• happy new year,  kisahsidairy.com,  lifestyle blogger

    Ke Penghujung Tahun 2015

    Assalamualaikum Alhamdulillah..Esok bakal menemui tahun yang baru dengan semangat yang baru insya allah.Ramai dah blogger update tentang entry terakhir untuk tahun 2015. Bila bercerita pasal hujung tahun ni ,ramai gamaknya mempunyai status bercuti,shopping untuk keperluan anak sekolah,hantar anak sekolah,dan macam-macam lagi lah..Yang penting keseronokkan dalam menyampaikan cerita setiap satu tu mesti ada.. Aku?? emm..belum ada lagi pengalaman menghantar anak ke sekolah.Apa taknya,anak-anak baru umur setahun lebih dan sorang lagi baru 6 bulan.Cuma azam untuk mendapatkan cahaya mata sendiri tu,dikabulkan oleh Allah swt.Bersyukur tak terhingga kerana dikurniakan zuriat sendiri.Syukur kerana kehadiran puteri sulung itu banyak hikmahnya.Itu tak perlu aku ceritakan.Bagi mereka yang mengikuti perkembangan kehidupan aku,mesti faham apa yang aku maksudkan.…