• hujung minggu

    Pertama Kali masuk Johnny’s Restaurants

    Pertama Kali masuk Johnny’s Restaurants| Hai korang,boleh dikatakan entry throwback jugaklah ni bila gambar ni terperam lama kat draft.Super busy nak siapkan event Buffet Ramadhan.Jadinya entry personal terpaksalah ditunda sehingga ke hari ini.

    Actually,aku memang dah lama nak masuk Johnny’s Restaurant ni,tapi memandangkan setiap kali nak masuk sini,husband aku cakap,kenyang ke?Terus pi melencong ke tempat lain.

    So,hari tu dia ada keinginan nak masuk sebab kat dalam tu bukan stemboat je,malah ada je ala carte.Di sini kami order dua-dua iaitu steambot dan juga alacarte.
    Steamboat tu,kami order dua pax je.takde banyak pun,cukup untuk kami bertiga.Si kenit tu bukan makan sangat pun.

     

    Sempatlah kami berdua berwefie.Itu perkara wajib yang kami buat sentiasa okeh!! Alah korang pun sama jugak kan.
    Di bawah ni antara menu yang kami order pada hari tu.Tapi aku lupa nama makanan yang aku order tu.Tapi semuanya sedap

     

     

     

    Lepas dah memenuhi permintaan perut,maka kami berjalan-jalan cuci mata.Lepas puas kami cuci mata dan cuci poket.ok time to balik untuk restkan kaki..

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • aktiviti,  hujung minggu

    Makan Cendol Durian Viral di Al-ameen Aiskrim dan Cendol

    Assalamualaikum

    Hai korang☺☺Throwback hujung minggu yang lepas.Masa tu kakak ada dengan aku.Saja ambil dia kat kampung sebab aku plan nak ke Melaka minggu depannya.Aku ada ceritakan kisah tu di entry Percutian singkat Melaka-Pahang.So sebab tu aku ambil dia awal sikit.

    Sebelum tu,sempatlah bawak kakak pusing-pusing pasir gudang.Plann nak cari pampers dan susu adik di UO yang kebetulannya memang ada sales.

    Alang-alang dah kat situ,cubalah juga Cendol durian Viral di pusat bandar pasir gudang ni.Alah,alang-alang nak menunggu kakak main scooter,singgahlah minum kat situ.

    Kakak dan scooternya.Adik pulak tak pandai main.so adik duduk je lah dengan umi diam-diam

    Kakak kalau jumpa yang macam ni dia memang suka sangat.Mesti nak pau umi dia.Tapi takpelah,sekali sekala umi dengan dia.Layankan jelah dia.

     Kedai Cendol Durian yang Viral di Pasir Gudang.
    Aku tak sure berapa satu bekas ni.Tapi total damaged untuk 3 dalam RM45 tak silap aku.

     Pada korang yang tak makan sangat benda ni,aku syorkan korang kongsilah laki bini.sebab apa,portion dia besar.Sedangkan aku makan pun tak habis.phew…memang banyak tau

    Husband dok expect ada durian sebutir dalam tu,membuatkan dia rasa tak puas hati takde durian seulas kat situ..hahaha..Mybe dia dah siap-siapkan supaya senang nak hidang.Dalam bekas kecil tu lah durian.Diorang memang asingkan durian tu.

    Kotlah korang tiba-tiba tak suka durian kan.Hah…so dah mencuba,jadi dah taulah rasanya macam mana.Nak ulang lagi makan kat situ,emmmm..tak lah kot sebab aku tak berapa nak minat sangat.Banyak sungguh kan makanan yang viral sekarang ni.Kalau boleh semua nak mencubanya.Tapi tulah,tepuk dada,tanya selera.Kalau tak menyinggah di UO memang tak rasa lah Cendol durian ni tau.

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • hujung minggu,  kisahsidairy.com,  nur awfiyah

    Nur awfiyah dah pandai mengurat!!

    Assalamualaikum
    Hamboiiii…tak sempat nak draft entry dari pagi tadi…adeh…maklum la hari minggu..so lambatlah bersiaran..melayan anak dara sorang ni, sesambil melayan mata..bhaha…nak ken topup tidur untuk malam pulak..sat gi nak sambung beraya pulak..
    Nak beraya rumah abang yang sejK 1st raya tu, masih lagi tak sempat nak pi beraya di rumah dia..sesambil tu, nak pi beraya di rumah ex-schoolmate..agak agak mood awfiyah ni ok x hari ni…emmm..tak taulah…
    Eh..saje je nak post gambar anak dara sorang ni dengan cucu sedara…eh..aku dah jadi nenek ke..ambooiiii, tuanya kau!!!!!

    Ececeh..anak dara sorang ni, masa snap gambar ni, dia dok menjerit-jerit…isk..isk..please behave ye anak…
    Oklah korang..selamat berhujung pintu…
  • hujung minggu

    Selamat BerHujung Minggu

    Assalamualaikum
    Salam pagi ahad.Selamat berhujung minggu semua.Bila berhujung minggu nie, banayk aktiviti yang boleh dilakukan bersama sama keluarga kan..Masa nilah boleh menikmati bersarapan bersama, Makan tengahari bersama dan bersantai bersama keluarga..
    Apa aktiviti korang hari ni.seronok kalau dapat bersantai di tepi pantai..oopssss..Harap korang jauhkan diri dari bermain laut ye.Musim musim macam nie, memang tidak sesuai untuk mandi laut.Yelah dengan cuaca yang sejuk dah macam kat genting tu…hehehe…tipu..taklah macam kat genting sangat..Tapi kalau kat kampung aku nie, pepagi memang tak sah kalau tak pakai sweater atau cardigan..yelah..sejuk dah lain macam je.Sampaikan tidur malam pun dah tak payah nak bukak kipas atau air cond..Sure dah sejuk..
    Apa pun aktiviti korang hari nie, just take care urself ye…Jaga diri dan kesihatan.
    Selamat berhujung minggu…