• breakfast

    Breakfast hari minggu dengan Kopi Televisyen

    Assalamualaikum

    Hai korang??Happy saturday..Apa aktiviti korang hari ni.Harap semuanya berjalan lancar hendaknya.

    Hari ni tak plan ke mana pun.Just duduk rumah je kot.Petang sikit baru keluar nak cari lauk basah.Biasalah kan rutin hari minggu.Ingat nak pergi pagi-pagi.Disebabkan ada kerja nak buat,so tak dapatlah nak keluar pagi ni.

    Breakfast apa?Lempeng dengan asam pedas ikan pari.Semalam ke rumah kakak ipar sambut birthday anak dia,ada lauk lebih,so dia bagi kat aku.Lama rasanya tak pekena lempeng cicah asam pedas.And yesss,pagi ni dapat jugak makan.Dah berapa hari gaknya gantung kuali.Mungkin hari ni pun still gantung kuali.kah..

    Complete pulak dengan Kopi O Kluang.Hah aku beli kopi ni masa trip Kembara Blogger minggu lepas.Kami sempat ke Kilang Kopi Cap Televisyen di Kluang.So beli sikit untuk adik beradik.

    Memanglah lagi mengancam kan bila minum dengan kopi O ni.Mau tak cukup secawan.Nak buat kopi ni kena pekat-pekat,baru dia umpphh rasanya.

    Korang pulak sarapan apa pagi ni?

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • breakfast

    Breakfast of the day 8 July 2017

    Assalamualaikum
    Hai korang??Happy weekend.ada yang bekerja ke hari ni.Mostly ada lah kan.Hari ni aku cuti.So macam macam aktiviti nak buat hari ni.And of course beraya adalah aktivitinya.
    Raya kan sebulan..heheeh..Ada masa tu boleh lah menziarahi sanak saudara kan.Ke rumah siapa kita hari ni?…tungguu
    Aktiviti pagi of course sediakan sarapan untuk orang dalam rumah ni.Simple but oklah kan nak kenyangkan perut
    Tadaaaaaa… mee goreng,telur goreng dan lebihan sup semalam aku panaskan
    Simple je kan.Settle semua,kita kejutkan anak-anak makan.Actually diorang dah makan,cuma tadi bangun,masing-masing mintak susu.
    So,dah kenyang dengan susulah tu.Korang sarapan ape hari ni?
    Masak sendiri or sarapan kat luar
  • breakfast

    Breakfast Of The Day 6 July 2017

    Assalamualaikum
    Hai korang☺☺ dah sarapan ke.Baru nak up cerita pasal ni,sibuk sikit siapkan attendance.Ni pun belum siap sepenuhnya.Saja curi masa sikit update blog untuk isi yang simple ni.
    Yes..Hari ni masih tak berkesempatan nak memasak.Dengarnya asyik tak berkesempatan je kan.Bila lah nak sempatnya.Badan letih sangat,bangun pun macam dah ngam-ngam je.Dah bunyi alarm,tapi masih buat dek je.Gitulah kekdahnya.
    So,hari ni cuma sempat beli makanan kat luar je.Rasa banyak kali kan beli kat luar.Tapi itu sarapan je,sampailah ke petang hendaknya.

    Mee goreng bersama telur puyuh.Extra tapau air milo panas.huishh..
    Total damage  RM5
    OKlah tu kan.Harap kenyang sampai ke petang.Kalau tak kenyang pun,nanti ada nestum oat dan biskut..Bolehlah buat tahan lapar untuk sampai balik kerja.Balik kerja terus masuk dapur memasak.
    Korang pulak macam mana hari ni.Mesti dah nak siap-siap keluar lunch kan.
  • breakfast

    Brekfast of The Day 04 July 2017

    Assalamualaikum
    Hai korang☺☺ entry sarapan pun boleh je di blog kan..hehe…ada je sebenarnya cerita yang boleh diceritakan di blog ni.Biasalah,itu dah memang kerja blogger kan.Apa je cerita,yang sedap untuk didengar,boleh dikongsi bersama.Janji tak mengaibkan orang,tak jugak berlaku isu sensitiviti masyarakat dan sebagainya.
    Hahaha…boleh jelah kan.Selalunya untuk sarapan,kalau tak dibawa dari rumah,aku akan beli di luar,Sejak dah berkurangan kawan di office ni,jaranglah aku keluar makan.Sebaiknya bawak bekal dari rumah or beli.itu jelah.
    Macam hari ni,aku bawak bekal dari rumah.Sebenarnya semalam petang,saja je aku masak lebih.untuk en husband yang masih tak sihat tu kat rumah dan untuk aku bawak ke office.So takdelah lapar sangat tak makan bila kat office ni.
    ikan masak kicap dan sayur kacang panjang goreng.
    Insyallah,boleh buat alas perut.Kang kalau petang lapar,boleh beli roti dengan uncle lori tu,super jimat la nampaknya kan.
    Actually,boleh je nak bawak bekal hari-hari.Cuma tak masak banyak,itu je.Kalau masak banyak boleh je bawak kan.
    Kalau dekat kedai pun ni dah berapa ringgit dah.Dengan ekonomi sekarang ni,semuanya mahal.Ikan je sekilo dah lebih rm10 tau.Udang sotong jangan kira lah..mahal nak mati.Jadi bila nak makan seafood tu,terasa lah jugak nak membelinya.Bukan kedekut,cuma bila teringin tu,aku akan belilah..
    Korang pulak macam mana,aku percaya ramai yang lebih suka bawak bekal berbanding makan luar,sekali sekala tu oklah kan..Kalau dah tiap-tiap hari,tepuk dada tanya poket seluar sendiri lah kan.
    Kena berjimat cermat demi nak membeli banglo..ececeh…banglo tu tidak la,rumah ku syurgaku dah wujud,cuma tinggal nak renovate sikit-sikit je.Mana tau hasil dari penyimpanan duit ni,ada jugaklah benda yang nak dibeli untuk rumah tu kan.
    So,pepandailah nak jimat.

  • breakfast,  food,  kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  parenting blogger,  pregnancy

    Menu Breakfast Berpantang hingga sekarang

    Assalamualaikum
    Siapa kat sini suka makanan berpantang.Sila angkat tangan!!…Ha..aku tau ada antara korang yang tak suka menu berpantang kan..Macam aku jugak la,ada jugak makanan berpantang yang aku kurang suka..Yelah..bila lauk yang sama je,mau tak jemu..hehehe
    Masa dalam pantang,alhamdulillah,adik ipar rajin masakkan menu yang tidak menjemukan aku.Ikan haruan memang menjadi menu wajib.Tapi kalau dah setiap hari masak sup,muak jugak.Resepi orang kemboja dalam berpantang sedap jugak wehhh!!..ikan haruan tu bukan saja buat sup,di salai dan dibakar,kemudian ada jugak menu masak halia..Sup dia memang terbaik la..bukan macam sup kita..Sup dia letak daun ketumbar dan perahan asam limau je..memang aku boleh masuk..
    Untuk breakfast dan makan petang merangkap jugak makan malam,aku memang baham roti keping bersama air milo je.Kalau roti sebungkus tu boleh tahan 3 hari untuk aku sorang je.sekali makan dalam 4-5 keping..hahah..Yelah..ibu menyusu ni,memang lapar sepanjang masa,Kalau dulu 1 liter air pun susah nak habis kan..Sekarang ni maintain 3 liter air sampai ke malam.Risau sebab nanti susu sikit pulak bila kurang minum air.
    Nak dijadikan cerita,bila dah habis pantang ni,roti dan milo memang menjadi menu utama aku.Mesti nak cari roti dengan milo bila pagi dan malam..uishhh..Gemok!! takdelah..ibu yang breast feeding ni jarang jugak badan naik..So far badan tetap maintain macam dulu..Lagi kurus ada la..
    Lagi la operation ni kan..banyak nak kena pantang.Telur,kacang dan makanan yang boleh membuatkan bekas operation ni gatal-gatal..iskk..dah pernah kena da..hehehe…Dia punya bisa,,aduhaiii…
    Oklah..nak sambung kerja kejap…Banyak kerja tertangguh.entry pun banyak juga tertangguh..hehehe..blogwalking dah buat sikit-sikit walaupun taklah banyak..tu pun aku singgah mana yang ada publish entry je..
  • breakfast,  drink,  kisahsidairy.com

    Jamu Tekak Dengan Air Asam Jawa

    Assalamualaikum
    Selamat pagi selasa…Heh!!…bila dah gatal tekak ni,asyik nak termuntah je lah kerjanya…Tuari aku ada cerita pasal aku batuk kat entry petua menghilangkan batuk. Rasa dah bape hari aku batuk je..Heh!! batuk² pun aku bedal jugak ais..Itu memang tak boleh nak elak.
    Semalam dah pesan kat my husband,bila keluar belikan air asam jawa.Lagi satu aku memang suka asam jawa ni,sejuk je rasa bila sampai ke tekak.Memang mabless…
    Aku suka brand ni,sebab dia masam dan sedap…Ada jugak aku pernah beli brand lain,memang tak kena dengan tekak.
    Bila batuk minum je air asam jawa ni..Suara pun dah nak hilang ni..aku memang tak suka minum ubat batuk..Nak² yang colour hitam tu.Memang buat aku mengantuk.Walaupun minum malam,bila bekerja still rasa lagi mengantuk..Sebab tu aku tak suka sangat minum ubat batuk tu..Lagipun takut effect apa² kat baby kan..
    oklah..nak settlekan kerja yang di pending petang semalam..Kan ke semalam aku half day…Eh…tak tau ea…Korang boleh baca kat entry Cuti Setengah Hari
  • breakfast,  kisahsidairy.com,  nur awfiyah,  parenting blogger

    Sarapan Simple Pagi Ni

    Assalamualaikum
    Disebabkan tak sempat pagi tadi nak menggoreng nasi.Bawak je roti gardenia dan Tuna ke tempat kerja..
    Dalam kereta lagi dah berbunyi-bunyi perut ni.Lambat makan sekarang ni,perut cepat naik  masuk angin.
    Pepagi pukul 4 tadi.awfiyah dah terjaga.Lepas buatkan dia susu,aku tengok dia macam tak tenang nak tido.Aku pun heran jugak,selalunya lepas susu,terus amik puting kopek dia,dan senang je dia tido.Pagi tadi lain macam pulak pusingnya,sampai ke bawah kaki aku dia berpusing.Resah gelisah semacam je aku tengok.Last-last,bangun jugak ummi dia ni.Loh…ajak main-main pulak..alahai si anak,napelah pepagi dah kejutkan ummi.Mungkin dia tak selesa sebab dia kena kulat susu…Nanti aku cerita ea
    Masa tu jugak perut ummi ni dah berkeriuk mintak diisi..Adik dalam perut ni nak mintak makan gaknya.Jarang benau makan pepagi sebelum subuh..Buat air milo,lepas tu cicah biskut je.Lepas tu baru tidokan awfiyah dalam buai.Ummi dia pun ikut la tido sekali.
    Sekali pepagi tadi dah terlajak laris,ha….amik ko..bangun 6.30 pagi dengan mata yang kelat..Nak tak nak kena jugak bangun.
    Nasib baik malam tadi dah shopping sikit barang makanan dan keperluan perut ni tatkala lapar tengah malam.Actually malam tadi,pi bawak awfiyah shopping barang dia..Drypers and puting susu wajib kena beli sebelum stock kat rumah habis.
    Sempat ni jelah…Oklah buat alas perut kan..Nasib baik semalam beli..Kalau tak,tak menyempat nak menyinggah beli sarapan pagi tadi.
  • breakfast,  foodporn,  kisahsidairy.com

