• persiapan ramadhan

    Cara cukupkan minum 8 gelas sehari di bulan puasa

    Assalamualaikum
    Hai korang☺☺Alhamdulillah…bakal melalui bulan ramadhan.Moga kita semua berada di dalam keadaan baik sepanjang bulan ramadhan.Beberapa hari lagi,insyallah,kita akan memasuki bulan ramadhan al-mubarak..Moga doa kita diperkenankan untuk berjumpa ramadhan pada tahun ini kan.
    Pastinya dalam bulan ramadhan nanti,kita diwajibkan berpuasa.Bila berada di dalam bulan puasa,badan kita tentunya akan terasa letih bila kita tidak mengawal dan mengambil makanan dengan betul,khususnya air untuk badan kita seperti disarankan 8 gelas sehari.Pasti korang tertanya-tanya,bila bulan puasa ni macam mana nak cukupkan 8 gelas air masak,sedangkan siang kita berpuasa kan.
    So ini aku ambil dari pembacaan aku yang memberikan tips untuk minum air yang mencukupi.
    Untuk pengetahuan korang 70 peratus daripada badan kita adalah air.Tubuh badan kita amat memerlukan air untuk menyelaraskan suhu badan.Selain itu ia diperlukan untuk membekalkan nutrien kepada organ tubuh badan.Ia juga berntindak sebagai cecair yang membawa oksigen kepada sel dalam tubuh,menjadi agen pembuang,bahan toksik dan bertindak sebagai pelincir kepada sendi dan organ badan.
    Bagi seseorang yang kruang minum air,ia akan meningkatkan risiko terkena penyakit seperti batu karang,sakit kepalamsakit sendi dan otot,lesu pada wajah dan kehausan.Air kencing juga akan berbau kuat dan berwarna kuning pekat yang menandakan seseorang itu mengalami hidrasi.
    Meh aku share dengan korang Cara cukupkan minum 8 gelas sehari di bulan puasa
    • Minum 2 gelas air ketika sahur-ketika makan sahur,usahakan minum sekurang-kurangnya dua gelas air mineral dan kurangkan minuman manis untuk elakkan kenaikkan berat badan yang mendadak sepanjang bulan puasa.
    • Minum Waktu  nak tidur- Peluang untuk minum adalah pada waktu malam,so korang sediakan sebotol air untuk di bawa ke dalam bilik,at least bila terjaga,korang boleh terus minum air tu.
    • Makanan dengan Kandungan air tinggi-pilih makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti tembikai,rambutan atau buah-buah lain.
    • Elakkan minum banyak ketika berbuka– Anda pasti memerlukan serapan air lebih tinggi puasa musim panas,tetapi cuba jangan pula minum air sehingga hilang selera makan.Sebab makan tu penting juga,So ambil sekurang-kurangnya dua gelas air sebelum dan selepas makan.
    • Berbuka dengan kurma dan 2 gelas air-Kurma adalah disarankan untuk berbuka dengannya dan kebaikkan kurma sebenarnya sangat bagus kerana buah kurma mengandungi kadar glukosa semulajadi.Buah kurma dapat membantu mengembalikan tenaga sepanjang bulan puasa.Dan air yang diambil pua akan menggantikan cairan yang hilang dalam badan.
    • Bawa air ketika keluar makan-Kalau korang nak pi terawih atau keluar untuk mencari barang,seeloknya bekalkan air untuk korang minum.
    Cadangan minum air ketika puasa :
    • 1 gelas selepas azan maghrib
    • 1 gelas selepas solat maghrib
    • 1 gelas selepas makan
    • 1 gelas selepas solat isyak
    • 1 gelas selepas tarawih
    • 1 gelas sebelum tidur
    • 1 gelas bangun sahur
    • 1 gelas makan sahur

    Image result for Cara cukupkan minum 8 gelas sehari di bulan puasa
    Source: google
    Satu lagi yang perlu korang avoid adalah minuman berais,kerana badan korang akan rasa cepat letih jika korang mengambilnya.Amalkanlah minum air masak dan juga makanan yang tidak mengandungi banyak lemak dan makan dengan kadar tertentu sahaja
    Moga perkongsian ini bermanfaat bukan untuk aku sahaja,tapi untuk korang jugak.So selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
  • kisahsidairy.com,  parenting blogger,  persiapan ramadhan

