• INFO,  kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  myreading

    Gatal di luka pembedahan? Jangan Di garu

    Assalamualaikum
    Lately ni kan panas semacam je kan..Berpeluh sana sini.Pulak tu bila makan benda yang boleh menyebabkan alahan seperti udang atau sotong,mulalah rasa nak garu macam monyet!..emm…monyet jugak dipersalahkan.cerita ni bukan sahaja nak bercerita tau,ada info yang aku boleh kongsikan dengan korang..bukan sebab pasal gatal pun nak cerita..hahaha..
    Bukan tempat biasa-biasa je yang gatal,malahan tempat luka operation tu pun naik gatal..Ikut hati nak je garu laju-laju..Sakit pun sakitlah..Janji dapat garu..Tapi bila fikir kesannya nanti,terpaksalah batalkan niat nak garu semahu-mahunya dikawasan luka tu.Kekadang pakai sikat pun jadi..Kalau datang gatal tu,dia punya merenyam,nauzubillah..rasa tak boleh nak tahan.Yang bersalin ceasarean mesti mengalami benda yang sama macam aku ni kan..
    Orang kata penjagaan ibu bersalin secara pembedahan caesarean ni lebih sukar dan mencabar berbanding bersalin normal.Mungkin dari segi luaran,ibu bersalin caesarean kelihatan lebih santai kerana boleh duduk bersila dan tidak perlu berkepit ketika berjalan berbanding ibu bersalin secara normal.
    Namun hakikatnya yang perlu korang tahu,jika dilihat dengan lebih teliti,luka pembedahan sebenarnya perlu mengambil masa yang lama untuk sembuh kerana lapisan hirisan yang dilakukan oleh doktor semasa proses melahirrkan bayi adalah berlapis-lapis dan dalam.
    Pembedahan caesarean adalah proses di mana hirisan dilakukan di perut(laparatomi) dan rahim(histerotomi) untuk mengeluarkan bayi.
    Biasanya selepas pembedahan,ramai ibu yang mengalami kegatalan di bahagian bekas pembedahan.Namun sudah tentu anda tidak boleh sesuka hati menggarunya.Ini yang patut anda lakukan bagi mengatasi rasa kegatalan tersebut.
    1.Jika anda diserang rasa gatal,usahakan untuk tidak menggaru dikawasan bekas pembedahan kerana boleh menyebabkan luka.
    2.Lebih baik digosok sahaja secara perlahan-lahan.
    3.Sebaik-baiknya,anda mandi menggunakan sabun berbentuk gel yang mempunyai kandungan lembut bagi mencegah terjadinya alergi di kawasan bekas pembedahan.
    4. Anda juga digalakkan melakukan senaman yang bersesuaian. Dengan melakukan gerakan-gerakan senaman, biasanya rasa gatal yang timbul akan berkurangan. Malah, membantu mempercepatkan aliran darah dan membuatkan anda berasa segar.

    5. Jika rasa gatal masih berterusan lebih dari enam bulan, segera berjumpa doktor untuk mengetahui punca utama rasa gatal tersebut. Doktor pasti ada jalan penyelesaiannya.
    Lepas pembacaan aku dari artikel ini,lepas ni,kenalah lebih hati-hati supaya tidak terlalu syok sangat nak menggaru kat bahagian tu..Itu hari pun rasa dah melecet skit..itulah akibatnya dari ketidaksabaran aku ni..
  • INFO,  kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  myreading,  Tips

    Kebaikkan Vitamin C dalam badan

    Assalamualaikum
    Hai korang..Wah lama betulkan empunya blog bercuti..Bercuti dari sabtu hinggalah isnin..Alaaa..bukan gi mana pun..Cuma balik kampung di Melaka.Tu pun sebenarnya tak dirancang pun..Lagipun dah lama tak menjengah MIL kat kampung.Anak dia pun dah mula rindu ngan omak!!…hehehe
    Siapa kat sini yang consume vitamin C .Sebenarnya kalau kita consume Vitamin  C ni bagus untuk tumbesaran dan juga memperbaiki sel dalam badan..Ia nya berguna dari hujung kaki sehinggalah kehujung rambut..
    Kalau korang nak tau terdapat  25 kebaikkan Vitamin C ni untuk badan,kulit dan juga rambut yang aku baca disini
    1.Imunisasi/Daya Tahan Badan
    Dos yang betul bagi vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi.Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan ktia juga terpelihara dari bakteria,virus dan jangkitan.
    Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit,ia diperlukan untuk bina kolagen,struktur  protein penting dalam tisu penyambung.Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka,ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.
    2.Demam Biasa
    Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan,selsema dan kesakitan.Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam.Ia mengunrangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.
    3.Antioksidan
    Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yang memberi kesan tekanan oksidatif atau’sel karat’.Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.
    4.Tekanan darah tinggi
    Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.
    5.Saluran Darah
    Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik.Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis,kolestrol tinggi,sakit jantung dan sakit dada.
    6.Keracunan Plumbum
    Vitamin C membantu mengurangkan Kadar plumbum dalam darah secara mendadak.Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak.
    Ia juga menyebabkan masalah pembelajaran,IQ lemah dan tumbesaran terbantut, di kalangan kanak-kanak.Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.
    7.Untuk kurus.
    Vitamin C  dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yang ideal.Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi vitamin c dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan vitamin c boleh mengurangkan berat badan.
    Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin,disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak,insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.
    8.Tekanan
    Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan,hormon dan kortisol yang tinggi.
    9. Katarak.
    Pupil mata kita memerlukan vitamin c untuk berfungsi dengan baik.Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak,di mana kanta mata menjadi lebih gelap,menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa.
    Pengambilan dos vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata.1000mg vitamin Csehari boleh mengelak katarak dan mempertingkan penglihatan.
    10. Barah
    Ciri-ciri anti-oksida pada vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang.Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan.
    Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru,mulut,tekak ,kolon/usus,perut dan esofogus.Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E,salah satu antioksida yang sangat baik.Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada,tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.

