• dinner

    Makan malam di Secret Recipe sempena Anniversary kami

    Assalamualaikum

    Hai korang☺☺Entry sebelum berlepas balik ke Pahang petang ni.So,sempatlah siapkan entry ni.

    Actually makan-makan ni masa cari kasut dak Naura ni hah.Terus babah ajak makan kat sini.

    Nampak pulak makan untuk dua orang hanya RM39.90..Dah jimat banyak.Kebetulan masa tu memang lapar tak hengat.Jadi yang terdekat adalah Secret Recipe..Dan kebetulannya pulak,Dak Naura nampak kek…Kan dia hantu kek…hahahaha

    promosi jom makan secret recipe
    Ni hah ..Promosi Jom makan

    Murah dah ni kan,ada starter,ada main course dan ada air sekali.Rasa aku dah macam jimat lah..Ok..nak tau apa yang kami pilih untuk menu dinner kami..scroll bawah

    sate
    Sate untuk Starter kami malam tu
    mee goreng mamak
    Main course Mee Goreng mamak Secret Recipe untuk babah
    grilled chicken
    Main Course Grilled Black Paper Chicken untuk umi dan Naura.

    cakes
    Add on Choc Berries cake..sedap weh…

    Kira kek ni dia punyalah…Habis separuh dia habiskan..
    Dia taknak makan nasi,just nak satay je.Last-last muntah.Tekak tak berapa nak sedap tu.Tu yang muntah..Alahaiii..orang meja sebelah dok tengok je.Sorrylah ye kalau tetiba buat tekak loya.Nak buat macam mana kan,Takkan nak berkejar ke toilet pulak…Nasib baiklah pilih meja paling hujung.Takdelah nampak sangat.

    Cakap babah,ni belanja sempena anniversary yang telah berlalu ke macam mana…hehehe..dia angguk je..

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • dinner

    Makan Malam di The Wagon Taman Kota Masai

    Assalamualaikum

    Hai korang☺☺ Hari tu ada kawan yang suggest makan dekat The Wagon ni.Katanya kedai ni baru bukak.Dan paling best diorang sedang buat promosi sepanjang bulan November ni.

    Kalau orang pasir gudang tu,bolehlah singgah ke Kedai ni.Alhamdulillah..setakat aku makan,semuanya sedap.

    Cafe the Wagon ni terletak di Taman Kota Masai 2 di Pasir Gudang Johor.Berderetan dengan bangunan kedai baru,di tepi jalan besar.Memang senang nak nampak
    So,untuk dinner kami anak beranak malam tu of courselah Chicken Chop.Cuma husband jelah lain dari yang lain.Dia jenis tak boleh dengar kambing.Mesti dia nak mencuba.

    Chicken Chop untuk Nur Naura Auni
    Chicken Chop Special untuk umi.Yang specialnya adalah telur mata dan juga meatball
    Nasi Goreng Kambing untuk babah
    Alhamdulilah..Total damage untuk malam tu tak sampai pun Rm30 tau.So far berpuas hati lah makan kat sini.Kalau korang nak bagi anak makan chicken Chop,yang jenis tak boleh tahan pedas,kena inform awal-awal untuk asingkan kuah dan sos tau.Sebab aku lupa nak inform mereka,last-last Naura tak makan sangat pun.Sebab pedas.Dah mak dia kena ambil yang pedas-pedas tu and asingkan untuk dia.
    Actually banyak lagi yang special menu mereka tau,ada Sup Gear Box,Nasi bakar dan adalah lagi yang aku tak ingat nama makanan tu.
    So korang yang nak cuba boleh try di sini ye

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • dinner,  Uncategorized

    Dinner di ummi’s chicken Chop

    Assalamualaikum
    Hai korang???spam sebijik entry dulu sebelum tidur.
    Malam ni sebelum pergi makan chicken chop,pi singgah butik untuk beli shawls.Babah request Nak makan chicken chop,tu yang keluar tu..
    Bila babah dah request,ummi on je..janji babah belanja.
    Sempat grab tudung kat wadi poh tadi..

    Lepas shopping shawls,terus pergi je restoran yang jual chicken chop ni Sebelum tu tak decide pun nak makan kedai mana,tapi masa lalu kat restoran tu,terus nampak mereka jual chicken chop.Di restoran ummi’s Chicken Chop memang jual segala jenis western..eh..tak jugak.Just jual chicken chop,grill chicken chop,beef and meatball.

    Sayang takde baby chair..Ada pun bangku macam tu je.Jadi susah la nak letak dak naura tu
    So far,oklah chicken chop mereka..lepas tu balik dengan perut yang kenyang…???

  • dinner,  Uncategorized

    Menu Dinner simple

    Assalamualaikum
    Hai korang???salam maghribi..Dah maghribi ke belum..hehehe..selamat berbuka puasa..alhamdulillah..kenyang..alhamdulillah..puasa tertunai hari ni..
    Korang dah puasa ganti?..saja nak ingatkan..masuk bulan rejab ni,niatnya nak puasa isnin khamis..insyallah..harap tertunailah kan
    Menu apa korang hari ni?eh..banyak tanya pulak cik puan blog ni kan..yelah..nak tau jugak,mana tau resepi korang tu aku boleh buat untuk esok lusa kan.Hari ni aku masak simple tapi sedap..agagaga..puji diri sendiri lah pulak kan..yelah,nak harap orang puji,takut pujian tu tak ikhlas,jadi mak redha lah puji diri sendiri.hah!! Dah syok membebel,lupa bak bagitahu menu untuk dinner ni.
    menu kami adalah kurma ayam,kangkung goreng dan juga ikan masin kapak..mabless ko..dapat roti ni,malam boleh sapedek lagi..
    Menu kami untuk buka puasa
    Esok-esok tak tau dah nak masak apa lagi..kalau dapat makan mcd sedap gak ni..hahaha
    Eh..nanti aku share resepi ayam masak kurma menggunakan rempah mak siti ye..ok daaa
  • dinner,  kisahsidairy.com,  nur awfiyah,  nur naura,  outing,  parenting blogger

    Malam Hujung Minggu di Pizza Hut

    Assalamualaikum
    Begitulah kekdahnya bila tak sempat nak taip entry pada masa kejadian.Terpaksalah peram entry ni sampai hari ni.Yelah,bila dekat rumah memang tak sempat mana nak update blog.Bila sorang dah tidur,sorang terjaga kan..Last-last ummi dia yang takde masa nak update blog.
    Cerita malam hujung minggu.Nak reedem vaucher Pizza hut yang ada dalam tangan berharga RM30..alah rm30 je.bukan banyak mana pun.Yang lebihnya kena keluar duit sendiri la.Ingat nak try la kan pizza yang terbaru Signature series tu,tapi tak boleh sebab nak ambil set makan untuk 4 orang..Kena order pizza yang biasa je..hua hua..
    Kitorang order set meal ni..
    Add on Tempura King Prawns & Seafood Lasagna
    Pizza pulak aku pilih Chicken Supreme & Hawaiian Supreme

    Nur awfiyah kemain seronok sebab combo yang aku amik tu ada ais krim,jadinya ais krim ummi dia jadi milik dia la…
    Adik Naura duduk diam-diam dalam stroller..Nasib baik mood ok..
    Kakak awfiyah pulak dapat minum ice lemon tea,memang tak pandang kiri kanan pun.
    Luck kat awfiyah dapat balloon dari auntie sebelah.Husband auntie tu suprisekan dia,dapat balloon dengan sejambak coklat..wahhh..ummi pulak yang jelous..Las-last masa lalu sebelah fiyah,dia bagi kat fiyah balloon tu..sangat suka fiyah…terus dok main dengan balloon tu sensorang dia..Kalau tak,asyik nak duduk atas meja saja kejenya..
    Dah pun habis vaucher tu digunakan..Lepas ni harap dapat lagi la kan..hehehe..Stay situ sampai pukul 10.30 malam..Lepas tu chow balik sebab Naura nak nenen..Ramai orang,so ummi tak boleh nak bagi direct..Dalam kereta je boleh..Maklumlah..Naura fully breastfeeding…Alhamdulillah…