• from my kitchen,  Uncategorized

    Menu Dinner dari dapur Kisahsidairy 150818

    Assalamualaikum

    Menu Dinner  dari dapur Kisahsidairy 150818 | Selalu sangatkan menu simple.Tapi walau simple.ia tetap sedap untuk di makan.So jom kita tengok apa yang dimasak oleh aku tempohari.

    Lauk kali ni pun aku masak simple je.Actually apa yang aku ceritakan tentang menu ni adalah salah satu tempat untuk aku asah skill untuk mengambil gambar yang cantik.Banyak aku cuba untuk mengambil gambar yang cantik dan aku akui,aku masih lemah dalam pengambilan gambar ni semua.So dari situlah aku suka bila ada peluang untuk menangkap gambar dan buat satu entry untuk masakkan ni ..So,harap korang takdelah bosan kan..hahaha..Tapi kalau hari-hari cerita pasal review pun tak best jugak kan.Ok,jom tengok apa masakkan yang aku masak tu ye

    Tempe goreng

    Sayur pegaga masak lemak

    Ikan goreng tongkol dan ikan goreng mata besar
    Cuma dalam masakkan ni,kurang umphh bila takde sambal belacan,tapi,disebabkan teringin nak makan budu,so budulah jadi pilihan untuk membangkitkan lagi selera makan malam hari tu..tetiba lama tak makan cencalok..emmmm..balik Melaka nanti nak kena cari ni

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com


  • from my kitchen,  Menu of the day

    Menu Dinner dari dapur KSD110718

    Assalamualaikum

    Menu Dinner dari dapur KSD110718| Sejak musim raya beberapa minggu lepas, jarang aku masak ayam. Mungkin sebab dah muak sepanjang raya walaupun raya belum lagi habis. Tapi untuk hari ni, ada jua menu ayam disenarai menu kami untuk malam ni. 

    Oh ya, lagipun macam dah lama je takde entry masak-masak kan. Bukan tak memasak, tapi bila bab nak up entry ni, perasaan M tu menebal tau .Kalau takde entry review, memang aku relaks sekejaplah. 

    Ok, jom tengok menu yang sempat aku sediakan untuk keluarga tercinta. 

    Ayam paprik

    Bayam goreng

    Telur goreng
    Simple kan resepi dinner aku. Alhamdulillah.. Walau kekadang hari-hari memasak, Allah swt sentiasa beri kita idea kan untuk memasak. 

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • from my kitchen,  RESEPI

    Rendang Daging di atas permintaan

    Rendang Daging di atas permintaan  | Seumur hidup memang tak pernah lagi merendang.Setiap tahun mesti tolong orang masakkan je.Tolong kacau dan sediakan bahan sahaja ok.Jadi bila ada orang request nak makan rendang daging ni,kenalah buat.Silalah google resepi rendang daging yang simple untuk aku follow.Sebelum tu pun en.husband dah tanye samada aku boleh buat rendang ke tidak.Isteri mana nak hampakan permintaan si suami kan.Nak taknak,dia kena cuba jugaklah untuk buat.

    Kalau ikut resepi tu,memang banyaklah yang digunakan bahan-bahannya.Tapi aku cuba untuk buat versi aku yang paling mudah untuk aku ikut.Resepi pun kena tengok jugak.Yang penting kena cuba dulu,jadi tak jadi tu belakang kiralah kan.

     

    Macam mana resepi rendang daging yang simple ni aku buat.Jom follow rapat-rapat

    rendang daging

    Rendang Daging Special

    BAHAN-BAHAN UNTUK BUAT RENDANG DAGING

    Daging(ikut sukalah nak banyak mana,tapi aku beli sekilo je daging)

    3 Sudu Kerisik

    2 batang serai*

    Suku halia*

    Suku lengkuas*

    * satukan dan blender

    3 ulas bawang merah*

    4 ulas bawang putih*

    * satukan dan blender

    10-15 tangkai lada kering di blender halus

    2 Batang serai yang diketuk

    Daun kunyit

    Daun limau purut

    3 sudu Serbuk Rendang Daging(aku pakai adabi)