    11.Tenaga
    Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan,Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.

    12.Sakit Jantung
    Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebas dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak.Nutrien ini menyebabkan kolestrol  teroksida,kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung.
    Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C.Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.

    13. Diabetes
    Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.


    14. Asma
    Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.


    15. Perlindungan dari matahari
    Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.
    Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.


    16. Penghasilan Kolagen
    Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadigebu dan warna tona pada muka.
    Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagenmelembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

    17. Penyembuhan Luka

    Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligusmenyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.


    18. Melindungi dari perubahan warna kulit

    Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utamapenghasilan melanoma(masalah kulit).

    Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

    19. Memperbaiki tekstur kulit.
    Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin Cmembantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

    Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

    20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut
    Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut

    Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

    Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.


    21. Melawan Kelemumur
    Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala.

    Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.


    22. Mengurangkan Keguguran Rambut.
    Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untukmengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.

    23. Rambut yang lebat
    Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.


    24. Melawan Masalah Rambut
    Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.


    25. Mengelak dari Uban
    Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.



  • kisahsidairy.com,  myreading,  parenting blogger,  Tips

    Tips memilih mainan untuk Naura

    Assalamualaikum
    Selamat bercuti korang.Seronoknya bercuti.Entry ini di taip dan telah dischedulekan kerana puan blog bercuti..Haruslah ketepikan segala gadget bila bercuti ni..Bukan hentikan terus,cuma perlu dikurangkan untuk merasai mood bercuti kan..Memang tak dinafikan,bila aku bercuti ni,penggunaan gadget memang dikurangkan kerana fokus dengan anak dan sekeliling.Itu adalah penting.lagi bila ada anak kecil yang perlu di pantau keberadaannya kan..Itu Harus!!
    Emmm…Bila ada waktu bermain dengan anak ni,apakah bentuk mainan yang selalu korang ambil kira? Adakah keserasian dengan permainan tu..atau macam mana..Apa pula bentuk mainan yang sesuai dengan anak kita mengikut umurnya kan?Dari pembacaan aku disini,ada beberapa Tips memilih Mainan untuk Bayi.Harap korang tak boring baca entry berkisarkan tentang anak-anak ni..
    Tahukan anda mengapa alat permainan dicipta mengikut usia bayi? Ia bukan sekadar alat permainan untuk suka-suka sahaja.Tetapi alat permainan dicipta bertujuan untuk memberi manfaat kepada perkembangan motorik halus dan kasar bayi.

    Namun sebelum membelikan mainan untuk si kecil, pastikan anda tahu apa fungsi alat permainan itu. Pilih alat permainan yang sesuai mengikut usia bayi anda dan bukan kerana anda suka akan mainan tersebut. Ini kerana setiap fasa perkembangan anak adalah berbeza.
    Alat permainan yang disarankan adalah yang sesuai dengan usia dan bermanfaat untuk keperluan perkembangannya. Antara contoh alat permainan yang sesuai untuk bayi berusia enam hingga 12 bulan adalah seperti berikut.
    1. Stacking rings
    Alat permainan ini sesuai untuk bayi berusia enam bulan ke atas. Dengan permainan ini, anak belajar menyusun alat tersebut mengikut saiz bentuk daripada kecil hingga besar dan warna yang berbeza. Anak akan belajar untuk memegang dengan betul, memutar objek dan melatih otot jari tangan. Selain itu, mainan ini juga melatih konsentrasi, mengenal warna dan belajar konsep saiz objek yang berbeza. Sebaiknya ibu bapa berada di sisi anak ketika dia bermain agar dia boleh belajar dengan bantuan anda.
    1. Shape sorting bus
    Alat permainan memasukkan pelbagai bentuk seperti bintang, bulan, bulat, bujur, kotak ke dalam objek bas yang menyediakan lubang mengikut bentuk tersebut juga sesuai untuk bayi berusia enam bulan ke atas. Ia membantu bayi belajar merangkak kerana ketika anak menggerakkan kenderaan tersebut maka dia boleh belajar merangkak sambil bermain. Selain itu ia turut membantu melatih koordinasi mata dan tangan. Bahkan anak belajar mengenal bentuk kerana ia perlu mencari saiz lubang yang sesuai untuk memasukkan objek bentuk  tersebut.
    1. Light and sound walker
    Ada pelbagai bentuk alat permainan yang boleh membantu bayi belajar berjalan. Penggunaan baby walkeradalah tidak disarankan oleh kebanyakan pakar pediatrik kerana sebenarnya ia langsung tidak membantu anak belajar berjalan. Jadi anda boleh membelikan alat permainan ini untuk membantu anak belajar berjalan sambil bermain. Mainan ini sesuai untuk bayi berusia sembilan hingga 12 bulan ke atas. Dengan alat permainan ini, anak bukan hanya belajar berjalan tetapi juga menolak, duduk, membongkok dan melatih jari tangan untuk memutar dan memasukkan objek.
    Selain dari bermain 3D flashcard,aku ingin nak membiasakan dia dengan buku..Perlu membeli beberapa buku keras supaya dapat membiasakan diri dengan buku.Bila dah terbiasa nanti,barulah dapat dipupuk minat buku sehingga besar kan.wallahualam..Moga dipermudahkan segalanya.
  • kisahsidairy.com,  myreading,  parenting blogger