    Rezeki Di Pagi Hari

    Assalamualaikum
    Alhamdulillah..Syukur kepada nikmat yang telah Allah swt berikan di pagi hari jumaat yang mulia ini.Disebabkan kes semalam,aku ada cerita kat Entry ni, Berbaloikah Harga Makanan Ini ,Maka dengan gigihnya bangun pagi buat nasi goreng.
    Sampai kat tempat kerja pula,ada hamba allah yang baik hati hari ni,bagi pula ketupat palas.Memang dah lama kot mencari.Tapi yelah…nak mencari makanan seperti ni,mestilah di kedai-kedai tertentu kan.Takkanlah kat kedai mamak ada jual..hehehe..
    Moga makin luas rezeki kepada rakan kerja yang memberikan aku makanan pagi ni.
    Ketupat palas ni selalunya orang pantai timur je yang buat.Jarang orang Johor buat ni.Aku memang suka kalau makanan pantai timur ni.Yelah..kalau ikutkan,aku pun berketurunan orang pantai timur gak,Tapi bila atok nenek dah pindah ke sini kan..
    Selalunya masa hari raya je aku dapat menikmati kuih ni..Sekarang ni,mudah sangat kan nak dapat..Kat mana-mana ada jual.Cuma kena rajin mencari je lah.
    Apapun tetap bersyukur atas pemberian ni..Jadi tengahari tak payah la keluar makan.Lagipun dua officemate perempuan yang selalu keluar makan dengan aku hari ni ,diorang tak datang pulak..so tinggal la keseorangan.Lagi pulak hari ni hari jumaat,lagi la lunch berseorangan.
    Ok…nak buat kerja dlu..ada masa nanti aku nak menyinggah di blog rakan-rakan yang lain
  • breakfast,  food,  kisahsidairy.com

    Berbaloikah Harga Makanan Ini?

    Assalamualaikum
    Sebagai pengguna,kita selalu  akan rasa tidak puas hati bila membeli makanan yang mahal tak masuk dek akal kan.
    Kesempatan peniaga menjual makanan dengan harga yang tak masuk akal tu lah,yang membuatkan kita lebih berhati-hati untuk memilih kedai.Lagi bagus kalau bawak bekalan dari rumah.Tapi kalau berkesempatan untuk menyediakannya kan.Kalau yang tidak tu,terpaksa jugaklah membeli.
    Bukan aku nak berkira bab membeli makanan ni,tapi rasa macam tak masuk akal pulak bila harga yang diberikan tu rasa melampau.Kalau kena dengan jumlahnya oklah jugak.Ni hanya beberapa kerat sahaja isi yang ada di dalamnya..Ini baru untuk breakfast.Kalau makan tengahari,tak taulah berapa yang mereka charge.Aku beli pun sekadar peniaga yang jual hanya open table dan payung..Kena charge sehari beratus ke untuk menyewa tapak…Itu tak mungkin kan.

    Saja aku besarkan gambar untuk korang nilai sendiri harganya..
    Agak-agak korang,berapa harga yang dikenakan atas mee hoon kosong ni dan beberapa kerat paru tu.
    Kalau korang nak tau harga untuk mee hoon dan paru ni adalah rm4..Korang rasa? berbaloi atau tidak harga tu..Tak faham lah diorang ni,nak kata harga minyak naik melambung,rasa tak munasabah pulak.haishhh…tak taulah nak salahkan sape dalam hal ni..
    Memang rasa dah malas nak pi kedai tu lagi…Esok cari kedai lain pulak..Bila hari-hari gaknya tengok aku beli kat situ je,maunya dia hentam harga macam tu…
  • breakfast,  kisahsidairy.com

    Breakfast Dulu sebelum Bercerita

    Assalamualaikum
    Lambat bersiaran hari ni.Dahpun memulakan kerja hari ni setelah 5 hari bercuti.Uppfftt… hari tu..Lama kan.
    Kenapa aku bercuti? Memang banyak nak cerita kat korang,Tapi sebelum tu kena lah settlekan kerja yang tertangguh sepanjang aku bercuti.
    Bila dah selesai segalanya,kenalah breakfast dulu..Tak tahan dah perut ni berkeroncong..Kesian pulak baby dalam perut tak makan lagi..hehehe..
    Sebelum ke tempat kerja tadi,sempatlah tapau mee hoon goreng ditambah pula dengan sambal kerang.Saja nak menambahkan lagi darah..
    Ditambah lagi dengan minuman susu kambing strawberry dari Mummylicious.Delicious sangat kan..
    Oklah..satgi aku sambung lagi cerita ye..Sambung sikit kerja-kerja yang tertangguh dulu..
    Till meet again..