• althea

    Shopping di Althea.kr sempena Ulangtahun mereka yang ke-3

    Assalamualaikum

    Shopping di Althea.kr sempena Ulangtahun mereka yang ke-3 | Hai korang,dah tengok ke video Unboxing di Instagram aku tu..Selepas dapat Welcome Box dari Althea,terus rasa nak shopping lagi. Boleh Baca Entry ALTHEA TURNS 3 | REAL FRESH DETOXER. korang jugak boleh baca review produk menarik yang aku dapat masa dapat box cantik dari Althea tu.

     

    So,untuk order kali ni,aku tak beli banyak pun.Just 5 barang yang aku rasa nak beli..Ikut hati nak beli banyak lagi.Next order nantilah kita beli banyak sikit..hahaha

     

    Ok..Jom kita tengok apa 5 barang yang aku sempat shopping di Althea ni.

    CREAMY TINT COLOR BALM INTENSE – CODE  ROSY SILK
    Pertama kali menggunakan Creamy tint Color Balm ni pun aku dah tersuka tanpa sengaja dah.Senang betul nak apply kat bibir.Selain dari warna yang cantik,apa yang aku suka,ia taklah mudah nak tanggal.So,boleh pakai dengan masa yang lama lah.Not bad jugak,nanti next order aku nak beli warna yang lain pulak buat koleksi.
    Kalau korang nak membeli CREAMY TINT COLOR BALM INTENSE ni boleh klik link di bawah
    Link Produk :https://my.althea.kr/creamy-tint-color-balm-intense-2-5g
    HERB DAY  365 CLEANSING FOAM  LEMON
    Disebabkan Cleansing Foam aku dah habis,so,bolehlah shopping pencuci muka ni kan.Pilih punya pilih,aku pilih Herb Day 365 Cleansing Foam Lemon.Yang bagusnya produk ni,dikatakan ia dapat memastikan kulit tetap bersih dan sihat dalam 365 hari setahun.Pembersih Herbal 365 hari dari Face Shop ni membantu membersihkan kulit dan mengawal pengeluaran sebum yang berlebihan bagi memastikan kulit yang segar.Ia juga membantu menghilangkan sel-sel kulit mati dan mencerahkan,dan memperbaharuai kulit baharu.
    Tekstur Cleansing Foam ni
    Lepas pakai tu rasa la sangat fresh.Bau lemon tu betul² aku suka.So korang yang nak mendapatkan Cleansing Foam dari Face Shop ni,boleh klik link di bawah.Tapi buat masa ni dah sold out tau.
    Link Produk : https://my.althea.kr/herb-day-365-cleansing-foam-lemon
     
    PERFECT UV PROTECTION CREAM LONG LASTING-OILY SKIN
     
    Ni adalah antara yang aku nak cari masa tengah shopping kat Althea ni.Perfect UV Protection Cream Long lasting untuk muka yang berminyak.Disebabkan musim sekarang ni tak menentu,kadang panas,kadang hujan,aku memang memerlukan Perfect UV Protection Cream yang tahan lama.Kerja di bawah aircond,keluar masa panas boleh buat kulit ni kadang-kadang berminyak dan kadang-kadang kering.So ,sebab tu lah aku mencari Perfect UV protecting yang tahan lama.

     

    Perfect Uv Protection dari Innesfree ni melindung kulit muka yang berminyak dan ia dicipta untuk melindungi kulit kita dari matahari.Ia mengandungi SPF50 yang mempunyai tekstur yang ringan ni bukan sahaja melindungi malah ia juga dapat mengawal pengeluaran sebum yang berlebihan.Ia diperbuat  dari ekstrak Teh hijau dari Pulau Jeju dan tanpa menggunakan minyak mineral,produk haiwan,wangian sintetik,perwarna Tar atau talkum supaya kulit tidak rengsa semasa menggunakannya.
    Link Product : https://my.althea.kr/perfect-uv-protection-cream-long-lasting
    SCALP CUSHION HAIR BRUSH
     
     
    Sikat pun nak beli kat Online kan..No..bukan sebab saja nak beli ok..Tapi aku rasa nak ada satu Hair brush yang dapat menyikat dalam satu masa boleh massage kepala aku .Memang rasa soft je pakai sikat ni,So sangat rugi kalau korang tak beli sikat ni.
    Korang patut cuba menggunakan sikat ni.Memang best and really recommended tau.
    Link  Product : https://my.althea.kr/shalp-cushion-brush

     

    PETAL VELVET POWDER – CODE WARM BEIGE

    And last sekali benda yang patut korang beli adalah PETAL VELVET POWDER.Antara produk yang popular di website Althea ni tau.Baunya sangat harum dan lembut apabila digunakan.Serius korang mesti jatuh cinta dengan Powder ni.Powder ni ada dua jenis,satu yang warm Beige dan satu lagi Translucent.

    Link Product : https://my.althea.kr/petal-velvet-powder

     

    Untuk pembelian korang boleh lihat website seperti dibawah ni.
    Website

     

     
    Facebook
     
    Instagram

     

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • althea

    Althea Turns 3 | Real Fresh Skin Detoxer from Welcome Gift Box

    Assalamualaikum

    Althea Turns 3 | Real Fresh Skin Detoxer from Welcome Gift Box | Happy Birthday Althea.Nampaknya Usia Althea.kr dah masuk tahun yang ketiga.Semakin bertambah juga Produk baru dari Althea ni.Dan tahun ni menjadi rezeki bagi aku sebab terpilih untuk menjadi Althea Angels Ambassador untuk memperkenalkan produk-produk baru keluaran Althea ni.Tahniah Althea yang tahun demi tahun semakin berkembang kena dengan tema tahun ini iaitu  “SPREAD THE WING”

     

    Untuk Welcome gift ni,Althea memperkenalkan satu set produk iaitu FRESH SKIN DETOXER  yang hanya 10 saat sahaja menggunakannya.Sebelum tu jom kita tengok apa yang terdapat di dalam Welcome box dari Althea ni.

    Welcome Box From Althea
    • Spread Your Wings Make up Bag
    • Spread Your Wings Hand Magic Mirror
    • Althea Real Fresh Skin Detoxer Green Tea
    • Althea Real Fresh Skin Detoxer Rose
    • Cute Small Origami Present Box
    • Welcome Card
    • Discount Card Super Saver
    Of Course aku teruja untuk menggunakan dua produk ni.Disebabkan kita selalu terdedah dengan persekitaran yang tak sihat,kulit semakin rasa tidak bermaya.Dan dari situlah nampak kulit semakin tua,dan kusam.Nasib baik Althea memahami akan kulit yang selalu terdedah dengan pencemaran dengan mengeluarkan set Produk REAL FRESH SKIN DETOXER.Satu untuk sebelah pagi dan satu lagi untuk sebelah malam.
    REAL FRESH SKIN DETOXER ini adalah pek pembersih dalam 100 saat ,di datangkan dengan 2 dalam 1 yang diperbuat dari bahan-bahan segar yang boleh menembusi kulit untuk membersih,dan memberikan nutrien yang baik untuk kulit.
    ROSE SKIN DETOXER
    Diperbuat dari  Kelopak mawar Perancis di tambah dengan ekstrak untuk memperbaiki kulit.Digunakan pada waktu pagi untuk memberikan kulit lebih segar untuk waktu hari yang panjang.Digunakan di waktu pagi adalah untuk seimbangkan PH level kulit di samping melindunginya.
    Rose Extract adalah suplemen vitamin semulajadi untuk kulit yang terdiri daripada mikrostruktur untuk menembusi kulit, dengan berkesan dan  memberikan khasiat yang diperlukan untuk tetap lancar dan sihat
    Cara menggunakan Rose Skin Detoxer 
    Hanya sapu nipis dan biarkan selama 10 saat,kemudian,letak sedikit air ke muka,dan urut rata.Bersihkan dengan air dan akan rasa kesegarannya.Memang Fresh!!
    Memang best selepas mencuci muka menggunakan Rose Skin Detoxer ni ko!
    GREEN TEA SKIN DETOXER
    Diperbuat dari  100% Premium Teh Hijau Jeju.Penggunaan serbuk teh hijau  juga membantu kerengsaan  kulit dan kemerahan dengan cepat dengan mengawal pengeluaran sebum dan mengeluarkan kotoran dari kulit.Sebelum tidur,pastikan gunakan Green Tea Detoxer ni untuk kesan yang baik pada kulit.

     

    Cara menggunakan Green Tea Skin Detoxer 
    Hanya perlu sapu nipis di kulit selama 10 saat,kemudian,letak sedikit air dan urut wajah sehingga keluar buih.Kemudian basuh bersih.

