• family day,  Tips

    Checklist perkara yang perlu di buat sebelum menjelang Hari Raya

    Assalamualaikum
    Hai korang☺☺Saja nak tanya ni..persiapan raya macam mana…dah siap ke.Ada lagi ke yang tak beli baju raya.Bukan apa,ada sesetengah ibubapa yang suka buat persediaan last minute dan ada jugak yang buat persediaan awal.Bagi aku kedua perkara ni boleh je buat.Cuma ikut pada kita lah kan.Kalau kita ada budget besar,belanja last minute pun boleh.Tapi bila berbelanja last minit ni,kena ambil tahu jugak,apa yang patut kita beli.Takut nanti bila dah beraya,ada je yang baru teringat nak beli itu dan ini.Biasalah,bila berbelanja last minit,dah takdelah minit seterusnya..hahaa…tak gitu.
    Macam aku pulak,yelah,nak selepuk nak membeli kesemua persediaan tu mungkin tak boleh.So,kena buat persediaan awal mengikut budget.Ada budget lebih sikit,beli lebih la,takde cuma yang termampu je.Aku buat persediaan memang awal,macam baju anak-anak tu,memang aku belikan awal-awal.Takdelah tunggu sales ke tak,apa yang berkenan dan rasa sesuai untuk anak-anak aku akan belikan terus.Simpan sikit demi sikit.Lama-lama banyak lah kan.Dan sekarang ni,dah ready semua.Dah tunggu beraya je.Baju pun dah siap diasingkan.Mana baju-baju baru aku dah siap asingkan dalam satu beg.Itu pun nak kena check lagi sekali.Untuk tahun ni,langsir tak bertukar,masih guna langsir tahun lepas.Cuma cat jelah baru.Lagipun sejak dua tahun pindah rumah baru,memang tak pernah lah nak cat.Cuma hari tu rasa nak cat biar bagi cantik sikit.Perabut tetap lama,tiada ubah dan tambah.Insyallah.tahun depan mungkin beraya betul.Sebab apa aku cakap beraya betul,tahun ni tak dapat nak beli sofa dan alatan rumah yang lengkap.So bila tetamu datang cukuplah duduk dan beralaskan meja kopi.Alhamdulillah…oklah tu kan,
    Image result for checklist
    Tapi itu pun aku tak tau samada aku dah betul-betul siapkan semua ke tidak.Belum lagi masuk kuih raya dan sebagainya.Baru sentuh pasal pakaian anak-anak je.Dalam majalah keluarga,ada sedikit perkongsian tentang 10 perkara perlu dibuat sebelum raya.Moh kita tengok senarai checklist supaya tak tertinggal satu-satu perkara ni
    1. Sebelum bermulanya hari raya,kita haruslah membuat senarai semak,pastikan pakaian anak-anak dan keluarga semuanya telah lengkap.
    2. Keluarkan balang-balang kuih raya yang telah lama disimpan di dalam kabinet.Cuci bersih dan keringkan.Kemudian letak di suatu tempat yang mudah untuk kita capai bila tiba masanya.Jadi bila balik dari bercuti,takdelah kita penat sangatkan.Baknya tetiba orang datang rumah..huiiihh..Naya
    3. Kira berapa jenis kuih yang telah anda buat atau beli.Jika difikirkan tidak cukup,boleh tambah sedikit lagi.
    4. Cuci langsir dan sarung kusyen agar bersih dan berseri.
    5. Lenyapkan habuk dan sawang pada dinding rumah.Beri tumpuan juga pada bahaigan kipas kerana biasanya kipas banyak memerangkap habuk.Perlu dibuat dengan kadar segera sebelum anda terus melakukan kerja-kerja lain untuk mengemas rumah.
    6. Jika mahu mengubah gaya ruang tamu,alihkan kedudukan dan susun atur perabot agar terlihat lebih bergaya dan istimewa di hari raya.
    7. Sorok atau simpan,mana-mana barang atau perkakasan yang tidak digunakan agar ruang rumah lebih luas dan selesa.
    8. Pastikan duit raya telah ditukar di bank dan dimasukkan terus ke dalam sampul.
    9. Pastikan kereta telah diservice bagi memastikan perjalanan balik kampung selamat.
    10. Packing semua keperluan dan pakaian sepanjang berhari raya sehari lebih awal sebelum balik kampung.Jangan buat ketika saat-saat akhir kerana bimbang ada pula yang tertinggal.

    Itulah checklist yang kita perlu buat.Harus diingat ye,kena buat awal,jangan terlalu last minute pulak,nanti badan kita yang penat.Dan ada satu lagi nak pesan,sebelum meninggalkan rumah untuk balik ke kampung,Pastikan kediaman korang selamat.Korang boleh baca tips keselamatan rumah di musim perayaan.Aku ada kongsikan beberapa tips untuk korang.Bila tengok checklist ni,baru perasan,balang kuih raya belum lagi dikeluarkan dan dibasuh.
  • family day,  Hotel Review,  kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  officemate

    Family Day Di Tanjung Sepang Beach Resort

    Assalamualaikum
    Lambat beno ler aku nak cerita pasal Family Day ni kan.Sebenarnya planning nak buat family day dengan rakan-rakan office ni dah lama.Disebabkan perlu peruntukkan yang besar jugak,collect duit  tiap-tiap bulan untuk penginapan dan makanan.
    Dari bulan 3 lagi dah kami planning untuk ke sana.Tak semua lah officemate yang ikut.Ada dalam 35 orang je yang ikut sebab ramai yang cancel last minute.
    So masa 28hb Mei tu selepas balik kerja tengahari,kitorang dah bersiap untuk ke Tanjung Sepang.Hari sabtu tu kerja.so balik kerja lah kan. Sebagai urusetia makanan,aku dah balik awal.so tak join lah dengan diorang untuk kumpul sama-sama di sana.
    Dari rumah,ke kampung ambil masa dalam 1 jam perjalanan..Sampai rumah mak,siap berehat dulu,tidurkan anak dulu..Petang sikit baru masak-masak.Bergerak ke tanjung sepang dalam pukul 6 jugak.Tunggu officemate lagi sorang datang ambil makanan.Nak masukkan dalam satu kereta tu memang tak muat ler.Malam tu kitorang ada buat barbeque.Tu jelah..tak buat ape-ape pun..makan,borak-borak.Tiada aktiviti lain memandangkan tak cukup kuota.
    Tanjung Sepang Beach Resort
    Welcome to Tanjung Sepang Beach Resort
    Kami menyewa satu malam je kat situ.Aku pilih bilik deluxe memandangkan budget ciput..bahaha..ala..takat anak-anak ,aku bawakkan toto je.Sebab tau diorang tu bukan boleh tidur katil.
    Tanjung Sepang Beach Resort
    Sebahagian officemate yang memeriahkan suasana..Cuma malam tu kami tumpang berhibur dengan sebelah pasukan yang buat reunion..ada jugaklah lagu-lagu yang menghiburkan kami malam tu.
    Happening juga malam tu walau kami takde aktiviti..Aktiviti kami malam tu lebih kepada makan dan borak-borak.
    Pepagi tu ada antara kami yang dok mandi swimming pool.Berjalan-jalan di tepi pantai.Aku balik awal pagi tu sebab ada perancangan lain pulak selepas itu.
    Sayangya tak join mandi kolam dengan mereka-mereka ni.apa taknya dah sibuk dengan mengemas barang-barang tu semua.Mybe lepas ni kalau buat family day,nak upah orang je buat..kita tinggal makan je.so tak payah la nak kemas mangkukĀ² tu bagai kan…hehehe..Penat ooo…Sebab petang ahad tu terus balik Melaka kot..
    Jika ada yang nak buat family day kat sini memang recommended sangat-sangat..cuma perlu tempah awal-awal kan.
    Di Tanjung sepang Beach Resort ini disediakan 3 jenis bilik iaitu
    • Standard Room
    • Deluxe Room
    • Superior Room
    Peta Lokasi untuk ke sana korang boleh tengok disini
    Tanjung Sepang Beach Resort
    Bilik Korang boleh tengok kat sini http://www.tanjungsepang.com
    boleh jugak tengok website mereka di Tanjung Sepang Beach Resort