• Lunch

    Minum Costa Coffee di Shell

    Assalamualaikum

    Hai korang.Cerita jumaat lepas,memang dah lama aim nak minum kopi yang sibuk dihebohkan oleh rakan blogger.

    Kebetulan dekat je dengan rumah dan tempat kerja.Share pulak cerita dengan officemate yang memang kaki kopi,tengahari lunch tu,dia ajak.

    Bila dah ada orang ajak,haruslah join jugak.Aku ni bukan lah hantu kopi sangat,tapi kalau dapat segelas kopi or nescafe pun dah ok.Tapi sejak sakit jantung ni,terpaksalah kurangkan sikit keinginan untuk selalu minum kopi.

    Costa Coffee ni aku tak pernah dengar kat mana-mana sampailah rakan blogger bagitahu aku.Harga dia not badlah,tak.semahal Starbuck.Satu cawan Costa Coffee ni kalau tak mix dengan apa-apa taklah mahal,dalam rm10 je.

    Costa Coffee.aku pilih cappucino.

    Not bad rasa coffee ni.Yang bestnya Costa Coffes ni adalah dia adalah mesin self service.

    Pilih cawan,letak kat tempat tu,dekat screen tu korang boleh pilih samada nak cappucino,espresso,hah..macam-macamlah.

    Lepas tu Boleh add hazelnut ke,gingger,nak lebih gula,semua ada

    Last,dah siap machine ni akan keluarkan resit.Terus boleh bayar di kaunter.

    Bukan itu sahaja,di sini korang boleh dapatkan side dish macam muffin atau sandwich.So boleh la nak rileks sikit kat sini sambil update blog.

    Officemate yang join minum kopi…hehehe.aku amik gambar dia sebab gambar yang aku mintak tolong adik tu ambilkan,nampak aku gemuk..hehehe
    So,warga pasir gudang yang sukakan coffee,recommended datang sini.Shell ni terletak dengan traffic light nak ke Econsave di Taman Cendana.
    Datang lagi???Haruslah,lepas ni nk cuba yang lain pulak.

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • food Review,  Lunch

    Lunch di Hj Abu Soto Power

    Assalamualaikum

    Hai korang☺☺Barulah kan nak up cerita rabu lepas.Actually memang dah lama pun nak ke sana.Lama weh tak pekena Soto nasi Hj Abu ni.

    Actually,dah banyak kali jugaklah kan makan kat sana.Dulu aku ada ceritakan tentang lunch kat sana dalam entry Pekena Hj Abu Soto Power.Kalau rajin korang bacalah ye.Kalau korang dah pernah pergi ke kedai ni,pasti korang dapat bezakan di antara soto yang pernah korang makan.Serious ramai yang cakap berbeza.Kalau tengahari ke sana,lambat je,memang lah kena menunggu giliran untuk makan.Makanan pun takde lah mahal sangat.

    Tengahari tu aku and officemate makan kat situ.Nampaklah perubahan kedai yang baru ni..mungkin lebih selesa.

    Soto Hj Abu Soto Power

    Nilah menu kami pada tengahari tu.ada jugak antara officemate aku yang order mee hoon soto.Nak order yang double boleh jugak.Sebab soto ni kalau ikut tekak aku,sikit je..hahaha…Tapi disebabkan aku order tahu,so kenyanglah sikit.

    Harga soto tu rm5.00 tak silap aku.Soto ni semua makan dengan sambal special tau.Bukan sambal kicap yang selalu kita dok makan.Macam sambal bakso lah jugak..

    Tahu tu pulak harga dia rm4.50,ni  kalau tak silap aku tau..Tapi oklah kan,ramai tau penggemar kedai ni.Kot korang berada di kawasan pasir gudang ni,bolehlah terjah kedai ni.kedai ni terletak di Kampung pasir putih.Berdekatan je dengan kedai seafood.Senang nak mencari.

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com