Cara letak Maps didalam Entry

Assalamualaikum
Hai korang☺☺☺☺.Sebelum ni aku memang tak pernah lah nak ambil tahu pasal letak maps dalam entry ni.Tetapi bila dah banyak buat food reviews sendiri.Maka tercari-cari jugaklah macam mana sebenarnya aku nak letak maps dalam entry aku..Bagi kemudahan readers mencari tempat yang aku cakapkan tu kan.
So,selepas banyak menggoogle cara bagaimana untuk mendapatkan tutorial cara letak maps dalam entry.Terjumpa di blog rakan dari seberang Indonesia..Tapi aku tak ingat pulak nama dia.
So hari ni aku nak buat tutorial bagaimana cara letak maps dalam entry..Harap boleh membantu rakan yang lain.
Ok..sebelum tu,korang karanglah dulu entry yang korang nak.Bila dah siap, korang buka GoogleMaps
Selepas pada itu,korang search lokasi yang korang akan masukkan ke dalam entry seperti di bawah ini
Cara letak Maps didalam Entry
1. Cari Lokasi yang korang ingin letakkan di dalam entry.Untuk tutorial ini,aku ambil entry dari Luncheon di Kluang RailCoffee
Cara letak Maps didalam Entry
2.Bila korang dah verified lokasi yang akan korang letakkan di dalam entry,Korang ada nampak kat tepi tu ada Save,Nearby dan sebagainya kan,Korang tekan button Share.Terus akan keluar paparan macam ni
Kat situ ada dua column iaitu share link dan embed map.So korang pilih embed map.Dan COPY code tersebut.
Cara letak Maps didalam Entry
3.Masuk balik entry yang korang karang tadi.entry mesti berada dalam HTML.Lepas tu korang PASTE coding dari maps tadi.Then,letak lah kat mana korang nak letak dalam entry tu.
Cara letak Maps didalam Entry
4.Kembalikan entry kepada composed dan akan keluar maps di dalam entry korang..TADAAAAA…
Maka siaplah entry yang mempunyai maps di dalamnya..
Senangkan…Hah…begitulah caranya.Nak buat sesuatu kena belajar kan..Walau ada yang tahu,takpe..kita boleh bagi kepada yang tak tahu cara letak maps di dalam entry.Kalau korang tak nampak gambar ,korang boleh klik kat gambar ye untuk tumbesaran..hehe

Loading

18 Comments

  1. PC tak pernah guna..mana tahu satu masa nanti nak guna boleh rujuk sini..alhamdulillah..terima kasih..

  2. assalamualaikum eda…wah !! info yg menarik ni…bestnya kalau tahu buat sendiri…kalau mama nak kena tengok betul2 kalau x mmg x menjadi la jawabnya…:)
    ** Mama Maszull

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *