• Mini gathering,  Uncategorized

    Hadiah Personal Book dari Hernee Nazir

    Assalamualaikum
    Hai korang.. Happy monday ok.. Saja hari ni nak cerita santai-santai je. Dah lama jugak kan tak cerita pasal parenting kan. Ok.. Takpe.. Selagi ada idea nak update entry, tu pun dah syukur. Walaupun ada dua entry yang aku kena up, tapi masih belum ada idea nak buat karangan. 
    Hari tu aku ada cerita pasal Mini Gathering dengan dua orang rakan blogger dari JB ni jugak. Si hernee and kak mia..Insyallah.. Nanti nak repeat lagi jumpa diorang.. kalau boleh nak ramai lagi masa next gathering. Oh ya.. Korang boleh baca entry Mini gathering ni. 
    Dah ramai-ramai berkumpul baru syok kan. Balik dari rumah si hernee ni, bukan tangan kosong ye. Ada je yang dia bagi kat kami ni.. Lebius la puan hernee.. nak tau apa yang aku dapat?? Eleh… Kat tajuk da tahu kan.. personal book yang cute. ada pink.. Ai suka tau
    Tada… Cantik kan. 
    Aku je takde bagi apa-apa kat dia.. Harap lepas ni adalah kan buah tangan untuk dia pulak.. 
  • Mini gathering,  Uncategorized

    Mini Gathering di rumah Hernee Nazir

    Assalamualaikum
    Hai korang..selamat berhujung minggu.. apa aktiviti korang hari ni. Aku hari ni takde buat apa pun.. kat rumah lepak-lepak dengan anak. buat kerja rumah yang tak pernah siap ni.. Hahaha.. 
    bila bersama anak-anak macam-macamlah karenahnya. layankan jelah kan. Bukan senang nak spend masa dengan anak-anak untuk wanita bekerja macam aku ni.. Alah.. Korang pun sama jugak kan.. 
    Oklah.. Sebenarnya nak cerita pasal mini gathering di rumah rakan blogger. Alhamdulillah.. Persahabatan di alam maya kini terus berterusan hingga ke dunia luar. Syukran.. Dari Aeon bukit indah semalam, Terus kerumah hernee. bukan aku sahaja yang datang. tapi blogger top mialiana pun datang jugak tau.. 
    Kak mia, hernee dan aku
    Best.. Makan-makan rumah tuan rumah. Dia masak ketam masak lemak.. Uishhh.. Sedap ko.. 
    Tapi kalau korang nak tau bukan kami je ada mini gathering.. Ni hah. Anak-anak pun sama jugak
    Hah.. Ni hah.. Anak-anak pun terlibat sama tau. Happening sangat mereka. 
    Harap lepas ni boleh together2 lagi.. Syok.. Banyak benda yang kami cerita.. Especially pasal blog.