    5 Cara didikan untuk anak perempuan yang dilakukan oleh si Ayah

    Assalamualaikum
    Hai korang..Mood bercuti lagi kan..Tapi tetap nak berblog.Takpe..ada masa boleh la berblog..Nak blogwalking tu je yang payah sikit.
    Siapa yang ada anak perempuan!! Dan rupa mereka ikut belah mana..Ayah atau ibunya..Orang tua-tua cakap,kalau muka anak perempuan ada iras muka ayah,hubungan anak dan ayah akan lebih rapat dan akrab..Sejuk bak  kata mereka..tapi,sejauh mana kata-kata tersebut ye?Aku ada terbaca di artikel ini tentang 5 cara ini dilakukan oleh semua ayah dalam mendidik anak perempuan mereka
    sama kan…
    Bagi mereka yang mempunyai anak perempuan,pasti boleh menilai bagaimana cara seorang ayah menjaga dan membesarkan anak perempuannya.
    Cara seorang ibu dan ayah membesarkan anak-anak mengikut jantian mereka memang berbeza.Kelembutan dan keakraban ibu dengan anak perempuan memang memperlihaktan betapa memahaminya ibu dengan karenah anak-anak.Kadang kala kita terfikir adakah ibu lebih pakar mengurukan hal anak-anak berbanding ayah?
    Hakikatnya walaupun seorang ayah kelihatan terlalu sibuk bekerja mencari rezeki untuk isteri dan anak-anak namun,peranannya sebagai ketua keluarga jangan diketepikan.Biarpun hanya sedikit masa sahaja yang dimiliki untuk mendampingi anak tetapi ayah sentiasa memerhati dan memantau  perkembangan anak-anaknya.

    Beberapa perkara ini adalah hakikat yang tidak boleh disangkal lagi.
    1. Seorang ayah,  biasanya kelihatan lebih garang dan tegas berbanding ibu. Kebiasaannya anak-anak juga lebih takut akan ayah mereka berbanding ibu. Namun, di sebalik karektor ayah yang tegas tetap terselit kelembutan yang tersendiri terutama terhadap anak perempuannya.
    2. Keprihatinan ayah yang tersembunyi di sebalik ketegasaannya kadang kala melebihi kelembutan hati seorang ibu. Tanpa disangka rupanya hati ayah lebih mudah terusik jika ia melibatkan hal berkenaan anak perempuannya.
    3. Kelebihan ayah dalam mendidik anak-anak sudah tentu dalam aspek ketegasan yang dimiliki. Oleh kerana anak-anak sudah biasa dengan ketegasan ayah, kata-katanya mudah dituruti dan dipatuhi tanpa sebarang kompromi.
    4. Keprihatinan ayah apabila melibatkan keselamatan dan keselesaan anak perempuannya memang boleh dikatakan agak ‘keterlaluan’ tetapi sebenarnya dia hanya ingin anak perempuannya sentiasa dalam keadaan selamat dan selesa.
    5. Ayah adalah lelaki pertama yang bertakhta di hati setiap anak perempuan. Anak mengenali karektor dan sikap seorang lelaki daripada ayah sebab itu seorang ayah seboleh mungkin cuba menonjolkan dirinya sebagai lelaki yang gentlemen, pelindung, prihatin, penyayang dan tegas.
    Bahkan sebagai ayah, anda perlulah menerapkan aspek ketegasan kepada anak-anak dalam membantu pembentukan keperibadian anak. Walaupun kadang kala ada anak yang kurang suka dengan ketegasan namun lama-kelamaan mereka terbiasa dengan karektor ayah dan membantu mereka menjadi anak perempuan yang lebih yakin dan pandai menjaga diri.
    Tetapi percayalah, seorang ayah akan lebih mudah berasa kasihan jika anak perempuannya ditimpa masalah. Malah dialah yang lebih memberi keyakinan dan semangat kepada anak dengan caranya yang tersendiri.
    Walaupun secara fizikal, ayah lebih garang dan tegas namun kasih sayangnya tidak pernah berkurangan untuk si anak gadis. Hanya ayah sahaja akan menjadi lelaki yang boleh dipercayai oleh anak perempuan sampai akhir hayat mereka.
    Al-fatihah untuk Arwah ayah Yusof Bin Abdul Rahman…Sesungguhnya jasamu akan ku kenang sehingga ke akhir hayat.
  • INFO,  kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  myreading,  Tips

    Cara mengatasi Darah rendah

    Assalamualaikum
    Tuari dua hari tanpa berita…Walaupun takde yang kisah pun..muahaha…MC selama dua hari.Bila check doktor,doktor kata tekanan darah rendah.patut ler rasa pening-pening lalat.Bila nak bangun tu,mesti rasa nak pitam..Pernah dulu check,tekanan darah tinggi..aku pun tak berapa nak pasti kenapa.
    Tak sure pulak sebab apa,nak kata stress tu biasa je rasanya..Nak kata pemakanan pun,macam biasa..emm…tak taulah kenapa.Rata-rata di kalangan masyarakat kita ni jarang kena tekanan darah rendah kan..Korang tau tak apa itu tekanan darah rendah.
    source: google

    Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh arteri darah ketika darah di pam oleh jantung ke seluruh anggota tubuh badan manusia.Tekanan darah di buat dengan mengambil dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut-120/80 mmHG.Nombor atas(120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung.Ia dipanggil tekanan sistolik.Nombor bawah(80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman.Ia dipanggil tekanan diastolik.Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.Sekiranya tekanan darah didapati sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa secara berlarutan seseorang itu dikatakan mengalami masalah darah tinggi.
    Seperti artikel yang aku baca disini,sebenarnya masih ada cara mengatasi Darah rendah.Setiap penyakit tu ada ubatnya kan..Insya allah..Jadi kita kena usaha sebaik mungkin mencari penawar untuk setiap penyakit tu selain berdoa kepada Allah untuk menyembuhkan penyakit kita tu.Hakikatnya mungkin Allah swt tu,nak supaya kita dekat dengan dia,sebab bila sakit ni,kita akan sentiasa untuk berdoa kepadaNya untuk kesembuhan penyakit kita tukan..wallahualam.
    Seperti yang aku alami iaitu tekanan darah rendah ni,terbaca di artikel ini,Tekanan darah rendah disebabkan oleh pelbagai faktor seperti dehidrasi darah ringan atau berat,radang pada organ-organ tubuh seperti pankreatitis akut,kelemahan pada otot dari denyutan jantung yang lambat,dan lain-lain juga dapat menyebabkan tekanan darah rendah.Bahkan beberapa pengambilan ubat tertentu boleh menyebabkan keadaan ini.
    Cara mengatasi Darah Rendah
    1. Minum banyak air
    Jika seseorang mengalami keadaan pening kerana dehidrasi,sangat penting untuk menghidratkan diri dengan minum banyak air.Jumlah cairan yang meningkat akan meningkatkan jumlah darah,seterusnya akan meningkatkan tekanan darah.Minum minuman bertenaga seperti 100 plus,revive juga disarankan kerana ia dapat mengekalkan tubuh dengan natrium dan kalium,yang akan membantu meningkatkan tekana darah dengan cepat.Pada kes yang serius,cairan infus akan diperlukan untuk kes yang over-dehidrasi.

    2. Meningkatkan pengambilan garam

    Banyak orang yang akan membataskan pengambilan garam kerana takut terkena tekanan darah tinggi, namun sebaliknya dia diserang tekanan darah rendah. Dalam kes tersebut, pengambilan garam dalam makanan harus ditingkatkan. Namun begitu jangan pula terlalu berlebihan, kerana terlalu banyak garam juga sangat berbahaya.

    3. Banyak makan makanan kecil

    Tekanan darah rendah setelah makan atau hipotensi postprandial boleh dicegah dengan memakan makanan kecil yang rendah karbohidrat namun kerap dimakan. Hal ini kerana selepas makan, lebih banyak darah akan dihantar ke saluran pencernaan untuk proses pencernaan, sehingga boleh mengakibatkan tekanan darah rendah. Mengurangkan pengambilan makanan yang bertepung seperti kentang, pasta, makanan yang dipanggang, dan lain-lain juga disarankan. Duduk setelah makanan juga akan membantu mencegah dip tekanan darah. Hal ini umumnya dapat dilihat pada orang tua.

    4. Mengenakan stokin

    Mengenakan stokin elastis membantu meningkatkan tekanan darah seseorang dengan mencegah pengumpulan darah di kaki atau bahagian bawah, dan ia juga meningkatkan peredaran darah dalam tubuh.

    5. Meninggikan posisi kepala

    Menggunakan bantal untuk menyokong kepala seseorang ketika tidur di posisi yang tinggi, membantu melawan graviti dan mencegah darah terlalu banyak turun dari kepala. Hal ini akan membantu mengurangkan rasa pening ketika bangun di pagi hari.

    6. Bangun secara perlahan

    Jika Anda merasa pening ketika bangun dari posisi istirehat baik tidur ataupun duduk. Hal terbaik yang boleh Anda lakukan adalah kembali ke posisi itu dan tetap dengan cara yang sama sampai Anda berasa lebih baik. Orang yang menderita hipotensi ortostatik harus selalu bangkit perlahan dari posisi istirahat mereka, terutamanya ketika bangun tidur di pagi hari. Selain itu, berdiri lama di satu posisi atau mengubah posisi secara tiba-tiba harus dihindari.

    7. Minum jus segar

    Jika Anda mengalami tekanan darah rendah, minum jus segar setiap hari untuk meningkatkan tekanan darah Anda. Minum dua kali sehari selama hampir satu minggu. Jus lobak segar atau jusdelima dipercayai sangat membantu.

    8. Makan kismis dan badam

    Rendam segenggam kismis selama 1 malam dan dimakan setelah bangun tidur. Pastikan Anda mengunyah kismis dengan baik. Minum air bekas rendamannya juga. Atau jika ingin mengubahnya dalam bentuk yang lain, cubalah menu ini. Pasta badam dicampur dengan susu hangat, rendam badam semalaman, kupas kulit matinya dan dihaluskan dengan menggunakan pengisar (blender). Campur dengan susu hangat dan minum.
    Cara mengatasi masalah darah rendah ni dah ada..Cuma apa yang perlu aku buat,ikuti cara-cara ni…Tapi nak mengikuti ni pun..emmmm…sekarang ni,nak minum air masak lebih 1 liter pun dah malas.
  • INFO,  kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  myreading,  Tips

    6 Pemakanan yang baik Untuk Pesakit Gout

    Assalamualaikum
    Dulu aku pernah cerita pasal gout ni.Bukan apa,bila ada antara family kita yang terkena gout,automatically,kita yang mendengar ni,rasa kasihan..Bila bab nak makan bersama-sama mereka ni,kadang-kadang rasa kasihan apabila hidangan yang kita hidangkan tu,tak boleh disentuh oleh mereka
    sakit gout
    source:google
    Kesian kan..Kalau di entry Gout: Punca dan Cara mengatasinya,aku ada kongsikan bagaimana gout terjadi dan cara untuk mengatasi penyakit gout ni.
    Meh aku refresh sikit apa itu gout,kot lah korang terlupa apa gout tu kan.
    Gout ini adalah keadaan di mana berlaku keradangan yang menyakitkan di Tendon,sendi dan bengkak.Sendi Metatarsal-Phalangeal di tapak kaki memang biasa terjadi.Ia mungkin gout biasa atau mungkin ada tanda-tanda penyakit  lain seperti batu karang,urate nephropathy dan tophi.Ia juga disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.
    Tapi apa pula makanan yang baik untuk pesakit Gout ni? Seperti yang dibaca di artikel ini,ada 6 makanan yang baik untuk pesakit Gout