    Persiapan Menjelang Syawal

    Assalamualaikum
    Mungkin korang akan cakap,terlalu awal untuk melakukan Persiapan menjelang syawal yang akan tiba ni kan.Tapi bagi aku,persiapan tu penting supaya tidak kelam kabut dan berasakkan di kedai-kedai atau pasaraya untuk mencari baju raya.
    sumber :google
    Tahun ni,Persiapan raya lebih kepada baju Nur awfyah dan Babahnya sahaja.Bagi aku tahun ni,takde baju raya pun takpe asalkan baju untuk dua orang tu da settle.Walau pun tak 100% persiapan dilakukan,tetapi cukup berpuas hati apa yang ada ni.
    Untuk baby yang ada dalam perut ni,insya allah dah sepenuhnya siap.Tapi bagi Nur awfiyah,sebenarnya sebelum berpuasa lagi aku dah beli sikit demi sedikit.Yelah..Kalau nak beli sekali arung ,mana nak cekau pulusnya..hehehe..
    Sebelum Ramadhan,tak silap aku start dari bulan 4 lagi aku dah beli baju Nur awfiyah.Aku peruntukkan sebulan satu baju,jadi dapatlah beli banyak sikit baju untuk dia.Yelah..baju budak sekarang bukannya dapat yang murah-murah kan.Semuanya mahal..Setahun sekali je dapat pakai baju mahal-mahal ni.Sekarang ni adalah dalam 5-6 pasang..Baju budak ni,mana nak cukup beli takat 2-3 helai..Macam kita  masa kecil² dulu la,…Kalau tak 5-6 pasang tak sah kan..
    Ni pun aku tinggal belikan dia baju kurung je.Tak sempat nak terjah bazar.Ingat sebelum pertengahan ramadhan ni nak settlekan semuanya.Ni pun rasa dah tak larat nak kemana-mana bawa dia.Kalau pergi pun,mesti dia ditinggalkan.
    Baju kurung pun atas permintaan babah dia,nak warna yang sama ngan babah.Dapat sehelai baju kurung cukuplah kan.
    Untuk babah dia,alhamdulillah..semua dah settle.Baju melayu memang setiap tahun aku akan tempah awal.Tak pernah beli yang ready made..Takut tak berpuashati dengan ukuran my husband tu.
    Dan setiap tahun menggunakan tailor yang sama.Dah 3 tahun ni,memang tak pernah tukar tailor lah.Puas hati dengan jahitan yang kemas dan kena pada badan.Cuma kekadang servis dia kurang sikit.Sebab tu nak kena hantar awal-awal kat tailor tu supaya dia tak kelam kabut nak siapkan baju,
    Untuk baju casual pulak,dapatlah 2 helai T-shirt dan 2 helai seluar.Alhamdulillah..settle..Selalunya aku cari baju-baju tu dah nak dekat raya nanti,Tapi disebabkan kandungan ni dah sarat sangat ,terpaksa buat persediaan awal.
    Untuk diri aku pulak,aku dah sediakan kesabaran dari segi mental dan fizikal untuk menerima orang baru.tu je..Takde baju raya kot..Tapi alhamdulillah,bila dah dapat settlekan semua,lega rasanya.
    Emm…hari last bekerja sebelum cuti panjang,sempat lagi nak update blog walaupun terpaksa settlekan segala kerja yang akan ditinggalkan..
  • persiapan ramadhan,  salam jumaat,  Sharing,  zakat

