• happy birthday..

    Sambutan Birthday Kakak Awfiyah

    Assalamualaikum

    Sambutan Birthday Kakak Awfiyah | punyalah lama umi peram entry ni.Duduk kat dalam draft bukan main lama.Dari birthday kakak bulan 4 sampailah bulan ni baru umi dok update.Actually,setiap tahun umi tak pernah lagi miss untuk buat birthday kakak.Eh..eh..korang beraya kat mana hari ni..Amacam raya pertama,seronok tak.Mesti tak sempat kan dok update blog..Hari ni tak taulah plan ke mana..Nanti kita cerita kemudian ek..

    Bagi umi kakak sangat special untuk umi.Kalau korang ikut cerita pasal kakak awfiyah dulu,korang tau kenapa dia sangat special untuk aku.(sambil lap air mata)So,kebetulan mak ada buat makan-makan sikit untuk kawan-kawan dia.So aku tumpang untuk buat birthday kakak.Tahun ni umi memang tak sempat nak tempahkan kek untuk kakak,so umi beli je dari secret recipe.Habis cerita.Sedap pun sedap..Paling sedap choc indulgence la kan.

    Disebabkan cousin dia ada bersama,so umi decide untuk buat sekali.Dia dengan cousin dia tu,beza 4 hari je keluar.hehehe…sebab tu dalam keluarga kami panggil mereka ni kembar.Walaupun tak seberapa,tapi untuk happykan kakak why not kan.Of course kakak is happy bila tau umi nak buat birthday dia.

    Dulu aku kemahin rajin buat entry pasal dia.Korang boleh tengok link kat bawah ni.Sampaikan monthsary kakak pun umi update kat entry ni tau.boleh baca SINI,SINI,SINI dan SINI.Actually banyak lagi entry pasal dia,tapi banyak sangat kang umi nak letak link.

    Kek sempena hari jadi Nur awfiyah dan Bella
    Kembar bulan april

    antara rakan-rakan kakak yang hadir

    Umi,kakak,Naura dan bella
    Lagi best bila keesokkannya babah belanja lagi kakak makan Pizza hut..Amboi…muaii nau dia dapat sambut dua kali birthday kan.Umi pun tumpang sekali lah sebab umi yang request nak makan kat sini.

    Apa pun..Umi sentiasa mendoakan anak umi dikurniakan kesihatan yang baik,jadi anak yang baik.Jadi umat yang baik,Jadi pelajar yang cemerlang dan insan yang berjaya didunia dan diakhirat .Umi sayang kakak sangat-sangat.

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • happy birthday..

    Google Wish My Birhtday

    Assalamualaikum
    Hai korang☺☺☺…Alahmdulillah..Sudah pun menginjak di usia yang baru.Dan hari ini oficially umur dah menambah ke satu lagi angka..Tekalah umur kita berapa..hehehe.
    Happy Birthday, Siti Rohaida!
    Ucapan dari Google
    Sannah Helwah to me…Diharapkan dengan bertambahnya umur,diberikan kesihatan yang baik,untuk terus berbakti kepada keluarga,menjadi isteri yang baik.Anak yang baik.serta menjadi ibu yang baik kepada anak-anak.Dan moga dengan bertambahnya usia,dapatlah diri ini lebih setia  kepadaNya,akan terus berhemah menjadi insan yang terbaik.Menjadi hambanya yang lebih baik.
    Moga Allah senantiasa membuka pintu-pintu keberkatan,pintu-pintu kebahagian,-pintu-pintu taubat.pintu-pintu kenikmatan,pintu-pintu rezeki,pintu-pintu ilmu agama dan ilmu dunia,pintu-pintu keampunanpintu-pintu cinta sejati dan pintu-pintu syurgamu Ya Allah.
    Jadikan hamba mu ini,seorang hamba yang senantiasa mengingati kematian.Supaya sentiasa memberikan yang terbaik untuk diri dan keluarga.Moga menjadi insan yang lebih baik..insyallah..
    Terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan yang sudi mendoakan kesihatan diri ini.rakan-rakan yang memberikan ucapan..hanya Allah swt yang dapat membalas doa-doa kalian itu.
  • happy birthday..,  kisahsidairy.com,  nur naura

    Happy Turns 1 Nur Naura Auni

    Assalamualaikum
    Alhamdulillah…Rasa tak sangka,Umur dia dah setahun..Cepat je masa berlalu.Segala kesakitan sepanjang mengandungkan dia,jerit perit ke hulur hilir bawak perut,dengan penyakit yang datang.Rasa berbaloi sangat-sangat dengan kehadiran puteri ni.
    Memang sebelum mengandung pun,rasa takut nak mengandung tu ada,yelah,risau dengan penyakit yang ada ni,boleh ke tidak survive bila mengandungkan.Pelbagai andaian dari orang-orang lama yang mengatakan aku tidak boleh mengandung.Semua tu aku telan hidup-hidup kata-kata mereka.Pelbagai tohmahan sebelum mengandung pun banyak aku terima.Sikap dingin orang sekeliling yang memandang keji bagi wanita yang tak boleh mengandung,pernah aku rasakan.
    Tapi Allah swt tu sentiasa ada untuk kita yang teraniaya.Walau kehamilan pertama tidak panjang umurnya,kemudiannya di datangkan lagi pengalaman mengandung buat kali kedua..Syukur dipanjatkan untukNya kerana memberi peluang untuk aku mengandung.Di saat mengandungkan Nur naura auni,ujian demi ujian kesihatan datang.Tapi aku sentiasa positfkan diri dalam menanganinya.
    Alhamdulillah,,Allah swt tu berikan lagi kasih sayang dari seorang anak perempuan,untuk memberikan aku semangat untuk terus berjuang dengan kehamilan ini..Thanks kakak fiyah sebab bagi umi semangat tu.Kakak fiyah dahpun dua tahun sekarang ni..sob..sob..
    Pada hari raya keempat tahun lepas,tengah malam,memang takde rasa sakit,cuma rasa tak sedap hati dan mengeras berpanjangan selama 15 minit.Masa tu nak tidur pun payah..cakap kat husband,anak pertama kan,tak tau nak buat macam mana,terus call mak..Suruh terus gi hospital.Tapi masa tu sempat lagi suruh mak datang amik kakak..Kesian pulak nak tinggalkan dengan nenek sini.Sudahnya,umi tunggu jugak nenek kota datang dengan mama Eton.Mama eton bawak balik kakak dan nenek ikut umi ke hospital.
    Sampai Hospital terus masuk tempat wad daftar bersalin.Masa tu dah pukul 1 pagi kot..Check bukaan doktor kata dah 4cm..masuk terus ke labour room.Masa kat labour room,tunggu pulak doktor pakar,Masa tu banyak sangat konflik,Doktor pakar dari pelbagai aspek datang.Pakar medic la,pakar xray,pakar bidan,entah apa-apa pakar lagi.Sampailah pakar Bidan decide aku kena Czer..Kalau ikutkan memang tak bersalin hari tu,Tapi doktor pakar suggest supaya aku bersalin awal memandangkan masa tu pun dah 39 weeks.Takut apa-apa berlaku pada aku yang boleh menyebabkan kematian,doktor segerekan urusan pembedahan tu.Tapi tak jugaklah cepatnya.Tunggu punya tunggu,pukul 3 petang jugak aku masuk bilik OT..Alhamdulillah,,Allah swt permudahkan lagi bila mana dalam pukul 3.25 petang,dengar dah bunyi tangisan baby.Masa tu airmata berjurai-jurai,sampai doktor pun naik risau.
    Happy Turns 1 Nur Naura Auni
    Hah!!Dah setahun pun semalam.Disebabkan umi tak sihat semalam,umi bercadang,nak raikan birthday dengan kakak di kampung.Gigih pepagi gi klinik,makan ubat,then beli kek terus bertolak balik ke kota tinggi..ala….tak sampai sejam pun perjalanan kami balik kampung.Kakak happy sangat bila adik dia balik..Dah bagitahu kat dia,nak tiup lilin ngan baby oyah!!
    Happy Turns 1 sayang..Moga menjadi anak yang solehah,bijak pandai,taat pada agama,sopan santun,penuh dengan keadaban,dan sentiasa dirahmati olehNya ..insya allah…
  • happy birthday..,  kisahsidairy.com,  nur awfiyah,  parenting blogger,  present

