Cara Penjagaan Gigi Susu Anak Dan Kuantiti Ubat Gigi Yang Sesuai Untuk Mereka

Cara Penjagaan Gigi Susu Anak dan kuantiti ubat gigi yang sesuai untuk mereka

Cara Penjagaan Gigi Susu Anak dan kuantiti ubat gigi yang sesuai untuk mereka | Rentetan dari kisah Dak Fiyah sebelum ni tentang gigi dia tu

Umi share tentang penjagaan gigi susu dan cara mengenalpasti kuantiti yang sepatutnya untuk anak-anak rentetan dari kisah kak fiyah yang terpaksa doktor buang 5 batang giginya.

As a parents, umi bukannya seorang ibu yang perfect.Kadang-kadang tu terlepas pandang dengan hal penjagaan gigi anak-anak ni.Anak semakin besar, semuanya nak buat sendiri.Gosok gigi sendiri, makan sendiri, pakai baju of course semuanya sendiri,

Bab gosok gigi tu bila disuruh dan ditanya semua settle.Kadang-kadang umi tengok, kadang tidak.gitulah.Tapi bila terjadi kepada kakak, umi lebih berjaga-jaga supaya perkara ni tidak berulang lagi kepada kakak dan juga adik-adik dia.

[Entry berkaitan : Nur Awfiyah Warded ]

Sebagai ibu bapa kita sepatutnya lebih peka dan tau cara penjagaan gigi anak-anak ni.Jom ikuti tips yang diberikan dari Dr Naqiuddin tentang cara penjagaan gigi susu anak.

 

6 TIPS PENJAGAAN GIGI SUSU ANAK SEJAK MEREKA BAYI

Kalau dilihat, kebanyakkannya gigi susu anak-anak kita lebih mudah goyang dan juga patah atau rosak akibat pemakanan dan cara penjagaan gigi yang tidak rapi kan.Sepatutnya gigi susu tu berupaya untuk tahan lebih lama lagi dari yang sepatutnya.

Cara untuk penjagaannya adalah seperti di bawah ni.

 

BERSIHKAN BAHAGIAN DALAM MULUT BAYI

Jadikan kebiasaan membersihkan mulut bayi pada gusi, bahagian dalam pipi serta lidah bayi dengan kain bersih yang lembut dan lembab seawal usia bayi lagi.Lakukan selepas bayi menyusu dan sebelum waktu tidur.

Bayi mungkin tidak akan selesa tetapi ibubapa kena buat jugak bagi memastikan mulut anak dalam keadaan bersih.Buat secara perlahan supaya bayi korang tidak berasa sakit.

 

BERUS GIGI SEBAIK SAHAJA GIGI SUSU MULA TUMBUH

Sebaik sahaja gigi susu bayi mula tumbuh, kita boleh terus membersu gigi walaupun mereka ada sebatang sahaja gigi.

Pendapat Dr.Q, kita boleh menggunakan berus gigi jenis sarung pada jari agar lebih mudah kita menggosok gigi mereka.

Bila kita dah mahir menggosok gigi anak dengan berus gigi yang sesuai, ajar juga mereka cara menggunakan berus gigi.Kita kena pastikan semua permukaan gigi diberus dengan sempurna.

Jangan biarkan anak memberus gigi mereka sendiri tanpa diperhatikan oleh kita.Kang ada je yang mengelat memberus.Lepas anak-anak dah menggosok,kita kenalah periksa samada gigi betul-betul dah digosok dengan betul.

 

GUNA UBAT GIGI APABILA ANAK SUDAH BOLEH MELUDAH

Dr Q ada menyarankan menggunakan ubat gigi jika anak-anak sudah pandai untuk meludah.Atau jika mahu guna ubat gigi jugak, usia di bawah 3 tahun,saiz ubat gigi adalah umpama sebutir beras makanan usia 3 tahun ke atas adalah sebesar kacang pea.

Boleh refer gambar seperti di atas ye.

 

LAP SISA SUSU PADA GIGI ANAK

Salah satu sebab kerosakkan gigi susu adalah kerana tabiat anak yang emar menggunakan botol susu.Lebih membimbangkan adalah, mereka menggunakan botol susu sehingga mereka tertidur tanpa gigi dibersihkan terlebih dahulu.Tempoh sisa susu yang terlalu melekat pada gigi susu anak akan  menyebabkan gigi susu mereka akan cepat rosak pada bahagian atas.

Jika anak korang tertidur semasa minum susu dengan menggunakan botol susu, angkat biir anak dan lap sisa susu pada gigi mereka.Sekurang-kurangkan cara ini dapat mengurangkan kuantiti susu sisa yang terlekat pada gigi dan mengurangkan kadar kerosakkan gigi.

_ Ini juga penyebab kenapa gigi kakak hari tu jadi macam ni.Tabiat dia suka guna botol susu diwaktu tidur walaupun susu dah takde dalam botol.

 

JANGAN BIARKAN BAYI HISAP JARI SEMASA TIDUR

Jika anak korang mempunyai tabiat  menghisap jari semasa tidur, biasakan untuk mencegah bayi daripada melakukan tabiat itu dengan cara mengeluarkan jari bayi semasa bayi sedang tidur secara perlahan-lahan.

Begitu juga dengan puting tiruan, tetapi kini terdapat puting tiruan jenis nipis yang dikatakan tidak akan menyebabkan masalah jongang atau gigitan terbuka.

 

JUMPA DOKTOR GIGI APABILA BAYI MULA TUMBUH GIGI

Bila bayi korang dah mula tumbuh gigi yang pertama, bawa bayi berjumpa dengan doktor gigi.Walaupun anak ni baru tumbuh satu gigi, kita seharusnya perlu membawa mereka ke klinik gigi bagi membiasakan mereka untuk berjumpa dengan doktor gigi dan persekitaran klinik gigi.

Pastikan korang membawa anak ke klinik gigi setiap 6 bulan untuk membuat pemeriksaan gigi secara terbuka dan membolehkan doktor gigi monitor pertumbuhan gigi anak.

___________________________________________________________________________

Harap tak berulang lagi pada umi.Dah tau kenapa gigi dak Fiyah macam tu, umi terus stopkan dia susu botol dan suruh dia minum menggunakan cawan.Actually, dia sebenarnya guna botol susu waktu ank tidur je sebab dia suka sedut je botol tu.Takde susu pun takpe.Sekarang dah buang tabiat dia jauh² dan selalu ingatkan dia gosok gigi sebelum tidur atau makan benda-benda manis.

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *