• nur awfiyah,  parenting blogger

    Kakak In Action

    Assalamualaikum
    Hai korang☺☺..Lama kan tak dengar cerita pasal kakak Awfiyah..Kalau dulu umi rajin cerita pasal monthsary Kakak.Yelah..dulu kakak duduk dengan umi.Sekarang ni kakak dah duduk dengan nenek.Tapi sekali sekala tu,ada jugaklah dia melepak kat rumah umi.
    Dia,kalau umi balik ke kampung,memang tak lekang dengan umi.Semuanya umi.Sampaikan umi hilang sekejap pun dia dah sibuk mencari.Kesian kakak…emmm..dia tak faham..dia masih tak mengerti sebab dia masih anak kecil.Yang sentiasa dahagakan kasih sayang.Dialah tempat umi bertumpang kasih dulu.Kini dan selamanya hendaknya.sob..sob..
    Seminggu kakak dengan umi lepas balik raya hari tu.Sebolehnya dia nak ikut umi balik.Actually bukan taknak bawak dia balik,tapi dia tak boleh ditinggalkan dengan babysitter.Bila dia tak biasa dengan orang,mulalah nanti nak merengek je.Tapi rengek dia sekejap je.Masa pagi hantar dia ,lepas tu okdah..peramah bagai nak rak.
    Bila dah dengan adik,ada jelah aktiviti diorang ni.semua nak dikumbahnya.Last-last terjumpa barang yang umi review untuk dutch lady dulu..Hah…apa lagi..semua nak try.Lepas tu suruh umi ambil gambar dia.
    ada je si kakak..Cuma si adiklah payah sikit bila nak bergambar
    Si adik,kalau suruh bergambar,bukan main karenah dia…ada je..Tapi bila kakak buat,dia nak buat jugak.Sudahnya bergaduh dengan kakak berebutkan topi tu.
    Bila dua orang ni ada riuh rendah je suara.Bila kakak dah balik..sunyi..adik pun jadi boring je.
    Kakak ni bila berdepan dengan kamera,ada je yang dia buat.Pandai bila berposing depan kamera.Tapi bila angin baik lah..bila angin tak baik…jangan haraplah nak ajak dia berselfie pun.
    Hujung minggu ni baru jumpa kakak balik.emm..drama lagilah bila umi nak balik pulak..Kakak tak boleh dah nak lama-lama kat rumah umi sebab dia dah sekolah.Cuti sekolah je lah dapat cuti lama kat rumah umi dia.

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    sitirohaida81@gmail.com

  • kisahsidairy.com,  nur awfiyah,  parenting blogger,  parentingmoments

    Bawa Mereka Bersiar-siar

    Assalamualaikum
    Takdelah kisah menarik sangat hujung minggu lepas..Dah janji dengan si kakak fiyah nak balik.Dah 2 minggu dia tungu umi balik.Tapi apa kan daya,umi tak boleh balik minggu lepas..So umi balik minggu ni..Nenek dah call,kakak dok sebut nama umi je.Alahai anak.Hati mak mana yang boleh tahan kan bila dengar anak macam tu.
    Tak perlulah aku bercerita lagi kenapa aku tinggalkan dia kat kampung,sedangkan adik ada bersama aku..Mungkin orang yang rapat sahaja dengan aku yang tau cerita sebenarnya..So,aku harap korang enjoy je baca cerita aku ni..bhahaha..
    Jumaat petang lagi aku dah balik ke kota tinggi.Balik je keje,terus siap-siap untuk balik kampung.Yess..Tak dinafikan nampak kereta aku masuk laman,dia dah jerit.Ni kan pulak aku keluar pintu..dia terjah,peluk kuat-kuat..Masa tu rasa nak menitis air mata,ku tahan jebat…hahaha
    Dah janji dengan dia nak bawa jalan-jalan..Sabtu tu aku keluar bawa pi shopping barang-barang pampers ngan susu yang dah kehabisan stock.Petangnya pula,lepas hantar makcik dia ke asrama,ingatkan nak bawa ke Tasik Bandar Penawar main kereta control..Tapi sayangnya takde pulak kereta control tu..Just lepaskan dia main kat Tasik tu..
    Adik dengan kakak.
    Kakak memang sayang kat adik dia..Kalau dalam talipon pun,dia akan tanya adik dia dulu..Bila berjumpa pun dia akan peluk adik dia..Tapi bila bab bermain tu,kadang-kadang dia suka dengki ngan adik..

    Kalau ajak selfie,dia lah paling suka,Ajar adik dia cara nak selfie lah,pegang tanganlah walau adik tak berapa nak suka kalau kakak pegang tangan dia..

    Muka bad mood sebab umi tak kasi main dekat playground..Bukan apa,petang-petang macam ni,lepas hujan pulak tu,Risau nyamuk banyak..Lagipun sekarang kan musim denggi,..Tu yang tak benarkan dia ke sana..
    Ahad tu umi ngan babah nak balik dah.Masa pagi tu tanya dia,ok ke kalau umi tinggal,kakak kan nak sekolah..Dia jawab ok je..Tapi petang tu berubah bila umi dah siap-siap pakai tudung.Mengamuk sakan nak ikut umi balik…Be strong sayang..Umi bukan sengaja tinggalkan kakak..Tapi umi terpaksa sayang..Nanti umi balik lagi…(amik tisu lap airmata)Tak menahan tengok anak nangis…
  • motherhood,  nur awfiyah,  parenting blogger

    Bila Awfiyah Berselfie

    Assalamualaikum
    Budak sekarang! mudah sangat mengikut.Pantang bila tengok orang buat,dia pun nak buat kan.Sebab tu,masa umur-umur macam awfiyah ni,nak kena ajar benda yang elok je.
    Yang tak elok tu,jangan dibuat depan dia.Begitu juga dengan perkataan..Laju je dia ikut.Lagilah pulak awfiyah sekarang sudah mula pandai untuk bercakap.Walaupun perkataan yang keluar dari mulutnya itu tak berapa nak clear,tapi ada juga butirnya.
    Masa nilah umi suka sangat berbual dengan awfiyah.ada je keletahnya untuk buat orang ketawa.lagi pulak sekarang ni dah pandai selfie.Suruh uminya bukak camera.Kekadang nasib baik,dia tekan keluar camera.confirm banyak gambar dalam phone ni.
    Bila dah jumpa kamera tu,1…2….3..peace!!!! emmm.kira pun dah pandai..cuma dia tak berapa nak hafal no 6.bila dah disebutnya 5,terus pulak tujuh..Masa ni umi lah yang kena betulkan..Kang sampai ke sekolah dia tak tau..
    emmm..jangan kata mak tak payung nak oooi.
    Dah la handphone umi ni berkecai sabtu yang lepas,alhamdulillah..nasib baiklah masih boleh digunakan..Kalau nak ganti cermin tu,rasa beratus jugak kan..Terpaksalah umi tukar lepas hari raya nanti.itu kesalahan umi sendiri.
    Nampak gayanya awfiyah sangat suka berselfie.Bukan tu je,cermin paling dia suka tengok.Tapi umi tak terlalu nak biasakan sangat dia dengan cermin.
    Dah mula berjinak-jinak dengan buku sekarang ni.Beli jelah colouring book dan juga pensil warna..memang rajin dia cari popo..
  • kisahsidairy.com,  nur awfiyah,  nur naura,  parenting blogger

    Bila Naura Dan Awfiyah Berjumpa

    Assalamualaikum
    Dua hari bercuti.Asyik bercuti jelah kan kerjanya.Nak buat macam mana,kalau dah tak sihat baiklah ambil mc dari kerja pun tak fokus.
    Bila dah dua hari mc ni,umi ambil kesempatan la untuk menghabiskan masa balik ke kampung.Memanglah tak dapat nak berehat dengan sewenang-wenangnya.Tapi bila dah dapat jumpa dengan anak-anak ni.Hilanglah segala sakit,penat.letih dan sebagainya.
    Dikesempatan tu jugaklah umi dapat merakamkan moments indah antara dua beradik ni.Esok² besar,jarang dah dapat ambil gambar mereka macam ni kan.
    Kakak fiyah ni bila baby(Naura) balik sana,kemain suka lagi.Ada kawan gaduh.Tapi selalu sangat kalah dengan adik dia.Apa taknya,apa yang kakak ada,itu yang adik nak.dan apa yang adik ada,tu jugaklah yang kakak nak.Kekadang tu,berebut,bergaduhlah jugak.
    Selalunya adik yang mengalah bila ada perebutan macam tu.Adik tu diam jelah kalau kakak dia rampas barang yang dipegang..Tapi dalam diam tu,ada jugaklah kena serangan gigitan dari adik.Maklumlah,adik tu dah gatal gusi.Memang sedaplah dia menggigitnya.
    Biar gambar berbicara
    Dapat keluar outing dengan anak-anak dara ni..Seronok melayan walau rasa kelam kabut.Nak cari baju raya diorang pun rasa kelam kabut.
  • kisahsidairy.com,  nur awfiyah,  parenting blogger

