• officemate

    Menghadiri pernikahan Surya dan Naine

    Assalamualaikum

    Hai korang??Selamat petang..baru sempat bak update hari ni.

    Pagi tadi ke pernikahan rakan exofficemate yang bernikah hari ni.Yang pergi cuma umi dan naura je,bersama seorang lagi exofficemate umi iaitu cik jaja.Actually kami menghadiri majlis pernikahan surya disebabkan majlis sanding nanti mereka akan adakan di kuala lumpur

    So,sehubungan dengan itu..ececeh..ayat bahasa sangat,maka kami pergi acara pernikahan sahaja.Maklumlah jauh,so kita pergi je mana yang dekat.Oklah kan,lagipun dia jemput tak ramai,so kami and keluarga,serta sanak saudara dia je.

    Pernikahan mereka diadakan di Masjid Bandar dato Onn.Masa pergi pun dia dah selamat nikah.Ikutkan pukul 11.30 pagi nikah,tapi surya tetiba call bagitahu kadi nak nikahkan mereka pukul 11.00.Jadi huru haralah cik jaja dengan umi nak cepat ke sana.Tapi takpelah kan,yang penting mereka dah selamat.Alah..kita tetamu je..tak apelah lambat sikit.

    Simple je kan pengantin…Yelah,nikah je pun,bukan sanding.Sanding nanti mestilah meriah.

    Moga surya dan naine akan menjadi pasangan yang berbahagia hingga ke jannah.Selamat pengantin baru..Walaupun terpaksa long distance,takpelah..dua tahun je lagi kan..Actually surya sambung belajar di kl manakala suami dia pula bekerja di pasir gudang.

    Maka nanti,kami duduk dekat jelah..Boleh la dating lagi..tapi kali ni bawak husband..hehehe

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • officemate

    Kehilangan dua Officemate sekelip mata

    Assalamualaikum
    Hai korang??..sebenarnya beberapa bulan kebelakangan ni,company aku ada kemerosotan dari kewangan.Projek banyak tergendala,ini semua kerana ekonomi yang semakin teruk sehingga cuatomers yidak mampu untuk meneruskan kontrak bersama company kami.
    Sebagai pekerja kami terpaksa redha kerana 14 orang pekerja terpaksa dibuang kerja 24jam.Sehari sebelum tu,memang masih belum tahu siapakah gerangan yang bakal dibuang.Of course yang dibuang akan mendapat pampasannya.
    Masing-masing berdebar sehinggalah semalam,ada diantara kami yang dipanggil.Dan dua sahabat yang selalu bersama aku telah dibuang.Sedih kerana lepas ni,aku keseorangan.
    Inilah dia sida and dayah.
    So,lepas ni takdelah geng makan,Mungkin terpaksa bawak bekal kot..huwaaaa..
    Sempat semalam belikan souviner untuk mereka.Moga mereka diberikan rezeki pekerjaan yang lain selepas ini.All the best to both of you guys..
  • family day,  Hotel Review,  kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  officemate

