• dutch lady,  peraduan,  Uncategorized

    Peraduan Mak Hebat Mak Menang Dutch lady

    Assalamualaikum
    Hai korang☺☺☺Meh rapat-rapat sikit ni,sebab nak bagitahu kat korang yang Dutch lady sedang mengadakan “PERADUAN MAK HEBAT MAK MENANG”.Korang berpeluang untuk memenangi Hadiah bernilai RM1.7 juta.
    Dan sekarang ni,separuh dari Hadiah bernilai RM1.7 juta telah dimenangi.Sekarang ni tinggal RM1,554,000 sahaja yang akan korang menangi..So,korang kena cepat sertai peraduan ni ye.
    Peraduan Mak Hebat Mak Menang Dutch lady
    Banyak lagi chance untuk korang menangi ni.Apa kata cepat-cepat grab..Manalah tau kan korang bertuah.

    Cara menyertai Peraduan Mak Hebat Mak Menang Dutch lady
    Langkah 1
    Beli pek Dutch Lady Nutri Plan™ 900g dan cari ikon Dutch Lady icon di dalam pek. Jika ada, teruskan ke langkah 2.
    Langkah 2
    Taip DL <jarak> Menang dan hantar SMS ke 36266. Ikuti arahan SMS yang tertera dan lengkapkan proses SMS.
    Langkah 3
    Peraduan Mak Hebat Mak Menang Dutch lady
    Hadiah Yang bakal dimenangi
    Peraduan Mak Hebat Mak Menang Dutch lady
    Wow…Hebatkan Hadiah-Hadiah yang akan korang bawa balik..So cepat dapatkan mana-mana Dutch Lady Nutri Plan™ 900g dan ikut langkah-langkah di atas untuk menang.
    Korang juga boleh meilhat Jaduah Roadshow di sini >>> Roadshow Dutch Lady Nutri Plan™
    Untuk Maklumat Lanjut boleh layari  www.smartmoments.com.my
  • dutch lady,  parenting blogger

    Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™ Membantu Perkembangan Si Manja Saya

    Assalamualaikum
    Kenangan paling terindah yang akan kita kenang apabila kita semakin menginjak usia kita adalah apabila mengenangkan kembali saat-saat pembesaran anak-anak kita.Haruslah kita akan kenang saat-saat mereka bayi sehinggalah dewasa.Kenangan membuat aktiviti semuanya bersama-sama dengan mereka.
    Bagi aku setiap detik manis pencapaian anak sangat berharga.Dari dia lahir,menginjak dari bulan ke bulan dan sekarang ni dah setahun..Setiap perkembangan yang Naura  tunjukkan itulah yang membuatkan aku tersenyum..Dan tentulah dia pun akan tersenyum apabila dia boleh melakukan sesuatu dalam diri dia.
    Di saat si manja saya  membesar ni,banyak aktiviti yang saya lakukan dengan dia.Sebagai seorang ibu,saya memainkan pelbagai peranan seperti chef,kawan,artist,jurulatih dan banyak lagi.Kerana itu saya memerlukan Dutch
    Lady Nutri Plan™
     dengan
    5X DHA
     yang sangat-sangat  membantu  dalam tumbesaran mereka.Jom kita ikuti sejauh mana saya memainkan peranan sebagai seorang ibu.

    Dutch Lady Nutri Plan™ Curios Membantu Perkembangan Si Manja Saya

    Saya sebagai Ibu dan Chef

    Setiap pemakanan yang diberikan kepada anak saya,sangat-sangat dititikberatkan.Sebab itu saya lebih suka menyediakan makanan tu dengan tangan saya sendiri.Dari situ kita tahu apa yang terbaik yang perlu kita berikan kepada mereka.Apabila mereka lapar,saya senantiasa bersedia untuk menjadi Chef untuk kesayangan saya ni.Bila di dapur,saya sering mengajak anak saya untuk menolong saya..Sebagai kanak-kanak yang membesar,saya perlu memberikan mereka sesi pembelajaran di dapur,kerana pada masa ini otak anak-anak sedang berkembang.Ini kerana pada waktu ini,kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu,bagaimana sesuatu perkara itu berlaku.

