• food,  food Review,  foodporn

    Tauhu Semedang yang patut dicuba

    Tauhu Semedang yang patut dicuba | Actually lama dah aku dengar pasal tauhu semedang ni.Tapi tak pernah lagi rasa nak mencuba.Ingatkan Tauhu Semedang ni sama je dengan tauhu yang biasa tengok di kedai tu.

    Tauhu semedang ni orang kata dari Indonesia.Kalau korang rasa antara tauhu semedang dengan tauhu biasa, memang lain dan lebih sedap tauhu semedang ni.Aku pun tak tau sebenarnya asal usul sebenar tauhu semedang ni.Tapi dari pembacaan aku pasal tauhu semedang ni, ia agak konflik sikit.Meh baca tentang asal usu tauhu semedang ni

    tauhu semedang
    TAUHU SEMEDANG

    ASAL USUL TAUHU SEMEDANG

    Dari pembacaan aku dari sebuah blog indonesia, terdapat cerita yang menarik di sebalik kemasyhuran Sumedang ni.Nama Tauhu Semedang ni diambil dari satu tempat sejarah iaitu Sumedang.Tauhu Semedang ni telahpun wujud sejak tahun 1900 di mana terdapat salah seorang penduduk  di Semedang yang berhijrah dari China ke Kota Semedang Jawa Barat.Ong Kino ni kiranya terror la dalam pembuatan tahu yang asalnya sebenarnya dari China.So bila dia dah berhijrah ke Semedang,dan tauhu yang di hasilkannya mendapat sambutan, maka terhasillah nama tauhu itu sebagai Tauhu Sumedang.Wallahualaam.

    Tapi cara pembuatan tahu dan resepi sebenar tu memang tak taulah apa yang dia guna selain dari soya.Ramai yang kata, tauhu semedang ni sangat berbeza dengan tauhu yang biasa kita makan.Potongannya pun lebih kecil dan rasanya tu lain sikitlah dari yang biasa..Kalau korang nak tahu, of course korang kena cuba sebab aku tak dapat nak menzahirkan bagaimana rasanya..ecewahhh…

    So, dah beberapa minggu sebelum mendaratnya tauhu semedang di rumah ni, husband dok sibuk bagitahu aku yang dia dah rasa tauhu ni.Dia siap belikan satu tupperware Tauhu Semedang untuk aku cuba jugak.Bila dah takde idea nak masak apa, malam tu kitorang rewang tauhu semedang ni sampai habis sebekas.dua kali round menggoreng tauhu ni..Cepat nau habisnya.

     

    Dan yang paling penting bila makan tauhu ni, WAJIB ADA SAMBAL KICAP…Kalau takde, macam tak lengkap ler makanan kami malam tu.kah². Nak lagi senang, aku goreng je Tauhu tu menggunakan Air Fryer.Eh…aku ada ceritakan pasal AIR FRYER HAIER tu.sebab tulah tahap rajin tu menjadi-jadi sekarang ni.Jadilah ia makanan sihat..sihat sangat lah kan.

    Tahu Semedang

    1st round menggoreng..Terus rasa tak cukup.Habiskan semua jelah kan.Jadinya malam tu tak payah ler nak makan nasi.Makan tahu ni je pun dah kenyang dah.

    tahu semedang

    Siap dah di goreng.sambal kicap mana oi sambal kicap..Dont worry sebab sambal kicap memang dah tersedia dalam fridge.Tinggalkan keluarkan dan cicah sahaja.Orang Johor kan wajib ada sambal kicap ni.So, mestilah wajib ada stock dalam peti ais.

    Betul ke idok!! Korang yang nak dapatkan Tahu ni for sure, ramai je kat facebook atau jiran² korang ada menjual.Ini bukan food review,so takde tajaan mana-mana pihak.Sebab tu aku tak mention nama kedai atau orang yang jual tu.Tunggu kalau dia nak sponsor aku tauhu untuk setahun..hah..nanti aku bagitahu…kah² hakak gurau je….

     

     

  • food,  kuih tradisional

    Berjaya membuat Karipap Kentang

    Assalamualaikum

    Hai korang☺☺Tak kisahlah kalau kena kecam pun cakap akak tak pandai masak.At least akak mencuba jugak kan untuk buat..Selama 36 tahun hidup ni,tak pernah tau buat karipap.

    Selalunya MIL yang rajin buat karipap untuk santapan.Tapi masa tu aku buat dono jelah kalau dia buat.Sebab aku ni kalau pasal kuih,malas nak buat sangat.Aku sanggup beli dari buat..haha..pemalas kan.Tapi,lepas dah ada anak ni,bila anak suka makan,ada suami pun yang suka makan.Pagi makanan yang paling ringan adalah kuih..Dia memang tak pandang takat roti cicah kopi O.Kalau boleh nak Mee goreng,nasi goreng dan gorengan yang lain.And bila wife dia kekadang tak menyempat nak masak semua tu,beli je karipap frozen untuk digoreng waktu pagi..Tu pun dah cukuplah nak tunggu perut diisi untuk tengahari pulak.

    So,bila borak-borak dengan encik suami kita ni,terus timbul idea nak buat karipap frozen.Banyak jugalah pelajari macam mana nak buat inti karipap ni.So,malam tu cari semua keperluan untuk membuat inti karipap ni.Nak cari acuan karipap tak jugak berjumpa.Tulah kan,bila taknak bersepah,tapi bila nak,time tu jugaklah payah nak cari.Jadi tawakal jelah uli karipap tu.Bab nak mengelim tulah yang merisaukan aku.Risau tak menjadi wehhh…Actually masa buat dengan MIL tu,ada jugaklah belajar mengelim..Kira dapat jugaklah kan pengalaman walau nipis je pengalaman yang ada tu..Jadiklah..Puas lah aku google resepi karipap kentang ni kat google..Alhamdulillah..sekarang ni semuanya di hujung jari..Nak dengan taknak je buat…So,bertabahlah ye…

    resepi karipap kentang
    Hah..sape kata susah nak buat..tara….Jadi dah inti kentang untuk karipap.En suami kita tu request nak inti sardin..Tapi kita cakaplah kita belum PRO lagi..So jadiklah macam ni..Alhamdulillah..Cantik kejadiannya.
    Beralih nak buat karipapnya pulak..Ambil gelas besar,lepas tu tekup je jadilah bulat…Try mengelim,jadilah kan walau tak berapa nak cantik.
    resepi karipap kentang
    Stress jugak weh nak mengelim..Ada yang hodoh nampaknya..Takpe..biar hodoh janji sedap.Biar tak cantik di mata,tapi ditekak sungguh sedap untuk dinikmati..
    resepi karipap kentang
    Siap Di goreng
    Uih…menjadi kan..so seorang umi dan seorang isteri sediakan karipap kentang untuk santapan keluarganya..ececeh..
    Sekarang ni kena belajar untuk buat semua tu untuk family.Bila kita tengok,anak-anak dan suami makan hasil air tangan kita,Nikmatnya tu besar…Bukan aku kata aku bagus..Tapi bila anak makan air tangan kita,kita puas hati..kan..kan…
    Hah..lepas ni dah boleh buat dan frozenkan baik-baik dalam peti ais…senang nak makan nanti..

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • food,  RESEPI

    Breakfast cucur bilis viral

    Assalamualaikum

    Hai korang??actually yang viral bukan cucur bilis or cucur udang.Yang paling viral adalah cucur manis.Cucur manis ni takde pun letak apa-apa di dalamnya.Cuma tepung dan sedikit gula serta air panas.

    Tapi disebabkan mengikut selera tekak masing-masing maka terjadilah cucur bilis viral.Setahu aku resepi ni sebenarnya dari tok moyang kita dulu.Tapi bila sorang dah buat,kuasa media social tu memang luas.So,bila dah semua pakat share,maka terjadilah,cucur manis viral,cucur udang viral dan cucur bilis viral.

    Tapi serius weh,bila korang buat jemput-jemput ni pakai air panas,memang lembut gila.Laju lah bila mengunyahnya.Kena pulak dengan kopi O.Memang terangkatlah jawabnya.
    Nak bagi budak makan pun tak risau tercekik.
    Nanti senang-senang bolehlah pelbagaikan lagi rencah dalamnya.Buat untuk makan petang or malam.Sure licin,kena pulak menghadap tv,syoklah mengunyah.Kena pulak time hujan..wehhh..memang tak cukup sepinggan.

    Resepi cucur bilis Viral

    Bahan-bahan
    • Tepung(ikut suka korang nak banyak mana)
    • Lobak di potong dadu
    • Sedikit daun kucai
    • Ikan bilis yang dah ditumbuk halus
    • Sedikit garam
    • Air panas(ni yang penting,yang betul-betul panas)
    Cara membuatnya,campurkan semua ke dalam besen,then korang letak air panas tu.Korang agak-agak jelah air panas tu dengan tepung,jangan terlalu banyak sangat.
    Panaskan minyak di dalam kuali.Pastikan minyak tu banyak dan betul-betul panas tau.Ambil satu sudu dan korang bulat-bulatkan.Nak guna tangan pun boleh,tapi kalau takut melekat,korang letaklah tepung kat tapak tangan…then,gorengkan dia,nampak dah macam keemasan tu,bolehlah diangkat.


    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • food

    Laksa Johor untuk minuman petang.

    Assalamualaikum

    Hai korang??..Selamat petang..alahaii dah nak maghrib kan.Baru tiba di rumah.Actually aku berhujung minggu dirumah kampung.Disebabkan husband ada seminar,so aku ambil peluang untuk stay kampung.Takdelah boring sangat.

    Sebenarnya masih cerita throwback dua hari lepas.Hari khamis,masa tu aku mc.So bila dah namanya tak sihat,nak masak pun rasa tak larat.Tapi petang tu tekak macam nak makan sesuatu.

    Duduk di bandar ni,tak payah nak susah lah kalau ko teringin nak makan ape je.Orang sekarang pandai,dah lah pandai masak,lepas tu buat pulak delivery.Nak harap orang cari keluar memang lambatlah nak masyuknya.

    Nasib baik ex-officemate sekarang ada buat delivery.Yelah,bolehlah tampung sedikit sebanyak keperluan rumah kan.Yang sebenarnya ex-officemate aku ni diberhentikan kerja,Bukan sebab prestasi kerjanya,tapi disebabkan company kami tu nak kurangkan kos,maka terpaksalah diberhenti kerja.

    Tapi bila dia dah berhentikan kerja,jadi pendapatan keluarga berkurangan,jadi bila dah ada kepakaran memasak,why not kan jual dan buat delivery.Orang lagi suka.Itu hari dia try buat laksa Johor,alhamdulillah,ramai yang pakat order.Dan antara orang yang order itu adalah aku,.Order dalam dua,of course untuk husband sekali.

    Nampak pun dah menyelerakan,inikan pulak merasainya.
    Emm.kalau korang berdekatan sini,aku memang recommended sangat tau..
    Alhamdulillah..kenyang..

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • food

    Udang Galah dari Pahang

    Assalamualaikum
    Hai korang???alhamdulillah..rezeki hari ni.Adik bawak udang galah dari Pahang.Kalau dekat Johor,maunya harga udang galah ni makan rm40 tau.Tapi adik bawa dari pahang,udang ni tak sampai pun rm40.
    Nak tau kami masak ape..nanti aku share eh..ok..nak masuk dapur..
  • food,  kisahsidairy.com,  Uncategorized

    Makan Sushi petang ni

    Assalamualaikum
    Hai korang???.semalam lahi macam nak beli sushi ni,dah pegi pun lalu restoran sushi tu.Tapi disebabkan sushi tu crowded dengan orang,kira batallah niat tu.Aku tak suka makan tempat yang sesak dengan orang.Bukan apa,nanti kesian pulak bila orang tertunggu-tunggu kita habis makan.
    Lagi satu nak makan rushing pun tak best.Kita makan nak chill kan..emmm..sudahnya,terbatallah niat tu.Tapi bila ada delivery yabg boleh hantar ke rumah,why not aku try kan.Cas delivery pun singgit je
    Sushi yang aku try..not baq
    12 pcs rm9
    Rasa pun not bad.Zaman sekarang kan,nak makan apa,semua depan mata.Yang penting ada duit.tu yang bestnya.hahaha..Still affordable lagilah kan kalau takat sekali sekala nak makan.Lantaklah orang yang cakap belakang pasal kita.Yang bermuka-muka depan kita baik,sebaliknya..iri hati dengan apa yang kita ada.
    Yang penting kita tau apa yang kita buat.Biarlah diorang yang dok jaki dengan kita.Yang penting ko kena faham apa itu blogger.Jangan dengar dari sebelah pihak,dah ko nak judge me for nothing.And it doesnt’t work.I’m still alive..
    Hah,kan dah terkeluar isi hati perut.Dah jom nikmati sushi ni..nyummmy..
  • food,  Uncategorized

    Pagi Dah makan Coklat

    Assalamualaikum
    Hai Korang☺☺☺Yess…Pepagi buta dah makan coklat kan..Sebenarnya coklat tu aku beli tiga hari lepas,masa singgah di Petronas.Bila dah sampai office,tak sempat nak makan aka kenyang ko!.
    Jadi tersimpanlah coklat tu dua hari,disebabkan semalam aku pose..Dah terusik sikit sebenarnya masa ni sebab aku bagi jiran sebelah ni hah..
    My All time Favourite
    Dulu-dulu memang gilakan coklat,tapi bila dah semakin berusia ni,kurang sikitlah pebretnya.
  • food,  kisahsidairy.com,  parenting blogger

    Bekalan Untuk Naura Siap Di Frozen.

    Assalamualaikum
    Sejak bertukar jawatan baru ni,memang super duper busy.Mana nak layan local pekerja,foreigner yang pelbagai karenah..
    Maknanya,kerusi ni tak sempat nak panas untuk aku duduk.Bila dah kepenatan,balik rumah,tak sempat nak buat itu ini,Dapat merehatkan diri pun dah syukur.Tapi aku tetap happy buat kerja macam ni.Cuma kaki nilah yang dok naik lenguh turun naik tangga je.
    Bila dah penat,nak bangun pagi pun liat.Tu yang kekadang tak sempat buatkan Naura bubur..Actually kalau dulu,aku memang bangun pagi untuk masakkan bubur Naura.Bagi kat babysitter panas-panas lagi.Nanti babysitter tinggal blender je bubur tu.Tapi bila dah selalu sangat kesiangan dan selalu sangat termissed buat bubur,itu yang parah tu.Kesian pulak kat babysitter sebab terpaksa masakkan bubur untuk naura.Naik segan la pulak..Yelah,bayar taklah tinggi mana,jadi macam tak fair pulak dia buatkan semua untuk Naura.Walau dia tak kisah,tapi aku kisah..hehehe…Hati babysitter pun kena jaga jugak..Dia pun penat jugakkan kat rumah..Memang ada yang akan cakap,dia dibayar..Tapi bila fikir balik,Kita kekadang yang dok rumah dengan anak pun,kepenatan tau..Kang ada yang hilang marah,belum termasuk lagi..So,sama-sama tolong menolong..kan ke bagus..Bukan senang weh nak cari babysittter yang tak berkira ni..
    So untuk memudahkan kerja aku dan dia,setiap malam,maksudnya dua kali sehari aku akan prepare bubur frozen untuk Naura.
    Cara buatnya senang je..kalau korang rasa nak letak ayam dalam bubur,maka korang kena asingkan dengan yang lain-lain.Macam yang aku buat .Aku akan masak bubur dan letak ayam cincang dalam tu.yang sayur-sayur tu aku akan rebus(kalau korang boleh kukus,terpulang kat korang).Nanti waktu blend tu,korang boleh la campurkan sayur-sayuran yang korang nak,tapi make sure sayuran tu bersesuaian dengan anak korang.kalau minggu ni aku letak ayam,minggu depan aku letak ikan bilis pulak.
    Sayuran yang selalu aku letak adalah lobak,kentang,sawi putih,brokoli..Emm..tu je kot…Sawi putih tu selalu aku campur dengan ikan bilis dan sedikit kentang..baru sedap,rasa lemak..Tapi no salt Okeh!!
    As parents kan,kena pelbagaikan makanan,baru anak-anak suka..Tapi buat masa ni Naura tak pernah menolak lagi makanan kecuali dia kenyang.
    Dua bekas untuk sehari.
    Selalu aku buat tak banyak..Risau buat banyak-banyak kang tak sedap pulak rasanya.Dua hari sekali selalunya aku buat..
    Sehari memang dua bekas..Pagi dan petang.Tapi ada bagi lagi extra biskut untuk Naura..Kuatkan makan sekarang ni.Susu pun kuat!!!
    Selagi dia happy,ummi dia pun happy..syukran..
  • breakfast,  food,  kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  parenting blogger,  pregnancy

    Menu Breakfast Berpantang hingga sekarang

    Assalamualaikum
    Siapa kat sini suka makanan berpantang.Sila angkat tangan!!…Ha..aku tau ada antara korang yang tak suka menu berpantang kan..Macam aku jugak la,ada jugak makanan berpantang yang aku kurang suka..Yelah..bila lauk yang sama je,mau tak jemu..hehehe
    Masa dalam pantang,alhamdulillah,adik ipar rajin masakkan menu yang tidak menjemukan aku.Ikan haruan memang menjadi menu wajib.Tapi kalau dah setiap hari masak sup,muak jugak.Resepi orang kemboja dalam berpantang sedap jugak wehhh!!..ikan haruan tu bukan saja buat sup,di salai dan dibakar,kemudian ada jugak menu masak halia..Sup dia memang terbaik la..bukan macam sup kita..Sup dia letak daun ketumbar dan perahan asam limau je..memang aku boleh masuk..
    Untuk breakfast dan makan petang merangkap jugak makan malam,aku memang baham roti keping bersama air milo je.Kalau roti sebungkus tu boleh tahan 3 hari untuk aku sorang je.sekali makan dalam 4-5 keping..hahah..Yelah..ibu menyusu ni,memang lapar sepanjang masa,Kalau dulu 1 liter air pun susah nak habis kan..Sekarang ni maintain 3 liter air sampai ke malam.Risau sebab nanti susu sikit pulak bila kurang minum air.
    Nak dijadikan cerita,bila dah habis pantang ni,roti dan milo memang menjadi menu utama aku.Mesti nak cari roti dengan milo bila pagi dan malam..uishhh..Gemok!! takdelah..ibu yang breast feeding ni jarang jugak badan naik..So far badan tetap maintain macam dulu..Lagi kurus ada la..
    Lagi la operation ni kan..banyak nak kena pantang.Telur,kacang dan makanan yang boleh membuatkan bekas operation ni gatal-gatal..iskk..dah pernah kena da..hehehe…Dia punya bisa,,aduhaiii…
    Oklah..nak sambung kerja kejap…Banyak kerja tertangguh.entry pun banyak juga tertangguh..hehehe..blogwalking dah buat sikit-sikit walaupun taklah banyak..tu pun aku singgah mana yang ada publish entry je..
  • food,  foodporn,  kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  review food

    Early Birthday Celebration di Secret Recipe

    Assalamualaikum
    Alhamdulillah…Sudah 34 tahun berada di bumi Allah ni..Syukur ke hadrat Illahi kerana masih dikurniakan nyawa untuk terus bernafas demi orang yang tersayang.
    Thanks juga yang memberikan ucapan dan mendoakan kesejahteraan aku.So touching..Thanks buat my husband yang awal-awal lagi dah celebrate birthday..
    Ceritanya semalam..Lepas balik dari Check up di Hospital Aminah.En.husband tanya nak makan ape..Erkk..tetiba mengidam nak makan kek red velvet..Terus teringat Secret Recipe..
    Bila dah sampai di Secret recepi,belek-belek menu,punyalah lama kan nak belek..Yang paling lama belek menu of course my husband.hahaha…
    Oklah..jom tengok ape menu yang kitorang makan semalam.
    Mula-mula kenalah letak dulu signage Secret Recepi kan..Eh..ada pulak tempias my husband tu…heheh
    Aku mulakan dengan minuman dulu..Iskk..geram..tetiba gambar minuman aku hilang..Ni minuman my husband..
    Frosty Fresh Orange

    Untuk aku,hanya order Hot lemon Tea je..Tamo la minum ais..

    Chicken Parmigiana

    Ni untuk My husband..Dan yang ni,of courselah untuk aku..Kan ke aku peminat Spaghetti..

    Thai Seafood Spaghetti

    And last sekali..Of course lah Kek kan..Walaupun takde nak tiup lilin bagai..Tapi ini pun dah sangat memadai bagi kami..Order satu kek je sebab my husband dah kekenyangan.

    Red Velvet
    So nyummy makanan kat sini..Harga???? ooopsss..Sorry..tak boleh nak letak harga setiap makanan sebab bila mintak resit dengan dia,dia kata..tak boleh…Secret…Sudahnya takdelah kan letak harga bagai..
    Last but not least…Thanks to My husband sebab dah tunaikan permintaan nak makan kat sini..hehehe…
    Lepas ni,confirm baby tak ngences…Next,tak tau mengidam apa pulak..
    More Menu korang boleh tengok website http://www.secretrecipe.com.my/