• breastfeeding,  INFO,  kisahsidairy.com,  parenting blogger,  Tips

    Tips Menyusukan bayi ketika demam

    Assalamualaikum Start dari malam tadi,badan rasa panas,tekak perit tak terkata.Nak minum air masak banyak-banyak pun rasa sakit di tekak..Bila Naura dah mula mengengek nak susu,dengan keadaan tak sihat,rasa risau pulak..Yelah..takut Naura berjangkit pulak sedangkan dia pun masih batuk dan selsema. source:google Sebagai ibu haruslah risau pasal ni kan.Dari pembacaan aku di blog cikgu susu,ibu yang demam msih boleh menyusukan anaknyaJika ibu demam,batuk dan selsema sehingga membuatkan badannya lemah,kena terus berjumpa dengan doktor. Dari pembacaan aku lagi,penyusuan semasa ibu mengalami demam biasa tidak akan memudaratkan bayi malah ia membantu bayi menguatkan lagi sistem imunisasi badannya.Ini kerana semasa kita demam,badan kita sedang menghasilkan antibodi untuk melawan “kuman Jahat” itu.Penyusuan semasa demam akan…

  • breastfeeding,  kisahsidairy.com,  parenting blogger,  Tips

    Cara Penyusuan Ketika Berpuasa

    Assalamualaikum Bila fikirkan pasal puasa yang nak menjelang tiba tak lama lagi..Tak lama mana pun kan..lagi dua bulan lebih je kan nak tiba ke ramadhan.. Puasa pun belum habis ganti lagi.Macam manalah berpuasa nanti.Mana nak cari energy untuk susukan anak.Lagilah Naura masih lagi menyusu badan.Mana nak simpan untuk stok.Secara jujurnya,aku dah pun mencampurkan susu tepung dalam penyusuan Naura.Sedih sungguh!! Kenalah fikirkan dari sekarang sebab ini kali pertama aku akan melalui pengalaman menyusukan anak semasa di bulan puasa.Ada terbaca disini tentang rahsia penyusuan ketika berpuasa di PAMA source:google Jom kita tengok apa rahsia yang diamalkan ketika berpuasa nanti 1.Disiplin waktu makan -Ibu menyusu memerlukan kalori tambahan sebanyak 700 kalori sehari.Sebanyak 500…

  • breastfeeding,  kisahsidairy.com,  parenting blogger

    Breastfeeding Journey :Bengkak Susu

    Assalamualaikum Alhamdulillah…Dah 7 bulan berlalu dan 7 bulan juga Nur naura Auni masih lagi breastfeeding.Walaupun tidak sepenuhnya breastfeeding,bersyukur,masih lagi diberikan peluang untuk terus breastfeeding. Sebenarnya dari dia berusia 6 bulan lagi,ummi nya dah surrender nak menyusukan dia.Bukan sebab apa,kekadang kekangan waktu mengepam tu sangat terhad.Kalaulah dapat duduk sentiasa di meja office takpe kan..Ini,perlu ke sana dan kesini membuat kerja.Table pun open je.Memang payah nak mengepam. Tapi syukur masih lagi boleh breastfeed,dan masih lagi ada susu untuk si kecil ni.Waktu menyusu dengan aku adalah masa dia bersama dengan aku.Yang syukur sangat tu,bila dia nak,susu tu sentiasa ada.Make sure pagi sebelum ke tempat kerja aku susukan naura,begitu juga balik dari tempat kerja..Memang…

  • breastfeeding,  kisahsidairy.com,  parenting blogger

    Tips Untuk Ibu Menyusu

    Assalamualaikum Sebenarnya entry ini bertujuan untuk share tips-tips yang pernah aku gunakan sepanjang penyusuan Naura.Ini cuma sekadar perkongsian untuk mereka-mereka yang memerlukan sekaligus memberikan semangat kepada aku sendiri..Bila kita tulis,kita juga perlu lah praktikkan apa yang ditulis. Sebenarnya macam berat hati jugak nak tulis entry ni,bukan apa,salah satunya aku takut entry aku disalah ertikan sebagai menunjuk-nunjuk kononnya macam aku breastfeeding anak sorang kat dunia ni.Dan satu lagi aku takmo orang kecam aku bila aku syok sendiri nak share pada mommies  di luar sana tentang pengalaman yang sedikit tu … Sebenarnya kalau ikutkan kemampuan,rasanya tak termampu nak betul-betul breastfeeding anak.Yelah mana masa nak kejar bekerja lagi,Nak fikir sediakan makanan anak-anak yang…

  • breastfeeding,  kisahsidairy.com,  parenting blogger

    Breasfeeding Journey :Beli Breastmilk storage di 11street.my

    Assalamualaikum Breasfeeding Journey :Beli Breastmilk storage di 11street.my | bagi ibu-ibu yang breastfeeding anak ni mesti fikirkan pasal storage kan..hehehe…aku la tuh..Nak cari breastmilk storage bag ni pun kekadang payah jugak.Yelah..kat pasaran sekarang ni,ada yang jual mahal,ada yang jual murah.Ada jugak yang jual combo macam pembelian sebanyak 5 box ke atas dapat diskaun ke..tu CONTOH!! Dari 1st journey aku breastfeeding Naura,Mulanya macam tak kisah la kan storage bag tu harga berapa sebab masa tu stock pun tak banyak. 1st Breastmilk storage bag yang aku gunakan adalah jenama fiffy.. Jenama Fiffy  harga rm11.90(kalau tak silap aku lah) Ni aku beli kat kedai baby di bandar penawar Lepas tu aku beli pulak…

