Buku-buku yang umi baca tatkala down dan stress | Sejak-sejak berumur ni, umi memang ada masalah cepat stress dan down.Kenapa umi cepat stress dan down ni umi sendiri tak pasti.
Mungkin dari gejala penyakit yang umi hadapi tu, yang selalu sangat umi rasa macam tu.Tapi yelah, kita sebagai umat islam kan, kalau kita ikutkan sangat perasaan tu boleh makan diri.Boleh hancurkan segala-galanya.Tapi umi cuba untuk tenangkan diri umi dengan pelbagai perkara.
Salah satunya lebih dekatkan diri kepada Allah swt.Lebih suka mendiamkan diri dalam group-group whatssap dan lebih banyak isikan masa dengan business online umi.Dapat bantu ibubapa dari segi memberikan buku yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Dan umi cuba kumpulkan kekuatan pada diri umi dengan membaca buku-buku yang beri umi motivasi dan ketenangan bila membacanya.Antara buku-buku yang umi kerap baca apabila di office adalah 4 buah buku ni.Memang setiap kali umi ada perasaan tu, umi akan baca.Umi akan random selak dan terus baca kata-kata yang ada dalam helaian tu.
Jom umi tunjukkan satu-satu buku yang umi selalu baca dan menjadi antara favourite buku umi.sebab tu umi letakkan buku ni di meja office umi.
4 BUAH BUKU YANG MENAIKKAN SEMANGAT UMI
Umi akan senaraikan di bawah ni dan apa sinopsis yang terdapat dalam buku ni.
1.BUKU RELAKS DAN SENYUM- Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad
Buku Relaks & senyum ini ia tentang macam mana kita perlu mengurus diri supaya kita sentiasa berfikiran positif dan sentiasa mahu menjadi lebih baik kerana kedua-dua inilah yang akan mempengaruhi cara kita fikir, cara berindak kita dan pasang surut mood kita.Dari situ kita akan mengaudit diri supaya menjadi Muslim yang lebih baik dan bertanggungjawab.
Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad berkongsi pengalaman-pengalaman berjumpa dengan ramai orang yang berkongsi kisah-kisah mereka,dan ada pengajaran yang kita boleh timba dan ambil sebagai usaha untuk memperbaiki diri kita.
Formula Rahsia Hidup Tenang oleh Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad
- INGAT ALLAH – Dia ada kata yang hati kita ini akan tenang bila kita sentiasa ingat kepada-Nya kan?
- SOLAT ITU ISTIREHAT – Jika kita mahu berehat daripada urusan dunia, bersolatlah.Kita bukan sahaja mendapat dunia, bahkan juga mendapat akhirat.
- BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA ADA – Tidak merungut dan tidak juga kufur.Yang hilang , yang pergi kita redhakan saja.
- TAWAKAL – Selepas berusaha, kita serahkan hasilnya kepada Allah.Walau gagal, hati kita akan tenang dan bulat menerimanya.
- MAAFKAN ORANG LAIN– Mereka buat salah pada kita? Maafkan.Kenapa perlu bazirkan masa tidur dan hari-hari kita memikirkan salah mereka?Lepaskan.
- BERSANGKA BAIK – Jangan kita mereka-reka cerita yang kita tidak tahu.
- SENYUM– Paling mudah dan orang lain yang memandang kita pun akan tertawan hatinya.
Hiduplah dengan ikhlas dan lebihkan senyuman.
2.AYUH AUDIT DIRI -Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad
Buku ni adalah himpunan status facebook yang Dr telah satukan di dalam buku yang bertajuk Ayuh Audit Diri.
Dalam buku ini bukan sahaja dikongsikan status-status yang bermotivasi malah ada cerita-cerita yang dikongsikan itu yang boleh membukakan mata hati kita tentang sesuatu perkara.Setiap cerita yang diceritakan banyak iktibar yang kita boleh ambil.
Terdapat 3 bahagian buku ni yang sememangnya memberikan impak kepada kita
- Bahagian 1 : Semoga kita.. Doa Untuk semua
Semoga kita sentiasa berlemah lembut kepada pasangan dan anak-anak.Sekiranya akhlak anak kita kasar, renunglah diri sendiri dan minta maaf kepada anak-anak jikalau kita menunjukkan contoh kekasaran kepada mereka.