    Wooden 2-in-1 Black board & White board Easel Set Hadiah Untuk Awfiyah

    Assalamualaikum
    Alhamdulillah…Dapat jugak buat makan-makan sikit untuk birthday Nur awfiyah jumaat yang lepas.Memang nak buat kecil-kecil je.Panggil ank-anak jiran je.Cukuplah sekadar meraikan harijadi dia.
    Present untuk dia memang umi dah cari awal-awal lagi.Dah dekat 3-4 minggu jugak survey hadiah apa yang sesuai untuk dia.Kalau boleh taknak bagi dia mainan.Nak bagi dia benda yang boleh membina motor skills dia.Sambil dia main,sambil sel-sel otaknya berhubung kan..heheheheh
    Dah dapat idea yang ingin dibeli,maka umi ni dok survey la mana-mana website yang menjual Multipurpose drawing board ni.kat ig,facebook,11 street dan termasuklah lazada untuk buat perbandingan..Tapi lazada jugaklah umi pilih sebab lebih murah.lagi satu nampak colourfull,jadi mestilah awfiyah suka.Kanak-kanak ni mereka lebih sukakan yang warna warni kan..
    Wooden 2-in-1 Black board & White board Easel Set..Ini pilihan umi..harganya pun dibawah budget umi.hanya rm58.90 dan termasuk postage semua rm62.40.
    Ni ha…Ok kan
    Cuma aku ingatkan besar,tapi kecil sedikit dari sangkaan aku..But overall ok je…Lagipun fiyah je kot nak guna..Dia boleh duduk dekat kerusi kecil bila dia nak menulis.
    Bila nampak hadiah umi dia,emm..terus tanya”umi..apee….umi ape….ha..tu jelah ayat dia bila nampak hadiah ni..
    Alhamdulillah..dia sukakan hadiah baru dia ni.Excited bermain sampai dia tak nak mandi…uffttt..anak..ooo …anak..
    yang si dadek pun sibuk nak bermain jugak..kesian dia,kakak tak kasi main,..Bila dadek dekat,dia akan cakap..baby!! kakak unye…(kakak punya)
    Dah semakin pandai berbicara anak syurga umi ni.Banyak juga perkataan yang dah clear untuk pendengaran…Becok nya tu,bukan main lagi..
    Turn si dadek pulak dapat hadian bulan 7 ni,..tu pun dah semakin agresif sekarang ni…uisshh..bukan main..
  • happy birthday..,  kisahsidairy.com,  nur awfiyah,  parenting blogger

    Nur Awifyah Turns 2 Today

    Assalamualaikum
    Happy Birthday Sayang Umi!!
    Alhamdulillah.Pada 15 April 2014,kamu dilahirkanDiberikan Allah swt untuk kami permata hati yang sangat bernilai..Dan tidak umi sangka.Hari ini genap anak umi Nur awfiyah dua tahun..Rasa macam sekejap je dia membesar depan mata..
    Moga kamu menjadi anak yang solehah,Hormat orang tua,menjadi seorang kakak yang penyayang.Moga sentiasa dirahmati oleh Allah swt.Umi sayang kakak hingga ke hujung nyawa umi.
  • happy birthday..,  kisahsidairy.com,  nur awfiyah

    Nur Awfiyah Turns One

    Assalamualaikum
    Pepagi lagi ummi dah bangunkan dia.Semangatkan Ummi nak wish Birthday awfiyah pepagi ni..Kenalah umpan bagi susu sebotol.hehe
    Alhamdulillah..Genaplah anakanda kami hari ni setahun..Rasa sekejap je masa berlalu..Dan hari ni anakanda kami dah setahun…Sekarang ni dah gigih meniti tepi katil dan juga kerusi sofa tu..Memang ada hati nak berjalan dah..Masuk Walker???? Memang dah taknak pun dia..
    Alhamdulillah..Ummi selalu doakan anak ummi menjadi anak yang solehah,berjaya dalam hidup.Tak sabar nak tunggu rambut dia panjang lagi macam ni..uhuk..macam nyesal potong rambut dia,tapi apa kan daya,tak nak anak ummi ni kena ruam.
  • happy birthday..,  kisahsidairy.com,  nur awfiyah

