• br1m,  kisahsidairy.com,  lifestyle blogger

    Kadar Bayaran BRIM 2016

    Assalamualaikum
    brim 2016Kadar Bayaran BRIM 2016 | Seperti yang sedia maklum,selepas Bajet 2016,Kadar bayaran BRIM untuk tahun 2016 telah meningkat mengikut pendapatan isi rumah.Pembayaran BRIM telah dinaikkan manakala satu lagi kategori baru telah diperkenalkan.Dalam Kategori baru BR1M,penerima BRIM yang tersenarai dalam program E-Kasih dan berpendapatan bulanan bawah RM1000 akan menerima bantuan BRIM sebanyak RM1,050.
    Kadar bayaran bantuan BRIM 2016 

    brim 1 malaysia
    Pendapatan Isi rumah Bawah RM1,000(e-kasih) RM1050
    • Ansuran Pertama = RM350 (Januari 2016)
    • Ansuran Kedua = RM350 (Mei 2016)
    • Ansuran Ketiga = RM350(September 2016)
    Pendapatan Isi rumah Bawah RM3000 (RM1000)

    • Ansuran Pertama = RM300 (Januari 2016)
    • Ansuran Kedua = RM350 (Mei 2016)
    • Ansuran Ketiga = RM350(September 2016)
    Kategori Isirumah RM3,001-RM4,000(RM800)

    • Ansuran Pertama = RM250 (Januari 2016)
    • Ansuran Kedua = RM250 (Mei 2016)
    • Ansuran Ketiga = RM300(September 2016)
    Kategori BRIM Individu Bujang
    • RM400(Januari 2016)

    Sumber: Sini
    Kepada Penerima BRIM yang lepas dan yang bakal membuat pendaftaran,permohonan dan kemaskini BRIM 2016 online hanya akan dibuka pada 5 Disember 2015
    Tempoh Permohonan dan Kemaskini
    1 Disember-31 Disember 2015
    Penerima BRIM sedia ada tidak perlu mendaftar lagi,tetapi hanya perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat,maklumat anggota keluarga dan akaun bank.Pemohon sedia ada yang gagak mengemaskini BRIM 2016 akan menyebabkan permohonan gagal diproses
    Kaedah Permohonan BRIM 2016
    1. Online
    2. Cawangan LHDN atau Kaunter Khas
  • br1m,  Uncategorized

    BR1M Dah Masuk Account

    Assalamualaikum
    brim
    sumber :google
    Ni bukan sambungan cerita tadi yang aku nak share kat korang…Ni pasal lain ok…Korang dah check ke account korang..
    Aku pasti pembayaran BR1M nie di bayar secara berperingkat..Semalam mungkin mereka masukkan kepada yang bujang.Dan hari ini dimasukkan pula untuk orang yang dah berkahwin.Sebab semalam aku dah checkkan MIL aku,dah masuk.Tapi En.husband aku belum..Dan kebanyakkan yang aku tanya mereka yang dah berkahwin,mereka belum terima apa-apa lagi..Tapi yang bujang dah terima.
    Hari ni bila check account,dah pun selamat terima..Terima kasih PM..At least boleh la tampung sedikit sebanyak masalah yang aku alami semalam..nanti aku cerita kat next entry ok.
    Dah check ke account korang tu ,kurang ke lebih ke…kalau lebih kasi kat aku ea…kalau kurang korang mintak dekat diorang la..hehehee…Korang boleh tengok carta kat bawah nie…
    Br1m
    sumber:google
    Kalau korang tak dapat bantuan nie,korang boleh la call no yang tertera dalam gambar atas nie..
    Jom tengok pesta layang layang di Pasir Gudang..Esok dah last..Blogger jb..kalau jumpa tu tegur-tegur la ye…hehehe..kalau korang kenal aku ni..
  • br1m

    Pembayaran BR1M 3.0 Pada 22 Februari Ini

    Assalamualaikum
    Pastinya ramai yang tertunggu tunggu BR1M nie keluarkan..Sedikit info yang boleh dikongsikan di blog Kisahsidairy ini.
    pembayaran br1m 22 febuary
    Status Keputusan BR1M 2014 BR1M 3.0 (Tarikh pembayaran) : Macam-macam usaha yang kerajaan terpaksa lakukan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia sehingga terpaksa menubuhkan “makmal kos sara hidup“
    Kerajaan bakal mengumumkan beberapa lagi langkah untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang supaya tidak membebankan rakyat. Pembayaran BR1M 2014 BR1M 3.0 kepada anda semua salah satu daripada akujanji kerajaan kepada anda semua dengan harapan bebanan kos sara hidup di Malaysia tidak terasa.
    keputusan br1m
    sumber : sini
    1. Bagi pemohon BR1M 2014 yang telah kemaskini BR1M 3.0 pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 akan dibayar terus ke akaun pemohon yang layak pada 22 Februari 2014.
    2. Manakala pemohon yang tidak mempunyai akaun bank atau tidak sempat kemaskini maklumat perbankan akan menerima BR1M 2014 secara berperingkat bermula 23 Febuari 2014. Ini bermakna, pemohon yang tidak mempunyai akaun bank akan menerima pembayaran BR1M 3.0 menerusi baucar BR1M 2014
    sumber : sini