2. Bahagian 2 : Mutiara kata…Positif Minda
Antara cara mudah bagi melupakan apa yang orang lakukan terhadap kita adalah fikirkan ketika kita hendak mati.Ketika itu, penting ataupun tidak orang yang menyakitkan hati kita itu?
3.Bahagian 3: Tanya Prof.. Manfaat Bersama
Apakah pendapat prof tentang seseorang yang berjimat untuk orang lain, tetapi boros untuk diri sendiri?
Hah..kalau korang nak dapatkan buku ni bolehla dapatkan di kedai-kedai buku atau di Shopee
3.CUKUPLAH ALLAH BAGIKU
Cerita tentang kehidupan yang banyak cabangnya yang kita boleh jadikan iktibar.Setiap cerita sedih seseorang itu kita boleh jadikan panduan dalam hidup atas apa yang tersirat disebalik kejadian yang menimpa.Penulis dari The bingkisan hati ni umi rasa banyak memberi motivasi pada diri.So, korang wajib dapatkan buku ni.
Kau bukan wanita Berpurdah
Tapi malu kau tak pernah PUDAR
PAKAIAN kau bukan persis USTAZAH
tapi kau seorang HAFIZAH
30 JUZUK tersemat di dada
tapi tak pernah kau JAJA DI MEDIA SOSIAL
Jika Nilai solehah diukur daripada pakaian, ternyata akulah pemenangnya.Tetapi jika dilihat dari sifat malu dan takwa, aku tewas.Pakaian mulia yang aku sarungkan tidak semulia akhlak dan peribadi yang aku pamerkan.
Banyak isi-isi kandungan yang boleh membangkitkan rasa keinsafan, ketenangan dan macam-macam lagi dalam buku ni.So, salah satu buku yang umi baca berkali-kali.
4.PENYUCIAN HATI DENGAN 99 ASMAUL HUSNA
Buku ini di tulis oleh Profesor Madya Dr Wan Maseri Wan Mohd dan merupakan buku penyucian rohani yang dapat menjadikan cermin hati kita besih dan berkilauan memancarkan makrifatullah ke dalam hati manusia yang selama ini penuh dengan kotoran dunia, manusia, harta, wang ringgit, kemuliaan dan kemahsyuran.Kotoran-kotoran syirik yang tidak disedari berlaku setiap hari Insyallah mampu dicuci dengan sebersihnya dengan menggunakan teknik yang dikongsikan di dalam buku ini.
Ada lagi koleksi di rumah yang umi tengah baca buat bekalan tidur.Antaranya dari Ustazah Asma Harun iaitu Sahabat dunia akhirat
Hati kita, kadang-kadang berbolak balik dengan perasaan kan? Mungkin cara kita untuk tangani masalah stress salah selama ni bila kita cuba memberontak dengan perasaan sendiri.Yelah, kita manusia biasa yang selalu membuat kesilapan.
Sebenarnya ada je cara terbaik mengurangkan stress dan tekanan dengan berkesan.Cuma atas hasil usaha sendiri jelah.Apa yang penting kita sentiasa berdoa moga Allah swt permudahkan urusan kita.Perbaiki kelemahan diri kita dan berbalik kepada Nya.
Dari pembacaan umi, terdapat 6 cara untuk kurangkan stress. Meh baca apa yang umi share di bawah ni.
6 CARA KURANGKAN STRESS
1.BERSENAM
Cara untuk kita kurangkan stress adalah dengan bersenam.Tak kiralah kita nak berlari atau berjogging sekali pun.Dengan berjoging, ia akan bantu kita mengurangkan stress dengan banyak.Bila kita berjoging, kita bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberikan kita ruang untuk berfikir dan mencari ilham.
Jadi kita cuba amalkan untuk bersenam sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.
2.TIDUR
Bukan terlebih tidur ya.Tidur yang cukup dan waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan sehari-hari.
Tidur yang cukup akan mengecas bateri(tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, menjadikan kita seorang yang optimis dan membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup.
Kita juga disarankan untuk tidur seketika diwaktu siang.Dalam islam, tidur ini juga dikenali sebagai tidur Qailullah.Hanya ambil masa dalam 15-30 minit sahaja tidur di waktu siang.
Mengikut kajian, 1 minit Qailullah kualitinya bersamaan dengan 45 miniti waktu tidur di waktu malam.Tidur di waktu siang mampu mengelakkan kita daripada stress, keletihan dan burn out.
