• collaboration,  kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  zalora

    4 Fesyen Skirt Labuh Popular

    Assalamualaikum
    4 Fesyen Skirt Labuh Popular l Ramai wanita muslimah menjadikan Skirt labuh menjadi satu fesyen yang trending dalam pemakaian mereka seharian.Ianya bukan sahaja dipakai untuk ke acara-acara rasmi,tetapi juga sebagai salah satu fesyen apabila mereka keluar bersiar-siar.Banyak keluaran Skirt labuh yang boleh dipilih dan digayakan oleh wanita muslimah.Terlalu banyak fesyen skirt labuh terkini yang dihasilkan oleh pereka fesyen tanah air untuk wanita muslimah.
    Untuk bergaya feminine dan pada masa
    yang sama kelihatan sopan, wanita sering memilih untuk memakai maxi skirts
    berbanding seluar. Terutama sekali wanita Muslimah, rata-rata kini ramai yang
    memilih untuk bergaya dengan koleksi fesyen skirt labuh online dan dipadankan dengan pemakaian blouse Muslimah atau t-shirt berlengan panjang yang loose.
     Pemakaian skirts ini
    juga boleh menjadikan si pemakai tampak lebih tinggi dan langsing. Tidak
    hairanlah jika koleksi maxi skirts kini menjadi trending dan boleh ditemui
    dalam pelbagai rekaan yang menarik seperti berikut;
    Pleated Maxi Skirts
    Pleated Maxi Skirts
    Fesyen skirt labuh yang paling
    popular dikalangan hijabi adalah pleated maxi skirts. Ia mempunyai rekaan yang
    berlipat dan menjadikan skirts ini mempunyai potongan yang beralun.
    Flared Maxi Skirts
    Flared Maxi Skirts

    Fesyen kedua pula adalah flared maxi
    skirts yang mempunyai potongan kembang seakan payung. Ada juga yang menggelar
    fesyen skirts ini sebagai umbrella cutting skirts.
    Peplum Maxi Skirts
    Peplum Maxi Skirts
    Fesyen berikutnya pula adalah peplum
    maxi skirts yang direka dengan tambahan ropol pada bahagian atas skirts.
    Mermaid Maxi Skirts
    Mermaid Maxi Skirts
    Dan fesyen skirts labuh yang terakhir
    adalah mermaid maxi skirts atau skirt yang direka dengan potongan ala ikan
    duyung. Jika flared skirts dan pleated skirts mempunyai rekaan yang kembang,
    skirts ini pula hanya kembang di bahagian bawah dan direka dengan potongan yang
    agak ketat pada bahagian pinggul. 
    Sekarang ni,tak susah  nak membuat pilihan.Pilih sahaja mana yang sesuai dengan kita untuk digayakan kemana sahaja.