    Hari Ibu kami Di Hujung Minggu

    Assalamualaikum
    Tak sangka pulak adik beradik berkumpul hujung minggu yang lepas.Plan memang nak balik minggu ni sebab dah seminggu tak tengok nur awfiyah.Rindu ni tak boleh nak ditahan-tahan lagi nampaknya.
    Memang takde plan pape pun nak sambut hari ibu..Bukan nak sambut ape pun..Saja suka -suka memandangkan anak-anak buah ramai kat rumah..Bila mereka berkumpul ni,memang seronok buat aktiviti makan-makan.
    Ala…takdelah makan besar-besar mana pun,sekadar goreng hotdog,nugget dan fries je.Kek sebijik..Dah mencukupi pun..Walau tak banyak mana,tapi tetap meriah dengan gelagat anak-anak buah ni.
    Beginilah gelagat kami kalau dah disuruh bergambar..Anak-anak buah pun semakin membesar.Jadi lagi seronok.Walaupun sesekali balik tu,rumah bagai tongkak pecah,itu dah menjadi kebiasaan.
    Masa tulah mulut nenek,tak berhenti-henti  berleter.Mana yang menangis,mana yang mengusik,mana yang bergaduh…Tapi nanti bila semua dah besar panjang,.semua kemeriahan tu dah takde masa mereka kecil-kecil macam ni kan.
    Sebab tu aku seronok bila berkumpul macam ni..
    Anak dara sorang tu pun bukan main bila ajak bergambar.Sikit hari lagi adik dia pulak..Pandai dah sekarang ni berselfie dengan adik.ishh..bukan main anak dara sorang ni.
  • Homeschooling genius syurga,  kisahsidairy.com,  nur awfiyah,  parenting blogger

    Kakak Fiyah Dan Aktiviti menconteng

    Assalamualaikum
    Lama dah tak bercerita pasal kakak fiyah kan..eh..yeke lama..Yelah..selalunya cerita pasal baby Naura je.Maklumlah,baby Naura ada je depan mata,Kak fiyah pulak,kat kampung.Segala aktiviti dia,umi kurang tau.Tapi walaubagaimanapun,umi taulah sikit-sikit sebab tiap-tiap hari umi akan whatssap nenek dia,tanya perkembangan kakak fiyah.
    Dah masuk dua tahun ni,macam-macamlah perkara baru yang dia belajar,terutamanya tentang perkataan.Sekarang ni,kata-kata yang keluar dari sekelilingnya harus dijaga kerana kakak fiyah akan cepat belajar tentang perkataan baru tu.Dan berulang kali dia akan sebut tentang tu…Iskkk..bahaya.
    Kalau dulu,umi ada hadiahkan dia whiteboard masa birthday dia,oh,korang yang nak baca boleh la baca di SINI.Umi memang sengaja belikan benda ni untuk mengasah motor skill dia.
    Sekarang ni,kemana-mana(dalam rumah ler) dia akan bawa wooden board tu.Bila orang sentuh ,dia marah.Dia tak kasi orang pegang pun..iskk…kedekut sungguh..Dia memang jaga barang yang dia suka.memang payah nak mintak.Lagi satu beg yang baru diberikan oleh mak long dia.memang bertahan la sangkut kat badan tu.
    Tengoklah tu,bila tengok tv pun dia angkutnya sekali sebelah dia..Apa yang dia conteng pun umi tak tau.
    Takpelah..lama-lama biasakan dia pegang pensil,kapur dan kertas,insya allah…Makin pandai lah dia kan.
    Sebagai ibu ni,apa yang anak kita buat,demi kebaikkan dia,kita kena support..At least ajak bermain sekali.
  • kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  nur awfiyah,  nur naura

