• parenting blogger,  parentingmoments,  Uncategorized

    Pemakaian Headband Pada Naura?

    Assalamualaikum
    Hai korang☺☺☺Alahaii..lama sungguh tak bercerita pasal si kecik ni.Dah semakin panjang akalnya sekarang ni.Kemahin lagi,Tapi masih tak pandai nak melawa macam umi dia..Kalau dah pandai tak taulah.Buat masa sekarang ni,apa yang digayakan oleh dia,yang tak enak di matanya,pasti dia akan buang.
    Dak Naura dah hampir ke umur 2 tahun..Dah pandai nak bercakap dia ni sekarang.Dapatlah dua butir ungkapan dari mulut dia..Kalau bab nyanyi didi n friends pun dah pandai walau satu ayat pun umi dia tak faham.
    Oklah..meh nak tanya sikit ni bagi parents yang ada anak perempuan..Rajin ke korang pakaikan mereka ni headband? Aku dulu,masa baby rajinlah pakaikan Naura dan fiyah headband,tapi bila dah pandai tangan dia ambil headband tu,memang takkan lekatlah kat kepala.Mak dia nak bagi lawa pun taknak.Nak sikat rambut pun terpaksa berkejar dengan dia.Sudahnya,sampai dia besar ni,memang tak pernah pakaikan dia headband.Tapi nak share sedikit dengan korang,kerana pemakaian headband ni ada jugak keburukkan dia..Sebagai ibu bapa,kita kena alert jugaklah kan walaupun kita kekadang tak jangka perkara ini boleh berlaku.
    Menurut Perunding Pediatrik Hospital Pakar KPJ Kajang,Dr.Nor Mahani Harun seperti dipetik dalam utusan online,pemakaian aksesori kepala tidak salah jika ibu bapa bijak memilih kesesuaian aksesori untuk bayi mereka.Beberapa faktor berikut perlu dipertimbangkan sebelum memakaikan bayi anda aksesori kepala.Ada beberapa faktor di bawah ini hasil perkongsian di Majalah PAMA.

    1.JENIS FABRIK AKSESORI
    Tulang bayi ketika usia selepas lahir sehingga 18 bulan amat sensitif,dan masih dalam proses pertumbuhan menyebabkan tulang mereka mudah tercedera.Jadi risiko perkembangan tulang bayi terganggu boleh berlaku bergantung kepada jenis aksesori yang dipakaikan sama ada selamat atau tidak.

    2.TAHAP FLEKSIBILITI REGANGAN AKSESORI
    Tulang dan otak bayi akan membesar setiap hari dan jika dipakaikan aksesoru sepanjang masa,dibimbangkan akan membantutkan perkembangan tulang bayi secara tidak langsung walaupun ia bukan punca utama.

    3. SAIZ AKSESORI
    Headband bayi mesti ditukar setiap bulan kerana otak dan tulang bayi akan membesar dan ukur lilit kepala mereka juga berbeza setiap bulan. Kalau anda masih memakaikan bayi aksesori kepala yang sama ketika dia baru lahir semasa bayi sudah berusia setahun, kemungkinan tumbesaran tulang kepalanya akan mempunyai masalah.
    4. TEMPOH MASA PEMAKAIAN
    Pemakaian aksesori terlalu lama atau kerap boleh mengganggu tumbesaran fizikal bayi dan dibimbangkan turut memberi kesan kepada bahagian dalaman. Sebaiknya aksesori kepala hanya boleh dipakai selama satu hingga dua jam dan sebaiknya dimulakan selepas bayi berusia 18 bulan.
    5. KESAN KEPADA KULIT BAYI
    Penggunaan fabrik yang tidak sesuai untuk kulit bayi yang sensitif seperti bulu, renda berbiku dan tajam, mungkin boleh melukakan kulit bayi serta menyebabkan masalah alahan seperti ruam dan kegatalan. Bahkan penggunaan manik dan labuci juga berisiko menyebabkan bayi yang sudah besar memasukkan ia ke dalam mulut atau hidung.
    6. RISIKO TERBELIT
    Ibu bapa hendaklah mengawasi bayi semasa memakai aksesori kepala kerana bimbang boleh menutup hidung hingga menyebabkan sukar bernafas atau terjatuh sehingga ke leher lalu menyebabkan leher bayi terbelit dan tak boleh bernafas.
    Maka terpulanglah kepada ibu bapa sama ada hendak meneruskan minat untuk memakaikan bayi mereka aksesori kepala atau tidak. Jangan terlalu teruja dengan pujian rakan-rakan tentang kecomelan anak anda apabila memakai aksesori kepala. Sebenarnya apa yang lebih penting adalah keselamatan nyawa dan keselesaan si manja berbanding penampilannya apabila dipakaikan aksesori kepala.
    Kejadian yang berlaku kepada seorang ibu kepada bayi berusia 14 minggu di United Kingdom patut dijadikan pengajaran kepada semua ibu. Bayi tersebut dilaporkan mati akibat sesak nafas disebabkan headband yang dipakaikan menutup sebahagian hidungnya.
    Tidak mahu perkara yang sama berlaku, ibu kepada bayi malang itu mengingatkan ibu lain supaya tidak melakukan kesilapan yang sama.
    Leanne Wilson berkongsi perkara tersebut di Facebook mewakili rakannya itu dan statusnya dikongsi oleh 80K netizen di UK.
    Rakan saya baru saja kehilangan bayinya yang berusia 14 minggu. Selepas pulang dari bersiar-siar, bayinya tertidur lebih kurang 30 minit sementara dia mandi dan terlupa membuka headband yang dipakaikan.
    Apabila dia kembali untuk menjenguk bayinya, reben pada headband tersebut sudah menutup hidung dan mulutnya. Bayinya sudah tidak bergerak dan disahkan meninggal dunia. Bedah siasat yang dilakukan mendedahkan punca kematian adalah akibat kesukaran bernafas.
    Dia mahu ibu-ibu baru yang lain tahu tentang bahaya yang ada pada aksesori kepala bayi.
    Sumber: www.mirror.co.uk

    Hah..gitu jelah gaya rambut dia..takdelah nak letak headband..Kalau dia tak usik headband tu pun takpe jugak kan..

    Sebab tu,aku tak paksa sangat anak-anak aku untuk memakai aksesori-aksesori ni.Tunggulah dia besar sikit.Nanti dah besar,pandailah dia mintak sendiri.Macam kakak Naura yang dah semakin nak melawa je..Hah…baru sekarang nak pakai headband walaupun sekejap..hahaha

  • kisahsidairy.com,  parenting blogger,  parentingmoments,  Tips

    Anak Perempuan Rapat Dengan Ayah?