    dutch lady curious 1-2  tahun

    dutch lady curious 1-2  tahun

    Saya sebagai ibu dan Artis

    Suka memberikan aktiviti apabila dirumah supaya dia tidak bosan dengan aktiviti yang sama setiap hari.Saya amat suka lukiskan sesuatu objek untuk dilihat oleh anak saya.Selain itu saya akan mengajak dia untuk melukis dan mewarna bersama-sama saya.Pada masa yang sama saya boleh mencungkil kreativiti yang ada pada si manja saya.Disitu juga kita dapat lihat dimana anak-anak kita lebih cenderung untuk minat mereka.

    dutch lady curious 1-2  tahun

    dutch lady curious 1-2  tahun

    Saya sebagai ibu dan  Jurulatih



    Di waktu lapang,saya akan mengajar dia bermain di Taman kerana di taman terdapat playground yang boleh diajak si manja untuk bermain bersama.Mengajar dia bagaimana melungsuri papan gelongsor,bermain jongkang-jongkit,bermain panjat-panjat.Walaupun Naura masih
    kecil lagi,Itu semua boleh mengasah asas dia dalam permainan dan cara dia
    mengendalikan permainan itu sendiri.Mana tau satu hari nanti dia akan menjadi
    seorang atlit Negara .

    dutch lady curious 1-2  tahun

    dutch lady curious 1-2  tahun

    Saya sebagai ibu dan kawan.


    Sebagai seorang ibu,saya sentiasa bersedia untuk menjadi seorang rakan yang baik,di dalam semua perkara yang melibatkan seseorang disisinya.Dia amat gemar bermain di Playground sambil menikmati keindahan pokok-pokok yang menghijau.Setiap minggu saya akan pastikan membawa dia ke luar untuk melihat dunia sekelilingnya.Supaya dia boleh melihat alam semulajadi dan bergaul dengan rakan-rakan sebaya.Aktiviti ini juga boleh membina kreativiti dia di dalam perkembangan tumbesarannya.Contohnya di dalam
    kereta,saya harus menyanyikan dia setiap pagi untuk dia dengari seperti lagu
    ABC sambil dia juga menyanyikan lagu itu juga.Apa yang akan membuatkan dia
    terhibur,itu yang akan saya buat untuk si manja saya.Dia juga sudah pandai
    untuk berjoget sama apabila di suruh..Setiap pagi dan petang,semasa menghantar
    dan mengambilnya di rumah pengasuh,itulah aktiviti yang kami lakukan di dalam
    kereta.Dan itu adalah perkara yang sangat-sangat dia sukakan.

    dutch lady curious 1-2  tahun

    dutch lady curious 1-2  tahun
    Selain daripada peranan-peranan di atas, saya
    juga memainkan peranan sebagai seorang penghibur! Contohnya di dalam kereta, saya harus menyanyikan
    dia setiap pagi untuk dia dengari seperti lagu ABC sambil dia juga menyanyikan
    lagu itu juga. Apa yang akan membuatkan dia terhibur,itu yang akan saya buat
    untuk si manja saya. Dia juga sudah pandai untuk berjoget sama apabila di suruh..
    Setiap pagi dan petang,semasa menghantar dan mengambilnya di rumah
    pengasuh,itulah aktiviti yang kami lakukan di dalam kereta. Dan itu adalah
    perkara yang sangat-sangat dia sukakan.
    Dengan
    adanya bekalan nutrisi
    dari Dutch Lady Nutri Plan™,semua aktiviti di atas dapat dia lakukan
    dengan riang dan banyak masa yang aku boleh luangkan bersama mereka tanpa perlu
    memikirkan sangat tentang nutrisi yang diambil oleh mereka. Untuk
    anak-anak saya,saya menggunakan  Dutch Lady Nutri Plan™ CURIOUS (1-2 tahun) dan ia  memberikan
    nutrisi yang sangat-sangat diperlukan untuk membantu aku dalam memastikan
    perkembangan progresif anak-anak aku ni.
    Apabila mereka membesar
    ,keupayaan mereka juga turut membesar kan,dan mereka akan melalui tahap
    perkembangan yang berbeza-beza.Di sini, Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™ dengan 5x DHA* adalah satu program yang memenuhi keperluan nutrisi anak anda dengan
    membekalkan nutrisi sesuai untuk setiap tahap kebijaksanaan: CURIOUS,
    EXPLORE, CREATE & LEARN.
     Nutrisi sesuai membolehkan Si Manja untuk
    menyerlahkan yang terbaik di setiap tahap kebijaksanaan.

    Kalau korang nak tahu apakah fungsi setiap  Dutch Lady Nutri Plan™ ini..Meh kita lihat

    Curios
    Pada peringkat umur ini,si manja mula memerhati,menggengam,bermain dan menuding jari.Si manja memerlukan penglihatan yang baik untuk melakukan aktiviti-aktiviti ini.Perkembangan otak juga penting pada fasa ini di mana si manja mula belajar dan mengingati segala yang dilihat disekelilingnya.Nutrisi penting yang ada pada Curios ini adalah

    • DHA
    • Inositol
    • Vitamin A
    • Taurina
    • Vitamin D
    Explore
    Pada umur 2-4 tahun,si manja menjadi lebih aktif dan mereka mula meneroka persekitarannya.Di tahap ini,si manja akan merasa dan menyentuh persekitarannya untuk memahami bagaimana dunia ini berfungsi.Ini kana menguji ketahanan semula jadi badan si manja.Perkembangan otak juga penting pada fasa ini di mana si manja mula mengaplikasikan apa yang telah dipelajari daripada persekitarannya.Nutrisi yang ada pada pek Explore ini adalah
    • DHA
    • Magnesium
    • Selenium
    • Vitamin D
    • Zinc
    Create
    Pada umur 4-6 tahun,si manaj akan menjadi lebih kreatif dan berimaginasi.Si manja akan mula menggunakan kreativiti untuk menyelesaikan masalah yang memerlukan penyusuaian dan pemikiran yang fleksibel.Perkembangan otak sangt penting pada fasa ini di mana si manja mula belajar ,menghafal dan berinteraksi.Nutrisi yang ada pada pek Create ini adalah
    • DHA
    • Magnesium
    • Kolina
    • Tirosina
    • Vitamin D
    Learn
    Pada usia 6 tahun da ke atas,fokus serta memori yang baik adalah penting untuk pembelajaran.Pada umur ini,si manja mula mempelajari kemahiran bersosial dan bertutur.Nutrisi yang ada pada pek Learn ini adalah
    • DHA
    • Vitamin B1 & B2
    • Magnesium
    • Kasein
    • Vitamin D
    Dutch Lady Nutri Plan™ Curios Membantu Perkembangan Si Manja Saya

    Nutrisi-nutrisi yang sangat bagus untuk perkembangan si manja kan?Lepas ni takkan tukar yang lain dah..Apa yang diberikan oleh Dutch Lady Nutri Plan™ sangat-sangat bagus untuk si manja saya.Dutch Lady sangat-sangat memahami kepentingan Nutrisi dan membantu saya dalam menyediakan nutrisi yang diperlukan untuk menyokong perkembangan si manja saya.Justeru itu,Dutch Lady ialah rakan yang boleh dipercayai kerana ia menepati keperluan nutrisi anak-anak supaya ibu boleh fokus membimbing si manja dalam aspek lain.

    *4 Tahap Nutri Plan™ merangkumi susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady ® Curious, Explore, Create dan Learn.

    *Berbanding susu tepung rumusan untuk kanak-kanak terdahulu (Tahun 2009).