• kisahsidairy.com,  pattern baju raya pilihan

    Pattern Baju raya Pilihan Korang

    Assalamualaikum
    Ketinggalan zaman?? Biarlah…ikut keselesaan pemakai kan..Baju raya korang macam mana??saja je nak mengulas tentang baju raya trend sekarang nie..Mungkin aku ketinggalan zaman  atau tidak mengikut peredaran zaman,bila tak memiliki pattern terkini baju raya pattern sekarang nie.
    Apa yang aku maksudkan tentang tu ek?? Korang tengok tak baju raya zaman sekarang nie,pelbagai jenis pattern yang aku rasa semakin hari semakin gah dengan labuci bagai..Kalau zaman aku,pattern baju tu,hanya pakai waktu bertunang je…Untuk hari raya,takdelah pakai jenis macam tu kan..
    pinjam pakcik google..sangat meriah kan…anak-anak dara boleh la pakai…hehe
    Aku lebih suka memakai jenis kain yang selesa dan menyerap peluh seperti kain cotton.agak-agak ketinggalan zaman tak..hehehe…mungkin aku tak pandai nak berfesyen macam orang lain kot..Sebab tu aku memilih untuk memakai pakaian macam tu.Lagipun aku tak berapa nak minat baju yang sarat dengan labuci dan kain lace tu..rasa tak selesa.Lagi pulak dah ada anak.,,Nak pakai yang jenis macam tu macam tak sesuai..mana nak dokong anak lagi kan…selagi kai ntu rasa selesa dan tak berat mata memandang oklah bagi aku..tak kisah la pulak kain jenis apa kan…
    pinjam pakcik google jugak
    Pattern macam nie boleh lg la diterima…
    Tapi itu ikut citarasa masing-masing..aku cuma suarakan apa yang aku rasa je…Masa beli baju raya tu ari pun rasa bling-bling biji mata ni nak memilih…haha…last-last aku tanya tuan kedai tu baju kurung cotton terkini je..Lebih pada keselesaan kot..
    Mood beraya dah sampai…dah takde hati nak bekerja..hahaa…esok dah chow balik kota tinggi..