    Kewajipan Dan Kelebihan Zakat Fitrah

    Assalamualaikum
    Kewajipan menunaikan zakat fitrah dikenakan ke atas setiap orang yang dikira masih lagi mempunyai makanan yang mencukupi bagi dirinya dan tanggungannya di Aidilfitri.
    Kewajipan kita menunaikan zakat fitrah dinyatakan oleh Saidina Umar RA berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :-
    ” Sesungguhnya Rasullullah SAW mewajibkan zakat fitrah daripada muslim, baik hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, iaitu sebanyak segantang kurma atau gandum ” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ).
    Dalam hadis yang lain diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ,dari Abu Said  Al-Khudry bermaksud :-
    ” Ketika Rasullullah SAW berada bersama kami, kami mengeluarkan zakat fitrah untuk setiap anak kecil, orang dewasa, merdeka atau hamba sebanyak segantang makanan samada berupa keju, kurma, gandum atau anggur kering. “
    Terdapat beberapa kelebihan menunaikan Zakat Fitrah ni kalau korang nak tahu,Dalam pembacaan aku,kelebihan atau faedah zakat fitrah ini terbahagi kepada 4 sudut iaitu dari sudt rohani,ibadah,masyarakat dan ekonomi,
    Kelebihan Zakat Fitrah dari segi rohani,ia mampu untuk mendidik hati dan menjauhkan kita daripada bersifat keji seperti kedekut dan mementingkan diri sendiri.
         “sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Abas bermaksud:”Diwajibkan Oleh Rasulullah SAE bahawa zakat fitrah membersihkan bagi orang yang berpuasa dan memberi makan bagi orang miskin”
    Kelebihan zakat  fitrah dari sudut ibadah pula ialah zakat fitrah boleh menampung ibadah puasa yang mungkin berkurangan disebabkan kelakuan kita ketika berpuasa dan juga boleh menyucikan orang-orang yang berpuasa dari sifat lagha dan bercakap kotor atau keji di bulan Ramadhan ini.
    Kelebihan zakat fitrah dari sudut masyarakat pula ialah memberi rasa kebersamaan orang yang berpuasa terhadap saudara-saudaranya yang fakir lagi miskin.Rasa kebersaman ini lahir apabila golongan yang fakir ini mampu menikmati kemeriahan hari raya bersama seperti saudara-saudara mereka yang lebih berkemampuan .Manakala golongan pembayar zakat dapat merasa ketenangan dan kegembiraan yang terpancar dari raut wajah golongan yang fakir ini.Ia juga dapat menyucikan masyarakat dari sifat-sifat tercela seperti hasad dengki,iri hati,dendam ,tamak, kedekut,ujub,riak dan takbur.
    -Kelebihan zakat fitrah dari sudut ekonomi pula ialah apabila permintaan dalam pasaran meningkat,sudah tentu aktiviti ekonomi akan bertambah rancak dan ini sudah tentu mampu meningkat pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan terhadap negara khususnya.Disamping itu juga ia dapat membantu golongan fakir miskin memenuhi keperluan di Aidilfitri,para peniaga juga dapat kelebihan daripada kefarduan zakat fitrah ini.
    Ekonomi negara islam sudah pasti akan berada di tahap yang baik dan dapat meneruskan momentum kenaikkannya sepanjang bulan ramadhan.
    Tidak dapat dinafikan lagi bahawa zakat fitrah adalah antara unit terpenting dalam ekonomi islam uang mampu memberi banyak kelebihan kepada masyarakat dan negara khususnya dari sudut ekonomi selain merupakan terapi rohani dan jasmani kepada masyarakat sekaliannya.

    sumber: sini

    ” Barang siapa menunaikan zakat fitrah sebelum solat hari raya maka zakat itu dterima dan barangsiapa yang membayar selepas solat, zakat itu sebagai sedekah biasa. ” ( Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah) .

    Eh..Lupa nak tanya en,hsuband samada dah bayar zakat atau belum..Dah nak beraya nie,kenalah tunaikan secepat mungkin kan..
  • kisahsidairy.com,  persiapan ramadhan,  ramdhan,  salam ramadhan

    Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1435H

    Assalamualaikum
    yeaayyyhh!! jumpa lagi…Dah pun siap-siap nak pi balik kampung..nak sambut puasa dengan family dan adik beradik kat kampung..
    Alhamdulillah..malam semalam dah pun pengisytiharan puasa pada esok,iaitu ahad 29 June 2014.
    Di kesempatan ini aku memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersilap dalam perkataan dan tutur bicara sepanjang aku berblogging..Moga Di bulan ramadhan nie,memberikan kita ketenangan jiwa,kedamaian hati dan juga ketulusan dalam berpuasa..
    Jauhi diri dari perbuatan yang membatalkan puasa.Jaga mulut dalam berbicara,Jaga mata dari pandangan yang jahat.Dan jaga semua perkara untuk mendapat keberkatan di bulan Ramadhan Yang mulia ni
    Untuk peringatan kita bersama
    sumber foto : google
  • jadual berbuka puasa 2014,  lifestyle blogger,  persiapan ramadhan

    Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Untuk Tahun 1435H/2014

    Assalamualaikum
    Alhamdulillah..Dah hampir dengan Ramadhan..Moga kita dipertemukan dengan Ramadhan nanti Insyallah..
    Bila dah nak puasa nie,mulalah kan nak tahu jadual berbuka puasa untuk tahun ni.Siap-siap tampal dekat tepi komputer dan dekat rumah…Itu dah memang wajib aku buat setiap tahun..Tak lupa jugak,mesti nak bukak radio sebab nak dengar azan..yelah..kekadang azan kat luar tak berapa nak dengar…So bukak la radio…
    Tak sabar nak berbuka puasa beramai-ramai bersama family tersayang…
    Sumber: google
    Sebelum tu,nak tanyalah kat korang nie,Puasa dah ganti ke belum..Yang belum tu,ada masa lagi nak ganti hokeyyy..

