• aktiviti,  kisah raya,  kisahsidairy.com

    Cari Makanan luar dan beriadah

    Assalamualaikum
    Hai korang☺☺ ok,moh ler kita throwback cerita cuti raya minggu lepas.Dalam kepala ni sebenarnya banyak nak cerita,tapi nak sorting dulu gambar,nak buat itu ini,ambil masa jugaklah kan.
    Bila dah raya ni,memang takkan jumpa lauk ikan,telur,ikan masin tu semua.Dari raya pertama je dah jumpa ayam,udang,daging, dan lauk-lauk raya yang lain.Sampai lah raya ke tiga ,Kalau ada lebih ayam,selalunya mak akan beli lebih ayam,senang nak masak.So,akan jumpa ayam sahaja dalam minggu tu.Beraya rumah orang pun jumpa ayam..Oh ayam..Sampai dah muak tengok ayam.Tapi bila dapat makan ikan masin,sayur bening tu pun dah rasa nak menambah dua tiga kali.
    Bila aku dah balik ke kota tinggi,adik yang beraya di rumah mertua pun dah balik ke kota,so adalah plan dan aktiviti kami semua.Ayah dan mak pun still tak bekerja lagi..Dari malam sebelum sabtu lagi kami dah plan nak cari sarapan kat luar.Ayah suggest kedai mamak..Oh ayah dan kedai mamak tak boleh nak dipisahkan.Apa yang dia suka di kedai mamak adalah makan Tosei.Tak tahulah ejaan tu betul ke tidak.Ikut korang la nak gayakan macam mana..haha.So pepagi lagi dah kejutkan anak-anak untuk mandi.
    Dengan menaiki 2 biji kereta,penuh mampat,kami ke Bandar penawar.Al maklum kampung takde mamak.Nak kena makanan mamak kena pergi ke sana.
    Penuh kami satu meja sampai ke hujung tu.Ayah of courselah pekena tosai dengan roti telur.Yang anak-anak nasi lemak dan aku just makan Roti telur cheese.It’s my favourite tau.
    Lepas pada makan-makan tu,mak ajak pergi tengok kolam mandi yang dulu dalam pembaikkan.Tapi sekarang ni dah siap.So kami dah warning awal-awal tak boleh sebab anak-anak tak bawak baju.Untunglah diorang bila nampak kolam taknak mandi.Last-last kami pergi ke Tasik Bandar penawar.Kat situ boleh beriadah,anak-anak boleh main playground kat situ.Mak-mak boleh selfie…hehehehhe.
    Puan blog yang wajib selfie

    Puan blog dengan husband
    Memang payah weh nak ambil gambar bersama kalau tak ya..
    Ni pun confirm dia bising aku masukkan gambar…hehehehe.
    Tapi dia amat sporting.heheh

    Me,my mom and sister

    Adik beradik perempuan dalam keluarga kami.Ini jelah..
    Mana anak-anak? diorang dah pakat pi terjah playground tu,atok tolong jagakan cucu-cucu hehehe..
    Lepas pada tu kami balik sebab dah tengok anak-anak macam dah mandi peluh semuanya.Sihat nampak diorang tu.
    uih..nak tau,petang tu kami pi balik bandar penawar ni,nak mandi kolam..nanti aku cerita bab mandi kolam tu ye.
  • kisah raya,  kisahsidairy.com,  lifestyle blogger

    Seronoknya Berkumpul

    Assalamualaikum
    Cerita raya lagi lah kan..Selagi tak habis bulan raya,memang takkan pernah habis la ceritanya ni.
    Part paling gembira bila hari raya ni adalah bila adik beradik dapat berkumpul.Bersama-sama di pagi hari raya.Masak sama-sama,makan sama-sama dan beraya bersama-sama.
    Alhamdulillah,tahun ni memang turn beraya di belah aku,so adik beradik pun tahun ni ramai yang beraya di sini juga,tentulah seronok.Cuma abang yang tua je tahun ni tak dapat beraya dengan kami sebab belah kelantan ada buat kenduri kahwin..emmm..takkanlah dia tak balik kan..Terpaksalah merelakan mereka beraya di sana.
    Bila dah ramai-ramai berkumpul ni,pulak tu dengan anak-anak yang masih kecil,seronok juga.Melayan mereka,walaupun kadang kala yang tua-tau tu macam tarzan tak hengat marah bila anak buat perangai..hahaha..Tapi detik itulah yang akan dirindui..Bila diorang dah besar,dah jadi anak dara,mana ler nak buat perangai macam budak-budak kan..entah-entah mereka semua buat hal sendiri-sendiri dah..Tinggallah mak-mak ni hah dok tengokkan je diorang tu.
    Bila nak kumpulkan budak-budak ni,nak ambil gambar raya pun payah..Ade je peel mereka yang buat makcik-makcik dia geram..Family aku memang ramai anak-anak yang masih kecil.Yelah masing-masing ramai yang baru 13 tahun berkahwin..yang lain-lain tu belum sampai 10 tahun…tu yang anak kecil-kecil lagi.
    Ini je yang ada..Yang lain balik rumah mertua…Tu pun ada lagi yang tak bergambar.
    Bila tengok balik gambar-gambar raya,macam tak puas berkumpul.Bila gaknya boleh berkumpul lag i ni..Aku bila dapat berkumpul ni,handphone pun aku tak pandang..hahaha..Apatah lagi nak ambil gambar..Ni pun camera sruh adik aku yang pegang..Kalau camera pada aku,boleh kira gambar yang diambil kan.