsang deria,berwarna-warni,bertekstur,bersaiz besar agar selamat dan sentiasa dipantau ibu bapa.Pada ketika ini,Mariani mengakui kanak-kanak perlu didedah permainan yang melatih fungsi perkembangan mental dan fizikal.
    Antaranya ialah alat permainan yang berbunyi apabila ditekan,berjalan apabila diputar dan sebagainya.Agen perangsang,ini menjadikan kanak-kanak itu boleh berfikir sekali gus meningkatkan skil motor mereka.
    Fasa Kedua ialah usia empat hingga enam tahun.
    Pada masa ini,mereka akan masuk alam fantasi.Ini dinamakan peringkat praoperasi iaitu mereka boleh mewakili sesuatu secara simbolik.
    “sebagai contoh.permainan blok seperti Lego,bongkah kayu,replika bilik dapur dan sebagainya.
    Pada waktu ini juga kanak-kanak dilihat meniru apa sahaja yang dilakukan oleh roang dewasa.Sebagai melatih mereka dan menunjukkan dunia dewasa,permainan seperti ini juga sama penting didedahkan.
    Fasa Ketiga: Sekitar Umur 7 tahun.
    Kepada kanak-kanak yang lebih matang iaitu sekitar usia tujuh tahun pula,mereka lebih cenderung kepada alat permainan dengan karakter kartun seperti Ultraman,superman,spiderman dan sebagainya.
    Insya allah nanti,nak jugak belikan mainan yang boleh merangsang tumbesaran Nur awfiyah dan adiknya.Dari kecil ni lah kan kita nak ajar anak-anak kita tentang perkara-perkara macam ni.Semuanya bermula dari diorang kecil lagi.


  • kisahsidairy.com,  motherhood,  nur awfiyah,  parenting blogger,  progress

    Bila Si Dia Dah Dapat Kaki

    Assalamualaikum
    Semakin hari semakin suka benar tengok keletahnya.Bila dah dapat kaki ni lain benar perangai dia..Semakin suka menyakat dan berjalan tanpa orang pegang tangan dia.
    Oh ye..Dapat kaki tu maknanya dah pandai berjalan la..Kalau dulu bertatih,sekarang ni dah tak payah nak tatih lagi..Mujur belum berkejaran je lagi. Mungkin ada  sesetengah orang berpendapat Nur awfiyah lambat berjalan.Umurnya setahun 2 bulan,barulah dia boleh berjalan..Aku tak kisah sangat,walaupun ada beberapa ahli keluarga yang amat risaukan dia yang lambat berjalan..Tapi kerisauan tu aku tak ambil peduli pun.Sebab bila Nur awfiyah dah pandai berjalan,mengadu pulak penat nak menjaganya..hailah orang tu,,,sabar jelah kan..Tak payah ler nak mention nama tu..hehehe
    Masuk ni,kasut kedua awfiyah yang dibeli oleh nenek dia.Sebenarnya ini kasut pertama,memandangkan awfiyah tak pandai lagi nak guna kasut crock ni,terpaksalah beli kasut lain.Aku ada cerita kat entry Kasut Pertama Nur awfiyah.  Kasut Crock tu nenek dia beli kat pasar malam je..Tapi sekarang ni Nur awfiyah dah pun pandai pakai kasut tu bila keluar rumah.
    Makanan kat tangan tu memang tak lepas pun.Paling suka kalau orang ajak main kat luar..Seronok dan bebas dia kesana sini..Raya nanti agaknya dah boleh berlari…heheh…Ummi pulak yang seronok.
    Lepas ni dah boleh golek-golek dengan ummi 24 jam..Ikut bontot ummi sentiasa…Dah tak payah nak hantar rumah ibu nanti..hehehe..
    Lepas ni senang jugaklah ummi nak suruh buat kerja rumah..Sat lagi dah dapat adik macam mana la pulak dia kan..
  • kisahsidairy.com,  nur awfiyah,  parenting blogger,  progress

    Dah Pandai Demand!

    Assalamualaikum
    Cerita pasal Nur awfiyah,anakanda kesayangan sorang tu..Wah..semakin hari dah semakin demand..Cerita malam tadi.Babah dia ajak pi Mr.DIY yang berdekatan dengan rumah..Aku ada cerita kat entry ni pagi tadi.
    dalam entry Si Pulut Mangga tu.
    Bawak pi masuk Mr.Diy memandangkan aku tak pernah lagi masuk kedai yang berhampiran dengan rumah tu.Tujuannya nak cari padlock untuk rumah baru aku tu.Jalan-jalan kat tempat mainan,Uih…kemain lagi muncung ikut sekali dengan telunjuk nakkan mainan..Bila tak bagi,amboii..anak dara sorang tu menjerit.Habis satu kedai tu dengar suara dia..Pandai pulak tu memilih…Tapi pilihannya tu takdelah mahal mana pun.Cuma barang mainan tu tak sesuai dengan dia..Kecil sangat-sangat.
    So,memang tak berani nak beli,Pilihkan mainan yang lain pulak..Ok..diterima..Lepas tu bila ummi dia pegang mainan lain,terus nak jugak.Tapi mainan yang tadi tetap dalam genggamannya..Tak nak lepas langsung.Uisskk..anak aku dah pandai demand.Nak banyak.Bila aku amik salah satu dari mainan tu terus menjerit..
    Last sekali sebelum bayar,nampak pulak bola..Tetiba tangan tunjuk kat bola tu..Hamboiii..Sekali lagi nakkan mainan tu ye..amboi..amboi..Tapi bila fikir mainan tu tak sampai pun rm10,ummi ikutkan jugak la..
    Di kaunter pembayaran,nak letak barang mainan untuk dikira,terus taknak letak.Nak pegang semuanya.Hai lah anak,cerdik betul.Tapi cerdik macam mana pun tetap kena tipu dengan ummi dia.Ummi dah siap-siap letak tepi kaunter mtak kasi cashier tu kira..Ada dua jenis mainan je yang ummi dia beli..Sebenarnya taknak biasakan dia dengan mainan pun.
    Budak mata sepet…Telepon rumah habis dah dia main..
    Sedikit selsema semalam.Dah bagi ubat siap-siap takut melarat.
    Sudahnya,bila dah sampai rumah,takdenya dia pandang mainan tu.Dia sibuk dok mengemas laci baju nenek dia.Hah!! bab tu memang dia rajin sangat la.
  • kisahsidairy.com,  motherhood,  nur awfiyah,  parenting blogger,  progress