    Bagi Korang yang ingin nak Download Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Untuk Tahun 1435H/2014

    Hokeh!!!..Mood untuk berpuasa dah datang…Mood nak raya pun dah datang jugak..Yang penting mood nak beli baju raya…hehehe…
    Sumber: sini
  • persiapan ramadhan,  ramdhan

    Iftar yang Pertama di Bulan Ramadhan

    Assalamualaikum
    Tahun ketiga  bergelar isteri,dan tahun ketiga juga aku tidak pernah menyambut puasa bersama emak dan adik beradik yang lain.Apabila usia dan kehidupan meningkat,Segalanya telah berubah.
    Tak dapat nak dikongsi bersama sama mereka.Timbul rasa kesedihan pulak.Selalunya kami apabila bersama memang riuh rendah jika nak dibandingkan dengan keluarga suami.Ini kerana keluarga belah suami tak ramai adik beradik.Sedangkan aku mempunyai 10 orang adik beradik dan antaranya masih kecil.
    Keriuhan itu lah yang sangat aku rindui.Rindu untuk masak bersama,buat kuih bersama,pergi bazar bersama,
    Selagi tak penuh meja tu memang x sah untuk kami.
    Bersama ipar, adik dan anak saudara yang cukup kecoh
    Selepas itu kami adik beradik akan berkumpul ramai-ramai …Begitu juga dengan sahur..mak memang rajin menyediakan makanan buat kami.Tidak ada istilah tiada makanan yang terhidang di meja walaupun sahur.Dan walaupun lauk itu hanya lauk sardin.Kami tetap puas.Seronoknya kami ketika itu
    Dan apabila mereka menginjak dewasa,dan ada antara kami yang sudah berkeluarga,semuanya itu berlalu sepi.
    Aku hanya merindui saat itu sahaja..Rasa nak balik kampung,tapi disebabkan hari ini bekerja,so terpaksalah dipendam walau jarak antara rumah dan kampung makan masa hnya 1 jam.
    Mybe kalau aku dah beranak pinak,mungkin rasa sunyi itu dah tiada..Dan mungkin kerana aku belum mempunyai zuriat,aku merasakan kesepian itu.
    Insyallah..hari hujung minggu nie aku balik kampung..Tak sabar rasanya menunggu saat itu.berbuka puasa dan bersahur bersama.Sekarang nie kena plan dengan adik beradik yang lain..Barulah kemeriahan tu ada.
  • persiapan ramadhan

    Persiapan Raya

    Assalamualaikum
    Wah,x hengat entry  nie..Baru 1st Ramadhan dah cerita pasal persiapan raya.
    Tak hairanlah sekarang nie kalau persiapan raya disediakan sebelum puasa lagi.Mungkin sebab tak nak berasak-rasak mencari persiapan raya seperti baju raya dan keperluan lain lagi.
    bagi aku persiapan raya tu penting,sebab bila dah pertengahan puasa baru nak beli itu dan ini,kemungkinan besar apa yang dihajati tu tak dapat dilaksnakan.Contohnya baju raya.Kot lah beli kain pasang,lepas tu dah xde orang yang nak menerima tempahan.dah pakai langsir je raya..haha..Sebab tu aku, kalau beli kain pasang,cepat-cepat aku pi tempah..Senang keje skit.bagi yang beli siap tu mybe takde masalah sangat kot.Kekadang aku beli jugak baju siap nie.Cuma xnak berasak-asak masa time beli..mula lah niat nak berbuka tu timbul.Dasyat betul.
    Pada yang mempunyai anak-anak tu mungkin,dah buat persiapan untuk raya kan..
    So kuranglah sikit aktiviti yang menyebabkan anak-anak ingin berbuka puasa.
    Cuma aku belum lah sediakan kuih dan duit raya..Tapi itu pun aku akan buat sebelum pertengahan puasa..Tapi Biskut raya tu aku xkisah sangat sebab sekarang nie, xde istilah “buat” semuanya “beli”.
    Bukan aku malas nak buat,cuma sekarang nie tiada masa untuk menguli kuih..hehehe…
    Duit raya tu aku sediakan secepat mungkin sebab takut budget larik..maunya bagi anak buah sorang seposen..bagi singgit budak2 nie dah pandai demand..haha..
    Selalu kat anak buah aku bagi 10 hengget sorang,.Dahlah anak buah makin ramai.kalau la aku ada anak 3-4 orang.Dah balik modal..hahaha…
    korang pulak macam mane..buat persediaan.membalas dendam sebab taun lepas tak boleh beraya..huhu…bukan nak riak..baju raya dah 4 pasang…mau kene bebel ngan en.husband.
  • persiapan ramadhan

    Salam Ramadhan Al-Mubarak 1434H

    Assalamualaikum
    Esok bermulalah umat islam menunaikan kewajipan berpuasa.Mungkin ramai esok yang cuti..Tapi tidak aku okeh!!
    Sedang berfikir menu yang simple untuk bersahur..
    Di kesempatan ini 

    Malam nie dah boleh baca niat nie
    Sama-sama kita menjaga lidah dan mata serta kelakuan kita ye.jangan Ponteng-ponteng puasa.Harap dapat puasa penuh tahun nie..Insyallah..