• decoration

    5 Jenis Bilik Tidur Yang Dihias Cantik Dengan Kertas dinding

    Assalamualaikum

    Hiasan dalaman sesebuah ruang sangat penting dalam menghasilkan suasana dan tema yang dikehendaki. Selain mengisi ruang lantai dengan perabot dan barang perhiasan, ruang dinding juga perlu diberikan perhatian. 

    Kertas dinding (atau wallpaper) dan teknik cat bercorak adalah antara pilihan alternatif yang menarik untuk menghias bilik tidur tanpa membelanjakan wang untuk renovate bilik tidur. Kebanyakan pemilik rumah lebih gemar menggunakan kertas dinding kerana cirinya yang lebih tahan lama, boleh dilap, dan tempoh kerja pemasangan yang singkat.

    Jika anda berhasrat untuk menghias dinding di rumah anda, mari lihat 5 buah bilik tidur yang telah dihias cantik dengan kertas dinding bercorak yang pasti akan buat anda jatuh cinta.

    1. Bilik tidur moden kontemporari ini kelihatan menarik apabila dihiasi dengan kertas dinding bercorak dwi warna, coklat muda dan putih, serta kabinet gantung berwarna hitam pelbagai bentuk.

    Projek oleh: Hatch Design

    2. Kertas dinding bertekstur dengan corak segi empat berwarna coklat muda seakan warna tanah menjadi pilihan pemilik rumah ini, sesuai dengan hiasan dalaman bilik yang bertemakan kayu asli. 

    Projek oleh Klaas Interiors 

    (Baca: Which Wall Covering Is Better For Your Home?)

    3. Bilik tidur milik si anak gadis ini nampak menarik dan ceria dengan kertas dinding bercorak paisley yang berwarna-warni. 

    Projek oleh Bonnieblue Furniture & Interiors

    4. Kombinasi kertas dinding bercorak bunga dan kepingan laminated wood menjadi pilihan untuk menghiasi bahagian kepala katil yang sekaligus dianggap sebagai feature wall untuk bilik tidur ini. 

    Projek oleh La Conception Hauz

    (Baca: 70 Living Room Design Ideas in Malaysia)

    5. Walaupun dikenali sebagai kertas dinding, ia juga boleh digunakan untuk menghiasi bahagian siling. Corak bunga dan daun dalam warna coklat muda keemasan menjadi pilihan pemilik bilik tidur ini. 

    Projek oleh Hatch Design

    Ada sesetengah pemilik rumah yang pilih untuk lakukan pemasangan kertas dinding sendiri. Tetapi secara peribadi, saya berpendapat lebih baik jika anda gunakan khidmat pakar untuk melakukan pemasangan kertas dinding tersebut. 

    Jika anda menggunakan perkhidmatan wallpaper installer, mereka akan lakukan lawatan ke rumah anda untuk ukur keluasan dinding, periksa kondisi dinding dan beritahu jumlah gulungan kertas dinding yang diperlukan sebelum memulakan kerja. Apabila anda sudah membuat pilihan kertas dinding mengikut citarasa dan kualiti yang sesuai, mereka akan lakukan kerja pemasangan dalam tempoh yang dijanjikan.

    Dapatkan sebut harga untuk perkhidmatan wallpaper installer melalui Recommend.my. Kongsi maklumat ringkas perkhidmatan yang anda perlukan, dan terima maklum balas daripada pihak Recommend.my dalam tempoh beberapa jam sahaja.  

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • decoration,  homedeco,  kisahsidairy.com,  kreatif,  lifestyle blogger

