• blogger,  blogger lifestyle

    Kad raya dari Blogger

    Assalamualaikum
    Kad raya lagi dari blogger Dayang Deno,Engku Muzahiddin dan jugak zaza 
    Dari blogger Mialiana,Azhafizah dan jugak Ummi
    Alhamdulillah…dapat lagi kad raya dari blogger…Thanks sesangat kat korang yang sudi bagi kad raya kat aku…Appreciated sangat2…Cuma tak sempat nak membalas kad raya korang nie ye.Al-maklum la…baru keluar hospital..
    Sayang korang ketat-ketat…Tahun depan insyallah,ada kad untuk korang..
  • blogger lifestyle,  nur awfiyah

    Kerinduan Tidak terhingga!!

    Assalamualaikum
    Selamat pagi..Hari pertama bekerja setelah hampir dua bulan tidak bekerja..Memang liat jugak la nak bersiap ke kerja.Apatah lagi nak tinggalkan Nur Awfiyah.Dua tiga kali jugak keluar masuk tengok dia sebelum ke kerja.
    google
    Lain rasanya bila dah hari-hari bersama dengan dia.baru pukul 9 dah rasa macam setengah hari teringatkan dia.Umie kerja untuk Nur Awfiyah jugak.Malam tadi dia meragam,mungkin kepenatan sebab semalam baru balik dari Melaka.
    Entry autopublish aku dah buat untuk minggu lepas.Hari sabtu lepas,aku dah balik kampung kota Tinggi.Hari Khamis dah bergerak ke Melaka sebab ada kematian sampailah hari Ahad.
    Takde kesempatan untuk aku blogwalking dan juga update entry walaupun aku tau ranking semakin teruk..emmm…tu dah tak ambil kira dah..Tunggu masa dan ketika lain la untuk naikkan semula.
    Tetiba rindu dengan Awfiyah..
  • blogger,  blogger lifestyle,  Dunia Blogging.Blogger baru

    Dapat Hadiah Dari Blogger Farah Waheeda

    Assalamualaikum
    Alhamdulillah..Dapat lagi koleksi hadiah dari Blogger..
    Sebenarnya hadiah nie dah lama sampai..Rasanya dah 2 minggu..Tetapi disebabkan aku guna alamat company,so hari nie baru ambil.
    Ada Fridge Magnet Guitar dan pencil tu..
    Haishh…Bila tengok hadiah nie,teringat pulak hadiah yang belum sempat aku poskan..Bila nak pos tak taulah,..Kesian mereka menunggu..huhu…Memang dekat sebulan dah terabai..Tinggal nak beli setem je tu..
    Thanks Farah dengan hadiah nie..boleh akak kumpul buat koleksi kat peti ais tu..
    Jom korang terjah blog Farah
    ♥ Blog Mrs. Secretary ♥
    Sorry Farah..akak ambil header nie tanpa pengetahuan..
    Korang klik Header nie untuk ke blog Farah ye
    Masih berhutang blogwalking kat blog2 rakan-rakan blogger..
    Busy weh!!! petang nie nak bawa Nur Awfiyah Berkhatan pulak…
  • blogger,  blogger lifestyle,  nuffnang

    Cashout Nuffnang

    Assalamualaikum

    Semalam,sudahpun Cashout Nuffnang.Memang niat hati nak suruh beranak banyak-banyak.Tapi ada tujuannya..Rahsia tau..hehehe..Kalau nak beli baju raya pun tak sempat sebab,Kadang-kadang Nuffnang  nie cakap je 30 hari,tapi lebih dari 30 hari…Takpe..Sabr menanti.

    Boleh la kumpul balik duit dari Nuffnang tu kan..Insyallah..kalau kita rajin,beranak pinak duit dalam Nuffnang tu.

    Sekarang Baki yang ada kat Nuffnang tu dah Zero.


    Nuffnang
    see..dah zero pun
    Hari nie nak settlekan blogwalking segmen-segmen yang aku dah join…Ada 2-3 segmen untuk aku settlekan untuk balas balik blog diorang..Insyallah..kena settle satu-satu..
    Dapat blogwalking pun masa Nur awfiyah tidur..
    See u then!!

  • blogger lifestyle,  INFO,  nur awfiyah,  PARENTING

    Info Bayi Pramatang

    Assalamualaikum
    Meh sini aku nak share dengan korang tentang pembacaan aku tentang bayi Pra matang ni.Disebabkan anak aku dilahirkan tidak cukup bulan atau dikenali sebagai bayi pramatang,aku terpaksalah menggoogle tentang info Bayi pramatang nie.
    sumber :google
    Bukan apa,kata orang ,bayi pramatang nie memerlukan penjagaan yang extra dari bayi yang dilahirkan normal atau cukup bulan.
    Sebelum tibanya waktu bersalin,bayi akan berada selama 38 ke 42 minggu untuk keseluruhan tempoh kehamilan.Nur awfiyah dilahirkan bila dia berada dalam 33 minggu di dalam perut.Jika kelahiran telah berlaku antara 20-37 minggu dalam tempoh kehamilan,ia dipanggil sebagai kelahiran pramatang.
    Kalau korang nak tau,bayi pramatang ni selalunya akan mempunyai masalah kesihatan berkaitan dengan organ mereka untuk jangka masa panjang.Itu yang aku risaukan tu..Mohon dijauhkan la..Terutama sekali pada jantung dan hati mungkin belum sepenuhnya terbentuk dan matang selepas dilahirkan.Bayi yang dilahirkan sebelum 24 minggu mempunyai peluang yang tipis untuk hidup,Jika seseorang wanita ingin meneruskan kehamnila sehingga 32 minggu dari tempoh kehamilan,kemungkinan bayi tersebut akan mengalami kurang masalah berbanding kehamilan awal.Semakin awal tempoh kelahiran,semakin tinggi risiko bayi menghadapi masalah kesihatan yang serius.
    Occay,apa pulak punca lahirnya bayi pramatang nie?
    Kelahiran pramatang mungkin berlaku kepada semua ibu mengandung, malah kepada mereka ynag sihat dan melakukan perkara yang betul. Kebanyakkan waktu kelahiran pramatang berlaku secara mendadak sebelum waktu bersalin dan puncanya tidak diketahui. Bagaimanapun, faktor risiko seperti dibawah mungkin memberi risiko yang tinggi kelahiran pramatang:
    1.
    Terdapat sejarah dalam keluarga yang mempunyai kelahiran pramatang.
    2.
    Sesetengah komplikasi mengandung seperti pre-eclampsia (tekanan darah tinggi dan terdapat protein dalam urine) dan berlaku ‘placenta abruptio’(placenta dan dinding rahim terasing sebelum bersalin).
    3.
    Terdapat jangkitan seperti jangkitan pundi kencing, jangkitan rahim dan jangkitan pada ginjal.
    4.
    Kecacatan pada bayi, cervik, rahim dan plasenta.
    5.
    Merokok, penyalahgunaan alkohol dan dadah semasa mengandung.
    6.
    Kehamilan kembar.
    7.
    Membrane pramatang yang telah pecah: Lelehan keluar sebelum waktu kelahiran.
    8.
    Tidak kemampuan bahagian cervical untuk menutup dengan rapat. Keadaan ini mungkin boleh dirawat dengan menggunakan cervical cerclage.
    9.
    Kekurangan rawatan untuk penjagaan kehamilan.
    10.
    Kekurangan berat badan sebelum mengandung.
    11.
    Hamil ketika umur dibawah 18 tahun atau lebih 40 tahun.
    Apa pula risiko terhadap bayi 
    Bayi pramatang ni lebih cenderung untuk menghadapi masalah kesihata untuk jangka masa panjang atau masalah seumur hidup.Risiko bayi pramatang ialah termasuk :-
    1.
    Sindrom kesukaran bernafas. Bayi yang baru lahir memerlukan sokongan ventilator.
    2.
    Kesukaran untuk makan dan mengekalkan kepanasan badan. Bayi baru lahir memerlukan penjagaan kesiahatn yang sempurna dan sokongan incubator.
    3.
    Berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.
    4.
    Kematian, bayi terlalu kecil dan tidak kuat untuk hidup.
    5.
    Mempunyai masalah kesihatan jangka masa panjang seperti buta, cerebral palsy, kesukaran belajar dan kesukaran berjalan.
    Apakan keperluan bayi pramatang?

