• Hari raya

    Menu Hari Raya Kami

    Assalamualaikum

    Hai korang..Wah..ramai lagi eh yang bercuti.Bestnya lah kan..Dapat cuti lama.Actually ok je kalau nak terus direct sampai hujung minggu ni.Tapi disebabkan Annual leave pun tak berapa nak ada.So kita agak-agak jelah bercuti.

    Nak beraya,sabtu ahad masih ada.Raya kan sebulan.Bercerita pasal hari raya ni kan.Menu wajib yang korang sediakan semasa hari raya..Apakah?Kalau family aku ni,macam biasa je.Yang penting ia dimasak oleh Mak .Barulah rasa syok tak hengat.Dalam satu hari tu berapa kali gaknya aku makan pun tak taulah.Habislah berat makin naik.

    Meh sini aku nak share sedikit menu raya kami pada hari pertama beraya.Disebabkan tahun ni adalah turn keluarga aku,maka persiapan banyaklah yang aku tolong.Dan antara ahli keluarga yang paling tua dikalangan adik beradik aku.Aku anak kedua.So disebabkan abang aku beraya di Kelantan,tu yang aku balik awal sikitlah.Rabu malam khamis aku dah sampai ke kampung.Ala..takat kampung 45 minit je dah sampai.hehehehe..So pagi khamis tu aku dan mak ke pasar.Walaupun ada je barang yang dah dibeli dulu,tapi ada lagi yang perlu dibeli.Bukan setakat untuk makan raya,malah stock untuk selepas raya seperti ikan dan sayuran lain.Yang tu wajib dibeli tau.Selalunya makanan raya ni,sampai raya kedua je .Raya ketiga dah habis dah pun.Takde yang tinggal pun.

    Lodeh

    ketupat/segera dan ketupat daun wajib ada

    ayam masak merah

    lemang

    sambal kacang

    rendang ayam

    sate ayam
    Itulah antara menu yang disediakan di pagi raya.Biasanya hari raya pertama kami memang tak kemana pun.Lepas solat hari raya,bergambar sakan satu keluarga.Entry gambar raya pertama kami ada di link SINI
    Paling wajib ada  adalah kuah kacang.Kalau aku memang kuah kacang menjadi pebret dari dulu hingga sekarang tau.Tak makan lain pun takpe.Janji ada nasi himpit dan juga sambal kacang.Nak resepi sambal kacang boleh refer entry INI
    Tahun ni nak cuba untuk buat rendang sendiri..Tak taulah menjadi ke tidak..Nanti kita tengok eh…hehehehe

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • Hari raya

    Selamat Hari Raya Aidilfitri

    Assalamualaikum

    Selamat hari raya Aidilfitri di tahun 2018.Alhamdulillah,dah pun sampai ke hari raya yang keempat nampaknya. Dan tentunya dah beberapa hari jugaklah kan blog tak berapa nak hapdet gara-gara sibuk beraya dan yang paling penting No internet connection. Kalau hari pertama sampailah hari raya keempat ni, confirmlah internet ni speed slow. Sampai nak buat status kat fb pun sangkut tau. 

    Untuk entry pertama di hari raya ni, nak juvaklah up gambar family kan. Alhamdulillah tahun ni #teamrayajohor. So, meriah sikitlah kan.. 

    Nak bergambar group ni merupakan satu cabaran tau untuk aku. Nak kumpulkan anak-anak ni, rasa macam dah boleh jadi mak ko hijo tau. Kalau dah lama sangat, bebudak ni cepatlah bosan,ada jelah karenah yang boleh buat mak pak tak sabar.. 

    Oh ya, tahun ni, kami pilih royal blue sebagai tema hari raya kami. Walaupun ada jugak yang keluar dari warna tema kami, tetap dimaafkan atas sebab-sebab tertentu. 

    Ada lagi adik beradik yang tahun ni giliran mertua

    Gambar family kecil kami
    Tengok jelah gambar ni. Punyalah payah nak buat mereka pandang kamera. Sabau jelah kan. Teringin nak buat photoshoot raya satu family. Tengoklah nanti macam mane.. 
    Korang pulak?? Selamat hari Raya korang.. 

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • Beauty tips,  Hari raya

    Menu Hari Raya AidilAdha 2017

    Assalamualaikum

    Hai korang?Amboii,mentang-mentanglah kan raya,nak update blog pun macam taknak je..hehe.

    Apa menu wajib korang untuk raya haji ni.Adakah sama dengan raya puasa aidilfitri.Banyak ke ibadah Qurban tahun ni.

    Menu kami untuk aidiladha sama je dengan aidilfitri.Wajib disediakan.Tapi kadang-kadang ada jugaklah menu lain yang kami sediakan.Biasa kalau raya haji kami tak berjalan ke mana pun.Duduk rumah makan tidur,makan tidur jelah kerjanya.

    Tapi sayangnya lodeh kamo tak tahan lama.Sebab pagi tu tengok santan dah basi,masalahnya santan dah masukkan baru tau rasa dah tak sedap.Lagipun ada campuran tepung dalam santan tu.Sakit pula hati ni.
    Kalau pasal santan ni,bukan baru pertama kali terkena,tapi dah banyak kali dah.Tapi dalam entry ni aku malas nak cerita lagi..

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • Hari raya

    Tetamu Syawal

    Assalamualaikum
    Hai korang☺☺ Nak cerita lagi bab beraya ni.And korang sedia maklum,tahun ni aku beraya di Melaka kan.Korang boleh baca entry beraya di entry Hari Raya Pertama Kami
    Actually ramai jugak kawan-kawan lama aku yang dok menanyakan bila nak beraya di Johor.Yelah.turn diorang beraya di Johor,nak jugak ziarah kawan-kawan lama kan.Lepas balik Johor,terus aku roger-roger kawan-kawan aku di sini.Hah..Aku ada entry yang mungkin korang belum baca lagi.Aku ada up entry di Beraya di Johor pula.
    Bila dah balik ke Johor,of courselah beraya di rumah kawan-kawan dan saudara mara kat sini.Gambar banyak aku tak snap.oh..rugi tau..
    Tapi malam tu,diorang dah pakat nak beraya rumah walaupun tak semua yang datang.Tapi ada satu pasangan yang special yang aku nantikan malam tu.Ada schoolmate aku tu,dia dah J sejak mungkin 2 tahun yang lalu.tapi aku tak pasti.Entah macam mana,berjumpa pulak dengan schoolmate kitorang jugak.Uih..of course tak sangka tau.alahaiii sweet sangat.Masa diorang kawen tuari aku tak sempat nak datang sebab aku ada hal lain.So masa nilah yang aku tunggu-tunggu.
    Ni di antara yang hadir malam tu.Actually ada beberapa orang lagi kawan lelaki aku yang tak de dalam gambar ni
    kengkonon pemalu lah  tu..Tuan rumah je tak berapa nak malu bila bergambar…hehehe…Thanks korang sebab sudi datang rumah..Insyallah.tahun depan kita buat gathering besar sikit.Tak sempat nak masak ape sangat.So,makanlah kuih raya je..alah…kesian tetamu.Actually sebelum diorang datang,aku dah pi beraya di rumah makcik aku,nasib baik kebetulan sorang lagi makcik takde,so aku cepat-cepat balik lah kan.
    Bila berjumpa dengan mereka ni,hadoiii…banyak kot cerita,.so,terpaksa pendekkan sebab dah malam sangat..laki dok kerling-kerling ajak balik…hahahaha…
    Persahabatan insyallah takkan terputus.Dari kami tingkatan 1 sampailah sekarang..alhamdulillah…
  • Hari raya,  rakan blogger

    beraya kami hari ini

    Assalamualaikum
    Hai korang??huh!! Barulah dapat pegang phone dengan tenang.tanpa gangguan.
    Actually,banyak cerita nak diceritakan.Tapi memandangkan puteri-puteri umi ni,memang tak boleh tengok umi atau babah pegang phone,terpaksalah membatalkan niat nak update.Sebenarnya hari ni kami sekeluarga beraya di rumah kawan blogger umi.Hah..tu nanti umi cerita bila dah dapat gambar dari kawan umi tu ye.Buat masa ni peramkan dulu.
    Nak jugak berposing sakan dengan rakan blogger umi tu,tapi tulah,seperti yang umi katakan tadi,memang tak boleh nak pegang phone.Terutamnya si adik tu.So harapkan handphone kawan umi tu jelah.
    Dari rumah tadi dalam pukul 11 lebih.Sampai dirumah kawan blogger umi dalam pukul 12 lebih.
    Kakak,umi dan adik naura.Umi terpaksalah duduk belakang memandangkan bila umi duduk depan,dua beradik ni pakat nak duduk depan jugak.So taknak bergaduh,umi duduk belakang.Babah terpaksa layankan diri sorang-sorang lah kan.
    Balik je dari gelang patah,kami singgah di rumah maklong dan malam sambung pergi ke runah terbuka kat taman tu.Hah..nilah baru balik rumah.Tapi kakak pulak dok melekat rumah maklong,taknak ikut balik budak sorang tu.Bila dah ada kawan,lupalah dia dengan umi ni hah.So baliklah umi,adik dan babah.Esok baru ambil kakak.
    Ok..sambung esok..masa untuk tidur..night..
  • Hari raya

    Beraya di Johor Pula

    Assalamualaikum
    Hai korang?? alahaiii..dah raya ke 5 weh..ada yang dah naik bekerja dan ada jugak yang masih bercuti.
    Kalau dari raya pertama lagi,eh sebelum raya lagi,aku beraya di Melaka.maklumlah #teamrayarumahmertua katakan.So,semalam dah balik ke johor.Alhamdulillah,perjalanan semuanya ok je.Ada sikit jammed,tapi takdelah teruk sangat.
    Sempatlah singgah di rumah cousin sempena majlis aqiqah anak dia.Sampai di kota tinggi pun dah petang.Dalam pukul 5 agaknya.Hujan lebat di beberapa tempat.
    Nasiblah adik beradik masih lagi di rumah mak.Tahun ni kiranya team beraya rumah mertua..
    Ni diantara adik beradik aku yang ada..Nak beraya di rumah sanak saudara kat sini pulak.
    Korang pulak ke mana hari ni
  • Hari raya

    Hari raya pertama kami

    Assalamualaikum
    Hai korang??amboi..amboii..bukan main dekat wall fb,meriah dengan baju raya yang colorfull,kemahin cantik masing-masing.
    Seronok pulak aku tengok diorang bergambar..macam-macam posing lagi.
    Of courselah kan,setahun sekali je dapat bergambar ramai-ramai ni.Sempatlah mrngabadikan banyak gambar tadi.Cuma tak sempat nak ambil gambar makanan.Alah biasa je gambat makanan tu,sama je..Rendang,ketupat,lodeh dan kuah kacang tu antara menu wajib yang mesti ada bila hari raya.
    Oklah..nak sambung cuci baju..ni aku up sikit gambar kenangan abadi untuk blog ni.
    Tema kami,emerald green..tapi sedih sebab kakak tak beraya dengan kami..