    Family Day Di Tanjung Sepang Beach Resort

    Assalamualaikum
    Lambat beno ler aku nak cerita pasal Family Day ni kan.Sebenarnya planning nak buat family day dengan rakan-rakan office ni dah lama.Disebabkan perlu peruntukkan yang besar jugak,collect duit  tiap-tiap bulan untuk penginapan dan makanan.
    Dari bulan 3 lagi dah kami planning untuk ke sana.Tak semua lah officemate yang ikut.Ada dalam 35 orang je yang ikut sebab ramai yang cancel last minute.
    So masa 28hb Mei tu selepas balik kerja tengahari,kitorang dah bersiap untuk ke Tanjung Sepang.Hari sabtu tu kerja.so balik kerja lah kan. Sebagai urusetia makanan,aku dah balik awal.so tak join lah dengan diorang untuk kumpul sama-sama di sana.
    Dari rumah,ke kampung ambil masa dalam 1 jam perjalanan..Sampai rumah mak,siap berehat dulu,tidurkan anak dulu..Petang sikit baru masak-masak.Bergerak ke tanjung sepang dalam pukul 6 jugak.Tunggu officemate lagi sorang datang ambil makanan.Nak masukkan dalam satu kereta tu memang tak muat ler.Malam tu kitorang ada buat barbeque.Tu jelah..tak buat ape-ape pun..makan,borak-borak.Tiada aktiviti lain memandangkan tak cukup kuota.
    Tanjung Sepang Beach Resort
    Welcome to Tanjung Sepang Beach Resort
    Kami menyewa satu malam je kat situ.Aku pilih bilik deluxe memandangkan budget ciput..bahaha..ala..takat anak-anak ,aku bawakkan toto je.Sebab tau diorang tu bukan boleh tidur katil.
    Tanjung Sepang Beach Resort
    Sebahagian officemate yang memeriahkan suasana..Cuma malam tu kami tumpang berhibur dengan sebelah pasukan yang buat reunion..ada jugaklah lagu-lagu yang menghiburkan kami malam tu.
    Happening juga malam tu walau kami takde aktiviti..Aktiviti kami malam tu lebih kepada makan dan borak-borak.
    Pepagi tu ada antara kami yang dok mandi swimming pool.Berjalan-jalan di tepi pantai.Aku balik awal pagi tu sebab ada perancangan lain pulak selepas itu.
    Sayangya tak join mandi kolam dengan mereka-mereka ni.apa taknya dah sibuk dengan mengemas barang-barang tu semua.Mybe lepas ni kalau buat family day,nak upah orang je buat..kita tinggal makan je.so tak payah la nak kemas mangkuk² tu bagai kan…hehehe..Penat ooo…Sebab petang ahad tu terus balik Melaka kot..
    Jika ada yang nak buat family day kat sini memang recommended sangat-sangat..cuma perlu tempah awal-awal kan.
    Di Tanjung sepang Beach Resort ini disediakan 3 jenis bilik iaitu
    • Standard Room
    • Deluxe Room
    • Superior Room
    Peta Lokasi untuk ke sana korang boleh tengok disini
    Tanjung Sepang Beach Resort
    Bilik Korang boleh tengok kat sini http://www.tanjungsepang.com
    boleh jugak tengok website mereka di Tanjung Sepang Beach Resort

  • bebelan,  Bual Kosong,  chill,  kisahsidairy.com,  officemate,  sekeliling

    Entry Merapu Hari Jumaat

    Assalamualaikum
    Abaikan tajuk yang langsung takde SEO..hewhew…Tengah perah idea apa nak yang di bebelkan pepagi buta nie kan…Mata yang mengantuk,kerana kurangnya tidur…Rasa nak cari bantal je dah nie..Malam tadi Ke Senai,amik adik kat sana…Ada ke Blogger yang duduk dekat Kampung Sepakat Jaya Senai...Angkat kening sikit…Malam semalam,kul 8 lebih lepas dah habis cerita Rindu Awk 200% terus siap-siap keluar rumah…Nasib baik lalu highway,so takdelah menghadap Jammed kan..Balik rumah pun dah lambat dalam pukul 11 lebih..adeh..mata tak boleh tahan nie…
    Oklah..saja nak freshkan pepagi nie dengan muka kami-kami yang begitu ceria menghadap breakfast sesambil berselfie…Eh…Jarang guna perkataan Selfie nie..hehehe
    Potluck jugak kot..hehehe..tapi semua beli kat luar…entah pape kan
    Tapi sambil makan dalam masa 15 minit tu sempat jugaklah kami-kami nie Berselfie..
    Dalam company aku ada 5 orang je Melayu..3 orang di bahagian yang sama dan 2 orang lain dibahagian bangunan sebelah…
    Cert teka mana pemilik Blog nie…heheheh
    Ada ke yang tak kenal..hehe..ferasan fofular ler pulak aku nie..
    Dari kiri,aku,Tengah2 tu Ogy Dan yang Free Hair tu Sida
    kitorang nie memang lelain department..
    AKu dari QAQC Department,Ogy Purchasing dan Sida adalah Receptionist cum HR 
    Memang bila masa makan,kami akan duduk depan receptionist..Maklum la,kilang kitorang nie takde kantin..SO,pepandai ler nak makan mana.
    Eh…kalau korang ingat lagi Si Telinga Bulat tu,Dia department Engineering..Sekarang ni sibuk dengan berniaga sampai Blog terabai…eceh..acah-acah mak jenin betul sorang tu..Tapi sekarang dah berjaya dalam bisness dalam diam…Sampai aku pun terjebak jadi Dropship si TB nie..
    Eh…sida tu bukan single tau,tengah darah manis nie..Dijangka naik pelamin bulan 10 ni…Wah seronok kawen..hehehe..
    psstt…esok aku cuti…ada buat kenduri kat kampung..malam nie dah gerak balik…