    Hasil Kreativiti menggunakan surat khabar lama

    Assalamualaikum
    Tadi lepas dok menggoogle tentang hiasan kediaman,tetiba terserempak pulah hasil kreatif dari surat khabar.Selalunya bila dah kita kumpul-kumpul surat khabar tu,kita akan jual.Tak pun kita buang macam tu je kan..
    Tapi bagi mereka yang kreatif,tengoklah hasilnya..Ni pun aku terbaca di Mingguan wanita.
    1.Jam buatan sendiri.
    Hanya beberapa helai surat khabar lama,pisau dan jarum jam(dengan atau tanpa nombor).Reka bentuk yang unik ini akan nampak cantik di dinding anda.
    2. Kasut comel
    Ambik sepasang kasut lama yang nampak pudar warnanya, kemudian potong surat khabar dalam ukuran empat persegi panjang kecil dan lekatkan di kasut anda menggunakan gam putih. Apabila kasut anda ditutup sepenuhnya dengan segi empat tepat yang kecil, letakkan satu lagi lapisan campuran gam dan air ke atas mereka. Biarkan kering dan kasut ‘wordalicious’ anda sudah boleh digunakan.Jadi ada satu kelainan pada kasut baru anda tu kan.
    3. Balut hadiah
    Jom cuba buat sesuatu yang lebih menarik untuk hadiahkan kepada seseorang. Ya, hadiah yang kita nak bagi pada orang memang istimewa, tapi lagi menarik kalau anda guna hasil kreatif macam ini. Tak perlu nak beli yang dah siap sebab bila kita pandai hias dengan letak reben dan kad comel, hadiah yang dibungkus lagi nampak luar biasa.Lagi jimat sebab lepas ni dah tak payah beli sampul hadiah kan..Tapi tak pernah lagi kat malaysia ni aku tengok orang gunakan sampul surat khabar.

    4. Dinding rumah
    Bosan juga asyik tengok warna dinding rumah yang sama setiap tahu. Apa kata kali ini anda gunakan surat khabar untuk jadikan wallpaper. Kena kreatiflah, pilih helaian kertas yang nampak ‘rare’ berbanding yang lain. Serius cantik.Nak cantik haruslah kreatif kan.Mungkin kertas surat khabar yang ada tulisan sahaja .
    5. Sampul surat
    Sampul surat nerdy cukup sempurna untuk parti yang guna tema ala vintage. Anda boleh buat sendiri guna surat khabar ya, hantar surat atau jemputan buat seseorang istimewa. Untuk adakan majlis pun boleh.
     

     
    6. Subang unik
    Suka kelainan? Cuba anda buat subang sendiri macam ini. Ringan dan sesuai anda yang suka penampilan lebih ranggi. Lekat je surat khabar lama tu bahagian besi, terus nampak cantik.
    7. Beg kertas
    Agak biasa digunakan, tetapi jika anda lebih kreatif boleh letak hiasan bunga atau riben. Sesuai letak barang-barang kecil untuk diberikan tetamu ketika majlis. 
    8. Pelapik gelas atau cawan
    Haaa… yang ini mungkin anda jarang buat, tempat letak gelas guna kertas surat khabar lama. Sangat ringkas dan senang dibuta. Cubalah!
    9. Hias beg luar dan dalam
    Beg pun boleh dihias, ya! Dengan lebihan surat khabar lama yang ada, anda ambil dan tampal di dalam beg. Nak tampal bahagian luar pun boleh kalau nampak beg tu agak lama. Ni nampak macam vintage jugak kan..
    10. Pasu pokok bunga kecil
    Minat berkebun tetapi tiada ruang dan tanah? Jangan risau anda boleh guna kertas untuk tanam pokok kesukaan. Agak dah besar pindahkan dalam pasu. Menarik, bukan?
    11. Bunga tangan comel
    Masa nak kahwin, semua barang kalau boleh nak jimat. Apa kata kalau anda cuba buat sendiri bunga tanga guna surat khabar lama. Agak vintage ok. Tak payah nak segan sangat! 
    12. Bakul barang kertas
    Barang hiasan yang cukup comel ok, tempat letak phone dan pensil. Ini kalau letak di meja ofis pasti orang tegur. Sebab cute, sangat pun! Anda gulung kertas dan ikat dengan tali, mungkin nampak sukar tapi kalau minat semua jadi senang.
    13. Frame gambar
    Wanita suka dengan sesuatu yang boleh naikkan seri rumah, bukan? Ini salah satu idea untuk anda. Cipta bingkai gambar untuk letak gambar anak-anak comel dengan suat khabar lama. 
    14. Hadiah simple tapi kreatif
    Beg doorgift yang sangat mudah. Anda boleh lakukan sesuatu macam ini untuk dijadikan kenangan ketika majlis anda. Sesuai untuk anda yang nak kahwin dan majlis kesyukuran. Aku ingat nak try buat beg doorgift macam ni..baru rare kan…
    Yang pastinya,kalau kita rajin,apa pun boleh jadi.Barang lama yang dikitar semula..Let’s go green malaysia..Perlu ada kesedaran juga dalam kitar semula barangan terpakai ni.
    Tiadalah longgokan sampah sampai takde tempat kita nak meletakkannya..mana yang boleh dikitar semula tu,elok lah dibuat kan.