    • Haba atau
      kepanasan persekitaran yang cukup. Bayi pramatang tidak mempunyai lemak
      secukupnya untuk memastikan suhu badan kekal walaupun jika bayi itu
      diselimutkan. Bayi ini perlu berada di dalam inkubator atau alat
      pemanas sehingga berat bayi cukup untuk mengekalkan suhu badan.
    • Pemakanan dan tumbesaran bayi pramatang memerlukan
      keperluan nutrisi yang lebih tinggi. Ini disebabkan tumbesaran bagi
      kanak-kanak pramatang secara lazimnya adalah lebih cepat daripada
      kanak-kanak cukup bulan (catch up growth) lebih-lebih lagi kerana
      sistem pencernaan makanan adalah tidak efektif seperti kanak-kanak
      cukup bulan.


    Apakah makanan untuk bayi pramatang?

    •  Susu ibu adalah sumber makanan yang paling baik, tetapi bayi hanya boleh

    menyusu terus atau menggunakan botol selepas 32 minggu. Memulakan
    pemakanan bagi bayi pramatang perlu dilakukan secara sedikit demi
    sedikit. Jika tidak ia boleh menyebabkan masalah usus yang berbahaya.

    •  Lazimnya bayi yang belum boleh menyusu, susu ibu perlu dipam dan diberi melalui tiub.
    •  Susu ibu mempunyai khasiat lebih kerana ia mengandungi protein

    membantu melawan kuman dan mempercepatkan pembesaran. Oleh kerana bayi
    pramatang mungkin memerlukan lebih banyak kalori dan vitamin, terdapat
    formula dalam bentuk serbuk yang boleh ditambah dalam susu ibu untuk
    meninggikan lagi khasiat.

    Masalah bayi pramatang

    • Jaundis (penyakit kuning)
      Masalah yang paling kerap bagi bayi pramatang ialah jaundis.
      Penyakit ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan
      sel darah merah. Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih
      bayi menjadi kuning. Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi, tetapi
      jika tahap jaundis terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan
      bahagian otak atau kecacatan pendengaran.
    • Apnea
      Apnea adalah keadaan yang mana bayi berhenti bernafas. Pada
      masa itu degupan jantung menjadi perlahan sekali gus bayi mungkin
      kelihatan pucat dan biru. Apnea sering berlaku bagi bayi yang kurang
      daripada 30 minggu. Jika masalah apnea ini berlaku dengan kerap bayi
      memerlukan ubat untuk merangsang sistem pernafasannya.
    • Anemia (kurang darah)
      Kebanyakan bayi pramatang akan mengalami masalah anemia. Ini
      mungkin menyebabkan bayi tidak membesar dan juga jika tahap anemia itu
      serius ia boleh menyebabkan kegagalan jantung.

      Masalah pernafasan (respiratory distress syndrome)
      Masalah ini disebabkan oleh paru-paru yang belum matang dan
      secara tidak langsung menyebabkan bayi mengalami masalah susah untuk
      bernafas. Masalah ini agak kerap berlaku.

      Begitupun, masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan
      sejenis ubat yang bertindak membuka paru-paru (dikenali sebagai
      surfactant). Ia membolehkan paru-paru bayi pramatang berfungsi dengan
      lebih baik.

      Jika masalah pernafasan ini terlalu serius, bayi itu mungkin
      memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan. Penggunaan
      surfactant yang dibuat secara sintetik mengurangkan komplikasi masalah
      pernafasan.

    • Jangkitan
      Jangkitan adalah masalah yang paling membimbangkan bagi bayi
      pramatang. Ini disebabkan bayi pramatang tidak dapat melawan penyakit
      sebaik bayi yang lahir cukup bulan. Jangkitan ini boleh berlaku sebelum
      bayi lahir, ketika proses melahirkan atau selepas dilahirkan. Cara
      membasuh tangan yang betul dapat mengatasi masalah jangkitan.


    • Patent Ductus Arteriosus(PDA)
      Duktus arteriosus adalah salur darah kecil yang menyambungkan
      salur arteri paru-paru dan salur aorta. Bagi bayi pramatang yang
      mempunyai masalah PDA; bergantung kepada besarnya PDA itu, dia boleh
      mengalami masalah kegagalan jantung. Ada ubat-ubatan yang boleh
      mengecilkan salur darah ini. Begitupun jika ia tidak berjaya masalah PDA ini boleh diselesaikan melalui pembedahan.


    • Masalah Retina ( Retinopathy of Prematurity)
       -Bayi pramatang mempunyai retina yang agak sensitif. Retina bayi
      pramatang boleh cedera dan ini boleh menyebabkan masalah penglihatan
      yang serius. Pada masa dahulu masalah ini dikaitkan dengan penggunaan
      oksigen yang berlebihan. Tetapi kaji selidik yang dijalankan tidak
      dapat memberi sebab kenapa ia berlaku.
    Sumber:sini
  • blogger lifestyle,  kisahsidairy.com,  PARENTING

    Update Blog!!!

    Assalamualaikum
    Alhamdulillah, dah pun sampai rumah.Semalam petang bergerak balik kota.Al maklumlah, hari ni kan cuti.En.husband dah ajak balik kampung, sukalah hati ni..hehehe..Seharian hari ni busy kemas kedai mak.Untuk pengetahuan korang, mak aku baru buka kedai menjual barangan makanan kering dan frozen food . Alhamdulillah, hasratnya tercapai.
    Walaupun kedai mak, taklah begitu besar, tapi aku yakin insyallah, mendapat sambutan.kenapa aku cakap macam tu?? Sebabnya, dikampung aku, xde lagi orang jual apa yang mak aku jual.Lagipun harga barangan yang mak jual, sangat sangatlah memadai dan mampu milik..cewah.
    Dari tengahari tadi, pergi beli stock kedai.dan aku adalah bagi idea untuk mencantikkan lagi kedai dan menguruskannsedikit akaun mak..fahamkan apa yang perlu mak buat untuk urusan jual beli supaya nanti mak taklah kacau adukkan duit kedai dan duit harian..Yelah, kadang kadang orang tua ni tak faham sangatkan.
    So sebagai anak, apa yang mampu untuk aku tolong, insyallah, aku akan tolong.
    So, lepas maghrib tadi, aku dah bergerak balik ke pasir gudang semula.Nasib baik awfiyah tak meragam sangat..
    Tak menyempat nak update blog, sebab aku dah tak aktifkan internet untuk bulanan.Just guna wifi kat rumah je.Bila keluar dari rumah, terpaksalah,..so..takdelah internet..
    Berangan cuti sekolah ni, nak tolong mak kat kedai..Bercuti lama la kat kampung nampaknya..suka, suka,,,

  • blogger lifestyle,  kisahsidairy.com,  nur awfiyah,  PARENTING

    Tiada Lagi monday Blues

    Assalamualaikum
    Takde lagi perkataan tu untuk aku yang sudah menjadi suri rumah sepenuh masa ni.Bagi aku, hari minggu tu dah xde istilah istimewa dah.Mungkin sebab hari hari duduk kat rumah ni, melayan si fiyah 24 jam..cuma keseronokkan berhujung minggu bila en.husband ada kat rumah ni.
    Esok cuti, en.husband dah janji nak bawak aku ngan fiyah jumpa atuk ngan nenek dia di kota tinggi.Yelah, dari tak kemana, baiklah balik kampung.Atuk ngan Nenek fiyah dah sibuk bertanya bila nak balik..
    Nak bawak fiyah pi jenjalan pun, fiyah kecil lagi..Belum pun habis hari.Insyallah, 15 hb mei ni, genaplah fiyah sebulan..Alhamdulillah. ..tak sangka berlalu bwgitu pantas..
    Awalnupdate entry hari ni, lepas bersahur tadi, terus mata dah tak boleh nak pejam.Bilandah ada anak ni, dah 4ak payah hak kunci jam bagai, sebab fiyah dah kejutkan umi dia..heheh..Alhamdulillah. .aku seronok menjadi seorang ibu…
    See uols nanti..nak sambung buat keje apa yang patut..
    Tahniah buat ben ashaari diatas kelahiran bayi perempuannya..suka baca karenah qaliff lately ni..

  • blogger lifestyle,  Ilmiah,  INFO,  PARENTING

    Bayi kembung Dan Cara Mengatasinya

    Assalamualaikum
    Entry nie berkaitan dengan Nur Awfiyah malam tadi.Memang dari malam semalam macam dah perasan Fiyah rasa tak selesa bila kerap merengek..Selalunya Fiyah merengek bila nak susu dan pampers dah basah je.
    bayi kembung
    Buat masa nie bila petang,aku memang tak mandikan dia.Just lap-lap je badan.Yang penting setiap kali mandi atau lap badan,aku akan urut-urut badan fiyah dengan minyak Telon.Aku tak guna minyak uyi tu sebab rasa tak selesa bila aku sendiri terasa panas menggunakannya.
    Bila dah malam pun fiyah merengek,aku dah mula rasa tak sedap bila ketuk perut,rupanya fiyah kembung,
    Bila dah mula dengan rengekan,maka bersambunglah dengan suara tangisan,makin lama makin teruk.Mungkin sebab terlalu banyak menyusu.Fiyah memang kuat menyusu.Kadang kadang sejam sekali,mesti nak susu,kekadang tu,setengah jam dah mintak susu…Risau jugak bila dah banyak sangat menyusu,perut pun naik kembung.
    aku share info kat bawah nie untuk renungan kita bersama…hehe…
    1. Cara Kenalpasti Bayi Kena Kembung Perut 

    Bayi anda menangis sepanjang hari 
    tanpa sebab-sebab yang jelas. Masalah perut kembung bayi ini berlarutanselama 2 hingga 4 jam sehari dan kembung perut melebihi 5 hari. Kembungperut bayi anda bermula pada umur 2 minggu dan beransur-ansur pulihapabila bayi mencapai umur 3 bulan. 

    2. Punca Sebab atau Penyebab Perut Bayi Kembung 

    Beberapa kemungkinan anda mengalami kembung perut Alahan terhadap laktosa. Alergi susu lembu. 
    Ketidakmatangan usus. Keadaan usus pramatang bayi anda menyebabkanpencernaan karbohidrat tidak sempurna.Ini menyebabkan kembung denganangin perut yang berlebihan. 

    Sendawa dengan betul selepas bayi 
    menyusu badan atau bayi menyusu 
    botol Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandungatau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untukkembung perut. 

    Ibu bapa yang tertekan mempengaruhi kaedah penyusuan dan penjagaanbayi.0Ketidakmatangan urat saraf bayi menyebabkan ia lebih sensitifkepada faktor persekitaran. 

    3. Cara Mengatasi dan Merawat Perut Kembung Bayi 
    Pada kebiasaannya masalah kembung perut bayi akan pulih beransur-ansur apabila bayi mencapai umur 3 bulan ke atas. Rawatan khusus untuk perut 
    kembung tidak khusus. 

    Untuk mengeluarkan angin, kemungkinan doktor anda mungkin akan memberi ubat dimethicone mengurangkan simptom kembung. 

    Langkah-langkah mengatasi simptom kembung perut bayi di rumah. Usapbahagian belakang bayi anda. Selimutkan dan dodoikan bayi anda denganlemah lembut . Kurangkan bunyi bising 

    Bawa bayi anda bersiar-siar di luar rumah. Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek. Dapatkan bantuan untuk menjaga bayi anda,jika anda rasa tertekan atau penat dan cuba sedaya upaya untuk elakan masalah kembung perut bayi
    Petua untuk mengatasi perut kembung nie pulak 
    • Apabila anak kecil menangis kerana kembung, pertama sekali yang perlu dilakukan ialah hentikan tangisannya..kerana tangisannya akan menambahkan lagi angin dalam perutnya..sebaik-baiknya dukunglah dia..untuk menghilangkan kembung perut, ambil 2-3 biji lada hitam dan ditumbuk..masuk ke dalam pusat bayi..Biarkan dan tepuk belakang badan bayi.
    • Sebaik-baiknya ialah kita elakkan masalah kembung terjadi pada bayi kita..”BURPING” adalah penting untuk bayi selepas bayi makan atau menyusu..ia juga sebagai tanda yang bayi sudah kenyang.
    • Satu lagi petua ialah apabila tali pusat bayi sudah jatuh, masukan 2-3 biji lada hitam yang ditumbuk ke dalam pusatnya.. Ini adalah petua kampung yang saya perolehi dan amalkan untuk dikongsi bersama anda..Selamat Mencuba..!!!<sumber>
    • Sapu sedikit minyak angin, minyak Mestika Bayini (minyak telon), minyak Telon pada perut, tapak kaki, betis dan bahagian belakang bayi. Gosok perlahan-lahan sambil meniarapkan bayi. Bayi akan kentut atau pun sendawa. Setelah angin keluar, bengkung bayi spt biasa dan jauhkan drp kipas yang dipasang laju atau pun air-cond atau bersiar di tempat yang anginnya dingin atau anginnya kuat.
    • Anda juga boleh bengkungkan perutnya shj dan bukan seluruh tubuhnya. Pastikan bayi tak berpeluh kuat atau terlalu panas (overheat) dgn banyak pakaian atau pakaian terlalu tebal.
    • Apabila basuh baju bayi, jangan rendam dgn air paip, tapi terus basuh dgn sabun, bilas dan sidai hingga kering di bawah matahari. Jika anda rendam dgn air sejuk, fibre meresap hawa sejuk. Bila bayi pakai pakaian yang telah direndam, maka bayi akan mengalami kembung perut. Sebelum anda pakaikan bayi bajunya, pastikan bajunya itu berasa suam atau benar-benar kering, bukan lembab atau berasa sejuk.
    • Bila bayi anda menangis kerana lapar atau kencing/berak, jangan biarkan ia menangis terlalu lama kerana lagi lama ia menangis, lagi banyak udara ia menelan, dan ia akan jadi lagi kembung.
    • Anda juga boleh dakap bayi pada badan anda, tutupkan badan bayi dgn kain nipis atau selimut ringan dan biar ia merasa panas hawa badan anda sambil mengurut betis & tapak kakinya – dgn cara begini bayi akan kurang kembung dan lebih selesa. <sumber>
  • blogger lifestyle,  Ilmiah

    Tegur Menegur Tu Penting

    Assalamualaikum
    Kekadang orang takkan boleh terima kalau ditegur secara terang terangan..Cara kita menegur pun kenalah pada tempatnya jugak.Kadang kadang, kita s3bagai kawan, saudara ataupun jiran perlu jugak menegur sesuatu yang kita rasakan untuk perlu ditegur, Cuma, berilah teguran secara baik, tapi bukan dengan cara memerli.
    Salam khamis semua…