     

    Seriously suka sangat lepas bersihkan muka.Kulit lebih lembut dan sangat segar.So korang juga perlu dapatkan Set  Real Fresh Skin Detoxer ni di website Altea.Harga untuk set Real Fresh Skin ni pun sangat berbaloi.Boleh tahan 5-6 bulan jugaklah kan.
    HARGA REAL FRESH SKIN DETOXER
    RM86
    Pembelian klik link dibawah
    Website

     

     
    Facebook
     
    Instagram

     

     

     

  • althea

    I am A part of Althea Angels

    I am A part of Althea Angels| Tak sangka sungguh dapat menjadi salah seorang dari Althea Angel ni. Siapa tak sukakan. Althea adalah salah satu website online yang menjual barang kecantikkan dari Korea yang paling popular di Malaysia ni. Selain banyak pilihan dari make up dan sebagainya, mereka juga ada menjual pelbagai produk skincare.

    Memanglah tak sangka akan dapat menjadi salah seorang Althea angel dalam Althea.kr ni. Bersemangat nak menjadi salah seorang dari mereka.

    So, nantikan next projek aku bersama Althea ye. Kalau korang berminat untuk shopping barang kecantikkan dari korea, boleh terus ke website mereka

    Althea.kr

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • althea,  BEAUTY

    Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box Althea

    Assalamualaikum

    Hai korang☺☺Alangkah bahagianya bila dapat kulit yang cantik dan tidak ada masalah kan.uih..memang lah best weh.Apa taknya,tak perlu kos yang banyak tau untuk repair skin.

    Bila dah kulit muk dah terdedah dengan persekitaran yang tak bersih,ditambah pulak dengan malas nak menjaga kulit,haruslah kulit kita tak cantik.Tak flawless..Mulalah timbul open pores di bahagian muka dan hidung.Lepas tu payah dah nak cari produk yang bagus dan harga berpatutan.Oh tidak…

    Tapi kan beb,Althea.Kr ni macam tau-tau je yang aku perlukan satu box yang membantu aku mengatasi kulit muka yang lebih teruk.Teruk dengan adanya pori terbuka luas macam kawah tu.So dengan adanya Un-Pore-Getable Box dari Althea.kr ni,semuanya ada yang boleh membantu aku menyelesaikan masalah yang aku alami.Jomlah aku share apa yang ada di dalam box tu.Sebelum tu,meh aku perkenalkan apa itu Althea.Kr ni bagi yang tak tahu.

    Apa Itu Althea.Kr


    Althea.Kr
    ni adalah sebuah website E-Commerce yang menjual barangan Korean beauty,Kosmetik dan Skincare.Bukan itu sahaja,Althea.Kr pelbagai jenis Tools makeup untuk mereka yang gemarkan kecantikkan..Baru-baru ini Althea sudah pun melancarkan Beauty Box yang memudahkan korang untuk memilih salah satu dari Beauty Box yang korang inginkan dengan Harga yang berpatutan.So,korang kena berwaspada apabila memasuki website Althea.Kr ni kerana ditakuti korang akan borong semua beauty box yang ada tau.


    Althea.Kr
    juga menawarkan Penghantaran Percuma untuk belian Rm99 ke atas.wah…bestkan…

    Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box

    Box  pink yang super cantik ni

    Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box

    Apa yang ada di dalam Un-Pore-Getable Box dari Althea.Kr ni..Jom kita tengok di dalamnya..

    • InnisFree -Super Volcanic Pore Clay Mask
    • Common Lab-Mild Peeling Finger Pad
    • RIRE -All kill Pore Tightening Ice Stick Dear
    • Laneige- Powder Fit Cushion SPF 50 
    • InnisFree -Jojo Volcanic Pore Care kit
    • My Beauty-Gold Hydrogel Mask & Hydrating Flower Essence mask
    • Klairs -Supple Preparation Facial Toner
    • Random Sample dari Althea

    Yes..Aku jatuh cinta dengan Box ni sebab semua produk yang ada di dalamnya sangat-sangat best.Hah..Meh sini aku nak ceritakan satu persatu keistimewaan setiap produk ni ok.

    SUPER VOLCANIC PORE CLAY MASK

    Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box

    Untuk merawat kulit muka yang banyak pori terbuka ni,kita kena tahu produk apa yang bagus untuk mengurangkan pori terbuka dan membersihkan lubang pori yang terbuka.Hah..salah satunya adalah Super Volcani Pore Clay Mask ni.Kalau tengok macam debu gunung berapi tu kan..hahaha..sebab tu nama dia Super Volcanic.Mask ni kira 6 in 1 kerana difahamkan ianya mampu mengurangkan liang roma yang terbuka,mengawal sebum,membuang sel kulit mati,membersihkan dalaman kulit dan mencerahkan kulit.Ia tidak mengandungi apa-apa mineral oil dan bebas dari produk haiwan.So,korang tak perlu risau untuk menggunakannya ok.

    Sejuk je pakai mask ni tau..

    MILD PEELING FINGER PAD

    Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box
    Hah…korang yang suka bermake up,nak cepat untuk tanggalkan sisa Makeup,aku syorkan sangat Mild Peeling Finger Pad ni sentiasa ada dalam budget korang.Sebab,of course lah kan,ia membantu menanggalkan sisa make up korang dengan mudah.Selain itu ada beberapa fungsi penggunaan Mild Peeling Finger Pad ni iaitu Menggunakan Finger pad untuk penjagaan kulit lebih baik dan bersih dari menggunakan tangan yang tidak bersih.So ia sangat sesuai untuk korang yang mempunyai kulit sensitif..Jauh dari penggunaan tangan di kulit muka.
    Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box
    Hanya memasukkan Jari ke dalam Finger Pad,dan korang boleh terus mencuci lebihan make up
    Beauty Review : Un Pore Gettable Box dari Althea.Kr

    RIRE ALL KILL PORE TIGHTENING ICE STICK DEAR

    Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box
     Hah yang ni pun aku dah cuba,lepas korang cuci bersih muka,ambil All Kil Pore Tightening Ice Stick ni dan korang letakkan kat pori.Rasa sejuk dan bila kulit muka korang ada masalah,dia akan rasa pedih sikitlah..Tapi lama kelamaan rasa tu hilang..Timbullah pulak rasa sejuk tu..Lepas tu korang biarkan sampai dia kering dan cuci..Lepas je korang cuci,rasa lah kulit muka korang yang licin tu..Yes…aku suka sangat ni.Actually,Ice Stick ni fungsinya untuk mengecilkan liang pori kita yang dah terbuka luas tu,Selain itu memperbaiki kulit muka kita tau.Korang yang ada oily skin,kulit muka kendur tu..Patut cuba ok.
    Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box

    POWDER FIT CUSHION SPF50

    Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box

    Satu masalah kulit muka aku adalah oily.First impression aku bila tengok Powder Fit Cushion ni rasa macam tak sesuai dengan kulit kan..Yelah,ianya nampak seperti berminyak.Tapi jangan disangka nampak berminyak ni,rupanya bila apply kat muka,wah….serius weh..Memang best.Dah tak perlu korang nak pakai foundation tau.Ia boleh control kulit muka yang oily macam aku ni.

    Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box

    JOJO VOLCANIC PORE CARE KIT

    Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box
    Di dalam Jeju Volcanic Pore Care kit ni mengandungi Pore Cleansing Foam,Toner dan juga cotton pad.Sesuailah untuk korang yang traveller..Dah siap Kit untuk penjagaan kulit muka kita semasa kita travel.And aku suka sangat dengan Cleansing Foam dari Innisfree ni.

    GOLD HYDROGEL MASK & HYDRATING FLOWER ESSENCE MASK

    Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box
    Di dalam Un Pore Getable box ni aku dapat dua Mask iaitu Gold Hydrogel Mask dan juga Hydrating Flower Essence Mask.Aku dah cuba dah yang Gold Hydrogel.Nak pakai mask ni kena ada waktu ME TIME tau.Masa tu untuk kita rileks,pejamkan mata sambil tu kita pakai mask.
    Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box
    Contoh je…hehehe
    Gold HYdrogel Mask ni sangat sejuk bila diletakkan di muka.Dah tak payah letak dalam fridge dah..Memang dah sedia sejuk pun.Pakai mask ni sehingga mask ni kering.Ada dalam 20 minit gitulah..Lepas cuci tu,skin rasa sangat halus.

    SUPPLE PREPARATION FACIAL TONER

    Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box
    Ini satu lagi Facial toner yang memberikan result terbaik untuk menutup segala pori kat muka.Lepas cuci muka apply lah toner ni untuk kulit yang lebih cantik dan berseri..Ia lebih kepada membantu menyeimbangkan PH kulit muka .so korang wajib tau cuba
    Korang juga boleh menonton Video Unboxing Un-Pore-Getable Box ni yang aku dah upload semalam.

    Untuk Un-Pore-Getable Box ni korang dapat memperbaiki kulit muka yang bermasalah.
    Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box
    Untuk mendapatkan Box ni korang hanya perlu ke website mereka seperti di bawah ini.

    Website : http://my.althea.kr/un-pore-gettable-box
    Facebook : http://www.facebook.com/altheamalaysia
    Instagram : http://www.instagram.com/altheakorea
    Youtube : http://www.youtube.com/c/AltheaKoreaTV
    Blog : http://blog.althea.kr/

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com