    1 1/2 kotak santan kara

    sedikit perahan air asam jawa

    garam

    gula

    CARA BUAT RENDANG DAGING

    Daging dibiarkan di dalam kuali sehingga empuk.Bila dah empuk,masukkan santan ,serai yang siap dititik dan juga daun limau purut.Kalau taknak pahit,daun limau tu,korang siat dari tulang dia.Di dalam kuali  lain,tumis semua bahan yang dikisar tu sehingga pecah minyak,kemudian masukkan serbuk rendang.Biarkan lagi sehingga pecah minyak.Agak-agak dah sebati semua,masukkan ke dalam kuali yang ada daging tu.Terus kacau sehingga rendang tu jadi pekat.Lepas tu,korang potong halus daun kunyit ke dalam rendang.Perasakan dengan sedikit asam jawa,garam dan gula.Seimbangkan rasa semua.

    Bila agak-agak dah pekat,bolehlah tutup api tu.Dah boleh hidang untuk para tetamu.Actually malam tu bukan sahaja aku merendang,tapi jugak melodeh.Cuma kuah lodeh tak sempat nak ambil gambar.So redha jelah dengan kelupaan tu.Alhamdulillah,orang dah puji sedap,so next time bolehlah masak lagi kan.Abang aku yang datang pun,dua kali tambah.Tak taulah samada sedap atau perut dia memang betul-betul lapar.hahahaha

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • from my kitchen

    Chicken Wrap ala KFC

     

    Chicken Wrap ala KFC |Hai korang.Aku tak taulah Chicken wrap ala KFC ni tergolong dalam makanan sihat ke tidak.Tapi bila tengok bahan-bahan yang ada di dalam chicken wrap ni,rasa macam sihat je…hahaha.

    Tapi sekeping,chicken wrap ni,dah boleh kenyang untuk breakfast tau.So,pagi tu saja aku nak sediakan sarapan macam ni.Bahan yang disediakan pun mudah,cuma ayam tu kurang rangup sebab aku pakai tepung biasa je.Nanti aku nak beli  tepung serbaguna untuk goreng ayam tu.Bahan-bahan untuk buat chicken wrap ni senang je rupanya.Cuma bukan jenis barang tu sentiasa ada kat rumah jelah.

     

    Chicken Wrap ala KFC
     
    Bahan yang diperlukan untuk buat chicken Wrap ala KFC ni.
    • Ayam slice
    • Mayonis
    • Thousand Island
    • Missin wraps
    • Salad
    • Cheese
    • Timun
    • Sos
    Mission wrap tu aku beli yang wholegrain.Hah..nampak tak berkhasiat..hahaha..So,Mission wrap tu aku garingkan dulu dengan periuk leper…kampung sangat cakap kan..hahaha..
    Lepas tu aku sapu mayonis di atas roti tu,baru letak salad,timun,ayam yang dah goreng tu,timun ,cheese ,sos,serta thousand island.Lepas tu aku balut je cantik-cantik macam di bawah ni

     

    Nampak Terliur tak
    Sekeping ni pun buat aku kenyang sampai tengahari.Tengahari je,bukan sampai petang eh.Sebab tengahari tu,dah plan masak lain.
    Aku sedang mencari menu untuk kesihatan yang boleh aku buat untuk husband.Ni pun aku dah start guna beras rebus yang aku ceritakan kat entry SINI
    Lepas ni nak kena ada stock pulak makanan-makanan macam ni.Yang senang diambil dan mengenyangkan..Nak buat tiap hari takut bosan pulak kan..So sekali sekala boleh la kot.
    Suggestion menu korang boleh letak kat bahagian komen ni ye.Kot lah nanti aku boleh buat.
    Oh ye..Hari ni aku taken MC sebab tekak ni,migrain lagi datang menyerang.Dah ler hari ni ada food review.Nampaknya boleh jamu mata jelah,nak jamu tekak ni takut pulak tak terasa sedap atau tak.

