• Dairy Saya

    Melawat Ayah!!

    Assalamualaikum
    Baru berkesempatan nak cerita pasal semalam…Bukan sibuk sangat pasal kerja…Tapi sibuk pasal baca tentang kehamilan…Banyak nak kena timba nie..Kalau dulu tak pernah ambil tahu pun…hihihi…
    Cerita semalam..
    Pepagi lagi aku dah tengok adik update kat wassap ayah tak sihat…Ayah memang ada semput..Dari dulu lagi…Dah memang bergantung dengan Haler tu..Kalau takde,memang dia akan terbaring jerk,..
    Satu sikap ayah yang aku tak suka adalah dia memang tak suka nak ke hospital..Lebih suka makan ubat-ubat farmasi dan juga ubat-ubat herba…Tu yang buatkan aku marah setiap kali kalau dia ambil ubat-ubat itu..Dulu memang selalu sangat suruh ayat buat check up kat hospital..Dia kata takde masa dan takde cuti..
    orang tua memang macam tu..Bila nak hantarkan macam-macam alasan dia..
    Aku pernah ceritakan kat korang pasal ayah aku nie..bacan <Sini> Pagi semalam ibu kata dia tak kerja…semput memang dah 2 bulan jugak…tapi dia bergantung pada ubat jerk…
    Semalam bila dah teruk sangat semputnya ditambah dengan sakit kepala,adik bawak dia pi hospital..
    Sudahnya ayah menghidap darah tinggi,kencing manis dan semput…Kesian kat ayah…masa aku call ayah tanye keadaan dia,dia memang cool walaupun tau nada suara dia sedih..As a anak,aku cukuplah terasa…Memang kalau nak diikutkan aku nak je balik masa tu jugak…Masa tu jam pukul 2 petang..
    Oho…dok wassap2 ngan adik beradik lain tentang ayah,,,semuanya tau sedang bersedih..yelah disaat usianya 64 tahun,dia menghidap penyakit2 tu..Balik bila bgtau kat husband,mybe husband nampak kesedihan aku,dia ajak aku balik kampung kejap…Yelah at least bila ayah tengok anak dia balik walaupun tak semua,hilanglah sedikit kesakitannya tu kan..lepas dah bincang2 dengan en.husband,aku call kakak ipar ajak dia balik sebab abang aku keje tak dapat nak balik..Pukul 5.30 aku dah bertolak balik..hehehe…surprise kat ibu ngan ayah…Rupanya masa masuk je kat kampung aku,kereta ayah ada kat  belakang..Diorang baru balik ambil adik aku…hehehe..
    Ayah tanya kenapa balik…Saja nak tengok ayah..Waktu salam ngan ayah tu,terus ayah cerita pasal sakit dia tu…nampak tak kesedihan dia,bila dapat tau dia ada penyakit lain selain semput..
    Aku belikan makanan banyak untuk dia..sebab dia memang jenis pemakan orangnya.Tapi bila dia sakit,dia kata takde selera nak makan dah…nampak cengkung dan badan pun kelihatan uzur …kalau dlu dia boleh menyanyi nyanyi ..sekarang ni dah banyak senyap jerk..Sampai kitorang balik pun dia takde hantar kat depan pintu..Sebab itulah rutin ibu ngan ayah kalau anak2nya balik..
    kalaulah aku mampu untuk membiayai semua pelajaran adik2 aku,dah lama aku suruh ayah berhenti kerja..
    Aku masih ada 3 orang adik  yang masih belajar..2 di IPTA dan seorang di asrama…
    Harap Allah berikan dia kekuatan untuk melawan penyakitnya itu..Sentiasa di berikan kesihatan yang baik.
    Walaupun dia bukanlah ayah yang mewalikan aku…tetapi dia tetap kuanggap ayah dunia akhirat..Sebak dah nie..Rasa nak balik lagi…
  • Dairy Saya,  Sharing,  tazkirah jumaat

    FADHILAT SURAH YAASIN

    Assalamualaikum
    Salam jumaat untuk korang.Apa yang aku nak kongsikan ini adalah bertujuan untuk Refreshkan balik diri aku dan juga memberi peringatan pada diri aku sendiri..Dan pada itu,tak salah untuk aku share dengan korang.Kita sama-sama ingat mengingati sesama kita.Insyallah
    mungkin ramai tak tau kelebihan membaca yaasin.Termasuk juga aku.kita hanya tahu membacanya di majlis-majlis doa,di tempat-tempat tertentu dan setiap malam jumaat kan..
    BACALAH YASIN (Tapi wajib bertajwid dan mengikut adabnya). RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan”, iaitu:

    1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

    2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

    3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

    4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

    5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

    6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

    7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

    8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

    9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

    10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

    http://jpnperak.edu.my/portal/modules.php?name=News&file=article&sid=24


    KERBERKATAN YAASIN (DR FATMA ELZAHRAA)

    a) Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang..

    Ayat 1-9 : Untuk keselamatan diri

    Ayat 9 : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.

    Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

    Ayat 13-35 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

    Ayat 22-23 : Untuk menjaga aQidah Memberi hidayah kepada anak.

    Ayat 29 : Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

    Ayat 29 : Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah/aniaya kita.Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

    Ayat 30 : Untuk keinsafan, Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati – beramal dengannya).

    Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik… Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dan lain-lain.

    Ayat 33-35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam.Tanaman akan subur.

    Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

    Ayat 37 : Adalah untuk menetapkan hati-aQidah diri sendiri… Hati yang kering akan hidup semula.

    Ayat 38 : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

    Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak.

    Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

    Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal – Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

    Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

    Ayat 45-48 : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

    Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.

    Tiupan pertama – Datang dengan tiba-tiba
    Tiupan kedua – Hancur
    Tiupan ketiga – Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

    Ayat 50 : Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

    Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

    Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

    Ayat 76 : Jika hati rasa sedih,sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada,bacalah ayat tersebut.

    Ayat 78-79 : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: “dia berkata, siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?” Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.

    Ayat 82 : Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tersebut sehingga 40 hari. Caranya : Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut,Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.
    Wallahu A’lam. Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamal a’maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.

    sumber : http://tazkirahjumaat.blogspot.com/

  • Dairy Saya

    Astro Punye Cerita

    Assalamualaikum

    Sape rumah yang xde astro..Tepuk Tangan…
    Tapi korang suke ke kalau xde astro.Sebab ape korang masuk astro kat rumah ek..
    Alasan aku cuma satu jerk..Supaya tengok tu,siaran die terang…xpayah nak usik-usik antena..
    Tapi bile tengok siaran2 kat astro tu..dah berpuluh-puluh kali dok ulang benda yang sama dlam satu hari..tu yang bosan..hadoiiii…
    Tambah siaran pun same jugak..kononyer la  cerita tu ade kat mustika hd..lame-lame cerita tetap jugak akan disiarkan kat siaran yg biasa macam 104..
    punye banyak dapat duit dari pelanggan..itu jugak yang nak di ulangnye..
    Kalau cerita,kebanyakkan nyer nak jual cite-cite lawak yang ntah pape jerk..Makin lame bil makin banyak..naik makin la naik..
    Maybe sebab xde persaingan..so orang tak boleh nak buat pilihan…emmmm..nasib la…
    sebab nakkan siaran yang terang..terpaksa ler masuk astro…huh!!! Nasib la…
  • Dairy Saya,  Semasa,  Sharing

    Kelebihan Hari Jumaat-Sharing

    Assalamualaikum


    Apa khabar hari anda? Apa cerita Jumaat anda?  Ya, hari ini hari Jumaat. Hari untuk kita mendapatkan lebih success dalam hidup kita. Hari untuk kita lebih cemerlang, lebih kuat berbanding hari-hari yang lain.
    Jadi, apa pun yang anda buat pada hari ini, pastikan itu adalah yang terbaik, yang terhebat untuk diri anda sendiri. Kalau selalu bangun pagi sepuluh minit lagi ke waktu subuh, maka jadikanlah Jumaat untuk anda lebih berjaya.
    Jadikan Jumaat untuk lebih special daripada hari-hari yang lain. Buat janji, bahawa Jumaat aku mesti bangun tiga puluh minit sebelum ke waktu subuh. Hah, kan bagus.
    Hari ini Panduan Islam nak cerita sedikit tentang hebatnya dan kelebihan-kelebihan hari Jumaat.
    1Berlakunya hari kiamat.
    Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
    2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
    Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
    Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
    3. Penghulu segala hari.
    Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
    Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
    4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
    Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
    Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
    5. Kebaikan dengan memotong kuku.
    Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
    Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
    6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
    Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
    Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
    Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
    Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.
    TUAN, puan, abang, kakak dan adik-adik semua, marilah kita jadikan Jumaat kita kali ini lebih bererti. Bukannya apa, untuk kebaikan kita juga. Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini sebenarnya merupakan ruang dan peluang untuk  kita rebut.
    Kita mengaku kita orang Islam. Kita pun mengaku bahawa kita ni mengamalkan segala suruhan agama. Jadi, apalah salahnya sedikit amalan yang nampak macam tak seberapa ini kita rebut.
    Kalau rasa-rasa selalunya macam malas nak selawat, macam tak ada mood nak berzikir, maka jadikanlah hari Jumaat untuk anda lebih bersemangat unttuk berselawat, berzikir, istighfar dan sebagainya.
    Nabi sendiri ada menyebut barangsiapa yang banyak beristihfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.
    Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa. Asal kita jadi lebih baik. Kita usaha, kita cuba betul-betul. Mana tahu andai Allah juga bakal tarik nyawa kita di hari Sayidul aiyam ini. Subhanallah…
    Untuk kebaikan bersama,
    Klik SHARE untuk berkongsi ILMU ini kepada sahabat Facebook yang lain.  Wallahualam.

    Di petik dari
    http://panduanislam.com

  • Dairy Saya

    Apa aku buat Time Lunch di Opis

    Assalamualaikum


    Selamat tengahari….Selamat menikmati makanan tengahari yang enak lagi berkhasiat…
    ade ke korang ketika nie tengah lunch our..korang keluar makan ke x..Kalau korang keluar makan,tempat makan mane yangkorang selalu gi…
    Saje je tu intro…Sejak xboleh nak drive nie,pepagi En.husband hantar mesti pi tapau..tu pun kalau sempat..Ataupun suruh orang tapaukan untuk aku..Malu nak keluar dengan bertongkat nie..Tpai klu gi Jusco ke mane2 xmalu..haha…window shopping..da x sempat nak tengok orang…teruk..teruk..
    Ape korang buat ek bile korang xkuar lunch..tido ker..Macam aku nie klu da ngantuk sangat memang ler aku tido..Tapi kalau boleh nak elakkan dari tido,sebab nanti malam aku susah da nak tido.
    So ape yang aku buat ialah,blogwalking…ataupun aku excercise jari aku nie dengan permainan nie atau buat tuto nie
    bole klik sini ler kalau nak join gak..
    Game or tutor nie pun aku dpat dari seorang blogger jugak…tapi SORRY sesangat aku da x igt blogger tu..
    ataupun aku jengah nie
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    ataupun 
    v
    v
    v
    v
    BLogwalking ler..join segmen sane nie..komen mengomen entry orang..haha..terjah menerjah..
    seronok WOOOOOOOOO
    ok….aku nak main game jap…
    bye
  • Dairy Saya

    Aku Terima Nikahnya

    Assalamualaikum


    Bila da xde keje dan xkemana-mana hari nie.Saje2 nak dowload movie..
    Oklah dari xbuat aktiviti ape2..lepas da Download, masae untuk tonton movie tu..
    Sorang 2 je tengok movie nie sebab orang kata cite nie sedih..
    Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…
    Memang sedih pun..Walaupun cerita nie ringkas,tapi mendalami jiwa perempuan ols..Ape taknye..Mula-mula tengok senyum,sengih sensorang.Jiwang sensorang.Berangan sensorang..haha
    Part lepas Johan Xcident…Ha!!! amik kau…cover la konon xnak nangis tengok cite nie..Last2 bercucuran air mata nie x beghenti kuar..Baru nie la nak cari kain tuala..Cover xnak soksek soksek dek kerana mak mentua ada tengok tv kat sebelah nie..Xboleh nak menyuruk dah..
    Xterbayang rasenye kalau ada kat tempat arlisa tu..Mintak Di jauhkan la kan.
    Apa pun,cerita nie menarik la bg seorang isteri macam saya..hadoooooiii….
    bye
  • Dairy Saya

    Da x buleh bukak da..

                    sedih..sedih……..facebook kat opis ni da kene blok…ayooo….mcm mne nie…huhu…..xboleh ler nak beli online…xseronok ler nak wat kije……adoyaiiii.ape da…xslh ler nak facebook kat opis…bukannyer sentiasa on..kekadang jerk..tu pun klu teringat nak beli ape2 yang terlintas kt fikiran…ahaha…alasan jer tu..padan muke ko..tu ler nak berpesbuk jerk…kan da kene blok..alah..dulu mase masuk keje kt compny nie pun mmg xboleh bukak pesbuk..lately nie la dpt login pesbuk…mybe kesilapan teknikal..la nie diorang blok lagi..mybe head da tau staff2 die mmg rajin buat keje..padahal dok sedap tgk pesbuk..apa da…walaupun kat rumah sis nie ada tenet..tapi bile da mlm balik..da xsempat la nak pesbuk lagi…aktivit mengemas rumah dan memasak telah menggantikan aktiviti membeli belah tanpa had …hah..korang faham ker ape maksud sis tu..suke hati la kalau korang xfaham abaikan..
    T.A.P.I…
    still boleh berblogwalking ..yeiiihaaaa…tu pun xtau ler smpi bile boleh review blog…sat lagi blog pun kene blog…habisler minah..ambik kau..la nie kene jadi pekerja yang baik.kene buat keje jerk…xpyh nak berfesbuk..kan da kene…adehhh…klah ..nak blogwalking nie…jom same2..sementara rehat masih ade mase nie..hulaa