    Bila demam kembali semula

    Assalamualaikum
    Bulan ni je dah dua kali pi klinik bawak si Naura tu..Minggu lepas masa bawak ke klinik,dia cuma demam je.Dua hari je dah baik.Tapi minggu ni,rasa demam lagi,Ingatkan memang taknak bawak gi klinik lagi memandangkan ubat masih ada.Lagipun,taknak la bergantung pada ubat.
    Hari pertama,memang dengar dia batuk,tapi aku banyakkan bagi minum air masak,risau dia kurang air,demam pun aku just lapkan dengan tuala basah di badan dan di celah-celah ketiak juga kelengkang dia…Lepas tu macam on off pulak demamnya,sehinggalah semalam,dengar bunyi nafas dia kuat,rasa macam dia nak bernafas pun payah..Nak taknak malam tadi pergi jugak klinik
    Sah!!! memang bunyi tu buat dia semput sedikit.Doktor kata budak kecil memang senang nak kena jangkitan kuman kat paru-paru dia..Malam tadi doktor bagi neb.Sengsara nak bagi dia neb tu.Yelah,budak bukan suka pun kalau dia buat macam tu.Nangis macam kena pukul la jawabnya
    Lepas dah dapat neb tu,kurang lah sikit bunyi tu..Doktor pesan,kalau bunyi kuat lagi macam sebelum ni,kena bagi neb lagi.
    Pagi ni.ada jugak dengar sikit-sikit,tapi tengoklah macam mana.Kalau teruk aku bawak gi klinik lagi..emmm..harap dia oklah..Tamo banyak sangat makan ubat..
    Nasib baik kakak tak demam…
  • happy birthday..,  kisahsidairy.com,  nur awfiyah,  parenting blogger,  present

    Wooden 2-in-1 Black board & White board Easel Set Hadiah Untuk Awfiyah

    Assalamualaikum
    Alhamdulillah…Dapat jugak buat makan-makan sikit untuk birthday Nur awfiyah jumaat yang lepas.Memang nak buat kecil-kecil je.Panggil ank-anak jiran je.Cukuplah sekadar meraikan harijadi dia.
    Present untuk dia memang umi dah cari awal-awal lagi.Dah dekat 3-4 minggu jugak survey hadiah apa yang sesuai untuk dia.Kalau boleh taknak bagi dia mainan.Nak bagi dia benda yang boleh membina motor skills dia.Sambil dia main,sambil sel-sel otaknya berhubung kan..heheheheh
    Dah dapat idea yang ingin dibeli,maka umi ni dok survey la mana-mana website yang menjual Multipurpose drawing board ni.kat ig,facebook,11 street dan termasuklah lazada untuk buat perbandingan..Tapi lazada jugaklah umi pilih sebab lebih murah.lagi satu nampak colourfull,jadi mestilah awfiyah suka.Kanak-kanak ni mereka lebih sukakan yang warna warni kan..
    Wooden 2-in-1 Black board & White board Easel Set..Ini pilihan umi..harganya pun dibawah budget umi.hanya rm58.90 dan termasuk postage semua rm62.40.
    Ni ha…Ok kan
    Cuma aku ingatkan besar,tapi kecil sedikit dari sangkaan aku..But overall ok je…Lagipun fiyah je kot nak guna..Dia boleh duduk dekat kerusi kecil bila dia nak menulis.
    Bila nampak hadiah umi dia,emm..terus tanya”umi..apee….umi ape….ha..tu jelah ayat dia bila nampak hadiah ni..
    Alhamdulillah..dia sukakan hadiah baru dia ni.Excited bermain sampai dia tak nak mandi…uffttt..anak..ooo …anak..
    yang si dadek pun sibuk nak bermain jugak..kesian dia,kakak tak kasi main,..Bila dadek dekat,dia akan cakap..baby!! kakak unye…(kakak punya)
    Dah semakin pandai berbicara anak syurga umi ni.Banyak juga perkataan yang dah clear untuk pendengaran…Becok nya tu,bukan main lagi..
    Turn si dadek pulak dapat hadian bulan 7 ni,..tu pun dah semakin agresif sekarang ni…uisshh..bukan main..
  • kisahsidairy.com,  nur awfiyah,  nur naura,  parenting blogger