    Happy 11 monthsary Nur Awfiyah

    Assalamualaikum
    Happy 11th Monthsary sayang ummi!!..alamak lambat wish la..Patutnya semalam lagi ummi dah wish birthday Nur awfiyah.Ni gara-gara sibuk dengan rumah baru kita tu kan..SIbuk mengemas,mencuci,memberus.Nanti dah siap segalanya boleh la kita duduk di sana dengan aman ye anak ummi.
    Alhamdulillah..Dah 11 bulan Nur awfiyah sekarang.Sungguh cepat masa berlalu..Dah hampir setahun jugak ummi menjaga nur awfiyah kan.Keletah mu sungguh membuatkan kami bahagia.Terima kasih kerana berkongsi kasih dengan ummi dan babah.
    Ummi harap satu hari nanti,Nur awfiyah akan menjadi anak yang solehah,Hormat orang tua,dan yang paling penting berjaya di dunia dan akhirat.
    Bulan depan dah setahun..yeayyy..dah boleh tiup lilin cake..Tak sabar Ummi..hehehe..
  • happy birthday..,  kisahsidairy.com,  nur awfiyah,  parenting blogger

    Happy 10 monthsary Nur Awfiyah

    Assalamualaikum
    Happy sunday korang..hamboii..pepagi buta kan dah update blog..Si kecik ni dah bangun…tetiba teringat hari ni genap dia 10 bulan…Sekejapnya!!!…rasa baru je tatang dia masa kecik..hehehe..dah besar anak gajah dah..eh..yeke…entah la..xtau ler anak gajah lagi besar dari dia kot.
    Happy 10th Monthsary sayang…Gambar ni waktu smbut birthday babah dia ..Calit sekali kek kat pipi yang tembam tu..Makin hari makin syang kat anak ummi..
    Macam biasa yang ummi ucapkan tiap-tiap bulan untuk kamu.Moga membesar menjadi anak yang pintar dan solehah..Mendengar kata dan insha allah..moga menjadi anak yang berguna bukan sahaja kepada ummi dan babah,bahkan kepada negara sebaik mungkin..Ummi dan babah sentiasa mendoakan kesejahteraan mu..
    p/s: Ada appointment dengan doktor hari ni kat Hospital Aminah..malasnya nak pergi..kan best kalau appointment waktu bekerja..dah la ahad je hari yng boleh merehatkan badan…
  • happy birthday..,  kisahsidairy.com

    Sannah Helwa My beloved Husband

    Assalamualaikum
    Hari ni genap my husband tu 3+ hehehe…tak boleh nak letak nombor kat belakang tu..Kang kena marah..
    Gambar?? ooppssss…Lagi tak boleh…hhehehehe
    Apa pun,selamat hari jadi untuk en.husband.Moga bertambahnya umur,bertambah juga rezeki dan diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta.Semoga Allah memanjangkan umur,menarik pergi segala masalah,memudahkan segala urusan,melapangkan segala kekusutan dan menerima segala amalan mu.Moga Allah merahmati setiap pekerjaanmu.Insha allah.
    Entry pendek khas untuk DIA..
  • happy birthday..,  kisahsidairy.com,  nur awfiyah

    Happy 9 monthsary Nur Awfiyah

    Assalamualaikum
    ihsan dari google
    Alhamdulillah…Anak ummi membesar dengan sihat dan cergas…Makin lama makin banyak keletah yang buat ummi dan babah makin tak senang duduk.
    Alhamdulillah..Hari ni genap Nur awfiyah 9 bulan…Dah makin membesar anak ummi dan babah ni.Lama jugak ummi tak update pasal Nur awfiyah.Sejak sejak Nur awfiyah bakal dapat adik ni,memang mood ummi ke laut.Dulu rajin jugak upload gambar dia kat facebook..La ni memang jarang sangat sangat.
    Alhamdulillah…Walaupun lambat proses pembesaran seperti orang lain,ummi tetap bersyukur bila melihat Nur awfiyah sentiasa sihat.Walaupun,anak anak lain yang sebaya nur awfiyah dah pun pandai merangkak dan tumbuh gigi,tapi tak pelah..asalkan dia sentiasa sihat dan ada jugak perkembangan pembesaran walaupun lambat.Ummi dan babah sentiasa bersyukur.
    Hari ni,kamu dah pun menginjak ke 9 bulan,rasa tak sabar pulak ummi nak tunggu kamu setahun.Terima kasih kerana memberikan ummi dan babah kasih sayang yang tak terhingga.Kamulah penawar hati ummi dan babah..Ummi dan babah sayang kamu ketat-ketat…