br1m

Cara mohon Bantuan Sara Hidup 2019

Cara mohon Bantuan Sara Hidup | Ramai yang tertanya-tanya masih adakah BR1M pada tahun hadapan? Sesiapa yang mengikuti bajet 2018 mesti akan tahu yang bantuan sara hidup masih lagi diwujudkan pada tahun 2019.

bantuan sara hidup rakyat

Mungkin Bantuan sara hidup pada tahun hadapan ada kelainan sedikit dari apa yang mereka telah dapat pada tahun ini.Jom kita tengok samada korang layak atau tak menerima BR1M pada tahun hadapan.

Alhamdulillah, masih ada lagi rezeki untuk mereka.Semoga wang diberikan digunakan di jalan yang betul.Dah beberapa tahun jugak tak merasai BR1M ni.Last dapat adalah pada permulaan Brim ni diwujudkan sahaja.Lepas tu mungkin tak layak kerana tidak menepati kriteria yang ditetapkan.Tetapi umi tetap bersyukurlah brim tu disalurkan kepada orang yang betul² memerlukan.Meh kita baca sedikit tentang Info bajet 2018 tentang Brim yang telah di bentangkan oleh Menteri Kewangan iaitu YB Lim Guan Eng .

Bantuan Sara Hidup 2019

KATEGORI BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT(BSH) 2019

1.ISI RUMAH – PENDAPATAN RM2,000 DAN KE BAWAH   

Jumlah Bantuan RM1,000 + RM120/anak

2.ISI RUMAH – PENDAPATAN RM2,000 HINGGA RM3,000

Jumlah Bantuan RM750 + RM120/anak

3.ISI RUMAH- PENDAPATAN RM3,001 HINGGA RM4,000

Jumlah Bantuan RM500 + RM120/anak

4.TAMBAHAN BSH RM120

Mempunyai 4 anak berumur 18 tahun ke bawah.BSH tambahan RM120 untuk setiap anak kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka

** Contohnya : Golongan isi rumah dengan pendapatan RM2,000 ke bawah dan JIKA mempunyai emapt orang anak, bantuan yang akan mereka terima secara keseluruhan adalah RM1,480.Ini bermakna jumlah yang diberikan adalah lebih tinggi berbanding dengan BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA(BR1M) yang diberikan sebelum ini iaitu berjumlah RM1,200.

Korang yang pernah menerima BRIM wajib untuk kemaskini status terkini kerana ada syarat-syarat yang perlu korang kemaskinikan seperti di bawah ini

  • Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

KEMASKINI BANTUAN SARA HIDUP 2019

Bagi penerima yang belum tahu status rasmi permohonan BSH, anda boleh semak di portal rasmi bsh.hasil.gov.my

Hanya permohonan yang GAGAL layak membuat rayuan semula dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak LHDNM.

Sama seperti BRIM, ada beberapa perkara yang perlu anda kemaskini, antaranya:

  • Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

Segala maklumat ini hendaklah sahih dan terkini. Sekiranya didapati anda menipu, permohonan anda akan ditolak serta-merta!

Dan nama anda mungkin disenarai hitam daripada menerima Bantuan Sara Hidup.

CARA KEMASKINI BANTUAN SARA HIDUP 2019

Untuk kemaskini permohonan anda, sila ikuti beberapa langkah mudah di bawah:

  1. Layari portal eBR1M
  2. Klik pada bahagian KEMASKINI PERMOHONAN
  3. Sila masukkan No. MyKad
  4. Klik Kemaskini Permohonan
  5. Jawab 2 soalan keselamatan yang tertera

Pastikan anda menjawab soalan dengan betul.

Sekiranya salah tiga kali berturut-turut akaun anda akan disekat.

Jika ini berlaku, anda perlu pergi ke mana-mana cawangan LHDN untuk aktifkan semula akaun.

Jangan lupa kemaskini maklumat bahagian B sekiranya terdapat penambahan ahli keluarga baru (anak, isteri, etc) mengikut tanggungan anda.

Dan kemaskini juga maklumat pendapat mengikut penyata gaji terkini anda.

Pastikan maklumat waris juga diisi dengan betul. Ini supaya tiada masalah ke depan terutama apabila hendak menuntut skim khairat kematian andai penerima BSH meninggal dunia.

Tempoh pendaftaran bantuan sara hidup rakyat bermula pada Januari 2019.So, korang boleh kemaskini Br1m korang bermula pada Januari tahun hadapan.

So, jangan lupa untuk kemaskini Bantuan sara hidup korang ye..

Untuk update terkini tentang BSH 2019 boleh layari portal rasmi di bantuansarahidup.com

info: semakan online dan hasil.gov.my

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *