• kisahsidairy.com,  pengajaran untuk kita bersama

    Cerita pengajaran tentang Qurban Aidiladha

    Assalamualaikum
    Cerita ni aku dapat dari whatssap en.husband..
    Kisah benar tentang Qurban Aidil Adha ini mungkin boleh memberi pengajaran dan keinsafan kepada kita..
    Menarik kisahnya seorang anak dan ibunya yang sudah tua dan uzur bersama seorang pedagang binatang Qurban..
    Alkisah di ceritakan oleh seorang pedagang binatang qurban tentang pengalamannya:
    Suatu hari seorang ibu di usia awal 40an datang memperhatikan dagangan saya. Dari penampilan luarannya, nampaknya dia tidak akan mampu membeli haiwan ternakan ini. Namun saya cuba juga menghampiri dan menawarkan kepadanya,
    “Silakan ibu…”, lalu ibu tadi menunjuk salah seekor kambing termurah sambil bertanya,” ye kalau yang itu berapa Pak?”.
    “Yang itu 700 ribu (RM190) bu,” jawab saya ringkas. “Berapa Harga terendah?”, Tanya kembali si Ibu.
    “600 ribu (RM160), harga itu untung saya kecil, tapi tak apalah…… .
    “Tapi, wang saya cuma ada 500 ribu sajer (RM130), boleh pak?”, pintanya.
    Waah.., saya jadi pening, kerana itu harga modalnya, akhirnya saya berbincang dengan teman dan saya pon bersetuju walaupon tidak untung..
    Nah.. tak apalah, ambillah. Lalu saya berikan saja dengan harga modal itu kepada ibu tersebut.
    Saya pun menghantar kambing Qurban tersebut sampai kerumahnya.  Sebaik sahaja tiba dirumahnya, lalu saya terkejut..
    “Astaghfirullah……, Allahu Akbar…, terasa menggigil seluruh badan kerana melihatkan keadaan rumah ibu itu yang sangat uzur.
    Rupa-rupanya ibu itu hanya tinggal bertiga, dengan ibunya dan anak lelakinya yang masih kecil dirumah usang yang berlantai tanah tersebut. Saya tidak nampak pon ada tilam, ada kerusi di ruang tamu, apatah lagi perabut mewah atau barangan elektronik. Yang saya lihat hanya katil kayu yang beralaskan tikar dan bantal lusuh. Rumah yang tidak ada bilik dan terhalang dari pandangan.
    Diatas katil kayu itu, terbaring seorang nenek tua yang kurus.
    “Mak….. bangun mak, tengok nih, saya bawakan apa di rumah ini.?”, kata ibu itu pada seorang nenek yang tidur dan akhirnya terbangun.
    “Mak, saya sudah belikan emak seekor kambing untuk di buat Qurban, nanti kita hantarkannya ke Masjid ya ma
    k….”, kata ibu itu dengan wajah penuh kegembiraan dan puas.
    Si nenek tadi sangat terkejut meski nampak bahagia, sambil dia membelai kambing yang berdiri di sebelah katilnya..
    Lalu nenek itu mengucapkan rasa syukur “Alhamdulillah, kesampaian juga kalau emak mahu berQurban”.
    “Ini Pak, wangnya, maaf jika saya menawar harga kambing ini terlalu murah, kerana saya hanya tukang cuci di kampung sini. Saya berusaha mengumpulkan wang sekian lama untuk membeli seekor kambing yang diniatkan buat qurban atas nama ibu saya….”, kata ibu tadi.
    Kaki ini bergetar, hati terasa sebak, dada terasa sesak, sambil menahan titisan air mata, saya berdoa ,
    “Ya Allah…, Ampuni dosa hambamu ini,
    Aku malu berhadapan dengan hamba-Mu yang pastinya lebih mulia ini, seorang yang miskin harta namun kaya Imannya. Ibu ini begitu luar biasa”.
    “Pak, pak… ini ada sedikit wang upah  kerana mengantar kambing ini ke rumah…”, panggil ibu itu,”
    Saya tidak melihatnya dan tidak mahu ambil tahu berapa nilaiannya lalu dengan rasa sayu, saya berkata..
    “Sudah bu, biarkan tambang kendaraanya saya yang bayar’ dengan wajah yang malu dan sayu.
    Saya cepat-cepat pergi sebelum ibu itu tersedar yang mata ini sudah basah air kerana tidak sanggup mendapat teguran dari Allah yang sudah mempertemukan dengan hambaNya yang sangat sabar, tabah dan penuh keimanan ingin memuliakan dan menggembirakan orang tuanya..
    Masyaallah.. Allahu Akbar.!
    Morale of the story, wahai diriku dan sahabat2ku..
    Untuk menjadi mulia ternyata…
    tidak perlukan harta berlimpah dan berjuta-juta,
    tidak juga perlu mempunyai gelaran kenamaan Dato, Datin, Tan Sri, Puan Sri Diraja ataupun Tun,
    tidak perlu punya kedudukan yang tinggi sebagai Sultan, menteri, ketua pengarah atau pun Mufti tidak juga perlu punya kuasa superpower dan pengaruh yang di beli dengan wang ringgit…
    Cukuplah kita belajar dari sifat keikhlasan yang luhur dari si ibu tadi.. demi untuk mencapai erti kemuliaan hidup.
    Berapa ramai diantara kita yang diberi kecukupan dan kekayaan serta kemewahan demi kemewahan…, namun masih
    ada sahaja keengganan dan pelbagai halangan untuk berQurban, bersedekah, menginfaqkan sebahagian harta ke jalan Allah, ..
    Kalau pon bukan harta dan wang ringgit,
    Sekurang-kurangnya masa dan tenaga untuk pengorbanan di jalan Allah..
    Ramai dari kita termasuk diri ini masih tersangat sayang akan harta dunia yang sudah di kumpul setinggi gunung,
    masih khuatir simpanan akan berkurangan dan habis di berikan kepada orang lain.
    Kita boleh sahaja membeli handfone yang mahal, jam tangan dan beg yang berjenama, ataupun pelbagai  aksessoris yang melekat di tubuh kita yang harganya jauh lebih mahal dibandingkan harga seekor haiwan Qurban ataupun sebahagian darinya, iaitu 1/7 bahagian.
    Kenapa kita rasa macam tidak mampu, atau masih lagi suka menangguh-nangguhkan melakukan perkara-perkara dan kerja-kerja kebajikan dan amal soleh.?
    Hakikat sebenarnya kita mampu..!..
    kita boleh sahaja sediakan hampir segalanya..
    Kita mampu melanggan Astro, kita mampu melancung ke dalam dan luar negara,
    Kita mampu makan makanan yang mahal-mahal di restoran dan hotel yang mahal-mahal..
    Kita mampu membeli atau membayar ansuran motorsikal berkuasa tinggi, ansuran kereta mewah dan ansuran rumah yang mencecah lebih dari harga satu bahagian lembu Qurban….
    Namun sering kita sembunyikan di sebalik kata-kata “TIDAK MAMPU”  ini. Terimalah hakikat dan kenyataan ini..
    Muhasabah diri:
    Tanya pada diri kita yang mampu ini, sudahkah kita mengerjakan ibadah qurban sebelum Allah menarik sedikit demi sedikit rezeki yang dikurniakannya sementara kita masih lagi diberi nafas untuk hidup.!
    Fikir fikirkanlah..
    Terasa sangat keinsafan, sering kali kita mengeluh dan merungut tidak punya wang yang cukup. Astaghfirullah.. ambillah ini sebagai iktibar, sebagai nasihat, sebagai peringatan dan muhasabah untuk diriku jua.,
    Terimakasih kepada semua kerana tidak jemu membaca dan menerima leteran ini.. Leteran buat diriku sebenarnya…
    #copy n paste

  • INFO,  kisahsidairy.com,  pengajaran untuk kita bersama

    Peringatan Isnin untuk diri sendiri

    Assalamualaikum
    Isnin dah???emmm..rasa macam malas  nak gi kerja…huh…itulah yang selalu difikirkan bila tiba hari isnin..
    Dah memang Penyakit M tu sentiasa ada dalam diri Manusia nie kan..termasuk la aku,betul tak..Tapi tak boleh dijadikan Habit kalau kita nak terus ke hadapan..Sebab Penyakit M tulah yang sentiasa menganggu kita untuk kita terus berjaya.
    sumber:google
    Dari pembacaan aku bagaimana mengatasi Masalah malas  mengikut ajaran islam ni mudah je,cuma bergantung pada kita lah bagaimana nak mengatasinya kan..
    Pertama sekali cara nak melawan nafsu malas tu adalah Doa.Doa dan perbanyakkan doa.
    Kita gunakanlah doa sebagai senajata utama.Tokoh terkenal,Ibn Qayyim dalam karya beliau,al-jawab al-kafi li man sa’ala an al dawa’ al-shafi,menjelaskan ubat pertama dan kedua untuk mengubati jiwa mukmin ialah berdoa dan bersungguh-sungguh dalam doa.Doa ialah ubat yang paling mujarab dan bermanfaat untuk mengubati semua bentuk ujian dan penyakit.Antara doa yang di ajar oleh baginda s.aw ialah
    “Ya Allah,aku berlindung denganMu dari penyakit tua dan kesedihan,dari lemah dan malas,dari bakhil dan penakut,dan kalah dengan hutang dan kekuatan lelaki.”(al-bukhari)
    Antara Doa Nabi  juga :
    “Ya Allah,aku memohon dariMu ketetapan dalam urusan kerja dan keazaman atas hidayat.”

    Doa-doa ini menunjukkan bahawa doa dapat menghalang sikap malas seseorang.
    Keduanya pulak adalah melawan Syaitan dan Nafsu 
    Malas nie juga berpunca dari syaitan.Syaitan melatih nafsu manusia agar menjadi malas beribadat atau malas menunaikan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.
    Tidakkan kita mendengar hadis Nabi s.aw  :
    “Syaitan mengikat atas belakang kepala seseorang kamu ketika ia tidur sebanyak tiga ikatan.Sambil syaitan berkata pada setiap ikatan,Malam  masih panjang,maka tidurlah.
    Apabila seseorang kamu terjaga dari tidur,lalu menyebut nama ALlah nescaya akan terlerai satu ikatan.Jika ia mengambil wuduk,nescaya terlerai satu ikatan lagi dan sekiranya ia solat,nescaya terlerailah semua ikatan.Maka ia bangun waktu pagi dalam keadaan rajin ,cergas serta baik hatinya.Jika ia tidak(melakukan begitu)nescaya ia bangun pagidalam keadaan buruk jiwanya sambil rasa malas.

    Hadis ini menunjukkan bagaimana kita perlu mencegah rasa malas itu,dengan cara yang di ajar oleh Nabi s.a.w .Malas itu puncanya datang dari syaitan.Sememangnya syaitan ni,sentiasa mencuba untuk menipu daya dan menyebabkan manusia lalai dari perintah Alllah Ta’ala.
    Ketiga pulak adalah sentiasa mencari ilmu.
    Timbalah ilmu sebaik mungkin…Dengan ilmulah sesorang menjadi orang yang rajin dan cergas dalam hidupnya.Sebagai contoh,ilmu tentang fadhilat dan kelebihan ibadah,menyebabkan seseorang rajin beribadat dengan syarat adanya  keyakinan yang kuat tentang apa yang dipelajari.Oleh itu,orang yang mempunyai ilmu berkenaan fadhilat solat jumaat,sangat rajin mengerjakan solat jemaah.Orang yang mempunyai ilmu tentang kelebihan dan fadilat soalt duha,akan menjadi rajin dan cergas untuk melaksanakannya.
    Solat paling berat bagi orang munafiqin ialah solat isyak dan subuh.Sekiranya mereka mengetahui apakah(ganjaran) yang ada pada kedua-duanya,nescaya mereka akan datang bersoalt walaupun dalam keadaan merangkak..


    entry ini adalah untuk peringatan untuk diri sendiri…Kalau korang sudi nak membaca insyallah,sama-sama kita berusaha untuk kebaikkan..

    sumber:sini
  • pengajaran untuk kita bersama

    KISAH PENGAJARAN DARI SEBIJI TEMBIKAI

    Assalamualaikum
    Tertarik baca cerita nie.mungkin ada pengajaran untuk kita bersama
    Ada cerita yang tersirat di sebalik tembikai ini
    Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
    Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya : “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu ?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
    Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya : “Ada pun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
    Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan ia pun redhalah dengan apa yang telah di tentukan oleh Allah SW.

    sumber:Diari hati