  • breastfeeding,  kisahsidairy.com,  parenting blogger

    Dah Sampai Barang Yang di Tunggu

    Assalamualaikum Selamat pagi sabtu korang..Sebelum buat kerja,kita update blog kejap…hehehe…Agak free sikit pagi ni.Boleh la buat apa yang patut dulu. Bukan nak cerita apa pagi sabtu ni.Barang yang aku tunggu dah sampai..Lega hati mak ni.Tak lama pun menunggu barang ni sampai.Rabu tuari order,jumaat dah sampai..Lega sungguh beb..Lepas ni nak cari spare part boleh beli online je lah.. Tadaaa…. Apa yang aku dok tunggu tu.Ni hah!! kalau korang follow entry aku dalam beberapa hari lepas,aku ada cerita pasal Breast Pump Elektrik aku tu rosak..Eh..Bukan rosak..Tapi Ada item di bahagian breast pump tu tak boleh digunakan lagi.Cer korang baca kat entry Valve Problem Pada Breast Pump. Memang susah hati ooo kalau ada…

  • breastfeeding,  kisahsidairy.com,  parenting blogger

    Valve Problem pada Breast pump

    Assalamualaikum Seronok sebenarnya kalau bercerita pasal breastfeeding ni.Tapi kalau bab mood down dan susu tak keluar,hah!! masa tu lah nak buat apa pun tak boleh. Semalam aku ada cerita di Entry Habasyi oil-Supplement terbaru dalam perjalanan breastfeeding Naura kan…Supplement ni membantu aku dari segi kesihatan aku jugak.Kurangkan keletihan badan.Jadi nak buat kerja extra pun boleh lagi. Tapi yang tak bestnya bila time cergas nak buat kerja mengepam tu,Pump pulak ada masalah.Geram weh!! Rasa nak hempas-hempas je pump tu.Tapi difikirkan balik beli dengan duit,so lepaskan geram kat my laki je..Membebel pasal pump tu depan dia,redha je dia jadi pendengar. Dulu aku ada cerita pasal pump yang aku beli kat entry Bercerita tentang…

  • breastfeeding,  kisahsidairy.com,  review product

    Habasyi Oil – Supplement terbaru Dalam Perjalanan Breastfeeding Naura

    Assalamualaikum Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Tetaplah kamu dengan Habattus sauda.Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit,kecuali mati.(hadis riwayat Bukhari)  Alhamdulillah..sudah 4 bulan,masih diberi peluang untuk breastfeeding Naura.Walaupun kekadang tu rasa sukar untuk menghasilkan stock,tapi aku tetap mencuba.Bukan senang nak meneruskan breastfeeding ni kalau jiwa tak kental.hehe..Kekadang ada masa down sebab stock yang semakin berkurangan.Yelah,takat ni Naura ada jugak aku campur dengan susu formula disebabkan stock yang terhad.Tapi alhamdulillah sehari pun kekadang dia ambil sekali je susu formula tu.Kalau boleh aku nak buang terus perkataan susu formula dalam breastfeeding journey aku. Bila mak-mak yang BF anak ni,banyak tenaga dan masa yang diperlukan.Untuk tambah stock,untuk bangun pepagi buta buat power pumping..Semua tu…

  • breastfeeding,  kisahsidairy.com,  parenting blogger

    Breast Pump Rosak!!

    Assalamualaikum Memang serba tak kena bila breast pump rosak.Bukan rosak ape pun,cuma suction dia tu je problem.Jadi susu payah nak keluar.Bunyi je lebih. Memandangkan Nur Naura Auni fully breastfeed,jadi bonda tersangatlah susah hati.Yelah,stock memang sangat-sangat berkurangan dan tak boleh nak supply..Uih..jenuh jugak pakai manual tangan je.Kalau dulu pakai Breast pump elektrik ni,sambil buat kerja pun boleh pam dan buat stock.Ni nak kena amik masa ke surau nak perah susu bagai. Nak pi servis jauh la jugak,kena tunggu hari cuti baru dapat ke servis center di Bandar Baru Uda.Actually Breast pump Elektrik tu masih ada warranty lagi.Jadi sayang jugak aku biarkan macam tu.Lagipun bukan murah hoii harga tu walaupun aku beli…

  • breastfeeding,  motherhood,  parenting blogger,  pregnancy

    Bercerita tentang penyusuan Naura pulak

    Assalamualaikum emmm…Anak kedua aku ni fully breastfeeding.Masa Naura dapat susu badan ummi dia,terus demand taknak susu formula dari hospital.Masa aku dimasukkan diwad biasa,dan masa tu aku dah pun boleh bergerak,doktor arahkan nurse supaya letak baby tepi katil aku.So aku kena BF naura.Masa 1st time tu,aku kekok jugak la kan..yelah selama ni tak pernah ada experience pun…dengar orang cerita je sebelum ni.Masa pagi tu iaitu hari keempat Naura di sebelah aku,nurse dah suruh BF dia.Aku try sebaik mungkin untuk BF dia..Tapi x sure masa tu susu banyak atau tidak untuk dia minum.Risau dia lapar.Tapi masa tu Naura memang tido je.Tak bangun menyusu pun takpe.Tapi aku kejutkan dia jugak untuk BF.Sampai nipple…