    Antara perkara penting dalam pemakanan untuk sakit gout ialah banyakkan memakan makanan bersifat alkali .Antaranya adalah:
    1. Buah dan sayur:Kerap makan lobak putih,daun sader/sup,atau buah ceri(dos rawatan gout: 25 biji sehari).Atau cuka epla 1 sudu besar selang sehari.Cuka epal dan buah ceri adalah rawatan yang berkesan untuk penyakit gout.
    Juga boleh amalkan alfalfa kerana ia tinggi dengan mineral dan nutrien lain yang boleh mengurangkan serum asid urik dalam darah.Daun pasli pula adalah diuretik yang hebat,ia membantu dalam meningkatkan jumlah air kencing yang seterusnya menggalakkan penyingkiran asid urik.
    2. Banyakkan minum air beralkali seperti air telaga,air bukit,air zam-zam,air bertapis,air bawah tanah.
    3. Sumber protein: Ganti ayam daging dengan ayam kampung/organic kerana ayam kampung kurang bersifat asid berbandung ayam daging komersial.Walaubagaimanapun hadkan pengambilannya kerana ia jugak termasuk makanan berasid.Elakkan daging lembun.Hadkan pengambilan susu kepada 1 pain sehari.
    4.Ganti majerin,lelemak sayuran/shortening,krimer minyak sayuran,dan minyak sayuran terhidrogen dengan mentega susu asli(Anchor,scs),minyak sapi asli(QBB).
    5.Ganti gula pasir putih dengan gula merah,gula molasses,madu asli,jaggery cane sugar(gula tebu asli),gula nipah,gula kabung,gula kelapa asli.
    6.Kurangkan makanan berminyak/bergoreng.Jika hendak menggoreng @ menumis,guna minyak zaitun extra virgin atau minyak karotino.Jangan guna minyak lebih 3x recycle.
    Rasanya sangat mudah untuk kita ikuti cara pemakanan ni kan.Cuma terpulang kepada kita sendiri.Jangan nanti bila dah terkena,baru nak tukar cara pemakanan kita kan.
    Lagi pulak sekarang banyak fast food yang mempunyai kadar garam  yang tinggi yang tidak boleh diambil sewenang-wenangnya.

  • kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  myreading,  nur naura,  Tips

    Cara Keluarkan Hingus dan Kahak dirumah dengan kaedah Steaming

    Assalamualaikum
    Cara Keluarkan Hingus dan Kahak dirumah dengan kaedah Steaming| Itu hari aku ada cerita pasal naura di Entry Bila demam kembali semula.Rasanya dah dekat seminggu selsema Naura tak kebah lagi.Umi pulak yang risau.Nak ke klinik ,minggu lepas baru je ke klinik..Kalau selalu sangat pergi dan sogokkan dengan ubat,..Jadi apa pulak ye.
    bawang putih
    source:google
    Yang paling buat umi risau,bila dada berbunyi.Itu menandakan ada kahak tersembunyi yang tidak boleh dikeluarkan oleh naura.Biasalah,budak-budak bawah setahun ni,manalah pandai nak buang kahak sendiri.Takkan nak ke klnik untuk dapatkan neb lagi..Yang tak boleh diterima bila nanti,bab sedut kahak.Bukan ke sakit..Kesian pulak si naura..Dulu kakak fiyah pun sampai masuk hospital.Rasa dah beberapa kali jugak kena sedut..Sakit ooo…
    Walaupun dia selsema dan berkahak,dia tetap aktif macam biasa..Makan dan minum pun macam biasa..So,taklah umi khuatirkan sangat.Tapi dalam pada masa yang sama,umi risau jugak kalau semakin teruk.Sebenarnya kahak dan hingus ni boleh jadi punca penyakit yang lebih serius seperti bronkitis dan asma serta simptom pneumonia.Bronkitis terjadi apabila Mukus inflame dan menyebabkan saluran pernafasan bengkak.Jadi,ruang udara menjadi kecil dan boleh mengakibatkan batuk.
    Bila dah jadi macam tu,selalunya parents akan pergi ke klinik untuk mendapatkan nebulizer.Penggunaan nebulizer adalah untuk membantu membuka ruang pernafasan yang sempit sebelum doktor guna pula alat untuk menyedut kahak.ada jugak aku baca disini.
    Di rumah juga,kita boleh menggunaakan proses yang sama menggunakan bahan yang sedia ada di rumah.
    Semalam lagi aku dah menggunakan Kaedah stim (wap air ) dan teknik percussion(teknik tepuk).Untuk menggunakan Kaedah Stim,aku hanya gunakan besen yang berisi air panas dan hirisan bawang putih.Tak sempat weh nak ambil gambar bagai disebabkan semalam tinggal umi sahaja di rumah..So xde lah photographer upahan.
    Untuk pengetahuan korang Steaming boleh dilakukan dengan menggunakan
    • food warmer
    • bottle sterilizer
    • periuk nasi elektrik
    • on shower air panas dan bilik air berwap,masuk bersama bayi
    • besen berisi air panas.