    10 Cara Rangsang Bayi Merangkak

    Assalamualaikum
    Nampaknya naura dah ada peningkatan dari tumbesaran dirinya.Dahpun tumbuh sebatang gigi.Dan sekarang ni,nampaknya dah mula duduk dengan tegak.Kalau dulu ada la jatuh sikit-sikit..Sekarang ni dah tegak jugak duduknya..So,bila nak pi makan,letakkan je dalam Baby chair,dia ok je,
    Cuma belum nak merangkak je..Dah angkat bontot,cuma nak merangkak jelah yang belumnya..mungkin belum berani lagi..Dalam majalah Pa&ma aku ada terbaca bagaimana parents dapat membantu bayi menguasai kemahiran merangkak..Mungkin aku boleh apply kat naura nanti.
    Psstt…Pernah juga beberapa kali dirikan dia,ada masa lama juga dia berdiri,,lepas tu dah malas kot atau dia tak berani..Sebagai ibu-bapa ,of courselah kita seronok kan melihat perkembangan anak kita kan.
    Jom aku share kat sini apa yang perlu kita buat untuk merangsang anak menguasai kemahiran merangkak.
    Source:google

    1. Telangkup/tiarapkan bayi dengan kerap.bayi akan belajar mengangkat kepala,badan dan mula bergerak dengan perutnya.Untuk merangsang bayi merangkak ,anda perlu selalu buat begitu.(yang ni memang dia dah selalu buat,sebab tu aku jarang letakkan dia dalam walker)


    2. Kurangkan penggunaan baby walker dan jika boleh elakkan menggunakannya.Anda juga perlu elak daripada kerap mendukung bayi kerana ia boleh membantutkan proses perkembangannya.
    3. Biarkan bayi bergerak di ruang yang luas,selamat dan bersih.Sediakan tikar lebut agar bayi lebih selesa untuk merangkak.
    4. Pastikan ruang di rumah selamat.Segala plug point tidak mudah dicapai oleh bayi.Kemaskan wayar televisyen,komputer dan lain-lain supaya bayi tidak menariknya.
    5. Pasang alat khas untuk keselamtan bayi pada bucu-bucu meja dan sebagainya.
    6. Pastikan ruang lantai sentiasa bersih daripada habuk,sampah,objek tajam dan kecil kerana bayi pada usia ini gemar memasukkan barang ke dalam mulut.
    7. Letakkan mainan di hadapan bayi agar dia tertarik untuk mencapainya.Sekiranya bayi berjaya mengambil mainan tersebut,tepuklah tangan dan berikan pujian serta ciuman kepadanya sebagai sokongan.
    8. Boleh juga sediakan alat mainan yang baru membantu merangsang bayi untuk mengejar seperti bola yang lembut dan ringan dan boleh memantul ke sana sini.
    9. Jika bayi masih kurang berminat untuk merangkak,beri contoh kepadanya dengan merangkak bersama bayi anda.
    10.  Sekiranya bayi merangkak dengan cara kurang tepat,seperti bear crawl atau merangkak dengan kedua kaki diluruskan,maka anda haruslah membetulkan caranya itu.
    Nampaknya kalau cepat dia merangkak,maknanya raya ni dah berjalan..hahaha…umi yang excited..Boleh la dia beraya dengan kakak Fiyah
    Jom..belanja gambar satu budak berdua ni
    Nampak tak,besar adik dari kakak kan..kan…
  • happy birthday..,  kisahsidairy.com,  nur awfiyah,  parenting blogger

    Nur Awifyah Turns 2 Today

    Assalamualaikum
    Happy Birthday Sayang Umi!!
    Alhamdulillah.Pada 15 April 2014,kamu dilahirkanDiberikan Allah swt untuk kami permata hati yang sangat bernilai..Dan tidak umi sangka.Hari ini genap anak umi Nur awfiyah dua tahun..Rasa macam sekejap je dia membesar depan mata..
    Moga kamu menjadi anak yang solehah,Hormat orang tua,menjadi seorang kakak yang penyayang.Moga sentiasa dirahmati oleh Allah swt.Umi sayang kakak hingga ke hujung nyawa umi.