• Beauty tips

    Kulit cantik dengan menggunakan Masker kunyit + Madu

    Assalamualaikum

    Hai korang☺☺ Nak cantik memang kena ada pengorbanan tau.Bukan korban diri tau,tapi korban masa dan wang ringgit.Untuk menjadi cantik,kita kena rajin.Nak kulit muka macam kulit tomato memang kena korbankan sedikit masa.

    Tapi boleh je jimatkan wang ringgit demi nak cantik kalau tau caranya.Korang cuma perlukan barangan yang ada di dapur sahaja tau.Ni hah…hari tu aku ternampak satu posting dari web Indonesia yang berkongsi tentang manfaat menggunakan masker kunyit dan madu untuk kulit wajah yang cantik.Semua tu tak perlu lah cari di tempat-tempat mahal,kedai runcit pun ada jual dek non..Murah pun murah.Kalau korang tau akan Manfaat menggunakan madu dan kunyit ni,pasti korang akan buat selalu lepas ni.

    MANFAAT MENGGUNAKAN MASKER KUNYIT DAN MADU

    1.Menghilangkan jerawat

    Kalau korang nak tahu,kandungan nutrisi yang ada pada kunyit mempunyai khasiat yang khusus untuk mencegah radang pada kulit atau jerawat.Bakteria yang terdapat pada kunyit dan madu mampu membunuh bakteria penyebab timbulnya jerawat.Jika korang yang nakkan kulit yang bersih dan bebas jerawat,patut buat masker ni.

    2.Menghilangkan bintik hitam dan bekas jerawat.

    Masker ini juga mampu menghilangkan bintik hitam dan bekas jerawat pada kulit muka kita tau.Sebab tu kena amalkannya selalu.

    3.Mencerahkan Kulit

    Of course korang akan suka bila sebut tentang mencerahkan kulit.Ya…Masker kunyit dan madu ini mampu mencerahkan kulit tetapi haruslah dengan rutin yang teratur.Bukan sekali dua sahaja korang dah nampak kesannya.kena teruskan usaha tu.Yelah,produk yang bebas kimia atau semulajadi ni kena sabar tau.Kalau tak sabar memang takkan menjadi.

    4.Menegangkan kulit muka

    Selain mengatasi masalah-masalah di atas,masker ini juga boleh membantu korang yang ingin menegangkan kulit muka secara semulajadi.Sebab tu disarankan menggunakan masker ini 3 kali seminggu.

    5.Melembabkan kulit wajah

    Masker ini juga membantu korang untuk mendapatkan kulit yang lembab.Secara efektifnya jika korang menggunakan masker ini secara berterusan,ia tidak akan menimbulkan efek sampingan ke atas kulit muka korang.Kulit cantik dan terpelihara tanpa sebarang bahan kimia..

    Hah..mesti korang akan teruja nak menggunakannya kan.So,lepas ni boleh la cuba dan teruskan menggunakan masker ni.

    BAGAIMANA MEMBUAT MASKER KUNYIT CAMPUR MADU

    1 sudu kunyit serbuk

    1 sudu madu

    1 sudu Freshmilk 

    campurkan dan godak hingga sebati.Boleh la letak dalam peti ais.biarkan dia sejuk dan baru tampal kat muka sehingga ia kering..masker sejuk-sejuk ni best tau

    selamat mencuba

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • Beauty tips

    V-ball Massage for beauty face

    Assalamualaikum

    1.Cheek Massage
    Massage pressing.Brushing off and tapping cheek.
    2.Around Eyes Massage
    Outer corners of eyes/subocular area vibration massage.
    3.Around Cheek bone massafe
    Massage pressing,brushing off,and tapping around cheek bone.
    4.Around lip massage
    Massage pressing and shifting lip
    5.Side of nosewing massage
    Side area vibration massage pressing nosewing.
    6.Jaw join massage
    Massage pressing and brushing off along with jaw line massage pressing and brushing off along
    with jaw line
    7.Forehead,chin massage
    Wave  vibration massage in the area of forehead and chin.

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • Beauty tips,  Hari raya

    Menu Hari Raya AidilAdha 2017

    Assalamualaikum

    Hai korang?Amboii,mentang-mentanglah kan raya,nak update blog pun macam taknak je..hehe.

    Apa menu wajib korang untuk raya haji ni.Adakah sama dengan raya puasa aidilfitri.Banyak ke ibadah Qurban tahun ni.

    Menu kami untuk aidiladha sama je dengan aidilfitri.Wajib disediakan.Tapi kadang-kadang ada jugaklah menu lain yang kami sediakan.Biasa kalau raya haji kami tak berjalan ke mana pun.Duduk rumah makan tidur,makan tidur jelah kerjanya.

    Tapi sayangnya lodeh kamo tak tahan lama.Sebab pagi tu tengok santan dah basi,masalahnya santan dah masukkan baru tau rasa dah tak sedap.Lagipun ada campuran tepung dalam santan tu.Sakit pula hati ni.
    Kalau pasal santan ni,bukan baru pertama kali terkena,tapi dah banyak kali dah.Tapi dalam entry ni aku malas nak cerita lagi..

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • Beauty tips

    Liang Pori Terbuka? Apa kesudahannya.

    Assalamualaikum

    Hai korang☺☺Alahai…kalau cerita pasal beauty tips ni bukan kepakaran aku.Siapa je kan tak nak kulit cantik.Ada sesetengah orang dikurniakan dengan kulit yang cantik,dan ada orang yang kurang cantik..Bukan jenis kulit macam sawo matang ke,hitam manis tu ye.Itu semua cantik je kejadiannya.

    Yang aku nak ceritkan ni adalah kulit muka yang pori kulitnya terbuka.Macam aku ni hah.Kalau dulu,kulit muka aku bukan sahaja ada open pores tau,tetapi jugak package dengan jerawat dan kulit berminyak.Macam-macam produk jugak guna.Ada yang memberikan kesan awal,ada jugak yang takde kesan.Bila dah bercampur produk ni,macam-macam lah masalah kat muka ni.

    Tu yang mengerikan sebenarnya kan.Dulu pernah jugak aku terjebak dengan produk yang memberikan kesan awal ni,memang kulit cantik,tapi lepas pada berhenti,mulalah segala jenis mak nenek tumbuh kat muka.Berminyak dan berjerawat balik..huiiii..Boleh murung tau dibuatnya.Kalau aku ni sejenis spesies pakai makeup takpe lah jugak,At least,boleh lagi cover muka tu.hehehe…Tapi bila tak pandai makeup,ko keluar jelah dengan muka breakout tu…Self confident terus jadi down tau..Lagi satu tabiat dulu,suka sangat usik muka ni dengan jari..Jari adalah no satu perkara yang menyebabkan kulit muka kita ni lagi teruk…Sila percaya!! Sebab tu jangan gatal-gatal tangan dok picit jerawat.Memang kesan jerawat hitam keluar lah nampaknya.

    Tapi bestnya,hormon lepas bersalin ni ok je..Takde jerawat gatal tu,jerawat masa period tu normal,sekejap je hilang.tak gitu..Cuma masalah aku sekarang adalah Open Pores yang sangat mencabar untuk memulihkan keadaannya..Tapi ada ke ubat untuk hilangkan open pores ni.

    APAKAH PUNCA LIANG PORI TERBUKA


    1.GENETIK

    Masalah pori-pori di muka terbuka berpunca dari beberapa faktor antaranya adalah genetik  keturunan.Genetik  ni bukan sahaja hanya pada warna kulit dan mata,malah ia juga boleh mewariskan struktur pori-pori wajah seseorang.


    2.PENUAAN

    Bila kita dah meningkat usia ni,secara semulajadinya,penghasilan Elastin akan berkurang,Elastin ialah keanjalan kulit untuk meregang dan kembali ke asal.Bila Elastin berkurangan,ia menyebabkan kulit menjadi kendur dan menyebabkan pori-pori wajah kelihatan lebih besar.

    3.CAHAYA MATAHARI

    Radiasi Ultraviolet dari cahaya matahari menyebabkan kerosakkan Elastin pada wajah dan menjadikan pori-pori wajah terbuka apabila wajah sering terdedah dengan matahari.

    4.KEBERSIHAN

    Jika kita tidak mencuci wajah dengan betul,pengumpulan minyak di wajah akan menyebabkan pori-pori tersumbat,dan menyebabkan pori-pori wajah kelihatan lebih besar.

    CARA BERKESAN MENGECILKAN LIANG PORI

    Apabila liang pori terbuka ni,maka timbullah whitehead dan blackhead…betul tak,lagi merimaskan dan mencacatkan lagi muka..hadoiii…tak boleh terima kenyataan macam ni…hehehe…Tapi kalau malas,memang benda tu semua akan datang.

    Ada je kaedah-kaedah alami yang boleh kita lakukan untuk mengecilkan pori ni,cuma ambil masa sikitlah kan.Di luar sana,banyak jugak produk-produk yang boleh membantu kita ni untuk mengecilkan pori,cuma kita kenalah  mencuba dan pastikan produk yang kita gunakan tu,bebas dari bahan kimia berbahaya.Meh aku share sedikit beberapa tips yang boleh kita lakukan untuk mengecilkan Liang Pori Terbuka ni.Dari pembacaan aku disini ,tak perlu guna produk mahal pun,boleh atasi masalah ni


    BASUH MUKA

    Basuh muka adalah rutin yang wajib kita lakukan setiap hari.Bagi aku,bila dah rasa kulit muka ni tak selesa,aku memang basuh.Sebab muka Oily ni kekadang merimaskan kita,jadi untuk menyegarkan muka ni,basuhlah muka.Kalau korang nak tahu,dengan membasuh muka secara kerap,ia akan membersihkan muka kita daripada kotoran yang tersumbat di dalam kulit seperti habuk,minyak mahupun bakteria yang membuatkan liang pori terbuka.

    SCRUB GULA

    Gula pun boleh membantu kita dalam kecantikkan diri tau.Tak semestinya gula untuk memaniskan masakkan dan minuman.Gula dikatakan boleh membuang sisa minyak tersumbat di wajah dan mampu mengeciklan liang pori.Caranya :-

    • Letakkan sedikit gula kepada satu bahagian perahan jus buah lemon.
    • Sapukan perahan itu tadi kepada seluruh wajah.
    • Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air sejuk.
    • Amalkan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

    STIM MUKA
    Cara ini membantu untuk liang-liang pori itu mengecil dengan perlahan dan sekaligus menyingkirkan bakteria serta kotoran yang ada pada wajah dengan berkesan.Semasa proses Stim muka ni berlaku,korang boleh cuba buang whitehead dan blackhead yang ada pada muka.Selepas itu,haruslah dibersihkan dengan air sejuk.

    JUS LEMON
    Selain kegunaan Jus lemon ni dalam kehidupan kita,Jus lemon ini juga mempunyai astringen semulajadi yang membantu kita untuk mengecilkan liang pori terbuka.Ia juga mampu untuk menegangkan kulit muka kita.Caranya adalah :-
               Ambil 2 biji buah lemon dan perahkan jusnya.Sapukan jus tersebut di bahagian muka selama 30 minit.Kemudian bilas dengan air sejuk.Lakukan ia 2 kali sehari.
    YOGURT
    Yogurt merupakan produk semulajadi untuk mengatasi masalah pori terbuka ini.Ia mampu menyingkirkan sel kulit mati.Caranya adalah :-
            Ambil Yougrt asli tanpa perisa dan tidak mengandungi gula.Korang boleh cari yogurt plain.Sapukan pada muak setiap kali sebelum mandi dan biarkan ia meresap ke dalam kulit selama 10 minit.
    Hah….dah adakan cara yang boleh mengatasi masalah Liang Pori terbuka ni.So ,apa kata kita cuba dari sekarang.Mana tau muka kita akan berubah menjadi cantik…hehehehehe….Puan blog nak jugak mencuba,tapi tak taulah bila nak start..nanti puan blog share ye kalau puan blog ni dah cuba.

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • Beauty tips

    Benefits Of Proper Sleeping

    Assalamualaikum

    source : google

    Sleep reduces stress.

    Sleep boost your memory.

    Sleep reduces in flamation

    Sleep make you more alert.

    Sleep helps the body to make repairs.

    Sleep helps you to lose wight.

    Sleep keeps your heart healthy.

    Sleep reduces the risk of depression.

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com