• potluck

    Potluck Raya JDTBlogger di Teratak SIS Lin

    Assalamualaikum

    Potluck Raya JDTBlogger di Teratak SIS Lin | Alhamdulillah..terlaksana juga Potluck kami pada tahun ni.Jadi Program yang telah kami aturkan tahun ni telahpun tercapai dan semakin meriah nampaknya dengan ahli-ahli baru.Ini adalah tahun kedua potluck JDT Blogger diadakan.Pada tahun lepas kami telah adakan Potluck JDT Blogger di Tasik Layang-layang Pasir Gudang Johor.Boleh tengok entry ini – POTLUCK JDTBLOGGER 2017 .

    So,untuk kali ni,disebabkan kena pulak hari raya,so kita jadikan ianya sebagai Potluck raya.Walaupun taklah ramai yang dapat join,ia tetap meriah dengan mak-mak yang ada di dalam JDT Blogger ni.

    Antara ahli JDT Blogger yang ada malam Potluck Raya 
    Sislin selaku tuan rumah
    Kak seri
    Sunah
    Juju
    Dilah
    Aku
    Kak Mia
    Uyul
    Ain
    Hernee
    Dah nama pun potluck so,mesti seorang akan bawa makanan kan..Yang ada bawak lebih dari satu makanan pun ada tau.Alhamdulillah..semua berjalan lancar.Tak sempat lah nak ambil gambar makanan tu semua..Macam banyak benda je nak buat masa potluck tu..hahahaha..

    Sambil makan,sambil wefie..uishh..handal nau korang ni kan…

    Blogger dan kamera ni memang tak boleh dipisahkan,walau bukan entry berbayar pun,diorang akan ambil gambar dulu..

    Makanya program potluck untuk tahun ni sudah pun closed.Kiranya program ni dah berjaya dibuat.bukan senang oii nak kumpul rakan yang lain.So,ucap terima kasih kat diorang ni menyempurnakan program JDT Blogger tahun ni..
    Nak ucap terima kasih sangat kat tuan Rumah kerana sediakan segala keperluan potluck untuk group kami..Macam nak repeat buat potluck lagi je kan…Oh ya…lupa nak bagitau,kesemua gambar ni,adalah ihsan dari sis lin kita…
    Hah.selepas ni,apa program JDT Blogger? Tunggguuuuuuuuuuuuuuuuu

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  potluck

    Potluck Raya Kami di bulan Raya 2016

    Assalamualaikum
    Bertempat di rumah aku malam tadi,Planning sebenarnya nak beraya ke semua rumah.tapi tulah,disebabkan jarak kediaman kami tak sama,so decide untuk pilih sebuah rumah untuk makan-makan.
    Rumah akulah jadi tempat berpotluck.Tapi taklah ramai yang menjoinkan diri dalam aktiviti potluck kami tu.Termasuk aku baru 5 keluarga je..Dalam 5 keluarga tu bukan ramai sangat kan.
    Menu kami malam tu,of courselah menu raya weh!!..Puas dok whatssap ngan mak kesayangan hamba ni.Macam mana nak buat sambal kacang sesedap air tangan dia..wah…sampai whatssap mak bagai mintak resepi..bhahaha…nanti aku bagi resepi sambal kacang yang mudah dan simple ok.
    Berbalik semula menu kami pada malam tu,aku sediakan ketupat dan sambal kacang.Ada jugak aku selitkan sedikit kuih muih yang aku beli..hehehe..bukan buat sendiri tau.
    Selain dari tu,officemate bawa makanan sendiri iaitu lodeh,ayam masak merah dan juga air koktail sebagai pencuci mulut.Juga ada buah tembikai untuk pencuci mulut jugak.
    Potluck Raya Kami
    Saja nak selitkan dak gendut umi tu..Malam tu umi pakaikan baju kurung..wah..semakin syok dia nk berjalan sekarang ni..Entry tentang dia dah nak berjalan ada di entry dah setapak demi setapak.
    jemputlah baca ye.
    Alhamdulillah..semua makanan sedap-sedap belaka walau simple je menu yang kami sajikan..Insya allah,tahun depan kita buat lagi ye.
  • kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  potluck

    Sesekali Ber”Potluck” Di Office

    Assalamualaikum
    Cerita ni berlaku pada hari bitrhday girl..hehehe…baru hari ni nak share.Bukan tak menyempat,cuma..emmmm..malas lah nak cerita lagi pasal komputer buruk aku ni.
    Oklah..Potluck ni bukan satu department..ada lah dua tiga department yang join.Cumanya,dalam satu department tu bukannya ramai pun orangya..Of courselah yang join portluck ni cuma perempuan sahaja.
    Kami berenam masa tu saja je bercadang nak berpotluck.Lama kot tak makan-makan dan masak sendiri.So,bila dah together makan tu,nampaklah kan kemeriahannya..
    Mungkin selepas ini akan kerap ber potluck lah kami memandangkan seronok makan bersama-sama di dalam office ni..hehehe..Walaupun menu kami tu tak sekadar ala-ala sahaja,tetapi tetap menjilat jari kan..hehehe..
    Siap bawa periuk nasi..baru best makan panas-panas kan nasinya tu…

    Inilah antara menu kami pada tengahari tu,biasa-biasa je..Tapi meriah..hehe

    officemate aku..kurang lagi dua orang yang menjoinkan potluck hari tu..hehe
    abaikan orang yang terlebih excited tu
    Potluck ni bagus sebenarnya..Bukan hanya dengan rakan-rakan,tetapi adik beradik,family semuanya boleh.Potluck ni boleh menjalinkan dan merapatkan hubungan kita sesama kita.Apa itu Potluck??
    Potluck
    Amalan potluck ini banyak diamalkan di kebanyakan pejabat mahupun sekolah ataupun kilang,pendek kata di mana-mana sahaja.Ini boleh dikatakan win-win situation,kita bawa,kita pun dapat kenyang.Kan seronok!
    Saya memang tak sabar bila tunggu hari nak buat potluck sebab masa ni lah nak makan yang sedap-sedap.Tapi malangnya sekarang saya tak berpeluang lagi nak merasai suasana potluck ni. Tunggulah nanti kalau dapat transfer sekolah baru,harap-harap dapat merasai kembali berpotluck.

    *Pada sesiapa yang tak tahu apa itu potluck,Potluck ialah satu keramaian ringkas di mana setiap orang membawa juadah/makanan/lauk/snek yang berbeza dan dimakan bersama-sama.Dilaksanakan samada seminggu sekali,2 minggu sekali atau sebulan sekali,terpulang pada komuniti tersebut.Tapi sebelum tu eloklah berbincang dulu,manalah tahu tiba-tiba semua orang bawak juadah yang sama tak ke haru.(Ini definisi saya sendiri).
    Kira,memang baguslah kan potluck ni diadakan..next week kita berpotluck lagi ye