• perfume

    Dexandra Inspired Perfume wangi dan kekal lama

    Assalamualaikum
    Hai korang☺☺☺ Sebenarnya dah lama teringin nak beli,tapi tak terbeli-beli pun.Lama dah perati je Perfume ni.Tapi takutlah nanti bila beli tak puas hati.
    Ada member jugak yang pakai perfume Dexandra ni,sedap baunya.Tapi disebabkan perfume aku ada lagi,so,macam taknak lah beli lagi kan.Jenis aku ni,suka pakai satu je.Masih banyak lagi perfume yang aku beli dua bulan lepas.Kalau korang nak tau,dulu aku ada jugaklah  berjinak-jinak jual perfume.Korang boleh baca di entry sini .Tapi entah la,aku payah nak handle jual perfume tu.Last2 dah terkubur kat situ je.Bukan sahaja jenama tu,tapi ada juga satu jenama lagi yang aku jual,cerita tu di entry sini  .Pun sama jugak,dulu tak pandai nak berbisnes..Jadi terkubur lah jawapannya..
    Ok,last perfume yang aku beli adalah di entry ini.Masih banyak lagi.Guna pun tak banyak mana,sebab wangian ni sedap.sebab tu aku beli.Wangian dan wanita ni memang tak boleh nak dipisahkan,betul tak.So bila ada member suggestkan aku bauan Dior untuk Dexandra perfume ni,aku survey dan ternyata ramai yang memilih untuk bauan ni..Bauan orang kaya diorang panggil..kah.kah… Dexandra perfume ni wangi dan tahan lama
    dexandra perfume
    Dexandra Inspired Perfume

    Sangat berpuas hati dengan bauan ni.Yes,ada stock sebotol lagi..Entah bila nak habis..hahaha…Insyallah,lepas ni nak cuba bau lain pulak..
    Kalau korang nak jugak memiliki Dexandra perfume ni boleh pergi ke instagram Nana..Dia nak bagi korang harga kasih sayang punya..

  • perfume,  Uncategorized

    Wangian FLEUR yang mengharumkan Office

    Assalamualaikum
    Hai korang???Buat ape tu..alolo..busy ke..eh..kalau tak busy macam mana boleh baca entry ni…teeetttt..hahaha..kidding.Hadoiii..memang tak boleh lupa dengan wangian ni..Rasa nak makan je.
    Alkisahnya,aku memang tak tau pun kewujudan perfume Fleur ni.Apa yang aku taulah kan,perfume Fleur ini untuk wangian badan,wangian aroma untuk kenderaan,rumah atau pejabat..Hah tu jelah k..Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal wangian FLEUR ni,sila Google.Aku pun memang tak tau apa-apa pasal wangian ni.Tapi ada satu malam tu aku terjumpa di group taman kota masai ke,kat mana entah.Dia buat iklan pasal wangian ni.Entah macam mana tertarik dengan perfume ni.Mungkin rezeki dia kot supaya aku melekat nak bagi kat dia.Kalau korang tengok kat wall aku,dia ada tag aku.Jadi dok pm2,tanya harga,tanya top wangian,ok,baru deal esok hantar ke office..
    Packaging dia so comel kan..ai is suka uolsss
    Aku pilih Honey dew.Tu pun recommended by seller.Baru letak kat office dah wangi.Actually aku beli bukan untuk letak di office.Tapi dalam bilik.Barulah romantik sikit..ececehhh.
    Bila aku bukak botolnya,amoi sebelah tanya,you minum susu honeydew ke..Hek…susu honeydew??aparaaa…
    Hahaha..aku cakaplah,ai tak minum pun,ni bau perfume gantung ni..sedap kata amoi tu..bau freshh je..rasa macam nak makan.
    Inilah botol FLEUR perfume ni
    Wangi beb
    Sebenarnya dia ada banyak jenis wangian.korang boleh tengok list kat bawah ni
    Nak buat pilihan? Jom semak haruman ni.
    15 haruman untuk di pilih.
    ?Lime – Haruman Limau nipis
    ?Lemon – Haruman Lemon
    ?Orange – Haruman Oren
    ?Strawberry – Strawberry
    ?Apple – Apple
    ?Honey paris – Honey Dew
    ?Leanne Reims – Bunga Sakura
    ?Lavender – Lavender
    ?Colombes Tobacco – Dunhill Perfume 
    ?Lyon air – Men Perfume 
    ?Le harve – Syrup 
    ?Le mans – Chewing Gum
    ?Brest garden – Ladies Perfume
    ?La Rochelle – Buah Delima
    ?Vanilla-Haruman Vanilla
    Dan ada 6 jenis wangian yang top seller katanya
    6 bau TOP SELLER.
    • Honey Paris
    • Apple
    • Vanilla
    • Marseille Lavendar
    • Lyanne Reims
    • Strawberry
    Tapi seller tu recommend aku honeydew.And aku suka wangian ni.seboto ni cuma rm10 tau.and korang boleh dapati dimana-mana kiosk di shopping mall dan juga facebook.Just taip FLEUR Perfume.keluaah nanti..
  • kisahsidairy.com,  perfume,  review product

    Wangian Enchanteur Yang Memikat Hati

    Assalamualaikum
    Hai korang☺☺Lama tak bercerita tentang wangi-wangian ni.Sebenarnya stock perfume kat rumah tu dah kehabisan.Nak menyinggah untuk beli perfume memang sangat-sangatlah asyik terlupa.Lepas tu lain yang di cari lain yang jumpa.Lain pula yang dapat kan.
    Tapi masa hari tu,aku masuk Gurdian,Memang nak cari Roll on.Hah..itu memang wajib ada..Memang di pakai setiap hari.Kalau takde,risau pulak tetiba bau badan kan.Haishh…Bila bekerja ni,bukan sahaja penampilan nak kena jaga,malah bau yang datang dari diri kita pun nak kena ambil berat jugakkan..Even,kau duduk dalam aircond,tak semestinya bau badan takde kan…Jadi untuk mengelakkan bau yang tidak diingini,haruslah memakai roll on..Tapi aku bercakap tentang pandangan aku,Tak taulah pandangan orang lain.
    Bila dah masuk Gurdian ni,tetiba je banyak idea je nak beli kan?Lagi pulak budget tu ada,hah!! memang banyak lah yang nak diborongnya.Tapi aku takdelah borong mana.Mana yang dah habis kat rumah,itu lah yang aku akan beli.Melainkan barang dapur.Aku akan beli extra untuk barang dapur..Untuk makan je selalu aku beli extra…Kalau barangan peribadi ni,aku cuma beli mana yang perlu.Melainkan jugak bila ada promosi.
    Dah..Panjang lebar pulak hujahan aku ni..Nak bercerita pasal Perfume,dah kait mengait pulak dengan barangan dapur kan.Oklah..Masa aku dok belek-belek Perfume kat Gurdian tu,Terpandang botol cantik Enchanteur ni.Banyak sebenarnya bauan dari Enchanteur ni.Tapi aku Tersuka tanpa sengaja dengan Haruman memikat Enchanteur Fashionista.Harga pun menarik.Still dalam budget aku lagi,so tanpa berfikir panjang,aku dah terbeli…hahaha…
    Enchanteur
    Enchanteur Fashionista


    Bring out your chic and stylish side with this dazzling mix and match of Orange, Jasmine and Roses. Enchanteur Paris Fashionsta Eau de Toilette makes you the life of the party and the apple of his eye.

    Suka dengan Packaging dan botol yang cantik.Termasuklah warna dan bauan yang sangat menarik tu.So,dah jadi milik aku sekarang ni.Lepas ni macam nak kena repeat beli yang warna pink pulak sebab diorang kata yang pink tu pun not bad jugak..Aku ada bau tapi bila dah banyak-banyak ni macam hilang bauan tu semua..
    Enchanteur
    Untuk Perfume Enchanteur Paris ni ada 3 bauan yang memikat hati korang tau.
    Enchanteur
    • Princesse
    • Fashionista
    • Glam
    So korang boleh pilih bauan yang korang berkenan..Macam aku ni,of courselah yang warna biru..Next time aku nak pilih warna Pink tu pulak..sesuai gitu.
    Enchanteur
    Tadaa….Ni saya punya ok!! hahaha
    Mana nak dapatkan Perfume Enchanteur ni?Korang boleh dapatkan di Gurdian,Shopping mall dan juga di Watson kalau tak silap aku.
    Sebenarnya banyak lagi bauan perfume yang dikeluarkan oleh Enchanteur,Korang boleh pergi ke website dan facebook mereka
    http://enchanteur.com.my/
    https://www.facebook.com/EnchanteurMY/