    Assalamualaikum
    Hai korang☺☺☺Happy Monday Blues…Eh..Jangan nak blues sangat.Kang moody sampai ke petang sape susah…Diri sendiri jugak yang susah kan..hahaha
    Nak tanya ni,Pada Parents la…Yang tak Parents tu kalau ada ilmu boleh jugak share…Or boleh juga take noted..Nanti kan korang akan kawen jugak kan..So,boleh je baca dan sedut ilmu untuk persediaan..Sedangkan yang dah jadi parents ni pun kena sedut ilmu jugak untuk masa depan anak-anak.Membesarkan anak-anak di zaman sekarang ni memerlukan ilmu..Silap sikit je,ibu bapa juga yang dipersalahkan..Takmo..takmo..
    Ok..Berbalik pada soalan,anak perempuan korang,lebih rapat dengan mak atau ayahnya?Ikut acuan belah mana..Aku tanya macam tu sebab ada orang kata,kalau anak perempuan seiras ayahnya,maka hubungan antara ayah dengan anak perempuan tu sejuk..Maknanya macam serasi la…
    Macam anak aku si Naura Auni tu,memang sebijik babah dia,orang kata baguslah,sejuk je kalau dengan bapak dia..Tapi aku tak taulah istilah sejuk tu macam mana.So far,Naura ngan babah dia,kalau bab memujuk memang babah dia,Umi dia memang garang,tapi garang-garang umi dia ni,tetap akan cari umi dalam setiap aspek.Bergaduh memang selalu,bab nak tidur pun masih mencari umi.

    babah dan Naura ada minat yang sama…
    Jarang pulak nak dengan babah dia,..Kadang-kadang je..Kalau boleh biarlah dia banyak dengan babah dia,,hahaha…Baru adil…eh..hahaha..Aku ada terbaca dekat majalah PAMA mengatakan,AYAH perlu memainkan peranan penting untuk membantu perkembangan positif anak perempuan mereka.Anak perempuan pun boleh jugak buat aktiviti lasak..Fakta mendapati anak perempuan yang rapat dengan papa akan membesar sebagai anak yang lebih positif dan berkeyakinan tinggi. Hah..Tu kan da bagus kan…
    Bila ada ayah yang tak tahu apa aktiviti yang perlu dilakukan oleh anak perempuannya samada di luar mahupun di rumah.Meh lah kita baca 10 aktiviti mudah untuk Papa menjadi rapat dengan anak perempuannya.
    1. Main ‘geletek-geletek’
    Kalau anak anda masih bayi, main ‘geletek-geletek’ sudah cukup menggembirakannya. Mesti dia akan ketawa sampai nampak gusi. Nampak ‘simple’ kan tapi ada kesan positifnya pada perkembangan anak anda.
    2. Baca buku
    Aktiviti mudah yang semua papa boleh buat. Untuk kesan lebih menyeronokkan, papa buatlah aksi atau kesan bunyi yang bersesuaian mengikut watak dalam buku cerita yang dibacakan kepada si kecil. Maklumlah anak perempuan memang suka kalau ada bab-bab ‘drama’ ni. Mesti lepas itu, anak akan seronok bila papa yang bacakan buku cerita.
    3. Nyanyi bersama
    Kalau papa jenis yang suka menyanyi ambil peluang untuk tawan hati anak gadis dengan lagu-lagu kegemaran mereka. Tapi jangan risau kalau bukan ‘kaki muzik’ anda tetap boleh bergembira bersama. Anda hanya perlu ikut bertepuk tangan dan ‘acah-acah’ ikut dia menyanyi. ‘Confirm’ si kecil rasa seronok.
    4. Main di taman
    Aktiviti ini memang wajib papa semua buat dengan anak perempuan tak kira sama ada masih bayi atau sudah pandai bercakap. Antara permainan yang boleh dilakukan di taman adalah main buaian, naik jongkang-jongkit, gelongsor atau kejar-kejar.
    5. Main pondok-pondok
    Kalau dah nama anak perempuan memang tak boleh lari daripada suka main ‘pondok-pondok’, ‘masak-masak’ dan ‘mekap-mekap’. Apa salahnya sesekali papa main bersama.
    6. Main ‘tembak-tembak’
    Aktiviti ini akan melibatkan air. Jadi papa boleh lakukan permainan yang pasti akan membuatkan si comel ketawa keriangan sama ada semasa memandikannya atau ajak mereka basuh kereta bersama. Gunakan pancutan air daripada paip untuk ditembak ke arah anak anda. Aktiviti ini sesuai dilakukan dengan anak perempuan yang sudah boleh berjalan. Apa-apa pun sentiasa utamakan keselamatan anak anda.
    7. Buat senaman
    Biasanya papa bangun pagi mesti akan buat senaman ringan. Ini juga boleh jadi aktiviti menyeronokkan dengan si kecil. Ajak dia ikut sekali bersenam. Anda akan ketawa melihat aksi lucu si comel membuat senaman.
    8. ‘Golek-golek’ atas katil
    Aktiviti ‘malas’ ini sesuai dilakukan bersama anak anda yang masih bayi. Peluk, cium dan gomol dia sudah cukup membuatkan bayi akan tergelak-gelak. Bila sudah kepenatan, akhirnya kedua-dua anda akan tertidur. Mudah kan.
    9. Timang anak
    Papa boleh bantu anak perempuan berasa yakin untuk berada di tempat tinggi dengan membiasakannya ditimang sejak kecil. Sesekali timanglah bayi perempuan anda namun utamakan keselamatannya dan tak perlu timang terlalu kuat dan tinggi.
    10. Bercerita
    Walaupun si kecil masih pelat bercakap tetapi papa mesti kerap bercerita dan berborak dengan anak. Dengan cara ini ia turut membantu anak mengembangkan kemahiran komunikasinya serta lebih bijak dan berkeyakinan untuk bercakap.
    ‘Bonding’ antara papa dan anak perempuan sangat penting untuk membina keyakinan diri dan percaya diri. Percayalah, anak perempuan yang rapat dengan papanya akan mempunyai persepsi positif terhadap dunia dan orang di sekelilingnya.
  • kisahsidairy.com,  parenting blogger,  parentingmoments

    Merangsang Naura Untuk Berus Gigi

    Assalamualaikum
    Hai korang ??..Ececeh..sejak dah ada emoticon dalam blogpost ni,rasa setiap ayat nak letak…mengada sangat kan..Oklah tu kan..Boleh buat orang yang membaca terhibur..Berwarna-warni..kita kan 1 Malaysia…Ok….Takde kena mengena.
    Seriously,(merujuk kepada tajuk entry) Nak mulakan menggosok gigi anak tu memang payah.Nak bergelut hari-hari dengan dia..Nak kena soft spoken,manja-manja dengan dia barulah dapat gosok gigi tau.
    Sekarang ni Naura dah pun berusia 18 bulan..ada beberapa bulan lagi dia dah nak menginjak ke umur dua tahun..Aku paling marah kat babah dia bila dia selalu cakap,”dia dah Besar”..Tak boleh terima kenyataan anak aku tu dah besar…Jangan cepat sangat besar boleh tak anak umi..Nanti umi rindu.??..yelah..bila dia dah besar panjang,nak belai dia pun payah…Tu belum pandai bercakap..hoiii.Gigi pun dah hampir nak penuh..Baru semalam perasan dia dah tumbuh gigi besi geraham.Ada dua batang..Keseluruhan gigi dia sekarang ni dah ada 9 batang tu officially.Yang tak official,kira macam pucuk baru nak tumbuh tu belum kira..Sebab tu rajin sangat nak ngap orang..Kakak  ngan babah dia rajinlah kena ngap ngan dia..cuma umi dia lah bernasib baik sebab jarang kena,bukan tak kena langsung.Kalau dia ngap,umi dia ngep lah mulut dia…hahaha..
    And seriously,nak mengajar anak menggosok gigi ni bukan satu perkara mudah tau..Sebab tu bila anak dah pandai pegang berus gigi sendiri,silalah bagi..Belikan berus gigi yang sesuai dengan usianya..Jangan tak tau,berus gigi pun ada mengikut usia masing-masing.Cuma bila korang dah tua tu,xpayah lah cari usia berus gigi budak-budak kan.
    As usual,sebagai parents kita kena cari ilmu keibubapaan..Dan itu yang aku sedang buat sekarang.Ada terbaca di artikel PAMA tentang bagaimana menangani anak yang tak suka berus gigi..meh aku share Tips Merangsang anak memberus gigi
    1) Ajar anak cara yang betul 
    Mulakan dengan memberus gigi mereka untuk mereka. Pakar pergigian ibu bapa bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan mulut kanak-kanak adalah bersih sehingga i dia berusia enam tahun. Pun begitu, anda boleh mengajarnya untuk memberus gigi sendiri pada usia tiga hingga empat tahun supaya dia boleh berdikari. Sebelum itu, anda mestilah memberus gigi si kecil sebagai pelajaran pertamanya  tentang kebersihan pergigian dan secara tidak langsung akan menjadi  rutin hariannya selepas makan.
    Anda juga perlu memastikan si manja menggunakan peralatan yang betul seperti berus gigi yang sesuai dengan peringkat usia tiga hingga empat tahun yang dilengkapi berus yang lembut dan bahagian pemegang yang besar. Pilihlah ubat gigi yang diformulasikan khas tanpa fluorida untuk gigi susu dan tanpa gula. Perisa buah-buahan yang harum serta berus gigi yang berwarna-warni dengan gambar watak animasi kesukaannya akan memberikan keseronokan dan keterujaan untuk memberus gigi.

    berus gigi
    Semangat setiap kali masuk bilik air even nak basuh berak dia pun,sibuk nak pegang berus gigi.

    2) Berikan kebebasan memilih 
    Kanak-kanak pada usia ini suka membuat sendiri dan berlagak seperti orang dewasa. Oleh itu, berikan kebebasan kepada si manja untuk memilih sendiri berus dan ubat gigi. Selain itu, biarkan dia meletakkan sendiri berus gigi pada berus. Selain itu, sebagai galakan kepadanya, anda boleh meletakkan tempat cawan, letak berus gigi dan ubat gigi lebih rendah sesuai dengan ketinggiannya agar mudah dicapai dan menggalakkan dia berdikari memberus gigi sendiri.
    image berus gigi
    Umi siap belikan berus gigi yang khas untuk dia…Boleh tengok pada berus gigi..Selalunya ia akan tulis untuk umur berapa.
    3) Beruslah bersama-sama 
    Jadikan rutin memberus gigi sebagai aktiviti bersama. Sebagai contoh, memberus gigi sebelum tidur. Anda boleh mengajak anak anda untuk berus gigi bersama-sama yang secara tidak langsung membuatkan dirinya ‘penting’ dan dinanti-nantikan anda setiap kali sesi memberus gigi.
    4) Bawanya berjumpa doktor gigi 
    Selalunya anak-anak lebih mudah mendengar nasihat orang asing daripada mendengar nasihat ibu bapa sendiri. Oleh itu, bawalah anak anda untuk mendapatkan pemeriksaan doktor gigi. Kebiasaannya selepas pemeriksaan, doktor akan menerangkan pada si cilik anda tentang status giginya. Di samping itu, pasti doktor yang merawatnya akan menasihatkan dia supaya rajin memberus gigi selepas makan dan mengelakkan makanan seperti gula-gula, makanan ringan dan minuman manis. Bawalah si manja anda membuat pemeriksaan doktor gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali.
    Dah bawa dia berjumpa dengan doktor gigi masa checkup dia bulan lepas..So,doktor ada terangkan cara penjagaan gigi anak.
    One reminder = doktor ada bagitahu aku supaya jangan beri ubat gigi berlebihan,memadai bagi sedikit sahaja.Menurut doktor,kalau dia makan ubat gigi berperisa berlebihan,ia juga mampu merosakkan gigi tau..so aku oles sedikit je…Kalau banyak kemahin menyedut minah tu.
    5) Ciptakan lagu istimewa 
    Ciptakan lagu berirama ceria yang berkisar tentang pergerakan langkah demi langkah memberus gigi supaya si manja anda boleh mengingatinya mudah. Sebagai contoh, liriknya boleh berbunyi begini-“ Gosok luar bulat-bulat, gosok dalam bulat-bulat, gosok depan bulat-bulat, gosok belakang bulat-bulat. Gosok atas, gosok bawah, nanti gigi jadi lawa”. Hal ini akan menjadikan aktiviti memberus gigi lebih menyeronokkan.
    Yesss…lagu ni selalu dia tengok..Lagu dari cerita upin ipin…bila tengok lagu ni,dia nak sekali berus gigi…hawehhhh..
  • kisahsidairy.com,  nur awfiyah,  parenting blogger,  parentingmoments

    Bawa Mereka Bersiar-siar

    Assalamualaikum
    Takdelah kisah menarik sangat hujung minggu lepas..Dah janji dengan si kakak fiyah nak balik.Dah 2 minggu dia tungu umi balik.Tapi apa kan daya,umi tak boleh balik minggu lepas..So umi balik minggu ni..Nenek dah call,kakak dok sebut nama umi je.Alahai anak.Hati mak mana yang boleh tahan kan bila dengar anak macam tu.
    Tak perlulah aku bercerita lagi kenapa aku tinggalkan dia kat kampung,sedangkan adik ada bersama aku..Mungkin orang yang rapat sahaja dengan aku yang tau cerita sebenarnya..So,aku harap korang enjoy je baca cerita aku ni..bhahaha..
    Jumaat petang lagi aku dah balik ke kota tinggi.Balik je keje,terus siap-siap untuk balik kampung.Yess..Tak dinafikan nampak kereta aku masuk laman,dia dah jerit.Ni kan pulak aku keluar pintu..dia terjah,peluk kuat-kuat..Masa tu rasa nak menitis air mata,ku tahan jebat…hahaha
    Dah janji dengan dia nak bawa jalan-jalan..Sabtu tu aku keluar bawa pi shopping barang-barang pampers ngan susu yang dah kehabisan stock.Petangnya pula,lepas hantar makcik dia ke asrama,ingatkan nak bawa ke Tasik Bandar Penawar main kereta control..Tapi sayangnya takde pulak kereta control tu..Just lepaskan dia main kat Tasik tu..
    Adik dengan kakak.
    Kakak memang sayang kat adik dia..Kalau dalam talipon pun,dia akan tanya adik dia dulu..Bila berjumpa pun dia akan peluk adik dia..Tapi bila bab bermain tu,kadang-kadang dia suka dengki ngan adik..

    Kalau ajak selfie,dia lah paling suka,Ajar adik dia cara nak selfie lah,pegang tanganlah walau adik tak berapa nak suka kalau kakak pegang tangan dia..

    Muka bad mood sebab umi tak kasi main dekat playground..Bukan apa,petang-petang macam ni,lepas hujan pulak tu,Risau nyamuk banyak..Lagipun sekarang kan musim denggi,..Tu yang tak benarkan dia ke sana..
    Ahad tu umi ngan babah nak balik dah.Masa pagi tu tanya dia,ok ke kalau umi tinggal,kakak kan nak sekolah..Dia jawab ok je..Tapi petang tu berubah bila umi dah siap-siap pakai tudung.Mengamuk sakan nak ikut umi balik…Be strong sayang..Umi bukan sengaja tinggalkan kakak..Tapi umi terpaksa sayang..Nanti umi balik lagi…(amik tisu lap airmata)Tak menahan tengok anak nangis…
  • kisahsidairy.com,  parenting blogger,  parentingmoments

    Dia Dah mula untuk Belajar

    Assalamualaikum
    Hai korang..Wah…busy bebenor puan blog ni kan..Sampai nak buat post untuk family pun takde masa dah..hahaha…bukan apa,Produk review senantiasa ada..Alhamdulillah..syukur..Tengah siapkan draft yang berderet ni..Takut tak sempat nak siapkan by due date produk.So,kerah idea sebanyak mungkin untuk buat review ni..yelah..kang klien tak percayakan kita pulak sebab hentam keromo je..
    Ingat nak buat produk review tu senang ke..Nak kena buat research..nak kena baca..nak kena alami jugak benda-benda tu semua supaya hadam masuk semua kat post..hahaha…kan..kan..
    Dahlah..habis cerita produk review tu..kang korang bosan..Meh cerita pasal si jantung hati sorang ni.Sejak-sejak nak membesar ni,ada je karenah dia…Layankan jugaklah karenah dia..Yelah kan..budak nak membesar ni,banyak nak kena bagi tumpuan..Jangan sampai dia cepat bosan.Kenalah terapkan nilai-nilai murni juga dalam diri diorang..Kena jugaklah tunjukkan akhlak dan perilaku yang baik-baik kerana masa inilah,dia akan mengikut segala benda yang berlaku disekelilingnya..Macam kakak fiyah tu,ada je perkataan baru yang dia pelajari samada tak elok atau pun yang elok..
    Kalau aku marah adik dia pun,dia akan cakap,tak baik marah-marah tau umi..ataupun dia akan marah aku balik sebab marah adik dia..Bila tengok macam tu,sejuk hati umi ni..Maknanya dia protect adik dia dengan baik..Tapi kadang-kadang bila dah lama sangat bermain,ada jugak dia dengki ngan adik dia..Mulalah salah seorang nanti menangis..Kalau boleh nak pupukkan diri mereka kasih-sayang dari kecil,..Supaya mereka akan akrab dan baik sehinggalah diorang besar..Korang yang mengikuti kisah aku ni,pasti tahu kan apa hubungan antara mereka berdua ni..Untuk memberikan mereka apa yang baik untuk mengajar mereka tentang akhlak ni,aku ada baca satu artikel tentang Perkara mesti diajar anak supaya mereka membesar bijak dan berakhlak..yelah..sebagai ibu bapa nakkan yang terbaik untuk anak mereka kan..Sebab tulah ibu bapa perlu ilmu dan adaptasikan ilmu yang dapat tu untuk membentuk anak-anak..Kalau kita tak bentuk mereka dari kecil,maka bila dah dewasa..macam mana pulak kekdahnya kan..Jomlah ikut 10 perkara mesti ajar anak supaya mereka membesar bijak dan berakhlak..Aku kongsikan di blog ni dari info sini
    1. Cakap lemah lembut dengan anak

    Sejak anak lahir ke dunia, biasakan bercakap dengan anak dalam nada yang lemah lembut. Ucapkan perkataan yang baik-baik kerana bayi dan kanak-kanak cepat menyerap apa yang didengarinya dan mudah terikut. Jadi, jika ibu bapa hendak menegur atau memarahi anak, gunalah bahasa yang paling sopan dan bukan yang kesat, kasar dan keras.

    ** Mungkin kadang-kadang bila bab berlembut dengan anak ni,ada jugak kita bercakap macam meninggi suara,tetapi rasa cepat tersedar supaya anak lebih hormat kat kita dan tak salahkan bila kita dah buat salah,kita minta maaf kat dia

    2. Biasakan dengar zikir dan selawat

    Apabila anak anda sudah mula pandai bercakap, lagi banyak perkataan yang akan diserap masuk ke dalam kotak memorinya. Maka biasakan si kecil mendengar selawat, zikir dan lain-lain amalan yang memuji Allah. Kalau lihat sesuatu yang cantik, ajar anak ucap SubhanaAllah. Selepas makan, ajarkan anak ucap Alhamdulillah dan sebagainya lagi.

    ***Setiap malam,apabila nak tidurkan dia,saya akan ucap ya hayyu,ya qayyum,ya latif dan ya rahman dengan melodi saya sendiri.

    3. Ajar anak bercakap benar

    Apabila anak membuat kesilapan, ajarnya untuk bercakap benar. Jangan takut untuk mengaku kesalahan. Jangan biasakan anak berbohong semata-mata kerana takut kena marah. Mereka perlu sentiasa diingatkan supaya berani mengaku kesalahan.

    Bercakap benar itu penting untuk menjadi anak yang berakhlak. Beritahu anak supaya mencontohi sifat mulia Rasulullah saw yang sentiasa bercakap benar.

    4. Biasakan baca Bismillah

    Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan, biasakan mengucap Bismillahirrahmaanirrahim. Kalau sejak bayi dia sudah terbiasa mendengar ibu dan ayah mengucapkan kalimah tersebut, maka tak hairanlah bila tiba masanya, anak juga akan mengamalkannya.

    ** Apa yang diberikan kepadanya,biasakan dengan bismillah…memang betul,dia akan ikut apa yang kita buat

    5. Pergaulan dengan kawan sebaya

    Kebanyakan anak-anak berusia 2 hingga 6 tahun akan tinggal bersama kawan-kawan di taska, rumah pengasuh dan ke tadika. Ajar anak anda adab bergaul dengan kawan-kawan. Walaupun masih kecil, sentiasa ingatkan mereka supaya berkawan dengan baik, tidak berbangga diri, jangan menyakiti kawan dan mengambil hak orang lain.

    6. Mengajar anak adab makan & minum

    Percaya tak yang anak sekecil usia setahun sudah boleh mengangkat tangan dan membaca Bismillah (walaupun dia belum tahu membacanya dengan betul) dan duduk setiap kali hendak makan atau minum? Ia bukan perkara mustahil sekiranya anda biasa mengajarnya sejak bayi lagi.

    7. Ajar anak jaga kebersihan

    Menjaga kebersihan diri dan persekitaran juga amalan penting yang mesti diajar kepada anak-anak sejak kecil. Anda boleh melatih mereka untuk membuang sampah kecil di dalam tong sampah di rumah, mengutip sisa makanan yang berterabur selepas makan, mengelap air yang tertumpah, memberus gigi sebelum dan selepas tidur, memasukkan pakaian kotor ke dalam bakul pakaian dan sebagainya lagi bersesuaian dengan peringkat usia anak,. Jika dibiasakan mereka tidak akan kekok menjaga kebersihan.

    8. Ajar anak adab berpakaian

    Semakin membesar, anak-anak mesti akan makin bijak termasuk dalam bab memilih pakaian yang hendak dipakai. Masa ini gunalah peluang yang ada untuk mengajar mereka memilih pakaian yang menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

    9. Ajar anak adab masuk dan keluar tandas

    Setiap kali anda hendak menukar lampin atau memandikan anak, biasakan membaca doa sebelum masuk dan keluar dari tandas serta melangkah kaki kiri ketika masuk dan kanan ketika keluar dari tandas. Amalan mudah seperti ini akan dicontohi oleh si kecil.

    10. Ajar anak adab sebelum tidur

    Sebelum tidur, ajar anak adab yang sepatutnya diamalkan oleh mereka seperti membersihkan diri, mengambil wuduk (jika anak sudah besar), membaca doa, menghadap kiblat kemudian barulah diikuti dengan ‘bedtime stories’ untuk mereka..
    As a parents,banyak lagi yang perlu saya pelajari demi memberikan ilmu yang terbaik untuk anak-anak saya.Tidak mudah mengalah untuk memberikan yang terbaik untuknya kerana satu saat nanti..dia pun akan berikan yang terbaik untuk diri kita kan..
  • kisahsidairy.com,  parenting blogger,  parentingmoments

    Bila si Naura Dah Banyak Gigi

    Assalamualaikum
    Lepas kakak,si adik pulak nak kena di ajar berus gigi..Yelah..Bila gigi dah banyak ni,kenalah ajar dia gosok gigi kan..Kang kalau dibiarkan cepat pulak rosak gigi dia tu.
    Setakat ni Naura dah ada 8 batang gigi,enam diatas dua dibawah.Kalau dulu aku gosok pakai kain atau kapas je,sekarang ni bila mandi aku biasakan pulak dia pegang berus gigi tanpa ubat gigi..Ubat gigi nanti-nantilah dulu aku ajarkan.Cuma….PAYAHHH sangat nak suruh dia bukak mulut..Bila aku nak gosok gigi dia tu,mulalah adegan tutup mulut rapat-rapat..Bila disuruh gosok,ditonyohnya dalam mulut..Risau pulakkan tercekik..Parah mak dia nanti.
    Image result for gosok gigi anak
    source :google
    Memanglah kebiasaan budak macam tu kan..Dalam proses nak belajar..Macam-macam peel diorang ni..Semua tu menguji tahap kesabaran mak dia ni..hahah..Boleh dia main bukak katup mulut..nak acah-acahkan kita..Kadang-kadang kita tak tau macam mana cara yang sebenarnya untuk mengajar anak kita supaya menggosok gigi dia kan..Nak ajar mereka ni kena dari awal,semakin besar semakin susah pulak nak diajar..Dari pembacaan aku di artikel ini,beberapa cara untuk mengajar anak kita memberus gigi..
    1) Ajar anak cara yang betul 
    Mulakan dengan memberus gigi mereka untuk mereka.Pakar pergigian ibu bapa bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan lulut kanak-kanak adalah bersih sehingga dia berusia enam tahun.Pun begitu,kita juga boleh mengajarnya untuk memberus gigi sendiri pada usia tiga hingga empat tahun supaya dia boleh berdikari.Sebelum itu,anda mestilah memberus gigi si kecil sebagai pelajaran pertamanya tentang kebersihan pergigian dan secara tidak langsung akan menjadi rutin hariannya selepas makan.
    2) Berikan kebebasan memilih 
    Kanak-kanak pada usia ini suka membuat sendiri dan berlagak seperti orang dewasa. Oleh itu, berikan kebebasan kepada si manja untuk memilih sendiri berus dan ubat gigi. Selain itu, biarkan dia meletakkan sendiri berus gigi pada berus. Selain itu, sebagai galakan kepadanya, anda boleh meletakkan tempat cawan, letak berus gigi dan ubat gigi lebih rendah sesuai dengan ketinggiannya agar mudah dicapai dan menggalakkan dia berdikari memberus gigi sendiri.
    3) Beruslah bersama-sama 
    Jadikan rutin memberus gigi sebagai aktiviti bersama. Sebagai contoh, memberus gigi sebelum tidur. Anda boleh mengajak anak anda untuk berus gigi bersama-sama yang secara tidak langsung membuatkan dirinya ‘penting’ dan dinanti-nantikan anda setiap kali sesi memberus gigi.
    4) Bawanya berjumpa doktor gigi 
    Selalunya anak-anak lebih mudah mendengar nasihat orang asing daripada mendengar nasihat ibu bapa sendiri. Oleh itu, bawalah anak anda untuk mendapatkan pemeriksaan doktor gigi. Kebiasaannya selepas pemeriksaan, doktor akan menerangkan pada si cilik anda tentang status giginya. Di samping itu, pasti doktor yang merawatnya akan menasihatkan dia supaya rajin memberus gigi selepas makan dan mengelakkan makanan seperti gula-gula, makanan ringan dan minuman manis. Bawalah si manja anda membuat pemeriksaan doktor gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali.
    5) Ciptakan lagu istimewa 
    Ciptakan lagu berirama ceria yang berkisar tentang pergerakan langkah demi langkah memberus gigi supaya si manja anda boleh mengingatinya mudah. Sebagai contoh, liriknya boleh berbunyi begini-“ Gosok luar bulat-bulat, gosok dalam bulat-bulat, gosok depan bulat-bulat, gosok belakang bulat-bulat. Gosok atas, gosok bawah, nanti gigi jadi lawa”. Hal ini akan menjadikan aktiviti memberus gigi lebih menyeronokkan.
    Stadnby beli berus gigi untuk dia satu..Biasakan dia dengan berus gigi..aku selalu jugak bukak video upin-ipin yang gosok gigi tu..biar dia tengok…minat dia..
  • memories,  my family,  parenting blogger,  parentingmoments,  riadah

    Ambil angin Petang di Teluk Sengat Kota Tinggi

    Assalamualaikum
    Apa lagi yang membuatkan hati ni gembira bila dapat berkumpul dengan adik beradik..Apa tah lagi dapat berjalan bersama-sama..Menikmati keindahan petang di tepi laut
    Sebenarnya memang dah lama tak menjengah di Teluk sengat ni..Teluk sengat ni antara tempat famous jugaklah di Kota Tinggi.Kalau korang tengok kampung Teluk Sengat ni biasa-biasa je..Tapi tidak kepada mereka yang minat memancing..Kerana dulu,setiap bulan mesti ada pertandingan memancing disini.Selain dari itu,ada jugak lah yang memancing.Yang bestnya di tepian Teluk Sengat tu,ada restaurant yang menyediakan makanan seafood dan bermacam lagi..So,sangat best bila korang and family spend time together kat sana..Sambil makan,sambil berbual,sambil menikmati pemandangan yang indah..
    Kalau korang ke Kota Tinggi,jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan dan kelazatan makanan seafood kat sini ye.Di Teluk Sengat ni pun,ada Taman Buaya tau,So sesambil tu boleh la korang ambil masa untuk ke sana.Aku syorkan korang pergi ke Teluk Sengat ni di waktu petang..Sangat Cantik Pemandangannya..Untuk Photoshoot pun aku rasa cantik tau.
    Lupa pulak nak ambil gambar di handphone husband aku tu..Kalau dah bawa anak-anak tu,memang tak sah lah kan kalau tak menyinggah di Playground berdekatan tempat makan tu..Jangan risau ye..Korang boleh lepaskan anak-anak kat situ untuk bermain..Tapi makesure korang pantaulah diorang..Ini kali pertama lah aku bawa naura ke sini.Dah setahun jugaklah aku tak bawa ke sini..nampak tak berapa lama aku tak datang sini.Kalau dari kampung aku tu,Tak sampai 15 minit pun.Sebab tu boleh datang selalu..
    teluk sengat
    Sempat bawa minah ni main jongkang jongkit..
    Bila dah naik,tak nak dia turun..Mungkin syok sangat kot.Masa ni kakak tak ikut..sedih..
  • motherhood,  nur naura,  parenting blogger,  parentingmoments

    Masalah gegata naura dah hilang

    Assalamualaikum

    Hai korang..Alhamdulillah..masalah gegata pada badan naura dah kembali pulih.Aku pernah ceritakan kisah Naura kena gegata di entry INI

    Masa kena tu,aku pi melaka..Duduk kat satu rumah tumpangan di sana..Tak sangka benda ni boleh jadi..Masa tu aku just sapu bedak je..kejap je hilang..Esok timbul balik..Sampailah aku balik ke Johor,gegata tu still ada lagi..Aku ada bawak dia ke Klinik..Klinik just bagi dia ubat sapu je..

    Ini baru gambar kat tangan..Kat badan jangan ceritalah banyaknya..Besar-besar pulak tu..

    Tapi dua hari still tak baik-baik lagi..Dah runsing jugak kan bila tengok anak dok menggaru-garu tak tentu pasal.Kesian kat dia.Aku cuba petua-petua yang aku google..Antara petua untuk hilangkan gegata adalah :-

    1-Air garam
    Mandikan anak dengan air garam.Ambil garam dan masukkan dalam baldi,masukkan air suam sedikit Kacau rata dan mandikan.

    Masa balik Johor,selain bagi air Anugerah tu,aku sapukan air garam yang dicampurkan dengan air suam.Tapi nampaknya macam tak berhasil

    2-Bawang merah
    Potong bawang merah kecil-kecil  secukupnya dan sapu kat tempat gegata tu timbul

    Ini aku tak buat sebab takut dia pedih pulak kan..

    3-Air sireh
    Rendam atau rebus air sireh dan sapukan pada kulit.

    Kemudian aku cuba mandikan dia dengan air sireh yang aku dah rebus tu..Tapi aku sempat mandikan dia dua kali je.

    4-Kapur sireh
    Ada juga petua kapur sireh diletakkan ke tempat yang gatal tu.

    yang ni pun aku dah cuba,tapi aku nak hasil yang segera.sebab kesian sangat sebab gegata tu dah sampai ke muka..

