Cara umi Bahagi Masa dengan Naura di Rumah

Cara umi Bahagi Masa dengan Naura di Rumah |Sebelum korang baca lebih panjang lagi, umi nak bagitahu yang cara bahagikan masa dengan anak ni adalah cara umi di rumah ye

Umi bukanlah seorang ibu yang tau semua skilss tentang anak-anak.Umi pun baru belajar dan umi praktikkan supaya anak umi yang sorang tu taklah bosan bila di rumah.Ramai orang kata, “alah..anak baru sorang” Takdelah susah mana.

Tapi pada umi, ia sangat susah.Weh!! kalau dia ada ramai adik beradik, takdelah susah umi nak layan dia.Ramai adik atau abang atau kakak dia yang boleh layan dia instead of anak sorang, siapa lagi nak layan dia.Kena bagi perhatian kat dia lebih tau.Kalau ada anak-anak yang lain, AT LEAST!! bila adik dia nak mintak tolong apa-apa, boleh lah adik beradik yang lain menolong.Tapi kalau dia sorang, of courselah umi kena buat semua untuk dia.

So, apa yang umi listkan kat bawah ni adalah cara umi untuk layan dia.Itu jelah.Nak-nak bila umi bekerja.Mestilah dari 8-5 tu umi tak dapat nak tumpukan perhatian kat dia.Balik kerja, ada beberapa jam je masa untuk umi dengan dia.Itu untuk hari bekerja.Kalau hari tak bekerja lain pulak kan.hahahah.

So meh la lihat apa yang umi buat untuk diri dia

Cara umi Bahagi Masa dengan Naura di Rumah

1.Selalunya umi kejutkan dia dalam pukul 6.30 to pukul 7.00 pagi.Kadang kalau dia tidur awal, 6.30 pagi dia dah bangun sendiri.Umi memang amik masa untuk kejutkan dia.Tak pernah lagi umi kejut dia secara mengejut.Dari start 6.30 tu, umi dah panggil nama dia dan gerak² kaki dia..Sapu² badan dia..Urut sikit-sikit..Lepas tu umi siapkan apa yang patut.Masuk bilik lagi dan cuba kejut dia.Umi ada baca, pagi-pagi kita tak boleh spoilkan mood anak-anak.Bila kita spoilkan mood anak-anak, maka dalam masa yang sama, kita spoilkan mood kita.

Barulah bawak ke bilik air dan bersiap.Sebelum pakai baju, INI RUTIN YANG UMI BUAT.. Umi peluk dia.Cukuplah peluk dia dalam masa 1-2 minit.Skin to skin ibu dengan anak tu penting.Ia lebih mengeratkan hubungan kita dan anak.Nak² bagi ibu yang breastfeeding..Memang bagus kan.Anak sorang, kenalah extra manja…hehehehe…Kalau yang ramai anak tu, mungkin korang ada cara korang sendiri untuk bonding dengan anak kan.Siap settle, bagi minum susu kat dia, terus hantar pi Taska.Tapi umi tak pernah sebut taska depan dia.Umi sebut pergi School.. Saja nak praktikkan dari awal.

2.Ok..Yang kedua pulak kisah lepas balik kerja.Ambil dari School.Dalam kereta siap² tanya apa yang jadi kat school.And salah satu ayat umi? ada gaduh dengan amanda tak? salah satu BFF dia kat School.Baik giler weh..Sampaikan bila nampak umi datang, terus amikkan beg si Naura dan salam siap².. Alahaiii..Sucinya persahabatan mereka berbanding persahabatan kita yang tua ni.Banyak weh plastik!! hahahaha.

3.Sampai rumah, letak beg,bukak tudung, terus tanya dia, Nak buat apa hari ni? Selalunya dia akan menonton TV.Tak pun main mainan dia.Antara TV kegemaran dia of courselah Chanel 611. Manakan dapat umi nak tengok cerita lain.Tapi paling dia gemari adalah Video yang umi dah download siap² dari Youtube iaitu WOW ENGLISH TV – Steve and maggie tu. Seriously korang kena download. Naura pandai speaking sikit-sikit pun sebab dia tengok video tu.Thanks to farah waheeda owner blog bublynotes.com tu.Umi banyak belajar pun dari dia.

So, bila dah tau apa aktiviti yang dia nak buat sepanjang umi kat dapur nanti, barulah umi start memasak.Settle memasak dalam pukul 6 petang.Babah dah balik, baru dinner.Dinner umi memang awal.Sebab umi jarang makan sebelum malam.Kecuali kalau nak keluar.

3.Lepas maghrib, umi ajar dia ngaji.(kadang dia taknak sebab alasan yang dia berikan MALAS) . Babah la dok melayan dia sementara umi buat keje menggosok, melipat dan sebagainya.Walaupun duduk tak sampai seminit, dapatlah dia sebut alifbata.Sementara umi habiskan isyak, umi biar je dia nak buat apa.Selalunya umi suruh dia ambil Talking English dia tu je. Korang boleh tengok Entry umi tentang TALKING ENGLISH ni.

Lepas settle semua, barulah umi layankan sidia tu.Sampailah nak tidur.Nak tidur tu pun, bukan terus tidur je.Ada satu peel Naura ni, bila nak tidur, dia takkan baring satu tempat je.Lepas tu dia paling suka tidur dekat atas kaki atau celah kelengkang.(jangan sampai umi mandikan awak bawah kain batik 😆  😮  🙂 )Nak amik masa untuk dia tidur pun dalam setengah jam ke sejam.Sebab tu umi pukul 10 dah masuk tidur.Paling awal lah tu.Sebab confirm pukul 11 jugak awak akan tidur.

Hah…Tu jelah rutin umi dan dia waktu weekdays umi.Walaupun dia memang copy paste muka babah dia, dan orang kata mesti rapat dengan babah dia..Sebenarnya dia tidak..hhaha..umi yang paling rapat dan kalau boleh ke mana-mana nak berkepit.

Itulah dia cara umi membahagikan masa dari pagi sehingga ke malam dengan dia.Lain anak ni lain perangainya pulak.Kalau kakak dia dulu, jenis liat nak bangun. Kejut tu, confirm akan mengaruk.Sampai umi pun boleh jadi hijo!! 

Haih…tetiba rindu kat dia..

➡ ➡ ➡ ➡ ➡ 

 

Thanks for reading………………………………………………………………………………

xoxo

umi yang cute 😳 

 

 

Loading

4 Comments

  1. Assalamualaikum eda…mmg bagus ada masa utk anak2 n ada xtvt ni…jd x la naura rasa boring kn…

  2. Tq kak eda sharing. Boleh la ena download ntk sumayyah praktis. Tahun depan pra sekolah. Nak kena prepare mental fizikal anak dri awal. Kita as ibu kena banyak bonding time dgn anak. Ambil tahu apa blaku kt sekolah.

  3. Author

    betul tu mama…

  4. Author

    sama umur dengan dak naura eh…haah..memang bagus la walaupun ada ayat yang dia ungkap tu macam silly boy tu, kena cakap kat dia lah tak boleh cakap macam tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *