• deko,  Homeschooling genius syurga

    Deko Bilik Belajar dan Bermain Naura

    Assalamualaikum

    Hai korang☺☺ Semangat umi membara selepas ke Seminar Readeasy Bacalah anakku.Kemain lagi nak deko mendeko bilik Naura untuk dijadikan bilik untuk dia bermain dan belajar.Walaupun Naura baru je menginjak ke 2 tahun 3 bulan,tak semestinya dia tak boleh belajar kan.

    Dari dibiar bilik tu kosong,baik diisi dengan sesuatu yang lebih baik dan menarik.Actually,bilik tu pun akan jadi bilik Naura bila dia besar nanti.Cuma sekarang ni,bilik tu dijadikan bilik untuk baju dia,tempat iron baju dan solat je.So umi ambil sikit part untuk jadikan bilik ilmu untuk dia.

    Sticker ABC,123, umi dah beli lama dah,cuma yang ada ABC terbaru tu,umi saja tambah untuk dia tengok-tengok walaupun tak faham.Jadi bila masuk bilik tu,umi bolehlah ajar dia sikit-sikit kan.

    So,jom kita tengok sebahagian yang umi dah buat.Insyallah,nanti umi buat penambah baikkan untuk bilik tu supaya nampak lebih colorfull lagi.

    deko bilik

    SUDUT ILMU

    Walaupun simple,tapi oklah bagi umi kan.Banyak benda lagi umi nak buat,tapi kena buat sikit-sikit sebab kadang-kadang tak cukup masa nak buat,So bila ada masa je umi buatkan untuk Naura.

    Lagi satu dak Naura ni bukan boleh tengok umi pegang gunting ke,gam ke,semua dia nak pegang jugak.Bagi mengelakkan eksiden,terpaksalah umi buat bila dia dah tidur,Tengok jelah tu,senget benget umi kejekan.Sebab nak cepatlah tu jadi macam tu.

    Selain itu,umi ada tampal kertas Mahjong ni di satu side dinding bagi memudahkan dia menconteng.Actually malam tu umi nak ajar dia buat garisan panjang je.Tapi tengoklah apa yang dia buat..hoho..Oklah kan,nak membiasakan diri dia 

    Semoga usaha umi ni,memberikan Naura otak yang bijak dan jadi orang yang pandai.hoiii..touching tau bila sebut pasal anak ni.Teringat kat anak yang sorang lagi tu…Tapi apa kan daya,umi bukan hak hakiki untuk dia.Kalau dia datang rumah je baru umi boleh ajar dia.

    Ok..tu baru part 1 tau..ada satu lagi aktiviti yang umi buat untuk Naura.Dah pun terlaksana malam tadi.Tu pun huru hara jugak dibuatnya..Tapi umi puas hati sebab wishlist umi dah terlaksana walaupun belum lagi 100%..

    Jomlah cari lagi bahan belajar untuk dia.,..

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • deko,  kisahsidairy.com,  Rumah fasa pertama

    Ciri-ciri Perabut yang sesuai dengan Ruang Tamu rumah

    Assalamualaikum
    Lama tak bercerita pasal rumah kediaman..Rumahku syurga ku…Walaupun dah hampir dua tahun berpindah,Tapi rumah still macam tu jugak..Maknanya No renovation and No Painting..
    Tapi ada pasang angan-angan nak cari perabut untuk rumah tu..Maklumlah kan..Nak beli semua tu memerlukan modal.Ingat malas nak berhutang..Beli apa yang mampu je..Janji ada..Aku memang saja je sebenarnya nak biarkan rumah tu kosong cenggitu..Anak kecil,biarkan dia meneroka rumah yang kosong tu je..haha..Tapi bila dah besar sikit ni,ingat ada lah nak pasang angan-angan beli perabut especially sofa untuk diletakkan di ruang tamu.
    Nak beli perabut ni bukan boleh main beli je..Kena jugak tengok keluasan rumah yang hado tu..Kang kalau beli besar sangat,makan ruang yang banyak,rumah pulak jadi sempit..betuiii dak.Sebab tulah kena survey dulu Ciri-ciri Perabut yang sesuai dengan Ruang Tamu rumah..Ok..meh aku share tips yang aku baca di blog senihias.com ni…Moga bermanfaat untuk aku dan korang yang membaca..
    Image result for susunan perabot di ruang tamu
    sumber : teratak impian ibu
    1.TAHAP KEGUNAAN
    Sebelum itu,haruslah kita mengenal pasti tahap kegunaan perabot di ruang tamu.Contohnya,apabila kita nak beli sofa,adakah sofa itu untuk kegunaan keluarga beristirehat dan menonton TV atau perabot berkenaan jarang digunakan.Jika ianya kerap digunakan,pastikan sofa yang dipilih tahan lasak bagi menerima apa juga bebanan yang dikenakan ke atasnya.Ukurang yang sesuai untuk menampung berat pelbagai saiz dan kumpulan manusia.Sofa yang berwarna terang menarik tumpuan.
    2.KESESUAIAN GAYA
    Kita seharusnya mengenal pasti gaya yang sesuai dengan keperluan konsep reka bentuk ruang tamu rumah kita,Pilihan sofa yang bertepatan dengan gaya yang dipilih antaranya
    • Gaya moden menampilkan gaya sofa rendah dan rata selain nampak bersih dan minimal.
    • Gaya klasik menampilkan gaya sofa melengkung berukir dan berukuran besar.Rangka kayu yang keras dan tahan lama.
    • Gaya Tradisional menampilkan gaya tradisi etnik tertentu yang menggunakan bahan kayu.
    • Gaya Resortdan kedesaan menampilkan sofa daripada anyaman serta bahan semula jadi.

    3.KESELESAAN
    Tahap keselesaan sofa bergantung kepada keanjalan dan kelembutan kusyen.Kita boleh tentukan sama ada hendak memilih jenis kusyen yang melekat atau terasing,Ukuran sofa dari segi keselesaan antropometrik dan ergonomik dapat diketahui dengan cara duduk di atas sofa berkenaan bagi menguji tahap keselesaannya.Perlu mengenal pasti bahan yang digunakan samada ia adalah campuran bahan berbusa(foam),gentian atau kekabu.Pengisian bahan berbusa adalah terbaik kerana dapat mengekalkan bentuk selain memberi sokongan yang kuat.
    4.PILIHAN WARNA
    Pilihan warna yang terang sangat digalakkan kerana ia mampu menarik tumpuan.Warna semulajadi adalah pilihan sempurna kerana mudah digabungkan dengan perabut lain.Cara terbaik adalah sofa utama mengekalkan warna sama manakala aksesori dan hiasan sampingan seperti kusyen boleh dalam berbilang corak dan warna.Kelebihan mengetengahkan upholsteri bercorak bukan sahaja merangkan suasana ruang tamu tetapi mampu menutup kekotoran di sofa.

    5.KESESUAIAN RUANG
    Satu kesilapan utama membeli perabot ialah kerana tertarik dengan tawaran jualan murah tanpa membuat perbandingan kesesuaian dengan luas ruang rumah.Apa yang menyedihkan perabot yang dibeli tidak boleh muat walaupun pada pintu rumah..Hah..itu memang sedih…rugi pun rugi jugak kan…Sepatutnya kita harus memastikan saiz dan dimensi serta ukuran lebar,tinggi dan panjang perabot diketahui bersama dengan ukuran maksimum ruang tamu rumah kita.
    6.KETAHANAN FIZIKAL
    Selain ketahanan struktur perabot,ketahanan bahan fabrik juga penting,kerana fabrik jenis jacquard paling tahan.Bahan pelindung pula berfungsi menjaga fabrik bukan ketahanan fabrik.Periksa perabot yang hendak di beli.Part ni kita perlu ambil masa untuk memeriksa dari segi pembinaan struktur rangka perabot.Sofa tahan lama biasanya menggunakan kayu keras sebagai rangka biarpun ia menyebabkan perabot itu berat untuk diangkat.Tunggang terbalikkan perabot yang hendak di beli untuk mengetahui kekuatan dan kestabilan sofa.Duduk dan rasai sofa yang hendak dibeli seperti yang biasa kita lakukan ketika dirumah kerana ia membantu kita membuat analisis mengenai tahap keselesaan dan ketahanan perabut.Perlu juga meminta pandangan dari ahli keluarga terdekat.
    Itu baru hal perabut dan susun atur ..belum lagi bab nak deko perkara-perkara lain..Belum lagi bab warnakan rumah tu…Tengah pening nak cari warna yang sesuai untuk ruang tamu rumah aku tu..any idea?