    tambah bahan bersifat antibiotik ke dalam air seperti,

    • Tablet bwang putih shaklee
    • Minyak bawang putih
    • Bawang putih yang diketuk
    • Habatus sauda
    Posisi bayi ketika steaming
    Baringkan bayi mengadap wap air,Condongkan kepala bayi paras lebih rendah dari kaki bayi dan biarkan kaki bayi lurus.Kalau nak cover guna selimut pun lagi bagus.Cuma bab ni,baby memang menggelupur sebab kena wap panas tadi.Tapi selama steaming dilakukan,memang bagus kalau bayi nangis..Jadi dia akan sedut wap tu.Cuma ibu bapa kena tahan lah bila tengok anak nangis.Lakukan selama 10-15 minit.Steaming ni bertujuan untuk membuka ruang pernafasan yang sempit.
    Tak sempat nak ambil gambar untuk teknik yang aku buat pada Naura..Insya allah..hari ni akan buat lagi pada dia..Semalam sempat buat dua kali untuk dia…Aku menggunakan besen sahaja.Dan letakkan naura dalam posisi kepala di besen dan aku letakkan kain menutupi kepala dia supaya wap tu terus masuk ke dalam hidungnya.Masa tu agak kelam kabut sikitlah sebab dia menangis.
    percussion
    source:google
    Percussion
    Percussion adalah teknik tepukan untuk melonggarkan kahak.Boleh dilakukan selepas steaming.Tapi bagi aku,semasa kaedah steaming ni,masa tu kita buat percussion..So,kahak boleh keluar melalui hidung atau mulut.
    Selepas sahaja proses steaming dilakukan,boleh la sedut keluar hingus menggunakan nasal aspirator.Aku tak guna sebab kat rumah takde…
    So aku akan buat teknik ni terus sehinggalah hilang bunyi wheezing kat dada  dia tu
    Disamping tu aku buat minyak bawang putih untuk aku sapukan di dada dan belakang ,serta betis dan tapak kaki.
    Moga dia cepat baik lah hendaknya..Walaupun dia nampak sihat,tapi dalaman kita tak taukan…Tapi lepas buat steaming ni,memang lena dia tidur..

     

  • kisahsidairy.com,  myreading,  parenting blogger,  Tips

    Bayi Lebih Bijak Kalau Kerap Diurut dengan hanya 5 Minit Sahaja!

    Assalamualaikum
    Kadang-kadang kita para ibu ni,tak tau urutan bukan sahaja boleh mengeratkan lagi kasih sayang dan kekuatan tulang,tapi Bayi lebih bijak kalau kerap di urut.Hanya mengambil masa 5 minit sahaja urutan,ianya akan menjadi satu perkara yang luar biasa.
    Selalunya naura,setiap kali mandi,aku akan sapukan seluruh badannya dengan lotion.Sambil letak losyen tu,sambil urut sikit-sikit anggota badan dia..Tapi mungkin kaedah urutan tak betul.Tapi bila terbaca satu artikel di sini,make sure,aku akan praktiskan bila mengurut naura nanti.
    Urutan ini juga umpama kuasa ajaib yang mampu memberi kesembuhan dan ketenangan kepada mereka yang dalam ketegangan..Begitu juga bayi kan.

    Sentuhan adalah elemen penting dalam membina ikatan erat setiap insan.Urutan adalah sebahagian daripadanya.Ia boleh menenangkan bayi dan membantunya tidur lena.Urutan juga boleh memberi kesan positif terhadap keseimbangan emosi dan psikologi seorang bayi.Hanya peruntukan beberapa minit sehari,sentuhan dan belaian ibu boleh menjadi perangsang kepada perkembangan positif si manja.
    Tidak mustahil bayi yang diurut setiap hari mampu membesar sebagai anak yang bijak dan cerdas.Terdapat bukti saintifik menunjukkan urutan sangat penting untuk perkembangan serta tumbesaran bayi dan memberi perlindungan daripada jangkitan pada peringkat awal kehidupan seorang bayi.Tidak ada masa spesifik ditentukan untuk mengurut bayi.Namun,dicadangkan waktu yang sesuai untuk melakukan urutan ialah antara waktu menyusu bayi.Ia adalah cara bagi mengelak bayi tidak begitu lapar atau begitu kenyang.
    Jom ikuti langkah ini untuk mengurut bayi.
    source:google
    langkah 1
    KAKI
     Untuk melancarkan peredaran darah,tekan bahagian tengah tapak kaki dengan lembut menggunakan kedua belah ibu jari anda.jangan lupa urut juga bahagian paha hingga ke pergelangan kaki bayi.Lakukan pada kedua-dua belah kaki.
    Langkah 2
    Lakukan juga toe squeeze iaitu jari-jari kaki dipicit satu persatu.Lakukan dengan gerakan memutar dan diakhiri dengan tarikan lembut di setiap hujung jari kaki bayi.Lakukan pada kedua-dua beah kaki.
    Bahagian kaki adalah kawasan yang kurang sensitif.Seeloknya mulakan sesi urutan pada bahagian ini.
    Langkah 3
    LENGAN
    Seterusnya,lakukan urutan pada pangkal lengan tangan kanan dan kiri.Ia diurut secara gerakan memicit secara lembut.Kemudian,cuba buka tapak tangan bayi secara perlahan.Ia bertujuan untuk tarik lembut jari-jari bayi.Lakukan rolling pada lengan bayi.Buat gerakan dari atas ke bawah.Perkara yang sama dilakukan pada tangan sebelah lagi.

    langkah 4

    MUKA
    Mulakan dengan open book iaitu anda perlu melurut muka dari bahagian tengah ke luar.Urutan pad abahagian muka perlu dilakukan dalam keadaan tenang.Urut juga bahagian pangkal hidung dan lurut ke arah pipi.Bahagian bawah bibir bayi juga perlu diurut.Lakukan secara perlahan dan lembut pada bahagian muka bayi.
    Bagi bayi yang mempunyai masalah kerap menangis atau masalah pertumbuhan gigi,lakukan urutan pada bahagian muka.
    Langkah 5
    PERUT
    Urut perlahan-lahan dengan menggunakan tangan kiri dan kanan bersilih ganti dengan melakukan gerakan sun and moon.Pergerakan ini harus bermula dari kiri dan ke kanan.Sebagai tambahan,anda boleh membuat urutan dengan membuat gerakan I,L,U.Urutan di bahagian perut dipercayai dapat mengurangkan masalah angin,kembung perut,kolik dan sembelit.