    Nur awfiyah Dah Potong Rambut

    Assalamualaikum
    Hailah tajuk entry ni..hahaha…memang tak de langsung tarikan SEO kan..ah…tak kisahlah..Nama pun parenting,ada jugak tajuk yang suka hati nak letak kan..
    Lepas dia sakit tuari,aku pernah cerita kat sini , timbul ruam-ruam pada badan dia pulak terutamanya di bahagian leher..Lepas tu sibuk menggaru-garu rambut dia..Aku ingat ada kutu ke ape,belek-belek memang takde..Bila malam pulak dia memang berpeluh walaupun dah buka kipas tu kuat untuk dia..Takut jugak kalau dah buka kuat sangat kipas tu,dia tak sihat pulak..
    Last-last,lepas cakap ngan en.husband,aku bawak Nur awfiyah jumpa auntie sally merangkap tukang gunting di taman aku duduk ni.
                        Selepas                                                                                     Sebelum
    Memang nampak macam lelaki pulak kan bila dah gunting rambut dia.Tapi nak buat macam mana,dah panjang sangat,sampai tutup mata,timbul ruam tu,baiklah gunting rambut dia.

    Nilah orang yang kuat makan!!..Bagi je apa kat dia,tak pernahnya di tolak.Sampai ummi naik risau jugak.
    Rimas dan kesian pulak bila tengok rambut tu terlalu panjang..Takpelah..nanti dah besar sikit baru simpan rambut tu.
    Perkembangan Nur awfiyah di usia 11 bulan amat memberangsangkan..Sekarang ni dah pandai berdiri di tepi sofa.Walaupun kekadang rasa takut dia nak duduk balik setelah berdiri tu ada,tetap gagah nak berdiri lagi..Rasanya nur awfiyah ni terus berjalan gaknya..,Merangkak pun dia tak..Cuma pandai angkat bontot dan duduk dengan sendiri sekarang ni..
    Alhamdulillah..perkembangan yang baik untuk anak ummi..Moga sentiasa sihat dan ceria ye..
  • kisahsidairy.com,  motherhood,  nur awfiyah,  parenting blogger,  progress

    Dah Berkejaran Dengan Dia!

    Assalamualaikum
    Seronok sebenarnya bila cerita perkembangan terbaru dari Nur awfiyah ni..Dah macam macam karenah yang membuatkan ummi dan babah tersenyum.Dan..kadangkala geram jugak kan..heheh
    Dah 7 bulan ni,dah pun pandai menyiarap dan mengengsot ke depan…Semakin lama semakin laju nampaknya dia kedepan..Kalau dengan walker jangan cakap lah..Sampai ke dapur dia ronda.
    Lagi satu,kat rumah ni dah tak boleh nak berhias bagai dah..Kerusi meja semua tolak tepi bagi memberi ruangan kat Nur awfiyah ni berjalan-jalan..Semua pasu bunga dan perhiasan terpaksa dialihkan kerana bila dah naik walker,dah boleh berjalan sana sini,mulalah dapat tarik alas meja,pasu bunga..akuarium ikan kecil tu pun dia nak tarik jugak..Penyudahnya ummi terpaksa lah kemas buat naik rumah atas…
    Sekarang ni pantang lepa kalau dah ummi kat dapur,mesti dah mengengsot ke pintu..isk…isk..wahai anak,sungguh bahaya tau…SERIAU ummi ni.
    Part paling dia suka tang Langsir dan Mosaic..Habislah dok jilat.dah macam jilat ais krim pulak
    Bila anak dah aktif macam ni,macam macam kena fikir dan macam macam jugak nak kena jaga.Tak boleh la letak apa apa barang yang kecil kecil kat lantai tu,lantai nak kena sentiasa bersih.Semua nak jaga.isk..kalau tak memang lah penyakit senang nak hinggap kat baby tu kan..
    Walaupun ummi dan babah penat sikit,tapi bila tengok keletah dia,seronok dan rasa gembira sangat.
    Moga menjadi anak yang solehah ye Nur awfiyah.