Ia seumpama system reboot, iaitu melepaskan tekanan dan menyediakan tubuh kita agar segar kembali.
3.SILATURAHIM
Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga juga akan mengurangkan masalah kita.
Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban yang sedang kita tanggung bila kita hanya duduk di meja dan bersandar merenung siling.
Kita juga mungkin terlupa mengenai mereka pada ketika ini.Ketawa, bercerita dan berkongsi duka lara akan membuatkan kita berasa lebih baik dan masalah kita akan lebih terkawal.
Jadi selagi kita masih ada ibu dan ayah, lawatilah mereka atau bertanya khabar melalui telefon.
4.BACA BUKU DAN AL-QURAN
Pernah dengar tentang budaya membaca secara perlahan?
Ya, Ideanya adalah dengan membaca pada waktu tertentu boleh meningkatkan ketajaman minda kita serta mengurangkan stress.Tidak kira bahan bacaan bercetak di atas kertas mahupun bentuk digital, dengan meluangkan masa setengah jam untuk membaca pada hari yang sibuk, ia mampu memberikan sedikit kelegaan.
Apa yang penting, jika kita bukan seorang yang jenis suka membaca buku, mulakan dari sekarang.Ambil masa 30 minit untuk membaca.
Learning is not only entertaining, its also empowering- both of which are good for battling stress.
Mengurangkan Stress dengan membaca Al-Quran
Mulakan hari kita dengan membaca Al-quran.Sebaik-baiknya selepas solat subuh pada waktu pagi sebelum memulakan kerja.
Al-Quran adalah mukjizat yang terbesasr, insyallah dengan membacanya pasti mampu melunakkan hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya.
Kita juga boleh mendengar ayat al-quran di tempat kerja.
Dalam islam, bukan membaca saja yang menjadi ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat balasan.
Malah, sebahagian ulama mengatakan bahawa, mendengar orang membaca al-quran, pahalanya sama dengan orang yang membacanya
” Pahala orang mendengar bacaan al-quran dengan jelas disebut dalam firman-Nya yang bermaksud : Dan apabila dibacakan al-quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.”
(surah al-A’raaf, ayat 204)
5.MENCEBURI AKTIVITI SENI
Ceburkan diri dalam aktiviti seni seperti fotografi dan lukisan.Atau apa-apa yang kita minat untuk membuatkan minda kita rileks.
6.BERSIAR-SIAR DAN MERENUNG CIPTAAN ALLAH
Melangkahlah keluar rumah, hidup udara sedalamnya dan lihatlah langit.Nikmati bagaimana waktu matahari tenggelam.Pasti ktia akan kagum dengan keindahan lukisan Allah swt.
Dan mengajar kita erti bersyukur terhadap nikmat yang telah dilimpahkan kepada kita.
Semoga kita sentiasa dipermudahkan segala urusan didunia ni
Doa Agar Ditetapkan Hati Dalam Iman dan Ketaatan
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin Al ‘Ash RA, beliau berkata; Rasulullah SAW berdoa:
اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
“Ya Allah, Zat yang membolak-balikkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu!” (Hadith riwayat Muslim, No: 2654, at-Tirmizi, No: 3522, Ibn Majah, No: 199, Ahmad, No: 6281, 16972)
Dalam riwayat at-Tirmizi: Adalah Rasulullah SAW dalam kebanyakan doa baginda adalah;
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
“Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”
Dalam riwayat Ibn Majah pula: Dan Rasulullah SAW berdoa:
يَا مُثَبِّتَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قُلُوبَنَا عَلَى دِينِكَ
“Wahai Zat yang meneguhkan hati, teguhkanlah hati kami di atas agama-Mu.”
Semoga bermanfaat.
Sis sekarang kalau stress, lebih suka duduk menulis di blog dan tulis laa apa yang nak tulis, kadang banyak tu dalam draft, menunggu post aje.. group wahtsapp pun sama, Sis nyampuk je apa yang mereka bualkan, agar diri tak rasa sendiri….begitulah…sebab dah rasa macam mana rasa kemurungan, so kalau boleh taknak berlalu lagi…
kak pip kalau down, selalu istighfar.
risau betul kalau diri tengah down, macam2 benda negatif boleh fikir.
selain tu, lebih suka tidur rehatkan otak kejap.
umur kak pip dah meningkat ni, senang betul nak rasa stress.
agaknya leya ni kalau stress more kepada baca novel dan tido.haha