    Langkah 6



    BAHAGIAN BELAKANG


    Baringkan bayi untuk melakukan bahagian belakangnya. Urutan yang dikenali sebagai swoop – neck to bottom ini dimulai daripada bahagian leher menghala ke pinggang. Urut belakang bayi dengan menggerakkan tangan ke atas dan ke bawah. Akhir sekali, letakkan jari di bahagian tengah belakang bayi. Lurut dengan lembut sehingga ke bahagian punggung bayi.

    Urutan bahagian belakang dapat menghilangkan rasa ketegangan oleh bayi akibat terlalu lama berbaring.

    Bila dah dapat melegakan bayi kita dengan urutan,dia tidur pun senang,rileks dan tenang kan..harap lepas ni boleh perbaiki cara urutan naura,Kakak dulu pun umi dok urut,cuma urutan tu tak taulah betul ke tidak..
  • kisahsidairy.com,  myreading,  parenting blogger,  Tips

    5 Cara Membancuh Susu yang betul

    Assalamualaikum
    Tak sangkakan,membancuh susu pun ada cara yang perlu kita ikuti.Kekadang ,bila anak sakit,kita tak tau apa puncanya.Tapi percaya atau tidak,kaedah membancuh susu dengan tidak betul pun boleh mendatangkan kemudaratan pada bayi.
    Sepatutnya,kita harus mengikuti saranan pada pakar pemakanan yang ada dilabel setiap susu formula tentang cara membancuh susu dengan skop yang betul.Bukan main sesedap rasa untuk memperbanyakkan dan mengurangkan jumlah skop itu mengikut kita.Arahan pada label memberitahu bilangan skup yang betul untuk ditambahkan pada setiap sukatan air.Info ini sangat penting dipatuhi oleh ibu bapa.Anda tidak boleh sesuka hati membancuh susu mengikut sukatan skup yang tidak betul kerana jika dibubuh terlalu banyak susu formula,susu yang dibancuh akan menjadi terlampau pekat sehingga mendatangkan bahaya kepada tumbesaran bayi.Ha!! kita sebagai ibu bapa harus sentiasa alert tentang perkara-perkara seperti ini.
    5 Cara Membancuh Susu yang betul
    Dak naura yang semakin kuat menyusu
    Hasil pembacaan aku disini,ada beberapa perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan terhadap bayi 
    • Berat bayi mungkin bertambah dengan terlalu banyak jika terlalu pekat bancuhan susu.
    • Buah pinggan bayi mungkin akan rosak.
    • Jika serbuk susu terlalu sedikit diletakkan,berat badan bayi mungkin tidak bertambah.
    Ini cara yang betul membancuh susu formula anak anda.

    Peralatan yang digunakan:-
     satu tin susu formula
     Botol dan puting susu
     Pisau Plastik
     Kertas tisu dapur
    1. CUCI PERALATAN BERSIH
    Gunakan air mendidih untuk membilas peralatan botol susu dan pisau yang disterilkan.Anda perlu menuang keluaran air pensterilan,kemudian menuangkan air mendidih ke atas peralatan tersebut.basuh tangan anda,keluarkan semua peralatan dan letak pada kertas tisu dapur untuk dikeringkan.Lap kering pisau plastik.
    2.GUNA AIR MENDIDIH
    Masak air sehingga mendidih.Jangan gunakan air yuang dididih berulang kali atau dibiarkan di dalam cerek,air dari paip air yang diletakkan dengan penapis air rumah tangga(penapis itu boleh memerangkap bakteria berbahaya) dan air mineral kerana natrium dan mineral mungkin membahayakan bayi anda.Tuangkan air mendidih ke dalam botol susu.isikan hingga ke sukatan yang sesuai.Periksa pada paras mata.Sukatan mesti tepat untuk membancuh susu dalam kepetakan yang betul.
    3.SUKAT SUSU DENGAN BETUL
    Gunakan skup khas di dalam tin susu formula untuk menceduk susu.Ratakan setiap sukatan dengan menggunakan bahagian belakang plastik yang telah disterilkan.Jangan isi hingga penuh padat susu formula dalam skup dan jangan tekan susu formula ke dalam skup kerana bancuhan susu bayi akan menjadi terlalu pekat.
    4.BANCUHAN TEPAT
    Tuangkan setiap skup susu formula ke dalam botol berisi air.Tambah bilangan skup yang dicadangkan sahaja bagi kuantiti air tersebut.Jangan tambah secara berlebihan.Serbuk susu formula akan larut dengan cepat di dalam air panas.
    5.GONCANG BOTOL
    Letak cakera dan gegelang penutup pada botol susu.jangan letakkan puting susu lagi pad masa ini.Tutup botol dengan ketat untuk menghasilkan botol yang kalis udara.Goncang botol dengan baik utnuk memastikan bancuhan susu larut dengan betul.
    Susu siap diminum oleh anak anda.Pastikan susu tersebut adalah hangat kerana bayi lebih gemar susu yang hangat berbanding sejuk.
    Satu lagi kan..kalau kita buat monthly check up,perasan tak nurse akan tanya kita cara kita bancuh susu.Selalunya aku akan letak air panas dan air masak dahulu,baru aku letak susu…korang pulak macam mana,ke ada cara lain atau cara yang aku gunakan ni salah..heeee



