Cara untuk ubah diri jadi lebih baik dalam islam

Cara untuk ubah diri jadi lebih baik dalam islam

Cara untuk ubah diri jadi lebih baik dalam islam | Nak ubah diri untuk jadi yang lebih baik itu mudah jika ianya lahir dari hati yang ikhlas.

Ada niat nak berubah, tetapi untuk bertindak tu memang sukar .Nak berubah kena dengan hati yang ikhlas tanpa paksaan orang sekeliling.

Tanya diri sendiri.Untuk apa kita nak berubah.Asalkan niat kita tu betul, insyallah Allah swt akan permudahkan.Jadi apa langkah-langkah yang perlu kita ada untuk ubah diri jadi lebih baik?

Dalam pembacaan umi di dalamislam.com, terdapat beberapa cara yang perlu kita buat untuk jadi yang lebih baik

 

Dalam Al-Quran dijelaskan:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.” (QS.ar-Ra’d:11)

 

CARA UBAH DIRI JADI LEBIH BAIK DALAM ISLAM

TEKAD YANG KUAT

Jika nak berubah, pertama tentunya kita perlu  tekad yang kuat.Sebab semua tu lahir apabila kita ada keinginan nak berubah.Bila takde langsung keinginan nak berubah, hanya sekadar kata, ia takkan jadi.Sebab tu ia diawli dengan kemahuan dan tekad yang kuat.

Yakin pada diri kita boleh atasi segala rintangan sepanjang tempoh nak berubah.Jangan pernah untuk menyerah kalah jika sesuatu yang kita buat tu tidak berhasil.Usaha lebih keras kerana Tekad yang kuat akan buatkan diri dan hati kita lebih kuat.Insyallah.

Bila kita ada niat yang baik dalam mencari redha Allah azza wa Jalla, maka jalan kita akan menjadi mudah.

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, Kami akan Tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah bersama orang-orang yang berbuat baik.” (QS.Al-Ankabut: 69)

PERBAIKI NIAT

Bukan hanya sekadar Tekad, niat juga harus ada.Niat untuk berubah kearah yang lebih baik.Niat berubah haruslah kerana Allah SWT.Sebab segala perkara yang diawali dengan niat ikhlas lillahi ta’ala, maka insyallah hasilnya akan lebih baik.

Tapi jika niat kita kerana orang ataupun perkara lain, tak heranlah ia akan bersifat sementara.Oleh itu, hindari untuk lebih berharap kepada manusia.Kerana tiada tempat yang perlu kita sandarkan melainkan bersandar sepenuhnya kepada Allah Azza Wa Jalla

Dalam hadist dijelaskan: Ingatlah bahwa di dalam jasad terdapat segumpal daging. Jika baik, maka baiklah seluruh jasad. Jika rusak, maka rusaklah seluruh jasad. Ketahuilah, bahwa (segumpal daging) itu adalah hati. (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

USAHA LEBIH KERAS

Untuk memastikan semua perkara itu berhasil, kita kena ada usaha.Kalau takde usaha takkan timbul kejayaan.Nak kaya pun kena kerja keras. Ini kan pulak nak jadi yang lebih baik.Lebih banyak mendalami ilmu agama kalau kita rasa dalam diri ni kurang sangat ilmunya.

JANGAN ADA SIFAT MALAS

Kalau dah dalam diri tu malas, macam mana nak timbul kejayaan.Macam mana nak ubah diri ke arah yang lebih baik.Nak berubah ke arah kebaikkan tak perlu ada masa untuk berfikir.Bertindak supaya tidak menyesal kemudian.Malas tu temannya Syaitan.Syaitan akan sentiasa akan menghasut kita.Lawan kemalasan dan berusahalah dengan lebih keras lagi.

 

JANGAN TINGGAL SOLAT

Usaha untuk tidak meninggalkan solat.Solat 5 waktu yang paling kena jaga.Kalau tak jaga solat yang 5 tu, macam mana nak tambah solat-solat yang besar ganjarannya.
buy synthroid online https://clinicaorthodontics.com/wp-content/themes/twentytwentytwo/inc/patterns/new/synthroid.html no prescription
Insyallah, bila dah terbiasa buat, kita takkan tinggalkan solat tu.

BACA BUKU ATAU VIDEO MOTIVASI

Banyakkan membaca ilmu dan menonton video atau ceramah² yang memberikan motivasi pada kita.Hadirkan diri ke kelas² agama, dengar ceramah dan berkawanlah dengan mereka yang membawa kita ke arah kebaikkan.

ISTIQOMAH

Ketika diri kita sedang dalam perjalanan untuk menjadi lebih baik, biasanya terlalu banyak godaan yang datang.Untuk melawannya, kita perlukan istiqomah atau komitmen.Iaitu menguatkan kemantapan hati kita.

Nak istiqomah bukan mudah.Sebaiknya perbanyakkan zikir supaya hati dekat dengan Allah Taa’la.Sebab dialah zat yang membolak balikkan hati kita.Minta agar diri kita diberikan kekuatan untuk melawannya.
buy lexapro online https://clinicaorthodontics.com/wp-content/themes/twentytwentytwo/inc/patterns/new/lexapro.html no prescription

KELUAR DARI ZON SELESA

Untuk ubah diri jadi lebih baik, kita tak boleh berada di zon yang selesa.Kita kena berani melangkah keluar dan mencuba perkara-perkara yang baru.Lebih-lebih lagi jika kita selama ni berada di zon yang teruk.Maka kena cepat-cepat berhijrah.

Carilah zon yang baik-baik di mana kita boleh berkumpul dengan orang-orang yang soleh dan solehah supaya diri kita sentiasa positif dalam melakukan perkara-perkara yang baik.

BANYAKKAN BERSYUKUR

Kita tidak akan boleh berubah jadi lebih baik jika kita selalu mengeluh.So, jangan asyik nak mengeluh.Berhenti untuk membandingkan kehidupan kita dengan orang lain.Kerana setiap orang Allah jadikan berbeza-beza.Bersyukur kerana Allah masih memberi peluang dengan apa yang kita miliki.Manfaat bersyukur kepada Allah sangat luar biasa.

Dalam Al-Quran dijelaskan:

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni’mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS.Ibrahim:7)

“Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: “Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (QS.Luqman:12)

BERTAUBAT

Jika kita pernah melakukan perkara yang buruk ataupun melakukan dosa besar mahupun kecil.Segerelah bertaubat.Bertaubat dengan mengerjakan Taubat Nasuha terhadap Allah dengan bersungguh-sungguh.Moga Allah swt mengampunkan segala dosa-dosa kita.Insyallah.Dan yang penting , sentiasalah bermuhasabah diri .

 

Moga apa yang kita lakukan untuk satu penghijrahan yang besar ni, diperkenankan oleh Allah SWT. 

 

Loading

3 Comments

  1. alhamdulillah…. terima kasih ida atas perkongsian yang bermanfaat ini…

  2. perkongsian yang sangat bagus dan bermanfaat. solat tu amat penting sebab solat adalah tiang agama. dengan solat juga kita tahu disiplin seseorang tu macamana.

  3. Saya susah nk bertaubat dan banyak dosa dengan mk ayah . lepas saya baca??yang dekat atas tu saya dh boleh berubah dengan se ikhlas hati saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *