• Informasi,  Zakat fitrah

    Senarai Kadar Bayaran Zakat tahun 2018

    Assalamualaikum

    Senarai Kadar Bayaran Zakat  tahun 2018 | Ada ke yang masih belum bayar zakat fitrah ni.Sekarang ni senang je nak membayarnya.Bayaran zakat secara online pun telah diperkenalkan.Korang boleh rujuk di SINI untuk pembayaran zakat melalui online.

    So wajiblah kita membayar zakat supaya zakat kita tu dapat menolong mereka yang tidak berkemampuan.Di bawah ni aku share kadar bayaran zakat fitrah bagi setiap Negeri.Senang korang nak rujuk.Nanti takdelah korang confuse berapa bayaran untuk tahun 2018 ni.

     SENARAI KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH TAHUN 2018
    Zakat Fitrah perlulah diselesaikan pada  awal ramadhan bagi membolehkan pengagihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum hari raya puasa.Senarai kadar zakat fitrah ini adalah  berdasarkan sumber rasmi dari Majlis Agama Islam di setiap Negeri.

    KADAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT NEGERI BAGI TAHUN 2018/1439H

    1. KADAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT NEGERI PERLIS – RM7.00
    2. KADAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT NEGERI KEDAH – RM7.00
    3. KADAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT NEGERI PULAU PINANG – RM7.00
    4. KADAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT NEGERI PERAK – RM7.00
    5. KADAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT NEGERI SELANGOR – RM7.00
    6. KADAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT NEGERI W.PERSEKUTUAN – RM7.00
    7. KADAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT NEGERI NEGERI SEMBILAN – RM6.50
    8. KADAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT NEGERI MELAKA – RM6.70
    9. KADAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT NEGERI JOHOR – RM7.00
    10. KADAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT NEGERI PAHANG – RM7.00
    11. KADAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT NEGERI TERENGGANU – RM7.00
    12. KADAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT NEGERI KELANTAN – RM7.00
    13. KADAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT NEGERI SABAH – RM7.00
    14. KADAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT NEGERI SARAWAK- RM7.00
    So..korang dah boleh bayar zakat dari awal ramadhan tau.Laksanakanlah awal supaya mereka yang susah dapat sama meraikan hari raya dengan penuh kesyukuran.


    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com


  • Informasi

    Sate Tuna-Menu terbaru dan pulangan Modal terbesar kepada Usahawan

    Assalamualaikum
    Hai korang???ni aku nak tanya,ada tak kat sini yang minat makan sate.Selalunya korang hanya jumpa sate ayam,daging,rusa dan seantero dengannya kan.
    Pernah tak korang dengar pasal Sate Tuna..

    Sate Tuna,produk makanan terbaru pencinta Sate

    Meh aku cerita serba sedikit tentang Sate Tuna ni

    Sate Tuna dihasilkan seratus peratus daripada ikan Tuna Sirip Kuning(Yellowfin Tuna) yang lazat dan kaya dengan khasiat Omega3.Kandungan vitamin yang tinggi(42%) serta rendah kalori berbanding sate ayam dan daging dikira sesuai untuk penggemar sate yang mementingkan kesihatan.

    Berasaskan nutrien dan khasiat isi ikan tuna ikan ini,sate tuna merupakan satu lagi menu pilihan bagi pengamal diet sihat.Produk baru ini juga secara tidak langsung menyokong industri huluan dan hiliran berkaitan Tuna.

    Di Ampang satu menu terbaru ini diperkenalkan sekaligus memberikan pulangan besar melebihi RM5,000 sebulan kepada usahawan tempatan.

    Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Ceek,Sate Tuna merupakan porduk inovasi baharu Jabatan Perikanan Malaysia yang diperkenalkan semasa MAHA 2016 yang lalu,merupakan satu produk galakan promosi haislan Tuna,bersesuaian dengan industri penangkapan  tuna yang sesang berkembang di Negara ini.

    Turut hadir, Datuk Ismail Abu Hassan, Ketua Pengarah Perikanan dan Zulkarnain Abdullah, Pengurus Besar Satay Station Sdn. Bhd.

    Tambah Shabery, sebagai permulaan untuk mempelbagaikan varieti sate yang sedia ada di pasaran di samping memberi kelainan dari segi rasa, nutrisi dan pilihan kepada pengguna, syarikat usahawan Francais Sate Tuna dari Labuan akan membekalkan bahan mentah seperti ikan tuna bagi dijadikan sate tuna kepada 11 rangkaian perniagaan Satay Station di Lembah Klang dan cawangan yang terbaru adalah di KLIA2. Pembukaan cawangan baru di KLIA2 ini diyakini mampu memperkenal sate tuna ini bukan sahaja kepada warga tempatan, tetapi juga pelancong asing di mana KLIA2 merupakan salah satu pintu masuk utama ke dalam negara.

    Kerjasama dengan Satay Station adalah satu langkah strategik antara kedua-dua pihak kerana rantai kerjasama ini adalah saling melengkapi dan saling menguntungkan kedua-dua pihak, jelas beliau.

    Mengulas mengenai pelancaran sate tuna ini, Shabery menjelaskan bahawa pihaknya akan terus giat melahirkan usahawan Francais Sate Tuna untuk meluaskan lagi promosi dan pasaran sate tuna di seluruh Negara. Ini merupakan satu langkah ke hadapan, bagi menampung keperluan permintaan pada masa akan datang bersesuaian dengan industri penangkapan tuna yang sedang berkembang maju.

    Ternyata, peluang perniagaan baru sebegini perlu direbut oleh para pengusaha kerana pasarannya masih luas,” kata Ahmad Shabery.

    Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) turut menyediakan kemudahan pembiayaan di bawah TEKUN Nasional bagi memulakan perniagaan Sate Tuna melalui skim TemanNita dan TEMAN TEKUN kepada para usahawan yang berminat dengan perniagaan ini.

    Sementara itu, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menjangkakan dengan penggunan teknologi dan usaha penambahbaikan resepi bersesuaian dengan citarasa tempatan serta promosi berterusan, permintaan ke atas produk baru sate tuna ini boleh mencecah sehingga 50 ribu cucuk sebulan di seluruh Malaysia dan dapat memberikan pulangan keuntungan kepada pengusaha/individu melebihi RM5,000 sebulan.

    Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
    Unit Komunikasi Korporat
    Jabatan Perikanan Malaysia
    Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
    No. Tel​: 03 – 8870 4234
    No. Faks​: 03 – 8881 0343
    Email​: ukk@dof.gov.my ; pro@dof.gov.my