  • INFO,  lifestyle blogger,  myreading,  parenting blogger,  Tips

    Amalan makanan sunnah untuk perkembangan Otak Anak Pintar

    Assalamualaikum
    Bila anak dah semakin membesar ni,kerap kali umi mencari makanan apa yang sesuai untuk perkembangan otaknya selain dari makanan yang diberikan,
    Bulan ni,Nur Naura Auni dan menginjak ke angka 9 bulan..Dah ada gigi pun..So,banyak dah makanan yang boleh diberikan kepadanya seperti biskut .
    kalau asyik menu yang sama je,confirmlah dia boring kan..So,pencarian bermula dengan makanan sunnah kerana amalan menjaga pemakanan sejak anak mula makan makanan pejal sangat penting jika mahu anak kita sihat dan bijak.
    Selain mengajar anak-anak mengamalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang mengandungi karbohidrat,protein,lemak,sayur-sayuran dan buah-buahan untuk kesihatan badan dan diet yang seimbang,jangan lupa untuk membiasakan diri mereka untuk mengamalkan makanan sunnah Rasulullah s.a.w.Makanan sunnah bukan sahaja baik untuk kesihatan badan,tetapi juga membantu mencerdaskan otak.
    Percayalah,anak yang terbiasa mengamalkan makanan sunnah akan membesar sebagai anak yang sihat dan bijak dengan izin Allah swt.
    Dari pembacaan aku disini,ada beberapa jenis makanan sunnah yang perlu kita berikan kepada anak kita.

    madu
    1. Madu

    Tak perlu dipertikaikan lagi. Madu lengkap sebagai makanan yang memiliki semua komponen keperluan manusia seperti enzim, vitamin, mineral, kandungan air dan pinocembrin iaitu satu antioksida yang membantu meningkatkan fungsi otak.

    2. Kismis
              

    kismis

    Diperbuat daripada anggur kering, kismis kaya dengan pelbagai vitamin, riboflavin dan folat. Kismis adalah salah satu makanan yang boleh mengurangkan tekanan, melancarkan peredaran darah, merawat anemia, menguatkan jantung dan menerangkan hati selain dari terkenal dengan kelebihannya kepada otak.

    Manakala ramai ulama’ yang menggalakkan pelajar mereka memakan kismis untuk menambah daya ingatan otak seperti Ibni Qayyim sebagai berkata:

    “Sesiapa yang ingin menghafal hadis hendaklah sering memakan kismis.”

    Petikan kitab Tibb an-Nawawi

    3. Kurma
                          

    madu

    Amalan memakan kurma amat digalakkan kepada wanita mengandung bagi membentuk otak yang sihat buat bayi di dalam kandungan. Buah kurma juga telah diiktiraf oleh Rasulullah s.a.w sebagai makanan yang baik untuk otak.

    4. Buah Tin

           

    buah tin

    Kualiti buah tin bertambah seiring dengan kadar pengeringan buahnya. Buah tin memiliki kandungan vitamin, mineral, serat dan antioksida yang tinggi.

    Secara saintifiknya apabila komponen dan keperluan badan adalah lengkap, maka badan akan berada dalam keadaan kesihatan yang optimum kerana mampu berfungsi dengan baik.

    Buah tin banyak membantu menyihatkan sistem pencernaan. Apabila sistem penghadaman sihat maka segala nutrisi dan khasiat makanan dapat diserap dengan sepenuhnya oleh darah.
    Darah yang terhasil adalah lebih berkualiti dan darah ini akan mudah diangkut ke seluruh badan termasuk otak. Bukan sahaja otak mendapat segala kebaikan malah antioksida, vitamin dan mineral dari buah ini juga dapat mengelak keradangan otak dan meningkatkan fungsi otak.

    5. Habbatussauda

       

    habatuss sauda

    Biji hitam ini sangat baik bagi meningkatkan imunisasi badan dan melawan penyakit. Dalam Kitab Sahih al Bukhari Muslim, Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

    “Tetaplah kamu dengan Al-Habah Al-Sauda’ kerana sesungguhnya ia adalah penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam atau mati.”

    6. Minyak Zaitun

        

    minyak zaitun

    Minyak zaitun kaya dengan polyphenols- antioksida semulajadi, lemak sihat, sumber bagi Omega 3 dan Omega 6 yang juga terdapat di dalam ikan, avokado dan kekacangan.

    Antara khasiatnya adalah menurunkan paras kolestrol, mengelakkan masalah jantung, mengawal tekanan darah, mengurangkan tanda-tanda penuaan, menguatkan sistem imunisasi, melindungi dari kesan radikal bebas dan mengelak keradangan.
    Para saintis juga telah menemui bukti bahawa minyak zaitun memberi kesan yang baik terhadap tulang dan kesihatan penghadaman serta agen anti-kanser. Tubuh badan yang sihat membantu otak menjadi cerdas secara tidak langsung.
    Secara khusus kepada otak pula, minyak zaitun membantu meningkatkan keupayaan kognitif dan juga memori. Mungkin kunci utamanya adalah lemak berguna di dalam minyak zaitun yang penting bagi pemantapan kondisi otak kerana 60% komponen otak adalah lemak.

    7. Susu Kambing

        

    susu kambing

    Susu kambing adalah makanan penyembuhan yang terbaik bagi membina otak, sistem saraf dan fakulti mental. Susu kambing mengandungi segala vitamin, mineral, protein dan lemak yang penting bagi pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmitter sekaligus memberi tenaga untuk otak.

    Keistimewaan susu kambing adalah pada nutrisinya yang dua kali ganda lebih baik berbanding susu lembu. Malah kehebatan susu kambing ternyata sama tandingnya dengan susu ibu sendiri.

    Bayi yang minum susu ibu dan susu kambing ternyata memiliki sistem imunisasi yang lebih kuat, lebih cerdas dan pintar berbanding dengan anak-anak yang diberi susu lembu atau susu ibu sahaja.
    Proses penutrisian otak adalah berkait rapat dengan sistem penghadaman yang baik. Melalui sistem penghadaman yang sihat, segala nutrisi yang kaya di dalam susu dapat dimanfaatkan bukan sahaja pada otak malah keseluruh tubuh manusia.
    Lepas ni dah boleh cari makanan-makanan sunnah ni..Dari masa pregnant pun ada juga mengamalkan makanan-makanan ni..Yang penting kita berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita kan…