• food Review,  media invitation,  media preview

    Best Of Johor By Makan kitchen di Double Tree By Hilton Johor Bahru

    Assalamualaikum


    Best Of Johor By Makan kitchen di Double Tree By Hilton Johor Bahru |
    Of course sekarang ni makanan Johor sangat sinonim kan bagi orang Johor tak kira dijual di Negeri mana sekalipun.Ia tetap makanan Johor.Dan yang menyediakannya sudah tentunya mereka yang berasal dari Johor.

    Dan begitu juga yang akan berlangsung di Double Tree By Hilton Johor mengadakan Best Of Johor di Makan Kitchen mulai bulan ogos sehingga september.


    Penggemar makanan Johor seperti asam pedas Johor, Laksa Johor,Ulaman Johor,Dessert Johor dan pelbagai lagi jenis makanan Johor akan disediakan di Hotel Double Tree ini
    .Semalam,aku berkesempatan bersama blogger dan Media lain untuk merasai makanan Johor yang dihidangkan oleh Chef² yang berpengalaman.Antara menu yang menjadi perhatian aku adalah asam pedasnya yang sangat sedap dengan rempah yang cukup untuk memberi kenikmatan kepada asam pedas Johor ni.Memang tak pernah menghampakan makan di sini.Jom lihat menu menarik yang dihidangkan oleh Makan kitchen

     

     

     

     

     

     

     

     

    DESSERT YANG DISEDIAKAN

    Paling sedap Durian Cake ni.Pulak tu dihidangkan sejuk-sejuk.Bila masuk mulut rasa tak boleh nak stop makan oii..Memang peberet bila datang ke sini.Meh lihat senarai menu yang disediakan untuk Best Of Johor By Makan Kitchen di Double Tree By Hilton Johor Bahru

    START WITH

    ulam ulaman dengang aneka sambal

    Rojak buah-buahan dengan keropok malinjo

    Urap pucuk ubi

    Urap Jantung pisang

    Kacang Pol dengan bahan-bahan sampingan

    SOUP

    Sup ayam berempah dengan lobak dan kentang

    MAIN COURSE

    Nasi beryani Johor

    Rendang Tulang rusuk

    Otak-otak stim dengan kuah laksa

    Ayam ungkep

    Asam pedas Ekor Lembu

    Kambing Kuzi

    Chicken Makhani

    Slupper Lobster Tandoori

    Assorted Naan bread

    Prawn Supreme soy sauce

    Steamed Grouper Fish with Fungus and Beancurd skin

    Loh han cai vegetables

    FROM THE GRILL

    Puyuh percik

    Pais ikan Tenggiri

    Pepes Ayam

    Paru sambal skewer

    NOODLES

    Mee rebus Tulang

    Laksa Johor

    DESSERT

    Tempe goreng ,pisang goreng dan sambal kicap

    Kuih Lopes dengan gula Melaka

    Kuih kacau keledek

    Kuih kole kacang

    Sago Gula Melaka

    Durian Cake

    MINUMAN
    Cendol pulut durian

    Coffee/Tea

    So,korang yang nak merasai makanan Johor ni boleh ke Makan Kitchen Level 1 di Double Tree By Hilton Johor pada tarikh yang disertakan di bawah ini

    BEST OF JOHOR by MAKAN KITCHEN

    1st Aug – 30th Sept 2018

    Mon – Thu | 6.00pm to 10.00pm

    Sun | 6.30pm to 10.30pm

    HARGA

    RM102 Nett per Adult

    RM51 Nett Per child

    TEMPAHAN

    Call : +607 268 6868

    Email : Johorbahru@hilton.com

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com