    5-Doktor
    Last sekali kalau masalah berlarutan korang bawa anak berjumpa dengan doktor.

    Untuk berjumpa dengan doktor, masuk ni dah dua kali aku jumpa dengan doktor..Tapi tetap macam tu.walaupun ada pasang surutnya

    Aku sampai dah buntu nak buat ape lagi.Sampailah ada kawan cakap pakai bedak cap ular..So petang tu jugak aku whatssap laki aku suruh beli bedak tu kat kedai sengseh.Sampai kat kedai tu,laki aku tnye kat uncle tu,dia tunjuk gambar yang aku dah whatsap kat dia,tapi uncle tu tanya balik kenapa dengan anak aku ni..So,laki aku siap cerita the whole story macam mana anak aku kena ni..Uncle tu cakap ooohhh…anak kena gegata ke..(laki aku cite ni)oo..uncle pun tau pasal gegata ke

    So dia suggestkan dua ubat ni.Satu untuk mandi dan satu lagi untuk sapu

    ubat gegata
    Nilah dua ubat yang aku gunakan untuk Naura.Harga untuk dua ubat ni RM20.90
    Balik je dari kedai uncle tu,terus laki aku suruh mandikan anak dengan sabun yang warna hijau tu.Lepas tu aku sapukan krim pulak.Krim tu berangin sikit,so make sure korang jangan sapu dekat popoo dia tau..mau menggelatat anak korang nanti.
    So far,alhamdulillah,pagi tu memang dah tak wujud lagi gegata tu..Bekas gegata yang kemerahan pun hilang..Pagi tu pun aku mandikan dia lagi..Sekejap je ko hilang semua gegata tu..Mungkin jodoh naura dengan uncle ubat  tu..
    Dah takde lagi drama gosok-gosok,garu-garu badan dan muka..Kalau tak,habis berkudis satu badan.Bukan apa,tempat gegata tu dia akan garu sampai dia puas hati..Kalau dia tak puas hati,dia hulur je badan atau kaki dia yang gatal tu kat aku..Suruh aku garu.Biasalah,mak-mak takkan garu kuat bila anak dia gatal kan..So ,tang tu dia tak puas hati.dia akan garu lagi.
    Lepas ni,kalau terkena lagi perkara macam tu,aku akan dapatkan ubat ni jugak.Mungkin serasi bersama dengan naura kan..Barulah ceria,nak main pun ok je..Kalau tak,asyik nak merengek je.Kesian dia..
  • kisahsidairy.com,  nur naura,  parenting blogger,  parentingmoments

    Anak Ciri Birit pun dah risau

    Assalamualaikum
    Anak cirit birit? ibubapa mana tak risau kan..Kalau dia asyik PooPoo sampai keluar air maunya tak risau kan.Walaupun dia aktif macam biasa,bermain,tapi ada jugaklah dia merengek.Kekadang bila dah terlampau rengekan dia,kita pulak jadi pening kepala.
    Dah dua hari Naura cirit birit.Mula-mula tu aku tengok dia memang ceri beri..Tapi dia still aktif lagi.Lepas tu aku tengok dekat cet dia timbul ruam.Melecet..Sebab tulah dia dok menangis bagai rak.
    So,pagi tadi bawa dia kejap ke klinik untuk dapatkan rawatan..Doktor kata,kalau dia still aktif ,susu dan makan ambil seperti biasa,tak perlu risau sebab ceri beri tu akan hilang dengan sendirinya.Cuma tulah,yang melecet tu jelah yang tak tahannya..kalau kita kena pun mau tak menjerit jugak kan..
    As usual,bila terjadi sesuatu macam ni,aku akan cari info berkenaan dengannya..Bukan apa,mana tau boleh membantu kan.

    Apa punca cirit birit ni?Kekadang kita pun tak tau dari mana datang sakitnya tu.Cirit birit ni sebenarnya berpunca dari virus yang bergelar Rotavirus.Rotavirus menyebabkan gastroenteritis iaitu satu jangkitan usus.Jangkitan ini boleh menjejaskan lapisan dalaman usus,Lapisan yang terjejas tu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu di usus terus tanpa menyerap sebarang nutrien.

    Cirit birit juga boleh berlaku disebabkan faktor seperti:

    • Alergi terhadap sesetengah makanan.
    • Penyediaan susu formula yang tidak mengikut piawaian.
    • Selsema
    • Keracunan makanan
    • Kekurangan enzim tertentu.

    Simptom  Cirit Birit?
    Jika bayi mengalami cirit-birit,pantau keadaannya dalam masa 24 jam.Jika serangan cirit birit tidak serius,ia biasanya akan berhenti dalam masa beberapa jam,tetapi ia patut membimbangkan sekiranya cirit birit si kecil berlaku berterusan selama lebih daripada dua hari,segerlah bawa anak berjumpa doktor kerana bimbang si kecil akan mengalami penyahhidratan.

    Apa yang terjadi pada anak aku,dia cirit birit selama dua hari,walaupun begitu dia tetap aktif ,minum dan susu seperti biasa.Cuma mungkin dia tak selesa bila dia nak poopoo lah..Kadang-kadang air je keluar dari bontot dia tu.Yang aku kesian sampai melecet lah.

    Antara tanda-tanda anak kita mengalami penyahhidratan adalah

    • Kulit atau bibir dan kering
    • Letih dan lesu
    • Ubun-ubun mengecut(bayi bawah setahun)
    • menangis tanpa air mata
    • kaki dan tangan pucat
    • air kencing berwarna kuning pekat
    • Kurang kencing berbanding biasa

    Apa yang perlu kita lakukan apabila anak cirit birit?

    1-Pastikan Banyak minum air
    Jika bayi anda berusia bawah enam bulan,teruskan memberinya susu ibu.Susu ibu boleh mencegah pembiakan mikro-organisme yang menyebabkan cirit-birit.
    Sekiranya bayi berusia enam bulan ke atas dan sudah makan makanan pejal,pastikan bayi anda minum banyak cecair untuk mengurangkan simptom dan mengelakkan daripada ternayhidrat.

    2-Beri air garam rehidrasi
    Biasanya doktor akan membekalkan air garam rehidrasi(oral rehydration salt solution atau ORS) kepad bayi berusia enam bulan ke atas.Anda boleh bagi anak minum beberapa kali dalam sejam mengikut nasihat doktor.
    ORS membantu mengembalikan cecair dan garam yang hilang daripada badan akibat cirit-birit.Di samping itu terus kerap menyusukan bayi seperti biasa.


