• homecook,  kisahsidairy.com

    Homemade Chicken Nugget Untuk Awfiyah

    Assalamualaikum
    Cerita hari minggu yang lepas.dah melapuk cerita baru nak up kat blog.Tapi takpelah…saja nak cerita je.Kalau nak mengadap blog kat rumah memang tak boleh la,melainkan anak dara dua orang tu dah tido.Baru boleh pegang handphone.
    Kalau tak awfiyah je yang pegang handphone ummi dia..Hujung minggu yang lepas,buatkan dia Homemade chicken Nugget.Ala…bukannya susah pun buatnya..cuma perlukan kerajinan je buatkan untuk dia.Lagi pulak sekarang ni payah betul nak makan dan menyusu.Badan pun dah nampak susut.
    Kalau korang nak resepi boleh scroll kat bawah.Ni pun aku google masa nak buat tu.Saja aku share kat korang jugak macam mana nak buat Homemade chicken nugget ni
    • Isi ayam
    • Tepung
    • Telur putih
    • Garam
    • Lada hitam 
    • Kentang(ikut suka korang nak masukkan apa kat dalam nugget tu)
    -Isi ayam tu di kisar halus,aku guna blender je ayam tu.Tapi jangan letak air dalam tu ye.
    -Bila dah hancur,keluarkan isi ayam dan letak garam dan lada hitam sikit.Kalau buatkan untuk anak,
      Make sure,letak sikit je.
    – Lepas tu korang bentukkan la ikut citarasa korang.mungkin lembik sikit,tapi takpe..biarkan je..
    -Dah siap korang bentukkan,masukkan dalam telur putih dan golek-golekkan dalam tepung.
    -Siap…samada korang nak simpan dalam peti ais atau terus di goreng
    Memang nampak tak kreatif kan ummi awfiyah..Janji ko boleh makan nak!!..ummi tak dan nak beli acuan yang comel-comel.Jadi itulah hasilnya
    Taraaaa…Dah siap Homemade chicken Nugget untuk fiyah dan ummi dia..Sodap!!!
    Sama dengan chicken nugget yang beli kat luar tu.
    ok lah kan untuk anak tersayang..Hari minggu yang lepas pun ummi buatkan dia ice cream..nanti cerita kat lain entry eh!!

  • foodporn,  homecook,  kisahsidairy.com,  lifestyle blogger

    Teringinkan Cekodok Pisang

    Assalamualaikum
    Cerita ni dari pagi tadi.Start dari hidupkan enjin kereta nak ke tempat kerja lagi,otak ni dah ligat nak cari sarapan apa.Tetiba teringat kat cekodok pisang yang pernah aku beli dekat aatu kedai ni dulu..
    Tapi malangnya yang dicari takde dah kat kedai tu.Siap tanya kat akak kedai tu.Dia kata dah lama tak buat.Pasrah jelah kan nampaknya.Mybe takde rezeki baby nak makan.
    Sampai ke petang pun still ingat lagi kat Cekodok pisang.Tetiba teringat mak ada bagi pisang emas masa balik minggu lepas.

    taraaaa….ada sikit lagi tu..Memang cukup sangatkn nak buat
    Maka dengan gigih dan tak sampailah berjam jam kat dapur tu,akhirnya siap apa yang diinginkan..
    Dah pun selamat masuk dalam perut..Kena pulak dengan teh O panas kan..Memanglah ummmphhh..
    itu saja untuk minum petang hari ni.mood ibu mengandung ni memang tak boleh nak di jangka kerajinannya..hehe