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • from my kitchen,  RESEPI

    Cara buat Omellete dengan tiga bahan

    Assalamualaikum

    Cara buat Omellete dengan tiga bahan | Aku tau korang pandai buat omellete.Breakfast dengan Omellete sebab  sarapan paling mudah dan senang nak buat.Campak-campak je..kacau-kacau dan terus makan.Yang penting kenyang.Cara buat sarapan mudah ni aku rasa ramai je yang boleh buat kan..hahaha…Tapi mana tau bila korang terbaca entry aku ni,bagi idea nak sediakan sarapan mudah dan cepat kan..

    Kalau tak sempat untuk buat sarapan lain,aku memang buat Omellete ni untuk husband.Itu pun dia cakap itu dah memadai..Ada je orang buat letak sayuran dalamnya.Tapi disebabkan aku ada tiga bahan ni je..So guna apa yang ada.

    Cara buat Omellete dengan tiga bahan
    Tiga bahan utama nak buat Omellete
    • Telur 2 biji
    • Susu Low fat Milk
    • Keju Cheesedale
    Di dalam kuali,aku pecahkan telur dua biji tu,Masukkan sedikit susu dan juga keju.Kemudian gaul dan hancurkan macam kat bawah ni hah.Maka siap untuk dihidangkan..Nampak tak betapa senang nak sediakan Omellete ni…hahaha..Kalau korang ada lobak ke,sayur lain yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam Omellete ni ok je…Janji sedap dan kenyang kan…
    Cara buat Omellete dengan tiga bahan

    Omelleteyang dah siap untuk dimasak.

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • from my kitchen,  RESEPI

    Menu Nasi Tomato di Hari Minggu

    Assalamualaikum

    Hai korang☺☺Walaupun keadaan kesihatan tak mengizinkan semalam,sempat jugak buatkan husband Nasi Tomato.Rasanya Nasi tomato ni lebih mudah dan takde la leceh mana.

    Kalau ikut resepi di google,memang banyak nak kena sediakan,cara mudah masak Nasi Tomato cara aku ni,simple je..tak susah mana pun..So far,rasa pun sedap…hehehe..Siapa nak puji diri sendiri.So maka bersilatlah kita di dapur

    Actually,aku tak guna Tomato Puri tau.Aku tak suka sebab dia masam..Tapi tak taulah kalau aku terlebih letak,atau aku tak pandai buat..hah..itu jelah.Aku lebih suka blend tomato je.Jom ikut resepi aku ni

    Oklah kan kejadiannya meh la aku share sikit Resepi Nasi Tomato mudah cara aku ni.

    Bahan untuk Nasi Tomato

    4 Biji Tomato -Blend sampai lumat(guna air sikit je)
    1 biji Bawang besar dihirs
    2 biji Bawang putih dihiris
    Rempah 3 sekawan
    1 biji tomato dipotong dadu
    Tomato sos
    1 kiub ayam
    Daun sup
    1/2 cawan susu cair

    Cara nak masak nasi tomato

    Panaskan sedikit minyak dalam kuali,dan tumis bawang yang dihiris sekali dengan rempah 3 sekawan tu.Kemudian korang masukkan 1 kiub ayam dan tomato yang dah di blend.Lepas tu masukkan susu cair.Kemudian masukkan jugak tomato sos serta perasakan dengan garam.
    Kemudian masukkan ke dalam beras yang dah korang cuci.Masukkan air ikut sukatan dan letak terus dalam rice cooker.Kalau nak wangi,letaklah daun pandan dan letak daun sup  tu tau.And siap!!!

    Acar timun tak cukup sifat sebab takde Nenas

    Ayam masak merah
    Simple je Nasi Tomato aku tu kan.Nak masak pun takdelah lama sangat.Lauk dia pun mudah sangat.Nasi tomato ni aku selalu jugak buat.itu pun kalau hari minggu atau hari cuti jelah aku buat.Kalau hari bekerja lauk aku simple dan senang nak ngap

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • from my kitchen,  Menu of the day,  MMKD

    MMKD : Menu Dinner 120218

    Assalamualaikum

    Hai korang☺☺ Meh la masuk dapur kisahsidairy jap..Saja nak tunjuk korang menu yang aku masak semalam.

    Actually takde apa pun yang istimewa pada makanan yang aku masak ni,biasa-biasa je.Janji dapat mengenyangkan perut satu keluarga.Bila family happy dengan masakkan kita,so kita pun happy lah bila makanan yang dimasak habis..

    Oklah,meh jenguk sebentar apa yang hakak masak ni ye.

    Sotong goreng kunyit bersama Leek

    Peria goreng telur

    Sup ayam
    Hah..itu jelah yang sempat umi masak.Selalunya umi settle memasak dalam pukul 6.30 petang.Balik kerja pukul 5.00 petang,terus bergegas balik ambil Naura,Sampai rumah dalam 5.30 petang.
    So,balik rumah,letak beg and uruskan Naura dulu sebelum masuk dapur.Selalunya aku akan tanya dia apa yang dia nak buat,nak main or tengok tv sambil makan popopunch(coco Crunch)Barulah aku boleh masuk dapur dengan tenang.Jenis aku ni,tak suka bila aku memasak,anak masuk dapur.Rasa nak buat pintu je.Bukan apa,risau jugakkan takut terkena minyak panas ke apa,lebih baik mencegah kan.Tapi tulah,budak² ni lagi kita larang,lagi dia buat.So umi biarkan je dia bermain dengan pinggan mangkuk umi…
    Sebelum pukul 7 malam,aku akan make sure kami dah kenyang.
    kemain menghirup kan minah ni.Dia memang suka dengan sup ayam.Lepas makan nasi,dia mintak nak hirup sup tu

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • from my kitchen,  MMKD

    MMKD : Lunch aka Dinner sabtuday

    Assalamualaikum

    Hai korang..Masak-masak di pagi sabtu,plan lain,masak lain.Pergi ke pasar hari tu aku ada beli Ikan Thalapia merah.Teringin pulak nak goreng garing-garing.Makan dengan nasi panas pun sedap.

    Tapi memandangkan ada anak saudara datang,dan dia jenis tak makan ikan-ikan macam tu,so kita masak makanan yang dia makan

    Actually,abang tumpangkan anak dia kat rumah sebab ada urusan kat luar.Aku memang suka kalau anak saudara aku datang,at least Naura adalah kawan.

    Ok..so,apa menu kita hari ini..alah biasa sangat masak ni.

    Sayur Taugeh Masak lemak
    Ayam goreng tepung
    Sambal sotong
    Simple kan..hadodoii..rasa tak tau nak masak apa,time terfikir nak masak sesuatu ,mesti ada je yang tak complete.
    So,esok ada plan nak masak lain..hehe

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • from my kitchen

    Menu Dinner 271107

    Assalamualaikum

    Hai korang??Selamat pagi..uih ngantuk bebenau ni.Nak jadikan cerita,malam tadi Dak Naura demam,biasalah kalau demam mesti dia akan merengek.Tidur pun mengigau je.Terpaksalah umi kejap-kejap bangun nak lapkan badan dia.Sampailah ke pagi umi just tidur-tidur ayam je.Hari ni ke klinik la nampaknya.

    Ok,jom kita tengok menu apa yang umi masak untuk dinner semalam.

    Asam pedas ikan mayong Melaka style

    Kupang goreng buncis

    Daging blackpaper ni lauk semalam.umi panaskan balik sebab tak sempat nak makan
    So,itulah menu family umi untuk malam semalam.Hah..hari ni tak tau lah pulak nak masak apa..

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • from my kitchen,  Mycooking,  RESEPI

    Resepi Menu Nasi Ayam Simple

    Assalamualaikum

    Hai korang☺☺ Hah.entry ni saja aku nak share walaupun aku tau dah berlambak orang dok share resepi nasi ayam mudah ni kan.Tapi kadang-kadang lain orang lain caranya.Mengikut apa yang ada di dalam rumah.Yang rasa sesuai untuk dimasukkan kedalam menu masakkan supaya nampak lagi sedap dan menyelerakan..ecewaaaaaahhh

    Weekend hari tu,aku masakkan family Nasi ayam simple mudah dan sedap.Hah…dah lah mudah..sedap pulak tu.yang kata sedap tu husband aku tau..bukan masuk bakul angkat sendiri.Dak naura pun suka makan nasi ayam ni..Yelah..dia mana tahan sangat kalau makan pedas.Kalau yang jenis sup-sup tu memang kegemaran dia.

    nasi ayam simple

    Nasi Ayam simple dan sedap air tangan Umi Naura

    Bahan-bahan untuk sup

    • 1 Biji bawang besar dihiris halus
    • 2 Ulas bawang putih dihiris halus
    • Beberapa keratan bahagian ayam.Selalunya untuk sup aku ambil bahagian kepak,leher dan kaki
    • Daun sup
    • Garam perasa
    Di dalam sup tu,korang boleh masukkan beberapa ketul ayam yang akan korang goreng.Tapi sebelum tu masukkan ke dalam sup supaya ayam tu masak.Tapi jangan lama sangat  tau.Sebab nanti kalau goreng ayam tu peroi pulak.

    Bahan-Bahan untuk ayam

    • Ayam yang dah direbus di dalam sup tadi
    • 2 sudu kicap 
    • 2 Sudu sos tiram
    • 2 sudu madu asli.Madu biasa pun boleh
    • Garam
    Sebelum korang pergi ke next step,ayam di campurkan dengan bahan-bahan di atas dan perapkan dalam 15 minit gitu tau.Nak lebih pun takpe.Then baru boleh goreng ayam tu ye.

    Bahan-bahan untuk Nasi Ayam

    • 2 cupak beras(ikut berapa orang nak makan)
    • Rempah 3 sekawan
    • Kiub ayam
    • 2 biji bawang besar*
    • 3 Ulas bawang putih*
    • Sedikit halia*
    • Sedikit minyak untuk menumis
    Bertanda * blender 
    Basuh beras dan ketepi dahulu.Kemudian,dalam kuali,tumiskan bahan yang dah diblend,masukkan rempah 3 sekawan ,kiub ayam.Untuk buat nasi ayam ni aku tak letak garam sebab kiub tu pun dah masin.
    nasi ayam simple
    Lepas dah siap bahan tumis tu,masukkan separuh dari bahan tumis tu ke dalam beras yang dah dibersihkan.Kemudian ambil Sup yang dah siap tu,masukkan kedalam beras.Tengoklah sup agak-agak dengan beras kan.Kemudian dah boleh menanak nasi tu.Aku guna rice cooker je..senang je kan.
    Separuh lagi dari tumisan tadi,masukkan kedalam sup..Settle..

    Bahan untuk buat sos

    • Lada merah besar
    • Lada kecil
    • Garam
    • Gula
    • 2 sudu Sos tomato
    • perahan limau
    • seulas bawang putih
    Caranya,blend kan semua lada merah besar,lada kecil dan bawang putih.Lada kecil tu ikutlah korang nak kepedasan macam mana.Kalau lada merah tu dah cukup pedas,tak perlu di tambah lada kecil ye.Kemudian masak di dalam kuali kecil dan masukkan sos tomato,perahan limau dan perasakan dengan garam dan gula.Sesudah menggelegak,bolehlah ditutup apinya.
    Untuk hiasan korang sediakan lah salad,timun dan juga tomato.Disebabkan kat rumah takde salad,pakai je apa yang ada,Ok dah kan.
    Jadi.siaplah menu kita iaitu Nasi Ayam Simple dan sedap..Simple ke..Harap korang boleh ikutlah resepi aku ni..Tak susah mana pun kan nak buat nasi ayam ni.

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com