    3-Jangan minum jus buah
    Jus buah,air glukos atau minuman berkarbonat(gula yang tidak terserap akan menarik air ke dalam usus kecl dan menyebabkan cirit-birit semakin terus)

    4-Jangan beri ubat cirit-birit
    Walaupun bayi anda mengalami cirit-birit tetapi jangan sekali-kali memberinya ubat cirit-birit kerana ia ditakuti boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius sekiranya diberi kepada kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

    5.Jangan hantar ke taska/pengasuh
    Bagi mengelakkan sebarang jangkitan kepada kanak-kanak lain,jangna letak anak di taska atau pengasuh sehingga sekurang-kurangnya 48 jam selepas berakhirnya simptom cirit-birit yang dialaminya.

    6-Jangan Berenang
    Jika anak anda biasa berenang,seeloknya rehatkan dia dulu daripada aktiviti berenang untuk tempoh dua minggu seterusnya sehingga dia benar-benar sembuh.

    Dah pun bawa naura ke klinik dan doktor bagi air garam dan ubat sapu untuk kulit yang melecet tu.So far,hari ni hari kedua dia minum air garam tu,walau banyak kali dia menolak air tu,paksa jugaklah walau minum sedikit-sedikit.

    Info dari http://www.cahayamentarimarketing.com

  • kisahsidairy.com,  nur naura,  parenting blogger,  parentingmoments

    Nur Naura Auni pandai dah bercakap

    Assalamualaikum
    Seronok sebenarnya bila melihat perkembangan anak-anak ni..Nak² part dia dah mula nak bercakap.Masa ni memang dia hadam betul apa yang disampaikan kepada dia.
    Nur naura Auni,dah mula nak bercakap..Biasanya dia hanya sebut mama dan babah je..Tapi sekarang bertambah lagi perkataan yang keluar dari mulut dia..Syok pulak umi dia mendengarnya.Sekarang ni umi cuba sebut satu persatu supaya dia ikut walau perkataan yang keluar dari mulutnya tak berapa nak clear.

    Sekarang ni dah pandai sebut tutu ( susu) mamam (makan).Dah pandai jugak marah orang..Suka tunjuk tangan,lepas tu sebut.. no..no..no…Ada jugaklah beberapa perkataan yang kiranya hujung² je dengar..Tapi itu adalah satu perubahan yang perlu aku amik kira sebabnya,tak boleh lah kan nak ajar perkataan atau mengeluarkan kata-kata yang bukan² dari mulut kami ni.Bukan apa,orang kata otak anak ni macam span..Dia akan serap dan hadamkan segala apa yang didengarnya.

    Lagi satu aku jarang praktikkan sebutan bayi..Lebih kepada sebutan yang jelas supaya dia tidak terikut-ikut dengan  sebutan bayi tu.Dalam pada melihat tumbesarannya tu,risau jugak kan,sama macam kakaknya dulu lah,kena dan perlu berhati-hati dalam mengeluarkan segenap perkataan dari mulut kita ni.Tapi kekadang tu terkeluar lah jugak..cuma harap² dia taklah mengikuti perkara-perkara yang buruk.Sebolehnya lah nak suruh dia bijak pandai..Jadi orang yang berguna di masa hadapan…Terbaca di majalah pama,tips  mudah bagaimana anak tidak pelat bercakap.So,hadamkan betul-betul supaya kita boleh berikan yang terbaik untuk anak kita kan.

    1. Beri Fokus Kepada anak.
    Apabila si kecil menunjukkan minat untuk bercakap dalam bahasa bayinya,jangan buat tidak peduli.Pandang ke matanya dan layan percakapannya biarpun anda tidak gfaham apa yang bayi cuba sampaikan.Tetapi ingat jangna anda membalas dalam bahasa bayinya.Sebaliknya anda perlu membalas dalam bahasa yang betul.Sekurang-kurangnya anda telah membantunya bercakap dengan betul dan merangsang perkembangan pertuturannya.

    2.Satu hari satu perkataan baru.
    Untuk menggalakkna anak cepat bercakap,anda boleh mengajarnya satu hari satu perkataan baru.Sebut berulang kali perkataan tersebut dalam sehari.Tunjuk objek sebut namanya.Anak anda dapat belajar dua perkara dalam satu masa yang sama iaitu mengenal objek dan mengenal perkataan.

    3.Gunakan persekitaran dengan baik.
    Setiap hari dedahkan anak dengan perkara baru.Maksimumkan persekitaran anda untuk menggalakkan anak bercakap.Anda sendiri perlu rajin bercerita dengan anak tentang persekitaran sama ada di dalam rumah atau di luar rumah.


    4.Guna sokongan visual semasa bercakap.
    Bagi menggalakkan anak untuk bercakap dan mempunyai banyak kosa kata,tunjukkan pelbagai visual kepadanya dan kerap berbual serta bercerita dengannya.Sebagai contoh,jika sedang mengajar anak perkataan dengan tema makanan,perkataan yang boleh digunakan adalah seperti nasi,ayam,sayur dan sebagainya.Beri tahu pada anak anda yang anda ingin mendengar dia menyebut perkataan yang betul pada waktu makan.Minta anak anda menyebutnya dan berilah pujian setiap kali dia menyebutnya dengan betul.

    Hah..begitulah tips yang ada dikongsikan di majalah pama tu di sini.Sebenarnya aku juga memberikannya gadget selain dari buku yang memang aku belikan untuknya.Yang paling penting.pemberian gadget haruslah disertai oleh aku dan juga babahnya..Tak nak anak terlalu leka dengan gadget.Begitu juga dengan buku,sambil dia tengok buku tu,sambil kita bagi tahu benda yang terdapat dalam buku tu.Selalunya aku akan pilih untuk membeli buku bergambar.Sambil tunjuk padanya,sambil menyebut apa yang aku tunjuk untuk dia.harap dia boleh terima dan harapnya sehingga besarlah dia kan terus belajar dan belajar.

    kalau si kakak pulak,bila dah pandai bercakap ni,hanya kena bersabar dengan soalan-soalan yang pada kita tak masuk akal.Tapi bagi kanak-kanak seperti awfiyah ni,itu adalah satu pengetahuan baru untuk dia.Aku elakkan dari tidak menjawab apa juga soalan yang ingin diajukan pada aku..Cuma kena bersabar  jelah sebab soalan-soalan tu akan kerap di ulang.Contohnya pada buku dan juga iklan TV..Kekadang mak ko ni tahan sabar jelah nak oii…hehehe